Wednesday, May 23, 2012

Isu Pemansuhan PTPTPTPTPTPTPTPTPTPTPTPTPTPN

AMARAN AWAL: ENTRI INI BERSIFAT ROYANAN SEDIKIT INTELEKTUAL, SIKIT JEK TAK BANYAK. SEMUA INI ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS. JIKA ADA YANG TAK PUAS HATI, TAKDE SAPE YANG NAK PUJUK. TQ

Salam....salam....salam...

Sana-sini (kat fb & twitter la) sibuk memperkata mengenai isu pemansuhan PTPTN.

Where do I stand?
I stand on basis.

Pertama sekali kena fikir la tentang tujuan penubuhan PTPTN; sebagai bantuan kewangan bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di IPT Malaysia dalam bentuk pinjaman. Saya dengan ini sekeras-kerasnya menolak pemansuhan PTPTN walaupun dalam hati saya teringin sangat. Untuk rekod, saya berhutang dengan PTPTN sebanyak RM5000. Ye, saya tahu, saya pemegang biasiswa JPA, ni nak citer ni...

...............




Sekadar hiasan


Angin bertiup damai mengusik pipi dan helaian rambut. Sesekali terdengar burung berkicau mencari sarang rumah. Hembusan nafas Jefri sederhana kadarnya keluar dan sedut. Bersyukur dia menghadapi hari yang baru, melupakan jejak dan tapak semalam....

..............

Kita yang dapat tawaran sambung belajar kat IPTA kan dapat wang pendahuluan RM1500. Aku tunaikan. Then, sibuk-sibuk 1st year nak kena isi borang PTPTN, print untuk 3 copies, then pastikan belakang kertas tu semua ada watermark PTPTN, fuh gila mengisi borang, memang berharap la nak dapatkan pinjaman PTPTN yang ditawarkan masa tu; RM28k untuk 4 tahun pengajian ijazah ni. Ye lah, biasiswa JPA pun aku isi tapi to be secure la kan, i ni bukan permata pintar untuk ditawarkan biasiswa begitu saja, lainlah budak medic khen...lahir-lahir terus dapat borang tawaran JPA sebelah tali pusat (oh tipu!)

Bantai lah JPA tak dapat, PTPTN bongkak tak nak isi, dah tu, 4 tahun ni nanti nak bayar yuran, makan pakai, hiburan lagha dan minyak motor dan KTM, sape nak bayar? Jual tanah la orang tua aku kat desa tercinta tu!

Maka dapatlah aku PTPTN dan JPA. Atas faktor ekonomi, aku pilih JPA tapi duit JPA masuk sem dua, duit PTPTN masuk sem 1. Maka, satu sem RM3500 untuk PTPTN berjaya dilunaskan dan diganasi oleh aku untuk berbelanja. Maka pada sem 2, aku jadi ten thousand-aire sebab JPA masuk sekali gus untuk tahun 1 sebanyak RM10 600 sebab satu sem RM5300. daa...~

Aku berlengah-lengah daripada membayar balik RM5000 (RM1500 wang pendahuluan IPT + RM3500 sem 1 PTPTN) sebab kalau nak bayar, kena pergi KL Sentral. Dan duit JPA aku pun habis (wow!!!) dan tak terbayar lah PTPTN aku tu. Ralat tu ralat la jugak. Kecewa, hiba, sedih dengan sikap berbelanja, culture shock kan orang kampung wajah Pan Asian macam aku ni masuk bandar, access nak ke KFC, McD, wayang, Mall dan tempat berhibur tu senang, maka, terjebak la aku dalam penghabisan duit JPA.

nota: takdela aku bershopping bagai dengan RM10k tu. Tahun 1 kan perasan nak beli macam-macam keperluan. Laptop, printer, buku-buku dan sebagainya *nak sedapkan hati*

Maka aku terima semua ini dengan tabah dan reda......

....................

See, one point taken, PTPTN menjadi alternatif kewangan bagi pelajar IPT!
*yang kes IPTS yuran mencanak erect tegang macam Viagra tu, no comment. Dapat kat student IPTS adalah 2,3 ratus untuk survive satu sem, lepas beli henset lampu suluh, terpaksa la minta duit mak bapak kan, nasib baik mak bapak tu jenis ber-ada la singgit dua nak kasi kita survive*

................

Malam tadi ada debat pasal isu pemansuhan PTPTN, bukan main lagi kat fb ramai yang buat update live! Siap dengan hujah balas pulak..isk3. Suruh join debat sekolah peringkat hari Bahasa Sekolah/Zon tak nak pulak, siap lari-lari dari cikgu dengan tudung kelepetnya, kain senteng, baju nila bertompok, cakap,'Malu la ciku..malu ciku..'

Sekarang ni kat fb twitter, koranglah ratu pesona NONA, Dewi Remaja, Majalah NUR, Ustazah Oasis, Mastika yang paling hebat berhujah!
 *fuhh, tiber rage kan*

harus mereka sembah ratu dulu kan....
-sekadar di pinggiran-


..................

