Tuesday, August 31, 2010

sebuah entri yang mengantuk....tidoooo

ini adalah sebuah entri yang boleh mendatangkan kemengantukan.
sesiapa yang sedang memandu dinasihatkan untuk tidak membaca entri ini.
sekian.


salam..salam...salam...


fuh..fuh dan fuh...

ehem..ehem..

huaa...

hmmm...


malasnye nak menconteng kat sini.
tapi rasa nak bebel.


ok lah. bagi yg islam, kita mulakan dengan bismillah.

bagi yg nonmuslim, kita mulakan dengan hi...


ok.

pertama-tama sekali, saya baru balik dari rumah.
saya cuti dari nuzul quran sampai merdeka.

seronok weh.
makan berbuka plak jenis yang mantap-mantap.
of kos percuma la kan.

rasa macam lain sikit layanan yang diterima.
ahaks.
maybe sebab dah lama tak balik?
cuber kalu tetiap minggu balik.


...........



adoi ngantoknye entri kali ni.


adakah sebab aku baru pas makan nasi goreng bebatang sawi dengan sedikit limpahan kasih ikan bilis dan potongan-potongan halus cili api aka nasi goreng kampung di cafe kolej burhan ini?


oh, oh dan oh.

banyak rupanya yang saya lupa nak update.

ok.ok.dan ok.


............



sehari sebelum pulang, hari nuzul quran, jumaat 27 0g0s 2010.

saya ada ujian jpj kereta.
alhamdulillah lulus.
yeay, yeay, dan yeay.

pergh ai, feeling dia rasa cam arghh..
takleh nak cakap camne...

dapat gak lesen. kompeten plak tuh.
maksudnye takyah nak tepek P kat kenderaan.

aku amek lesen motor kat akademi memandu ceria, termerloh.
then amali kereta kat akademi memandu nilai, negeri 9.
then, belajar n test jpj kereta kat akademi emmandu megah wangsa, semenyih,selangor.

tiga negeri tu.

seronok r sebab jpj tuh baik punye dengkur time aku bawak beliau ronda-ronda highway semenyih.

eh, nak promote nih,
memang kalu amek kat tempat ni memang best.
jalan raya die kurang kenderaan, traffic light takde-just dalam litar jek-simple punye.

pastu cikgu yang ngajar punye lah hebat sampai aku test bukit, pejam mata pun lepas.
sumpah tak tipu. siyes nih.

pastuh harga dia pun ok.


so, ape lagi??
sila pergi ke kolej dato onn dan buat tempahan anda sekarang!


............




ok. entri semakin mengantuk tapi aku tetap gigih nak menaip.


pastuh, hari sabtu aku pun balik.
balik ke kampung yer.

punctual nih.
kuar pepagi buta sebab nak kejar bas pilah-pelangai punya pasal.
bas pilah-pelangai ni dia demand sikit.
time kul 11 dah gerak. next kul 3 plak.


pas sampai kat kuala pilah.
tarik nafas sehela dua,

tanya orang sekeliling. hmm.
bas pilah-pelangai dihentikan perkhidmatan buat sementara waktu sampai waktu yang akan diumumkan kelak. ceh ayat!

suka sangat dengar komen dari sorang apek?cina,
'aiyya, itu bas melayu sudah bankrupt wooo..."


maka, terpaksa la saya menyeru mak saya mengpick up saya.

.................



ok. entri semakin mengantuk tapi aku tetap gigih nak menaip.



pastuh, bebuka kat umah. best siot gila babeng lauk-lauk.
haha. semua peberet plak tuh.


pastuh, esoknye plak bersamaan 29 0g0s 2010,
aku wat kuih raya bersama ngan mak aku sebagai tanda terima kasih kerana sudi mengpickup aku di kuala pilah pada semalam hari.ececeh.

aku wat sendiri tau.
terharu sungguh aku diberi kepercayaan untuk menguli adunan.
haha.
eh, jangan risau, tanganku yang tidak berketip kuku ini telah dicuci dengan bersih menggunakan sabun fab buku dan air sinki dari jba pahang. no worry ek.

kuih yang aku wat are :

biskut kelapa, nestum, cornflakes madu dan resepi cornflakes apetah yang kat belakang kotak ade bagi resepi.

my mak plak wat biskut mazola ngan semperit.


