Saturday, January 7, 2012

Sebuah update khas buatmu di sana......

Salam...salam...salam


Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia buat semua pengunjung tegar dan pelangut-pelangut setia blog femes aku ni yang sentiasa menanti update terbaru walaupun dah dekat berzaman tak update blog! *POMMMMM bunyi petir sambar-menyambar*

Baiklah, untuk pengetahuan kalian, aku diserang perasan sibuk yang sangat kritikal dan perasan malas yang sungguh kritikal dan hal ini sangat kritikalis bak kata aku. Banyak hal terjadi dan banyak benda terjadi dan hal ini sangat terjadilis bak kata aku. Maka, daripada aku buat karangan SPM cerita pasal rentetan hidup aku sepanjang ketidak-update-an blog ini, bukankah lebih baik jika kita bersemuka face to face lantas aku cerita jek kat korang kan????
*sila ambil nombor di kaunter*
                                   
Kaunter semakin sesak dengan lapisan masyarakat pelbagi kaum dan lapisan umur.


-----Perasan blog femes padahal *teet*-----------


Baiklah. Mungkin ada peminat-peminat aku *matila satgi* yang berada di UK yang tengah amek medik ke *ops*, yang berada di UPSI *ops gak*, yang berada di Ireland *ops lagik*, dan juga di seluruh dunia seperti Angola, Burundi, Mozambique, Djibouti, dan Togo dengan ucapan, "Ok tak buat medic kat situ? Hati-hati kalau nak upload pic kat fb, nak senang, upload kat myspace jek, takde sapa tau!"


                                          
Ai ok jek. Medic is fun! Tiber kan...Huk3. Comel gelak ai tau...



Maka, baiklah kiranya aku tolong summarize-kan kisah hidup aku. Senang korang takyah beratur kat kaunter itu *kaunter kelihatan sesak* dan jimat tiket flight untuk mendengar kisah hidup aku ini. Fuh.

Ok. Mulain ya dong!

  1. Welcome to 2012 to all of you especially to Puak Maya
  2. Malam tahun baru aku tak selebret sangat sebab aku ada banyak benda lain lagi nak buat macam tengok tv, makan sambil tengok tv, tak study tapi online, dan tak study tapi nak exam.
  3. Oh, final exam sem 1 tahun 3 aku sudah bermula pada 3 Januari 2012 dan dijangka tamat pada 19 Januari 2012. Antara subjek yang diambil adalah......................*ada korang kesah kan?*
  4. Isu yang paling hangat sekarang kat UKM adalah isu air. Aku tak terlepas dari terkena tempias ini. Untuk pengetahuan, terdapat dua saliran air UKM yang merangkumi dua lingkaran; lingkaran 1 dan 2. Ala, macam lingkaran api pasifik tuh, eh yeke?
  5. Kolej aku, Kolej Burhanuddin Helmi yang kucintai kujulang setinggi Syura di AJL Nazam Berkasih termasuk dalam lingkungan yang mengalami krisis identiti dan krisis air.
  6. Sudah 5 hari perkara ini berlangsung dengan meriahnya. Bermula hari ketiga, secara rasminya air sudah ghaib dari pandangan penghuni kolej Burhanuddin Helmi dan monyet-monyet sekitar. Tak lupa anjing dan babi yang  berkeliaran.
  7. Maka, bermulah episod cinta dan episod siri pencarian jejak imam muda dan pencarian ustazah pilihan dan pencarian air yang merempatkan para pelajar. Ada yang mencakar-cakar tanah tanda protes pada belenggu permasalahan ini. 
  8. Aku punya pengalaman simple jek, takda air memang dahsyat. Nasib baik ada motor. Aku angkut baju-baju bawa pergi dobi, mandi kat masjid, kat kolej lain, kat Petronas Seksyen *tuut* dan serata fakulti lah siri penjelajahan dan road tour nih.
  9. Aku mengisytiharkan bahawa masalah air kali ini adalah yang terburuk yang pernah dialami sepanjang tiga tahun di sini. *potong reben*
  10. Dan begitulah sebenarnya. Ada banyak lagi benda berlaku tapi malasssssssssssssss. Tahu tak malas? Malas tu tak rajin lah......


Ok.

love,
jefri



p/s: Doakan aku berjaya menjawab dengan tenang, mendapat ilham yang kreatif untuk menjawab, mengulangkaji pelajaran dengan baik, dan mendapat keputusan yang best. Akhir kata, doakan aku terus tabah menghadapi masalah isu air dan jamban yang keras dengan bau hancing-mancing sepanjang musim peperiksaan dan air cepatlah hadir. Kuseruuuuuuuuuuuuuuuu.....Dah la sekarang dekat seminggu gak tak hujan....