The basis is kalau berhutang bayar. Tak nak bayar, jangan hutang. Yang isu interest, bunga, tangkai, akar, daun tu semua, kan dah termaktub dan dipersetujui dalam kontrak kertas yang tiga salinan kita print lepastu kena ambil no giliran berjam-jam baru dapat kat OD Siswa Bangunan Pusanika lepas dah berjuta-juta jam pulak, kerani tu cakap, "Dik, fakulti adik kat KL, pergi KL la adik ye" Lalu korang yang innocent pun mencarut dalam hati jek kan..

Isi perjanjian kontrak tu dalam bahasa Melayu kan cik leha, cik kiah, pak Semail, Haji Senin, Tok Empat Leman hoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....Sia-sia jek print ber-watermark bagai...


 

Maka, makcik-makcik dan pakcik-pakcik itu pun menadah tangan berdoa kesyukuran..

*ke Bahasa Inggeris? Ala, kalau bahasa Inggeris pun apa ada hal? Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka belambak-lambak kat library kan.. Ni nak jugak google translate!

Ok lah, kalau ada debat atau petition atau demo atau rancangan realiti atau game show yang ingin memperjuangkan pengurangan kadar interest atau pemansuhan terus interest. I am fine with that.

Seterusnya, cuba jadikan PTPTN sebagai alternatif terakhir. Bagi yang masih muda, keanak-anakan, suci murni, anak-anak ikan, anak ayam, itik, kambing, lembu kerbau sekalian, masa sebelum masuk IPT tu cuba la segigih yang mungkin untuk dapat result yang terbaik. Minimum 3.5 la pointer untuk matriks, STPM, dan Diploma, barulah nanti dapat apply biasiswa JPA dengan senang hati.

Atau masa SPM tu sila la bertungkus-lumus dapatkan berjuta lemon curahan coklat ke ladang gandum A untuk dapatkan sponsorship dan scholarship untuk sambung pengajian.

Eh, tau tak nape kita apply semua ni? PTPTN, biasiswa JPA, pinjaman MARA, biasiswa yayasan X, Sime Darby, Bank Negara, dan sebagainya?

Sebab Malaysia punya pendidikan adalah ber-yuran, pensyarah-pensyarah tu semua bukannya buat kerja amal nak mengajar,  instrumen untuk research tu semua perlu maintenance dan perlu dibeli untuk ada, bukan turun dari langit lepas tiup harmonika macam cerita pendekar bujang lapok tu, dan sebagainya.

Ada banyak lagi lah pendapat pasal isu pemansuhan PTPTN ni, yang pasti, majoriti menolak isu ini kira kalau isu ni diperdebat di pertandingan debat peringkat zon sekalipun, kumpulan pembangkang isu ni kompem menang tanpa bertanding ala-ala calon BN kat Sarawak. eh?

Makanya, kalau anda sudah terjebak dengan PTPTN ini, jangan la bersedih jangan berduka, ada cara untuk 'memansuhkan' pinjaman ini. Sila study dan dapatkan ijazah kelas pertama (CGPA 3.67) dan ke atas. Memang la susah. Kalau senang, semua orang la dapat PTPTN free, tak timbul la pulak isu ni. Aku rasa galakan sebegini dah cukup bagus dah...

At the end of the day,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati,
Pisang emas dibawa belayar,
Sedapnya kalau dapat makan pisang emas ini....

Sekian dulu, maaf meroyan,

love,
jefri

ps: Saja je tau update blog pasal isu hangat ni, nak up traffic la tu....
*OMG, sungguh 2011 pernyataan itu!*

Sunday, May 20, 2012

haaaaaaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Salam.....salam...salam...

Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii semua....
hihihihihihi (gelak hihi, bukan repetitive hi, tq)

Mengikut kalendar blog, ini adalah post terbaru selepas 3 bulan blog ini diam.
Ala, 3 bulan je pun... Orang pregnant pun boleh gugur..lain la kalau dah 2 minggu pregnant pun nak bagitahu...eh?

Maka dengan ini, saya selaku admin tunggal blog ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan ribuan maaf berdasarkan perasaan masing-masing. Tq.

Memang banyak nak diceritakan. Tapi..............penat la asyik nak buka kaunter jek. Nanti rajin, i story lah ek. Tapi kalau nak diikutkan kan kan.. fenomena jarang update atau malas update blog ni dialami oleh kebanyakan blog. Adakah ini tanda-tanda akhir zaman blog? Biasanya yang jarang update blog ni, blog pehmesss jek kan. Sekali mereka update, desup lah orang komen, share link kat fb dan juga print entri tersebut sebagai manuskrip dan rujukan thesis (bagi yang berkenaan)...

Namun yang demikian, apa yang hendak dikata kepada blog-blog picisan (ouch!) yang jarang update? Dah la masa musim blogging kencang dulu, up entri pun takde orang komen (ouch 2), inikan orang nak share link kat fb (ouch 3), print entri guna laser ink atau cartridge (ouch 4), entah-entah ada orang baca ke tidak (ouchhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh beribu sesalan)...

Itu semua terpulang kepada masing-masing la kan. Bukannya blogspot ni caj setiap entri dibaca dapat seposen, entri tak laku, akan didenda seringgit kan?

Dah la tu ek. Nanti rajin (sangat tak janji) akan saya tulis cerita-cerita yang dah berlaku, sedang berlaku mahupun fantasi fairy tale saya.

Take care.

love,
jefri

ps: Nak kena cancel balik la ni tempahan nisan blog....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...