Tuesday, July 31, 2012

The Pearl....Mutiara Sabah...Order k!

.....................


Kino tinggal bersama isterinya, Juana dan anaknya, Koyotito. Mereka bahagia walaupun hidup miskin melarat. Pada satu hari, sedang Koyotito enak diulit rehat di dalam buaiannya, seekor kala jengking telah menggigitnya. Dia segera dibawa ke hospital namun kos rawatan yang tinggi telah meletakkan nyawa Koyotito ke tahap yang bahaya. 


Kino perlu mencari duit untuk membayar kos rawatan tersebut...Sebagai seorang penyelam mutiara, Kino sangat berharap untuk menjumpai mutiara legenda yang sangat berharga dek kesempurnaanya. 


Maka, bersusah-payahlah Kino mencari mutiara itu dan jika dipendekkan cerita, Kino dapat mutiara itu tetapi beliau telah menjadi sasaran banyak pihak sehingga beliau stress lalu dilemparnya semula mutiara itu ke laut.

Olahan sendiri berdasarkan memori ingat-ingat lupa novel The Pearl, antalogi novel bahasa Inggeris tingkatan 5, 2007.


Salam...salam...salam....


Punyalah panjang intro mengalahkan intro seorang khatib Jumaat masjid Ubudiah Felda Chemomoi, entri kali ini bertujuan untuk mempromosi mutiara Sabah yang boleh didapati secara atas talian. Ya! Mutiara Sabah online!!! *gaya courts mammoth*

Secara pengenalannya, mutiara merupakan......(sila rujuk wikipedia)

Maka, kawan saya ada buat bisnes jual mutiara Sabah yang sangat menggamit rasa, sungguh mempersona, sangat menggoda dan amat berpatutan. Jangan risau, ini memang ori ok, bukan macam keropok lekor Terengganu yang kat pasar malam Bangi bukan tempat sebenar tu, kata keropok Losong tapi kurasa kosong..kosong...kosong......*eh, kenapa ada gadis pakai shawl main gitar kat seat belakang kereta proton ni???*

.....................

Baiklah, soalan karangan bahasa Melayu SPM tahun ini mungkin berbunyi sebegini:

Nyatakan kelebihan memiliki mutiara Sabah yang dibeli online ini. 50markah.

Dengan baik hati, saya ingin membantu adik-adik mahupun hadek-hadek untuk membuat rangka karangan.

Pendahuluan: definisi mutiara-asal-latar belakang-

Isi-Kelebihan:


  1. Pemakai akan tampak berseri bak kak Nita di pagi Syawal (amalan mengambil wudu' tetap diteruskan, tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan)
  2. Wajah gangsta boleh bertukar menjadi wajah Ustat Don (belakang parang lagikan tajam jika diasah inikan pula wajah manusia)
  3. Kalau baju raya tak cantik-mutiara akan tolong cover bagi jadi cantik balik (konsep tolong-menolong antara mutiara dan baju raya yang buruk-tidak pentingkan diri sendiri bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing)
  4. Kalau baju raya dah sedia cantik-makin bertambah cantik (saling melengkapi-bagai aur dengan tebing)
  5. Tetiba boleh bercakap dalam dialek Sabah sebab pakai mutiara Sabah, kerana terkesan dengan feel Sabah. (menambahkan pengetahuan tidak seperti katak di bawah tempurung)
  6. Keyakinan diri bertambah tapi mohon jangan over kompiden. (Sifat ujub, riak, takabur perlu dielakkan walau kompiden tahap dewa sekalipun-dosa tanggung sendiri)
  7. Mendapat puji-pujian dan musuh dalam selimut mahupun luar selimut apatah lagi toto narita dan comforter Nilai 3 jadi gelisah dan merenyam tak tentu pasal sebab jelessss lah! 
  8. Dan sebagainya.


Penutup-belilah mutiara Sabah online-murah-berpatutan-agar-cadangan-supaya-harapan-Sekian, terima kasih sudi membeli, jangan lupa beli lagi ;D

Ok. Berminat???
Ok lah, kadang ada yang banyak duit tu, beli jek tapi tak tau nak buat apa dengan mutiara yang dah dibeli ni. Dimaklumkan koleksi mutiara Sabah ini merangkumi dari butang baju Melayu, kerongsang, rantai, gelang, dan sebagainya.