...............




ok. entri semakin mengantuk tapi aku tetap gigih nak menaip.



pastuh, isninnya,
aku diberi kepercayaan lagi untuk membawa kereta.
haha, haha dan haha.

sangat kekok lagi plus mati-mati enjin kat simpang.
mencik tau.

tapi alhamdulillah takde kemalangan jiwa yang berlaku.



.................





ok. entri semakin mengantuk tapi aku tetap gigih nak menaip.



pastuh lepak kat umah tok aku.
beliau tanya pasal nak balik bila, semua ah pasal raya.

disebabkan kecewa dengan sistem pengangkutan cityliner pilah-pelangai yang tidak istiqamah, maka aku pilih untuk amek bas ekspres dari temerloh-kl-bndr tasik selatan-ukm.



................








ok. entri semakin mengantuk tapi aku tetap gigih nak menaip.



lepas bersalam-salam dan bermaafan di pagi merdeka,
aku pun pulang ke ukm diiringi abang aku yang menghantar ke terminal temerloh.

ingatkan balik ikut kl, meriah la sikit sambutan merdeka.
rupenye macam takde rupe ape pun.
semua penat puasa kot.


...............




ok lah. saya dah hupdate blog.
saya sangat mengantuk.

esok saya exam mid sem.
tapi saya tak baca sangat.
saya ank jawab ape ek?

pastuh, esok kals kul 10am.

ok la.

k lah sekian dulu. ngantok nau. nak tido.


love,
jefri



p/s : selamat malam! esok puasa. sila sahur.=)

Wednesday, August 25, 2010

satu hari di hari ini. 250810






lihat saja kereta-kereta yang saya menangi.
hanya dengan berbekalkan semangat yang jitu dan tanpa penat lelah.
semua ini milik saya.

hahaha.

giliran anda? bila lagi?

inilah masanya untuk anda mengubah diri anda sendiri !

firman Allah antara lain yang bermaksud :

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa
yang tidak mahu mengubah nasibnya sendiri.



mari..mari saya ceritakan.


ehem..ehem..



salam..salam..salam...


0815
bangun tidur. (eh, saya dah solat ek. pas balik dari surau kolej, terus saya gedebuk jatuh atas katil macam buah strawberry gugur)
siap-siap pergi kelas.


0835
gerak keluar dari bilik. tunggu bas. tapi hampa. @#$%^&* (mencarot dalam hati untuk mengelakkan puasa jadi kurus, badan still maintain-watpe kan? rugi jek)
terus catwalk bersama supermodels yang lain. saya lead walk itu. kengkadang kami wat formasi untuk menjadikan showmanship kami mantap.


0847
sampai kat kelas tutor. oh, lamanya saya bercatwalk. oh!
tapi still, kelas sunyi ibarat kota di petang raya.


0950
bersedia untuk kelas seterusnya. pathology.
tibe2 plak nganga lebih hari ni. macam kelas instrumen semalam nganga dia.
nota : kalau saya nganga dalam kelas, maksudnya saya sangat suka topik itu tahap gaban atau tahap otromen taro melawan super saiya.eh, ape ni?


1110
saya ingat saya dah lambat untuk kelas kimia fizik sebab saya ralit sangat menganga kat kelas patho tadi. eh, lecture pun tak masuk lagi lah. tapi, untuk subjek ini, saya kurang menganga. nape ek? sepatutnya my jaw will open wider n wider. tapi. hmm. ntah la. semakin nyakitkan ati kot silibes dia.


1200
saya bergegas untuk uruskan kerja-kerja opkim saya. saya pergi print, fotostat dan meneruskan catwalk yang agak jauh ke canselori untuk bersua muka dengan bendahari kewangan ukm.
sesampainya di sana, saya mencarot lagi dalam hati kerana jam di fon saya tertera pukul 1244 manakala jam di dinding tertera pukul 1246. waktu rehat/kunci pintu masuk adalah pada pukul 1245. sekali lagi, saya mencarot dalam hati.



untuk menunggu pintu kembali dibuka, saya terpaksa menunggu sehingga pukul 1415. oh!