Amin.

Tuesday, December 13, 2011

Batu Belah Batu Konkrit

Salam...salam...salam...

Dalam kesibukan perjuangan kpop dari semua pihak, apa kata kita tinggalkan itu semua sebentar dan kita layan lagu ini *stuktur ayat tak berapa nak sync*



Hebat kan? Pomm Pomm!
Penuh kemelayuan yang tersurat yang tersirat. Aku memang suka lagu kemelayuan nih walaupun wajah persis pan asian *pommm*

Lirik dia syok banget deh tambah dengan muzik gabus, violin dan piano yang simple...
Tak lupa suara Azlina Aziz yang perghh...lomak cili api...
Remember her days? KLIK

Mari aku kopipes lirik lagu ni dan jadikan dalam bentuk statement:

Wahai anakanda ku sayang, ke mana hilang budaya? Diculik piring terbang atau ditelan buaya?
Tiada peluang tiada ruang. Semua mahu cepat kaya. Pabila semua dah hilang, barulah hendak percaya

Cukuplah semua ini, hati bonda tersepih. Biarkan bonda pergi. Dimakan ditelan batu belah batu konkrit.

Wahai anakanda ku sayang, kenapa gadai pusaka? Sebab cinta atau wang? Atau kerna kurang peka?

Seperti lalang-lalang; suka belok suka leka. Ikut telunjuk bayang-bayang. Akhirnya diri terluka.
Melihat semua ini, hati bonda menjerit. Lepaskan bonda lari. Dari dihimpit putar belit, masyarakat hipokrit.

"Wahai bonda jangan merajuk, bonda jangan makan hati. Anakda disini memujuk dan anakanda takkan berhenti. Kini sekadar impi. Baru faham semua ini. Bonda tolong jangan pergi, maafkan anakmu..."

Cukuplah semua ini. Hati bonda tersepih. Biarkan bonda pergi dimakan ditelan batu belah batu konkrit dari dihimpit putar belit, hamba duit, masyarakat hipokrit.

Bonda rela dimakan ditelan batu belah batu konkrit.....


Read more: http://www.liriklagumuzika.com/2011/12/lirik-lagu-batu-belah-batu-konkrit.html#ixzz1gPA4HdNP



Tu diaaa....lirik tersurat pun dah terkesima (for some lah) yang tersirat bagi yang berfikir pun of course la kan (for some lah)

maka, sekian dulu gue ngupdate beloggg...

love,
jefri


p/s : Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Kalau kena pijak, pandai-pandai lah bertarung ;)


Saturday, December 10, 2011

ANTM ALL STARS FINALE dramaaaa

AMARAN AWAL: INI ADALAH LUAHAN RASA BERKAIT DENGAN ANTM ALL STARS FINALE. IF THIS IS NOT YOUR CUP OF TEA, FIND YOUR OWN COFFEE. Thank you <3

Salam...salam..salam...

Stress..stress. stress..

Sebagai intro,

Final all stars Americas next top model adalah Lisa, Allison dan Angelea.
Yang Angelea tu sangatlah aku takjub dan pelik tengok dia bertahan.
Maka timbullah isu konspirasi Tyra nak menangkan dia. Maybe.

Lepastu, untuk final episod ni, kucar-kacir...huaaa...hadoo
Pemilihan gambar cover girl pun tah pape.
Final runway, hadoiiii...over, macam masa final cycle12 yang main lumpur tuh, kali ni masuk pool renang-renang, gantung-gantung, catwalk dengan lagu sendiri. Worst!

Tapi nice....Still the best runway masa final cycle 7 yang mad crazy bride runway.

And the most shocking out of all, Angelea being disqualified!
Huuu...tak pernah-pernah terjadi.
Setelah melakukan sedikit rujukan google, aku bersetuju dengan teori Angelea yang jadi juara tapi dia dah hebohkan kat fb ke twitter ntah sebelum final episod ditayangkan. Hali ni telah melanggar perjanjian dengan production house semua tu la..Hujah ini dikuatkan lagi dengan judging dibuat di LA instead of Greek. Nampak sangat reshoot....

Dan aku yakin sangat siri ini semakin tidak relevan...

Kesimpulannya, Tyra akan jadi tak tentu arah....

Sebagai lampiran:



Aku yakin yang ada jek shoot yang lagi baik dari nih..



was a winner...(strongly believe)
though the photoshop is here and there..