Kegunaan atau aplikasi mutiara Sabah ini dalam hidup:

  • Aksesori baik lelaki mahupun perempuan. Hey, kerongsang tu boleh taruk pada baju Melayu Teluk Belanga Johor tau!
  • Hadiah hari lahir 
  • Hadiah hari ibu
  • Hadiah hari bapa
  • Hadiah hari kanak-kanak sedunia
  • Hadiah hari AIDS, hepatitis, diabetis, dan segala macam penyakit di dunia
  • Cenderahati untuk program
  • Hantaran tunang belah lelaki atau perempuan
  • Hantaran kahwin belah lelaki atau perempuan
  • Dan sebagainya...


Ok, korang dah tergoda dan tak sabar untuk menggayakan mutiara Sabah dan dipakai ke bazar-bazar Ramadan, majlis-majlis iftar di masjid terdekat, solat tarawikh, kenduri kahwin, dan yang paling terdekat *drumroll* HARI RAYA AIDILFITRI selama sebulan! WOW!!!! KEBABOMMMMM!!!

Harga? Cara pembelian? Nak kena naik Air Asia naik flight ke Tawau, Sabah atau berenang merentasi Laut China Selatan menurut kata google map?

Jangan risau, harga adalah berpatutan dan sangat mampu milik *ayat subjek Kemahiran Hidup*
Cara pembelian adalah seperti trend sekarang iaitu online...Hanya di hujung jari ok. Sila like page fb ini Pearl Garden untuk melihat katalog dan sila private message anda. Admin akan melayan anda ye.
Penghantaran adalah secara pos laju dan dijangka sampai dalam masa 2-3 hari bekerja.

Oh my!!!!!
Excitednya nak raya tahun ni. Nanti kalau ada orang tanya, cantiknya mutiara ni....
Maka silalah pose cantik cakap, 'Mutiara Sabah, asli dari Sabah, anggun, pesona, memukau' sambil libas rambut. Tak ke kelasssss kau Jah!


Baiklah, nanti ada kata yang aku ni berhalusinasi di bulan Ramadan lah, cakap sorang-soranglah, terlebih makan waktu berbukalah...apa lah...Mari kita saksikan sneak peek antara koleksi yang mencairkan dan mempesonakan jiwa raga....









Ko tak orgasms ke Jah oiii tengok mutiara-mutiara Sabah yang seamat cun ini? Maka, sila pergi ke fb page Pearl Garden (klik) dan selamatlah menyopink ye...

Tudia, selamat dah update blog ni setelah beribu tahun dibiarkan sepi. Akhir kata, majulah bangsa majulah negara...Janji siapa? Janji apa? Kini masa balas budi! #ehhhhhh

love,
jefri


ps: In before, ini bukan bisnes aku ye, ko gila aku nak menyelam kat laut Sabah tu nak cari Pearl? Tak pasal-pasal kena sumpit dengan orang asli Filipina nanti... Aku tolong promote kawan aku ye. Kalau nak diskaun sila ambil gula pasir dan letak pada bibir atau tanamlah tebu di pinggir bibir bak lirik kak Ani, Awallah Dondang, dan bermanis bicaralah dengan tokey fb itu ye...

ps2: Ini bukan sticky post entah haram jadah entri berbayar macam yang top bloggah biasa buat tu ye. Diulangi! Tolong promote kawan punya...Blog aku ni ibarat pondok usang di alam maya yang bila-bila boleh roboh apabila musim tengkujuh tiba. Follower pun 2,3 orang je ala-ala nyawa-nyawa ikan duyung gitu. Duyung ke?

ps3: mohon sebarkan la ye...nak copy paste pun suka hatilah ye...I tak guna software plagiarism checker tu...Sebarkanlah...sebarkanlah...sebarkanlah.Serbanistas yang asyik mohon share tu pun digalakkan untuk mohon share......Sekian, terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...