Tuesday, September 6, 2016

Kembali?

Salam Satu Malaysia! 


Ah gitu! Selamat hari merdeka dan hari Malaysia 16 September nanti k! 

Ini first time tulis blog guna handphone. Aku kat klinik kampung aku ni haa hantar mak pergi regular check up utk penyakit kencing manis darah tinggi.  Jadi,  utk mengelakkan terus-terusan dicarut oleh Ekebal blog dia mypreciousblog90.blogspot.com (nahhh tak reti nak fancy writing pakai fon, kalau pakai laptop segala gadgets boleh taruk tapi tu la semangat nak menulis blog tu payah sikit tapi nasiblah aku kat klinik kampung aku ni haa hantar mak pergi regular check up utk penyakit kencing manis darah tinggi) yg membuatkan aku terus diuji supaya terus memblog (lagu favorit ekebal Haruskah Diuji,  awas ye muka dia berubah Julia Hana kalau karok lagu ni). 


Okayyyyyyyyy... Back to topic... Err topik apa ek? Ok. Skrol atas balik,  tajuk dia KEMBALI

Apakah kembali? Kembali lagu Intan Sarapina, Kembali Terjalin n Kembali Merindu Slam, Kembali Senyum arwah Izwan Pilus, Kembalikan Indah Tokti, dan lagu2 Kembali pprt yg lain. Awas.  Bukan Kem di Bali, Indonesia! (hambar) 

Nota: sila youtube semua lagu di atas. 

Topiknya adalah: KEMBALI MEMONDAN

Apa???? Choyyyy bila masa aku memondan? 

Nota 2: memondan adalah berpakaian perempuan secara berlebihan dan berkelakuan seperti jalang secara awam utk meraih perhatian atau sesuap ciknek! Matilah

Atau dalam bahasa inggeris,  excessive dress up with bitches mode on to publicly announce that you are born that way, their method (kaedohnya). 

Suka2 hati aku je kan bagi definisi camtu. 

...

Baiklah. Okay,  jadi kes kembali memondan ni berlaku pada Uqasha Senrose baru2 ni bilamana dia mengambil keputusan utk tidak lagi mengenakan penutup pada kawasan rambutnya sejak 3 tahun lampau kerana akak penat, dik.. Akak takmau jadi hipokrit dik... Akak penat dengan haters,  biarlah akak jadi diri sendiri... 

Ehhh... Uqasha bukan seorang wanita ke? *kedengaran haters jepri melaung dari bawah pentas 

Kfine... 

lah. Okay,  jadi kes kembali memondan ni berlaku pada Safiey Ilias baru2 ni bilamana dia mengambil keputusan utk tidak lagi mengenakan penampilan lelaki yg diamalkannya sejak 4 bulan lampau kerana akak penat, dik.. Akak takmau jadi hipokrit dik... Akak penat dengan haters,  biarlah akak jadi diri sendiri...  

Aiyooo.. Disebabkan aku tulis ni pakai fon,  so aku malas nak godek2 gambar. Kalian sila la gugel image sendiri!!!!! Janganlah minta disuap je! Safiey ilias tu siapa dan pelbagai (kata kunci carian) 

Maka,  malam tadi,  meriah la group2 whatsapp di sini sana,  komen2 di fb,  ig,  twitter. Meriah! Padahal raya haji hari Isnin depan! 


Jadi,  dalam kes viral sebegini, akan lahirlah beberapa golongan dengan kad beranak berdaftar:

1.OstatOstazah: yang akan kaitkan dengan Islam dengan sudut apa-apa pun

2. Birah: Yang akan buat pick up lines

3. Tagger: Tag pasangan masing2 (motip? Maybe supaya jgn jadi mcm kes) 

4. Haters: *tepuk tangan*

5. Karats: kita pun tak baik mana. Kita doakan je la dia.. At least dia kaya raya dia cantik dia berjaya dia spm straight A bla bla bla

6. Karats diana denial: akaun dia kena hacked. 

7. Langau: tetiba la share resepi char kuey tiaw la,  visit my ig la, promote produk. 

8. Politaik: akan petik nama najib n rosmah dan peningnya mereka2 ni dgn ekonomi negara

9. Nazis: sempat lagi betulkan grammar dan tatabahasa komen lain. 

10. AntiJew: ini semua agenda yahudi! Safiey bermaksud Saya Fall In Love with Yahudi! 


Moralnya,  kita kena la pandai buat pertimbangan sendiri dan mak aku pun dah setel check up. 

Love, 
Jefri

Ps: tak syiok taip guna fon.  Nak bukak laptop gak nak hias2! Nak jugakkkkkk *hentak kaki-lantai simen klinik mula retak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...