........................





eh, jap jepree oi. apakah kaitannya pic awak bergambar dengan kereta, resepi kejayaan hidup dan bendahari ukm? haa????


ok.


sementara menunggu pukul 1415, saya telah mengusha sekeliling dan mengambil foto untuk dijadikan modal untuk update blog ini. maka, terhasil jua banner yang anda nampak di atas header blog ini tatkala anda searching jefribudaksuci.blogspot.com.




1500
saya sangat bengang dengan kelas kimia polimer ini.
tangan kiri saya kebas. sebab puas diganyang untuk dijadikan bantal.
hal ini mengingatkan saya kepada lirik lagu cindai yang antara maksudnya,

"tilamku emas, cadarnya intan..berbantal lengan..tidurku..wooo..hooo...yeah!!!"


kelas berakhir dengan tragedi. eh, itu satu penipuan.
saya balik ke bilik dan cuba tidur.
hmm. tak boleh.
so, saya just on9 sambil 0n9.
eh, camne tuh?


ah.


hmm. ok lah.

eh jap.
nak sambung.


2030
saya pergi ke masjid ukm.
wah., ada majlis berbuka puasa yang melibatkan orang besar-besar.
saya sekadar melewati khemah makan yang gila meriah kerana tiada sesiapa pun yang memfeewit atau mensweet-sweet saya untuk diajak makan sekali.

saya teruskan jek perjalanan kerana azan sedang bergema menandakan solat isyak akan bermula in any minutes.

sedang saya membaca surah alfatihah, saya sedikit distracted tatkala diri saya dilimpahi sinaran krypton daripada camera yang came from nowhere.

oh, rupa-rupanya ada TNC dan sape ek lagi orang besar-besar kat situ.

pastuh, terawih malam ini sangat cepat habis. biasa habis kul 22++ tapi hari ini, kul 2130 dah siap terawih lalu disusuli dengan witir.
oh, oh, dan oh!




hmm..ok lah. saya rasa saya menulis dengan penuh tanpa kontrobersi bermula dari awal cerita hingga ke akhirannya.


oleh itu, sekian dulu...c yaa..



love,
jefri



p/s : bila ek nak beli baju raya.....hmmm.






Tuesday, August 24, 2010

jari jemari jemari jari



salam..salam..salam....


hari ni kita akan berbicara mengenai JARI.
baik ye semua. sila bersedia.

sila jangan fikir apa-apa yang lucah mengenai JARI.

bulan puasa nih. tak baik tau.
bulan lain pun tak baik gak tau...


ok.

ok.


dan ok.


hmmm. nak bebel ape ek.


just slightly discuss ok.

jari kita yang panjang pendek tak sekata nih sebenarnya baguih.

cuba la kalau sume sama panjang, sangatlah alien, kan?

cuba la kalau sume sama pendek, sangatlah alien, kan?

ke sebab memang kita were born wit this length of fingers, so we take dat as a normality?

cuba kalau memang kita dilahirkan tangan sume pendek, we will take dat as a normality?

hmm. selalunya suara majoriti yang menang kan.


eh, jap. entri ini semakin bosan.!

hmm. yup memang saya ngah bosan tahap @#$%^&* skang nih!

bosan sebab banyak benda yang nak kena buat.


ok lah. takpelah. saya teruskan la dengan entri saya yang bosan ini,
bertemakan JARI.


eh, saya ngah taip guna jari ah!


cuber kalau sume jari saya sama panjang, susah plak nak taip.

but if jari saya sume sama panjang,
modification pasti berlaku.
so, sangatlah menyusahkan saintis.


ok. entri semakin bosan!


arghhhh...!!!!



ok lah.

apa yang kita leh wat ngan jari?
*selain daripada perkara lucah yang anda sedang bayangkan itu?



yup. kita leh menunjuk.
baca : menunjuk.
bukan menunjuk-nunjuk ok.


contoh :



saya menggunakan jari untuk membeli nasi kerabu ini bersama lauk-lauk yang best.





ah... dah.


bosan.

