Sunday, November 20, 2011

American Horror Story. Sebuah Review.*eceh*

Salam...salam...salam...

Lama sudah tidak bersua, mari high 5 semua!

..............

Ok.  Nak cepat sebab malas lambat-lambat,
hari ni aku nak review dan berkempen untuk satu drama US yang bagusss..
iaitu

AMERICAN HORROR STORY..

jap nak google image..




..................


Ok. Bacaan lanjut mengenainya ada di wikipedia.

My two, three, four, five and six cents are:


  • The creator is Ryan Murphy with someone-i-dont-know-n-shud-i-know? Thus, Ryan Murphy of wacky wiki wiki crazy teeens of Glee and Popular (once upon a time history), now come with this handful fruit (buah tangan terbaru-ayat wartawan melesia kan?), this sick, scoopy, creepy, psychotic, but brilliant horror story.
  • The plot is as simple as a new family of Harmon moved from Boston to LA after the wife had a miscarriage as well as dealing with the cheating husband. 
  • The additives, coloring, aspartame, MSG, salt, butter, and sugar of this show is, the haunted house that they moved in. The house has its story. Former residents (owners, maid, could be anyone) of the house, mostly died in the house, are not in their respective peace. They come back to the house and haunting/visiting it.
  • Each episode brings next story which I believe there are so many things and plots to reveal and I wonder how many seasons will this series last?
  • The characters are so brilliant. Grammy and Golden Globe can give them trophies now.
  • My favourites are Down's, the maid (women see her as an old lady, men see her as a sexy, young lady), the daughter, the ghosts or guest stars, the wife, the hubby, the neighbour, the basement (not a character actually) as concluded, ALL.
  • So, tak kenal maka tak cinta, this show is highly recommended to be downloaded, or anyone near UKM Bangi (statement jual shawl sangat!) can take it from me, FOC of course because I wanna spread the love.


Sekian dulu karangan BI SPM dari saya yang bertauliah tiada dalam hal mengereview.
Segala kesalahan grammar harap dimaafi.
love,
jefri


p/s : episod 1 agak lucahs...sila tutup mata....well, pilot episode kan..
p/s 2 : Pernah tengok Heroes? Sylar yang zalim itu kat sini jadi gay couple ghost. Aiyyo.
p/s 3 : Season 2 has been renewed. Semoga Ryan Murphy tidak mengapa-apakan dan memperkotak-katikkan siri mendatang sebagaimana yang beliau telah lakukan kepada Glee.
p/s 4 : eh, leh download di sini.
p/s 5 : dan aku tak rasa aku nak Malay Horror Story...cerita-cerita Prof Penang tu pun banyak yang horror scary, kelakar seram gitu..

Friday, November 11, 2011

Teknologi Pemacu Kemajuan!!!

Salam...salam....salam...

Tu dia tajuk entri ala-ala kempen kemerdekaan kan?
Maka, sempena hari Jumaat ni, sama-sama lah kita bakar semangat perjuangan dalam diri kita.
Perjuangan itu banyak cabangnya. Pandai-pandailah nak hidup yek...

..........

Sebenarnya, nak tepek print screen yang aku buat ni jek.
Sebelum tu, nak dikhabarkan dan di-amaran-kan terlebih dahulu,
Bukanlah aku nak menunjuk ke nak apa ke kan..tapi nak berkongsi..
Tapi dalam masa yang sama, nak menunjuk dan berkongsi lah..(?)

Ok, secara intro, aku buat latihan tutorial kimia organik 3,
pasal kumpulan dwifungsi (PPSMI kan mansuh...)

Pening-pening tengok nota ngan journal ngan gugel,
aku mengambil pendekatan yang belum pernah aku lakukan sebelum ini...
*bunyi seram berlagu*
Dalam banyak-banyak solution manual di internet, aku secara rawak sambil berharap telah memilih seorang ahli akademik di luar negara, lalu aku menghantar emel sebagai tanda usyar kot-kot dia boleh tolong jawabkan soalan tutorial aku tuh...Kalau lepas yang tuh, leh la aku pelan-pelan bagi dia semua soalan suh jawab dan akhirnya setiap kali ada tutorial organik chem, dia yang jawabkan..
HAHAHAHAHAHAHA...*gelak perangai tak senonoh*

Namun aku percaya, itu sebenarnya tugas seorang pelajar yang telah diberi mandat dan kepercayaan oleh semua orang. Aku sesaja je hantar emel kat alamat emel yang entah wujud ke tidak pastu tatkala dapat first reply pun aku dah rasa syioks.....