The winner. Walaupun 2nd hand trophy,
 tak ape lah, memang secara dasarnya Angelea tak pernah patut menang, 
drama jek lebih...
Lisa ngan Allison sememangnya layak top 2.


Sekian, terima kasih.

love,
jefri

p/s: haish. itulah orang tua-tua cakap, kerana mulut badan binasa..elok-elok dah menang pi gatai tangan heboh, kan tak pasal-pasal melepas...tapi hikmah dia tak payah la aku nak kenang Angelea sebagai salah satu  winner ANTM..tapi still dia memalit sejarah ANTM..


Sunday, December 4, 2011

Jangan Ditiru...

Salam...salam..salam..

Tuu dia tajuk..macam tajuk filem Ahmad Idham Pierre Andre kan..
Tak lama nanti keluar la tu at least drama bersiri kat Astro kan...
Baiklah.

Sekarang pukul 3 dan we just cut the fats i mean craps.

Intro, tetap nak intro ni, kat facebook ni macam-macam benda kita share. Ada yang masuk akal, ada yang tak logik, ada yang kelakar, ada yang unik, ada yang pelik, ada yang berguna, ada yang sia-sia dan sebagainya.

Kali ni, mari kita bawakan pula video yang dirasakan hangat sejak dua menjak ni, yang ni aku kategorikan dalam kategori kelakar seram. Tau camne tu? Saksikanlah :

(sila skip kalau malas)






Bagi mereka yang malas nak tonton atau sayang bandwidth nak download,
meh sini aku rumuskan dari sudut pandangan mata bersinarku suci murni hatikuuuuuuu


  • Basically, ini adalah sebuah talk show di Indonesia yang bernama D'Show yang membawa kisah tentang ibu dan anak lelaki yang mengongkek sesama mereka aka menjalinkan hubungan suami isteri di ranjang.
  • Si ibu terlalu merindui menyayangi si arwah/mendiang/late suaminya lalu menggunakan anak lelakinya ittewwww yang bernama feri atau pherry atau ferum (oh itu besi!) sebagai galang ganti khususnya di ranjeng! Si ibu siap confessed yang semasa mengongkek itu, dia membayangkan suaminya yang dirindui itu.
  • Si anak pula, kerana takutkan diusir oleh ibunya, plus with his unconditional love(literally), dia pun dengan rela menadah dirinya seperti ziana zain menadah gerimis. *takde kaitan sangat*
  • Dan pabila kau kata kaumahu jumpa aku, eh salah, dan pabila diajukan persoalan mengenai dosa pahala, si ibu  bilang, "Ngapain donk guwe mau maloo, guwe bukannya berjina sama owang layen! SaMa anAk kAndUnG guWe la teWwww" 
  • Dan selebihnya sila la download sendiri. Penonton di studio pun sporting! hoyeah! Good crowd! -_-'
  • Emangnya kalau dasar napsu, banyak sekali kecelakaan yang bisa berlakuh. Guwe enggak pasti syiapa mereka, islam ka, kristian ka, buddha ka, yang paling fenting, suma agama enggak benarin hal demikian terjadiiiiiiiiiiii....Kayaknya, mereka ini bener-bener lost their mind. I just cannot take it anymorrrrrrrrrrre.


Oleh itu, cukup-cukuplah aku feeling sebagai salah satu watak dalam siri sinetron kegemaran adik guwe, Setiap Isnin hingga Jumaat, 6.30petang, astro ria,  nada nada nada cintaaaa tu.
Kita sebagai makhluk berakal, beragama, sihat walafiat dan boleh mengawal refleks, tutur kata dan budi bicara ini seharusnya tahu lah. Common sense laaa...kalau duduk hujung negara mana pun, takyah pergi sekolah pun tahu mana baik mana buruk, bumi ni kecik jek...

love,
jefri


p/s : Harap-haraplah ni sebenarnya troll orang Indon ala-ala prank gituh nak kenakan orang Malaysia yang kayaknya makin ramai ya asyyyik mengutuk di youtube dan fesbuk. At the end, si ibu sebenarnya nek wok versi Indonesia yang gemarin anak hekannnnnn....Better la kan dari skandal ibu-anak tapi till dosa zina kan.

Eh tak kenal nek wok? Bakpenye?Oghe ganu hok dok  nikoh same laki mudeeeee....Hok dok pose kat tiang sementara nunggu abe dio kuar serenti tuh..dop kenal gok?

p/s 2 : no offense to Indonesian n Terengganu people ye..;)
Saja nak bagi meriah sikit blog yang sepi inniew. Sajew jewwww...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...