.....selepas semalaman entri ini dperam......

erkk.alhamdulllah.
baru pas balik dari cafe.
makan+minum+wat tutor.
eh, copying is more precise kot...


eh, nak borak pasal jari ke?

ah, xde keje.

malam tadi taip entri ni dalam mamai2 cmtuh.
so, sangat bosan kan.


eh, skang pun dah bosan.

so. nak berenti dulu.


sekian dulu. c yaa.



love,
jefri


p/s : hampeh punye entri! xde pengisian langsung!
*ah! ade aku kesah...?!





Friday, August 20, 2010

entri ini ditaip dengan perasaan penat.



salam..salam..salam...


bersua kembali.
ehem..ehem..
saya sungguh penat tau. taktau nape.

tadi pukul seblas gi kampus kl.
ada amali.
pas jek kuar tol bangi,
maka.

oh.

tidak.

isk.


alala


adoi.


hmm



ok.



dah.



bus itu rusak.
enjin putih keluar kata beliau si driver.


pastuh, saya sangat tak paham apa kaitan kuarnya asap putih ngan bus itu terpaksa dihentikan perjalanannya dan menunggu technician dan driver baru.


nota : saya sangat jahil bab enjin. jangan gelakkan saya sebab anda pun lebih kurang.

for at least, tell me whats the effect of dat?

malas tol nak google.

ah, biar.


pastuh dalam 30min pastuh, datang bus baru yang lebih biru.(dari segi warna)

kami sampai dalam 12.43pm.


lalu pergi ke masjid untuk solat jumaat.


saya berasa sangat asing di situ.
iya lah. pertama kali. (iyeww struktur ayat ko jepree!)

sedang saya duduk beriktikaf,
sambil mendengar khutbah-yang saya ingat khutbah-tapi ceramah jek rupanya-maka saya sangat terkejut-bila-pastuh ada khutbah lagi-so-saya reda jek.

terdengarlah deringan telefon bimbit.
persoalannya, saya lebih suka silent di masjid/surau.
vibrate pun kengkadang. tapi beliau?

pastuh, beliau cakap lantang sungguh. haish.

pastuh, kat belakang saf pun sama gak.
so, malas nak ulas sebab benda ni dah jadi tabiat. bad one.

ok.
kenapa la gaya penulisan saya menjadi semakin teruk ni???

benci la.


ni la kalau update blog dalam keadaan yang tak fully ikhlas.

baiklah. berbalik kepada kampus kl.
saya ada amali subjek instrumentasi forensik.
*amali ini adalah pada tiap-tiap jumaat. tensen kan?!

saya mendapati bahawa saya tak fully suka sangat subjek ni.


saya tak suka ah alat-alat dia.
tak suka handle alat.


oo..
cakap pasal forensik,
hari semalam, saya pegi kelas kat ktams.
pastuh, terserempak ngan seekor burung yang dah posing mati.

saya mendekati. dan ya. sah, mati.

menurut saksi, mangsa berlanggar dengan kipas siling.

moralnya, memandu la dengan berhemah.
anda tak mampu mengubahnya kalau dah ajal.

pastuh, saya semadikan arwah burung itu dalam tong sampah
dengan dilipat kertaS A4 putih.


pembaris untuk anti mortem bukan camni ek.
sekadar hiasan ok.haha.



maka, saya ingin berehat dahulu. esok saya ada latihan memandu kereta-yang sepatutnya saya siap 4bulan lepas-sebab saya selalu perasan sibuk-tapi saya berjaya gak-dapatkan masa-walau terpaksa berkorban kelas-tapi saya suka-so-doakan jek lah.


hmm.. k lah. sekian dulu. c yaa


love,
jefri



p/s : eh, minggu depan 27 0g0s 2010 adalah cuti nuzul quran....so, takde amali untuk jumaat depan....for a week at least. yeay!