Banyak cakap plak kan....-_-'





malas nak watermark ke waterkaler ke, censored ke apa..malaihhh

Maka, itulah kisahnya....Saja jek nak menyelit kat blog ni..
Haish...nak keluh banyak-banyak rasa macam tak bersyukur plak kan..

Eh, lepastu nak bagitau yang aku adalah antara pembaca tegar blog keretamayat.
Pada satu hari (which is today), kat fanpage fb keretamayat, ada status yang best lalu aku pun suka (like)
Pastu tengok ramai(lebih dari satu) yang mohon share-lah, izin share-lah...
Pastu, haish, tengoklah...


nota : nama fb aku adalah Jefbree Van De Kamp. 
Aku pun da bosan ngan nama ni, nak tukar tak boleh, 
fb tak bagi dan bukan itu yang aku nak ceritakan di sini......


Takdelah batak mana pun kalau kena macam tu tapi aku suka sebab usaha dan cara aku diiktiraf di peringkat antarabangsa mahupun tempatan *tiber*
Dan bukan juga aku ni gila glamer *sambil menatap jumlah blog follower yang ciput*

Apa-apa pun, mesej yang ingin disampaikan adalah, teknologi adalah salah satu perkembangan kemajuan manusia yang mempunyai pelbagai manfaat mahupun mudarat. Bak kata bapa toksikologi, Paracelsus (kot),
beliau buat Press Conference (PC) dan mengeluarkan statement :

"All things are poison, and nothing is without poison; only the dose permits something not to be poisonous."

Atau juga bermaksud, argh! Jangan ponteng kelas BI!

Dan PC itu berakhir dengan jamuan ringan teh kosong dan karipap beberapa ketul..

Sekian dulu,

love,
jefri


p/s : sebenarnya nak tulis banyak benda, tapi malas. Selamat berhujung minggu ;)
p/s 2 : eh, nak tutorial cara nak buat print screen ke? Nantilah..........

Saturday, November 5, 2011

Fakta : Salam Aidiladha.

Entri kali ini mungkin bersifat factual atau berfakta namun dipengaruhi oleh pandangan peribadi penulis. Entri akan menjadi bosan kerana bersifat fakta maka yang takde keje je boleh baca entri ni sebab entri ini berbentuk fakta, tapi fakta ni dipengaruhi oleh pandangan peribadai penulis maka yang ada keje tu baik tinggalkan saja entri ini dan teruskanlah kacau rendang, bakar lemang atau tukar langsir sebab entri ini bersifat fakta dan seterusnya.........................

Salam...salam....salam...

Salam aidiladha.

Pertama sekali, umat Islam mempunyai dua perayaan besar iaitu Aidilfitri (1 Syawal) dan Aidiladha (10 Zulhijjah). Aidilfitri atau Hari Raya Puasa merupakan hari kemenangan (atau bulan) bagi umat Islam yang berjaya berpuasa penuh sepanjang bulan Ramada. Wbgaimanapun, mereka yang tak berpuasa turut meraikan Aidilfitri mengalahkan orang yang berpuasa khususnya dari segi persiapan. Aidiladha pula merupakan hari simboliknya pengorbanan Nabi Ibrahim (maklumat lanjut sila rujuk buku agama) dan juga tempoh melakukan ibadah haji (maklumat lanjut sila rujuk buka agama). Oleh itu, tidak hairanlah jika ada yang memanggil Aidiladha sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban tetapi majoriti memilih Hari Raya Haji.

..........


Penjelasan lanjut mengenai perayaan ini dari aspek keagamaan bolehlah diajukan kepada mereka yang bertauliah untuk memberika ceramah sebab aku takde tauliah, nanti kena tangkap. I tak rela you....


Sekadar gambar hiasan...

.........


Jadi, mari kita singkap fakta-fakta menarik atau trivia yang telah aku fikirkan beberapa saat sebelum meluahkannya dalam bentuk penulisan di entri ini.


