Saturday, October 19, 2013

bukan galau tokti

Salam

I am in fragile mode. Buat pengetahuan, insyaAllah majlis konvokesyen aku berlangsung pada Isnin 28 Oktober 2013 di DECTAR UKM.

Galau bersarang di hati dan aku cuba gembira untuk berkonvo tapi entahlah hati aku tawar. (bajet emosi)

Banyak faktor yang buat aku tak keruan gelisah menyampah rebel boikot untuk konvo. Ya. Banyak yang seronok nak konvo tapi aku dalam posisi lain.

Sekarang aku dapat rasakan aku dah melangkah ke fasa mendahulukan selain diri selagi boleh. Maksudnya, dulu dalam apa-apa hal aku utamakan diri dan orang lain juga selagi boleh. Tapi sekarang dengan faktor hidup aku, keluarga aku, aku rasa dah tiba giliran aku pegang baton untuk jaga keluarga aku; semua aspek.

Ada lah benda-bendanya tapi tak perlu cerita kat sini cuma aku nak buat catatan yang aku dah sedar kepentingan dalam mengutamakan.

Kuatkanlah hati.

love,
jefri

ps: selamat konvo warga UKM :-D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...