Thursday, August 19, 2010

me getting younger. yeay! sweet 20.feewit.

salam..salam...salam...


oh, ironi.
sekarang saya terbatuk-batuk.

jefribudaksuci.blogspot.com seakan-akan menyindir saya akan ketidakhupdatan beliau.
tapi, ada aku kisah.

eh, tak...


sebenarnya, saya sangat sibuk.
hmm. perkembangan saya yang terbaru?

saya tak kurus lagi.
saya tak menang juara lagu lagi.
saya tak mengandung lagi.
saya masih teruna.

dan saya maintain vogue de vass..
ok.


ehem..ehem.. baru-baru ini.
saya ada menyambut kelahiran ulang tahun saya yang jatuh pada 14ogos 2o1o ini.
bersamaan hmm...hm..4 ramadan 1431 hijrah.

syukur. benar-benar bersyukur.

bulan ramadan kan.
bulan yang segala amalan ditingkatkan pahalanya.

pahala sunat jadi macam dapat pahala wajib.
pahala wajib, lagilah bertingkat-tingkat habuannya.

semoga sempena birthdayku ini,
wishi wisho wachaa yang dilafazkan kalian
*nota : kata-kata yang baik = sedekah = amalan sunat

menjadi asbab untuk dapat pahala yang banyak ek.
sesungguhnya hanya Allah yang bisa membalas jasa kalian.

ok. maaf teremosi.



kemudian,
saya ingin berterima kasih sekali kepada.......


1st wisher : teo.
beliau adalah senior forensik 3rd year. ntah camne dia tahu, dia wish saya pada 13 ogos 2010 instead of 14 ogos 2010. it's ok then. =)
walaupun kami jarang berjumpa lantaran kesibukan dan juga faktor keterperasanan sibuk, saya sangat berharap aura pngk beliau yang dekan itu terkena sikit tempiasnya kepada saya. amin.
* nota : pngk ek yang dekan. bukan pngs. giler ke x giler tu?????


2nd wisher : my mak.
my mak masih memegang kedudukan ke2 sejak taun lepas.
no word can describe u. ok. muah3.


3rd wisher : my adik.
beliau masih 7tahun dan masih belum tahu membaca. sangat sadis untuk saya yang tahu membaca pada umur 8tahun ini. so, i take dat as a normality for our genes.

*nota : beliau sangat mendesak saya untuk membuat fesbuk beliau setelah melihat pic saya di internet. oh, hasratnya terbantut setelah saya menyuruhnya mengeja 'internet'.

**nota lagi : beliau ingin fesbuk hanya sekadar ingin melihat gambarnya diupload dan dapat dilihat menerusi skrin laptop. oh, kenapa beliau tak suruh sahaja saya membuka folder pic beliau yang sedia ada?. persoalan di situ.




wishers yang lain.

aeman.
beliau adalah teman, kawan, sahabat, rakan, fren, yang sangat baik. entah la. tak paham bila ada yang tak puas ati ngan beliau. to me, beliau dan shafiq ibrahim are the only sahabt yang do not say bad words behind me. oh, terharu! ok. fine.

shafiq.
~sila copy paste description untuk aeman, trima kasih ~

all forensicians (is dat a word?)
terima kasih banyak2 sama ada dari freshies sampai la ke oldies.
dengan tema bersama harungi dunia ini dengan lagu tema bunga-bunga cinta.
err.ok.fine.


all burhanese.
*nota : burhanese merujuk kepada pelajar2 ukm yang tinggal di kolej kediaman burhanudin helmi.
terima kasih sesangat. kita memang best!


kengkawan kampung.
sama ada yang sama sekolah dari tadika sampai masuk u, yang pindah time kecik, yang duk kampung sebelah, ucapan terima kasih jugak yek.
dengan ucapan, dari tanah kita datang, kepada tanah kita kembali.
ok.fine.


sesapa lah yang mengenali diri ini.
terima kasih. dats the only magic word dat i know to describe the feel of appreciation to all of u.
ok.fine.


dan. spesel taun ni.
saya dapat surprise. haha. actually, dah leh agak.
hahaha.

ehem..ehem..
terima kasih la bebanyak sebab bersusah payah, kumpul duit, luangkan masa untuk buat surprise itu. i sangat tacink tau time tuh. uhuk3.

oleh itu, saya akan copy paste balik jek ek note yang saya tulis untuk kalian yang wat surprise itu. is it fine? ok. fine.