  • Raya Haji lagi meriah berbanding Raya Puasa di Kelantan dan Terengganu. Tapi aku ada tanya dorang, tak jugak, mungkin mulut ke mulut je ni macam asyik cakap jek, lama-lama dah jadi cop yang Raya Haji  lagi meriah berbanding Raya Puasa di Kelantan dan Terengganu. Kalau nak diikutkan, belah sana memang agak islamik la berbanding belah lain *belah mana tak tau* maka Raya Puasa yang majoritinya disambut dengan hiburan suka-suki huhahuha dielakkan oleh belah sana jadi Raya Haji menjadi meriah tapi kalau meriah, mesti ada huhahuha gak kan. Eh, tak tau. No comment plis.
  • Raya Haji kat negeri-negeri lain selain Kelantan dan Terengganu di Malaysia adalah tidak semeriah Raya Puasa tapi fakta ini menjadi keraguan oleh sebab cerita di atas.
  • Raya Haji di negara lain tak tau.
  • Daging korban biasanya diagihkan ke seluruh kampung. Biasa sekilo sorang tapi yang tolong buat kerja (sembelih, lapah, cincang) dapat extra la dan kadang-kadang dapat upah duit oleh orang yang melakukan korban itu. Sistem kuota 'Satu Family Satu Bungkus Daging Satu Malaysia' mungkin dilaksanakan jika sumber adalah terhad. Kalau tak, sape yang beratur mesti dapat tak kira ko satu family beratur.
  • Juadah klise macam biasa lemang, rendang dan ketupat. Kuih raya macam Almond London, Tat Nenas, dan Tempeyek adalah sangat jarang dijumpai sebab kebanyakan rumah mengambil pendekatan membuat makan-makan untuk dijuadahkan seperti laksa, mi kari dan mi sup.
  • Setakat ni, tak pernah lagi aku pergi mana-mana rumah terbuka Raya Haji.
  • Rancangan di televisyen tidak sekencang macam Raya Puasa dan kalau ada mestilah tema klise pasal pengorbanan keluarga susah nangis-nangis dan pergi Haji tapi takde duit tapi ending dapat pergi Haji.
  • Lagu-lagu raya tidak banyak dimainkan sebab sumber yang terhad. Lagu raya yang tidak mengandungi lirik Aidilfitri dan Puasa boleh dimainkan. Sebagai contoh tadi siang aku dengar lagu Balik Kampung, Sepasang Kurung Biru dan Indahnya Beraya di Desa di corong radio. Lagu yang bertemakan Aidiladha paling popular adalah yang mengandungi lirik, Seruan haji.....telah tiba lagi...menunaikan ibadah..panggilan baitullah' (sila youtube untuk keseluruhan lagu itu.) dan lagu Setia KuKorbankan dendangan Fauziah Latiff adalah takde kaitan dengan Aidiladha. 
  • Mengunjungi pusara adalah tidak sefofuler sewaktu Aidilfitri.
  • Kunjung-mengunjung, pergi beraya dalam kalangan kanak-kanak dan pemberian duit raya masih ada tapi, macam biasa, tidak sehebat sewaktu Aidilfitri.
  • Kepulangan ke kampung halaman adalah tidak penting sangat dan bagi pasangan yang berkahwin, isu balik kampung siapa? tidak begitu diperdebat sangat.
  • Solat sunat Aidiladha dan Aidilfitri lebih kurang la sama banyak meriahnya.
  • Dan sebagainya.


Maka, dengan ini, saya gulungkan, tak kira Aidilfitri ke Aidiladha ke, masing-masing ada keunikan dan keistimewaan masing-masing. Saya akhiri entri ini dengan mengucapkan Salam Aidiladha, berkorbanlah demi kebaikan agama, sucikan hati seperti sucinya hati para jemaah haji. Sekian, terima kasih.




love,
jefri

p/s : Esok kalau solat sunat Aidiladha, disunatkan untuk makan selepas balik daripada solat sunat itu.
p/s 2 : Entri ini sangat tidak reliable untuk dijadikan sumber tesis bagi apa-apa tajuk berkenaan.




off topic : ini aku pergi dinner kos sesi 2011/2012 dengan pakaian haji. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...