Sunday, November 21, 2010

surat yg takyah setem : surat khabar. pekabor?

habislah...habislah..habislah...!!!
camne ni weh....!!!!!!!! alalalala....

kedai suratkhabar tak bukak..
cane..cane...

how :
  1. mak aku nak wat alas almari?
  2. kesat taik kucing atas lantai (yg pura2 tanam taik walaupun berak atas simen-horror!) ?
  3. nak balut lemang nak bagi kat jejiran?
  4. nak wat tutup juadah yang ngah terhidang lagi2 time nak wat laksa?
  5. aku nak wat pandangan 'asyik mintak kat aku jek..tak pernah beli surat khabar ke?' setiap kali ada orang nak mintak surat khabar lamaaaa?*oh, keji di situ. tak..aku dah berubah..pcayalah!


..........


salam...salam...salam...

gelabah jek lebih kan.
camni. pak itam aka penjual surat khabar lama dan baru itu semalam anak beliau bernikah.
anak perempuan. haruslah meriah. so, dengan melihat kemeriahan suasana perkahwinan anak beliau, sudah pasti beliau terkenang-kenang zaman paleolitik pernikahan beliau.

makanya, kalau dok kenag-kenang yilek nandrek dapat, so, latihan industri mungkin sudah dipraktikkan, jadinya tidak lah beliau ke bandar untuk mengimport surat khabar ke bandar baru felda chemomoi ini...*maaf mengarot.


tanpa menggoyang-goyangkan masa lagi, izinkan beta untuk bermadah serumpun dua mengenai surat khabar...*nampak cam best ayat, tapi salah.percayalah!

sebenarnya surat khabar ni tak lebih jek dari kegunaan yang aku nyatakan dalam perenggan awal entri ini!

suara dari belakang : cis, jangan tuan hamba samakan surat khabar dengan buletin tiga suku.
ada banyak lagi info dan maklumat tambahan mengenai kehidupan dan berguna yang boleh dijadikan rujukan dan panduan hidup!


dan aku membalas : daaaaa...~

time aku skolah rendah, tak ingat gred berapa ..(darjah lah!)
cikgu azizan yang tak cool itu kerana paksa2 aku skolah luar pas upsr, eh, mane bleh paksa2 orang..kite xsuke tau... bagi soklan tajuk karangan kepentingan surat khabar..

seperti kanak-kanak riang yang lain, aku pun buat la rangka karangan,
pendahuluan. isi. huraian sikit.penutup.ngan peribahasa standby siap-siap.

yang seingat aku, isi aku wat..
leh kitar semula n buat alas ganti tikar kot.ntah. bla..bla..bla..

beliau tengok isi aku (not literally) pastuh cakap, eh ini faedah. bukannya kepentingan!

nak jek aku cakap :
dr, i'm just being cynical and sarcasm! (dr celah mane plak. ingat ukm hape?)

tapi aku tak cakap sebab aku pun tak tau lagi perkataan tu wujud di dalam dunia ini.

maka, teruslah aku dengan typical, stereotype punye isi,
sumber informasi, medium hebahan, rujukan, peluang kerjaya, bla..bla..bla..



ok lah. saya harap saya tidak bercakap kuat mengenai topik ini.
kalau ada yang terasa, saya akan membalas dengan baik : daaaaaaaa....~


ok lah. sekian dulu. c yaa


love,
jefri


p/s : my papa (abah lah!) n sedara mara suka baca berita harian. kalu ajak baca on9, style gak kan time2 kedai tak bukak nih...^^

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...