*note ini ditulis instead of written in status due to kebrobrokan fb yang tidak mengizinkan saya mengetag lebih dari 6 sahabat, dan menulis character melebihi 460.

wahai Noor Amylia Shafira, Abdul Hakim, Cik Cornflakes Madu, Cik Semperit, Cik Tat Nenas, Nur-Fadhilah Mazlan, Ira Bunkface, Jeyagenasan Pillay, dan Edison Sage.

hohoho..

ucapan infiniti terima kasih dilafazkan kerana telah membuat cardiovascular n metabolite activity sy menderu,spinal cord saya bergetar, lymphoid system saya bercelaru, immune system saya tergendala,dan paling penting hati saya telah disentuh oleh kalian.^^.

that was a very great surprise. dis moment will be remembered till death do us part.ececeh.

*hanya tuhan bisa membalas jasa kalian.

**again, thanx everyone and all people yang wishi wisho wachaa sempena my birthday.

^_^

sayang semua sampai kiamat!!!!!!!!!

<3>






lastly, saya nak berhenti taip kerana saya ada kelas esok kul 8pagi in which kul 7.00am dah mula nak touchup, 7.30am dah mula catwalk dari bilik.
err.ok.fine.

ok, sekian dari saya yang perasan sibuk dan perasan malas ini.


sekian dulu. c yaa.



love,
jefri



p/s : dapat hadiah dari rumate..hehe.table lamp.tq.(pic nanti2 la upload.tgh perasan ni!)
dapat mentos gak dari forensicians. haha. so sweet. i mean the feel not the taste. the taste is berangin plus manis. eh, sweet gak tuh. ah, pape jek lah. taa....^^



Friday, August 13, 2010

story morry #4 : mari memamer/memesta

salam..salam...salam...


story morry #n merupakan siri update blog yang menceritakan rentetan kisah yang sudah berlaku, where n=integer. hal ini disebabkan tahap keterperasanan sibuk tuan tanah yang sangat tinggi,


ehem..ehem..
disebabkan keterperasanan malas mula menyinggah diri ini.
tuan tanah ingin meyajikan kalian dengan pics ini sahaja.
is it fine? ah, lic.


pameran kelab penyayang/anak pahang/sains forensik



eh, pic katil ni yang citer psidangan klb pyayang dulu tuh.
baru skang rajin nak upload.isk3.
eh, pic ptama ni bukan kelab jagaan aku ek.
itu kelab perwakilan agama hindu.
so-not-me tp sgt suka tengok hiasan pebenda-tah-nama-tu


sedikit pic di pesta konvo.



taun ni meriah gak ek artis.
yuna, heliza, aisyah, 6ixth sense, jefri.
sekian untuk pesta konvo. jumpa lagi.
insyaAllah panjang umo murah rezki.



k lah. sekian dulu. c yaa..


love,
jefri



p/s : kelab tu pameran just nak cari ahli baru. then, pesta konvo tak beli ape pun. bantal sebijik rm5 ngan kurma rm10. air, bola2 fisbol dan senagkatan. haiz.

selamat berpuasa people!



Tuesday, August 10, 2010

wishi wisho wachaa.



salam...salam...salam...


alhamdulillah. bertemu kita di bulan ramadan.
bulan yang penuh keberkatan.

ok.


sebenarnya, banyak sangat nak bebel.
tapi kan, saya sangat takde mood nak menaip.
benci tau perasaan ini!

takpelah.

entri ini berakhir dengan ucapan khas buat sahabat saya.


sahabat sangat, amat, sungguh, ter-best-est sekali.

muhammad amirul aiman bin ahmad juhari.

*see, aku guna semua kata penguat.
*sahabat itu berbeza ok dengan kawan.

birthday beliau pada 110gos.

best kan. 1ramadan plak tuh.
err...takde kaitan ek ngan jiran dia yang nama ramadan.


ok.


wishi wisho wachaa...

" selamat hari lahir ke 20. "


--------- dan wish yang selebihnya ada di fb beliau.
*dan doaku jua. ececeh.

**see. malas lagik mau taip.



isk3...


seterusnya. untuk wishi wisho wachaa sempena bulan puasa,

saya copy paste jek dari entri puasa saya yang lepas ek.

*see. malas lagik mau taip.



.........“Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.”(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah)............

........................Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud: “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”...............


“Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)
.....


....Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredhaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabbani)................


Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
ok lah. sekian dulu. c yaa..



love,
jefri



p/s : haha. teringat time wat surprise bday time tuisyen stf. haha. dats it.
p/s lagi : tengok balik entri dedolu sgt syok perasaan itu.

Friday, August 6, 2010

hepi Aniverseri!!!

salam...salam..salam...

ehem..ehem...
__
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v


yeay..hari ini genap blog saya setahun.



oleh itu, saya nak mintak maaf selama saya membebel kat blog ni,


ada tersalah kata,
tercarut yang sengaja,
termaki yang memang pun nak maki,
terlaser sampai kena kanser,
terlucah yang menaikkan syahwat,
ter apa2 ter lah ek!


personally, saya nak mintak maaf kat incik blog ini kerana sejak dua menjak tiga dan empat menjak ini saya semakin sibuk.

maka...


saya sangat sedih.
saya sangat bingung.
saya sangat tension.
saya sangat sexy. oh!


kepada incik blog,

saya nak mengadu ni.
saya kehilangan pencil case saya.
ape la saya ni kan. besar gedabax cam tu pun leh ilang.

saya sangat sedih.
saya sangat bingung.
saya sangat tension.
saya sangat sexy. oh!


hmm..saya suspect 5tempat yang mungkin saya tinggalkan benda itu.
tapi, isnin nanti baru saya pergi csi kat tiap-tiap tempat itu.

hmm..incik blog tolong doakan saya ketemu dengannya.


ok.lupakan itu ya. hari ini kan hari jadi incik blog.
kita hepi-hepi je ek.


*sambil menongkat dagu, merenung ke luar jendela...

ingat lagi time pertama tulis blog. haha.
sangat kelakar.

godek-godek sendiri. maka lahirlah incik blog.
pastuh gigih saya mesej kengkawan,
memberitahu kelahiran incik blog.


pastuh, saya rajin update, sehari mesti sekali atau lebih.
pastuh, dah makin kurang. hais.


gaya penulisan saya pun lain.


awal-awal dulu, asyik membebel jek.
semua benda ditulisnya.

pastuh, lepas blogwalking,

ada gak terpengaruh ngan gaya penulisan dan cara penyampaian bloggers lain.

namun, tetap saya improvise untuk memberi 'sentuhan jefri'.

ada chatbox, data pengunjung, lagu, formspring, background yang macam-macam.
hmm.. macam-macam yang dah berlaku.


sekarang saya rasa saya sudah punya gaya penulisan yang tersendiri.
yeay us!


ok lah. cerita pasal history blog ini wat...

saya sangat sedih.
saya sangat bingung.
saya sangat tension.
saya sangat sexy. oh!


tapi memang giler nostalgik bila kenang time blogging dedulu.
*baru setahun ye pun!
**entri kali ni bukan sepenuhnya gaya jefri ek. (sila rujuk entri lelepas)


hmm.. k lah. sekian dulu..c yaa...



love,
jefri




p/s : entah bila lagi la nak update............


Tuesday, August 3, 2010

keterpahangan bersidangan..











salam..salam..salam...


wah..entri dimulakan dengan pics saya di sebuah dorm nampaknya.

ok, mari kita kaji itu pic.

pink.
bekas surau.
katil dua tingkat.

ya. itu adalah kediaman saya selama 3hari 2malam di UPM
sempena program MAMPAN aka anak pahang punye komperens seluruh malaysia.

pengurusan UPM untuk MAMPAN ini sangatlah tidak dipuji dan ingin sekali dikeji.
tapi takpe..takpe..
oleh itu,
sila pergi kursus atau apa-apa untuk penambahbaikan ok.


overall. makan sedap. sebab percuma gak kot.
dapat elaun rm30. ok lah. duit parent aku gak yang bayar tol/caj/watebe

ok stop. saya sangat malas nak membebel.
saksikanlah secebis pics.
saya sangat tidak ada mood nak bergambar di sini.
ok.








sekian dulu..c yaa..



love,
jefri




p/s : saya sangat sedih melihat blog saya yang dah lama tak dibelai dan dimanja.
saya sangat perasan sibuk sekarang.
harap awak faham.
lain kali yek incik blog ku cayang....^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...