Monday, November 8, 2010

fuh.

amaran : entri ini takde kaitan ngan citer fuh yg awal jadi pgacara yang tah pape tuh. errk.



salam..salam....salam...


mulut ngah kunyah keropok apetah jenama yang kaler merah die punye plastik, baru jek pas makan nasi goreng kampung aka nasi goreng ngan minyak tabur ngan kobis? n daging dua tiga cebis ibarat cebisan yang jatuh secara tak sengaja, sementara ada lagi roti gebu-gebu yang tersimpan erat dalam beg hitamku-isk lelipas ni syuh..syuh..main jejauh.

oh, sambil meneguk teh ais yang rasanya macam air kosong baru kuar dari peti ais sambil itu terdapat lelehan susu dairy champ yang juga tak sengaja terleleh ke dalam plastik bersama pati teh yang hidup segan mati tak mahu yang acapkali digunakan dan jika tidak pengorder akan dibiarkan membeku dalam sarung ibarat karung rama-rama budak sains biologi ukm pengkhususan fisiologi haiwan. fuh!

sambil itu, para pelanggan dihidangkan dengan rancangan hiburan (separuh akhir muzik-muzik) yang mungkin merupakan salah satu agenda y*h*di dalam kalangan pelajar ipt terutama pelajar kolej burhanudin helmi, universiti kebangsaan malaysia, 43600 bangi, selangor, MALAYSIA. fuh!

ok. apehal citer pasal cafe b*rhan.

ah, layak ke gelar cafe? aku duk kampung, kini merantau. tatkala mak aku tanya makan beli katne, aku terpaksa menipu khatan dengan menyatakan bahawa aku membeli makanan dan minuman di cafe sedangkan cafe burhan tidak mengangkat definisi cafe itu dengan sewajarnya.
ini tidak adil!


definisi sebenar cafe ialah..............(sila cari sendiri-ini bukan entri ilmiah-sori!)


ok lah. fuh.

oit jepree! keyboard ko punye titik (sebut elok2) dah tercabot ke?
tak reti nak buat pemerengganan?


takde lah. bukan ape. aku nak cakap.
time exam week. haruslah pengusaha cafe tahu.
student sangat rakus persis hantu raya.
makan jek tahu. study nye idok.

masa camni lah nak kaut untung.
tapi kalu jual nasi goreng. telur pun habes.
haish. camne?
bela la ayam se-reban ke. lembu sekandang ke.
kat belakang umah dr kad boleh kot.
at least leh gak nanti diorang menjengah blok dak pempuan.
asyik monyet jek.

mereka budak perempuan memerlukan perubahan dan posisi yang baru!
isk sokong ** ah camni.


dah.. dah..dah...


................


the point is that aku lapar. tapi xde makanan best.

nak makan macam2..

sebab aku dah study kuat. esok paper kimia polimer.

*ehem, baru tadi ko fotostat nota kan. ape definisi study?
**ehem2..cari sendirik...


dah. habis dah sesi janji-aku-update-blog.


sekian dulu, c yaa.



love,
jefri


p/s : nape takde kategori etnik balada dah...~ alalaa..yang penting, nirmala mesti juara lagu tahun ni!
*ehem jefri, welcome to 2010....




4 comments:

IQBAL ZARIN said...

sabo je la. ko 3rd year nti dah pg ktsn plak kan? hehe

J.E.F.R.I said...

huk3.. 3rd year pun masih di sini..
4rd year praktikal all the year kot.

huk3 lagik.

tuan tanah said...

motif sume haiwn tu nk menjengah blok pompuan?? blok laki xleh?? haha..

xyah.. budk perempuan dh cukup perubahan dan posisi dah.. haha..

J.E.F.R.I said...

xleh..nti beralku sesuatu yg di luar norma..haha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...