Sunday, January 31, 2010

sepermegian...

salam..salam..salam..

baru sampai ukm nih..
hari jumaat e2, time dalam kelas dr linda, dapat col gtau yang aki ( paklong ) dah meninggal
alfatihah...
sedih jugak lah...
sebelum ni, hari selasa, jiran meninggal..
alfatihah...
takziah untuk semua yang terlibat..
dua-dua yang meninggal ni ada banyak kaitan ngan hidup ini..

takpelah..taknak cakap banyak pasal kematian mereka..
diorang pun tak bleh nak defense diri kalau2 ada rumors yang bertiupan..kan...




alfatihah


.........



betul lah manusia merancang, tuhan menentukan...
kalau nak ikutkan plan, 30hb jan lepas nak pegi pcfair sama aizah
dah kena balik umah plak minggu ni..
so, seribu kemaafan aizah yek sebab perancangan aku bukan seperti ketentuanNya..



..........

aku nak citer sikit pasal kematian kat sini..takdelah secara serius sangat
and kalau nak penjelasan, sila lah cari ustaz yang bertauliah ok !
citer ni berkaitan ngan kehilangan jiran aku n aki aku itu...

sebelum itu, aku nak tegaskan di sini, aku bukan nak buka aib or what..
just sebagai pengajaran buat kita yang masih bernafas ini..ok ?

.......


jiran aku, ARWAH cik mah..
punca kematian arwah sebab busung katanya..
dah menghidap dekat lebih 2bulan..
masa dia hidup dulu, keluarga dia bawak pergi berubat secara tradisional
dekat 7bomoh/pengamal perubatan diorang pegi jumpa..
semua cakap itu angkara orang yang dengki ngan dia sebab keluarga dia agak berharta

semua tu cakap itu angkara jiran belakang rumah..
dan yang disyaki itu belakang rumah aku jugak..
aku macam tak percaya la kan..tapi hati orang mana kita tahu kan..

suami kepada yang disyaki ni pegi jumpa mak aku..
time tu nak gitau pasal kematian cik mah..

sambil tu dia cerita la yang isteri dia memang takde buat apa-apa pun
taktau macam mana 7bomoh/pengamalperubatan tu boleh aim isteri dia..
sekarang ni isteri dia yang disyaki tu duk berkurung dalam rumah jek..menangis
sebab tak tahan orang sekeliling mengata ( tau la kan peel orang kampung ! )

then, mak aku cakap, kalau dah tak buat tu, takpelah..sudah lah..benda nak jadi..
tapi kesian la sebab punca rezeki yang disyaki tu sedikit terjejas sebab isteri tu sebelum ni keje kat kedai makan..takpelah..semua orang dah disuratkan rezeki masing2 kan..

so, aku mula la berfikir...
macam mana ilmu hitam boleh menjejaskan kesihatan..
aku percaya sihir ni wujud sebab dari zaman nabi musa lagi dah ada sihir
( sila rujuk kitab)

time kelas fisioanatomi, aku tanya pensyarah aku, dia doktor..
apa sebab busung?
dia kata sebab liver failure..protein cannot be broke down n digested
so, they'll be accumulated...forming that 'busung' with all fluid that cannot be absorbed

hmm..so..????
entah lah..
tak tau nak tuding jari kat sapa..lagu bangau oh bangau plak akan keruhkan suasana jek lagi...

*moga cik mah bersemadi dengan aman di sana..


.........



kisah pasal aki aku plak..umur dia dah dekat 81 tahun..
cikmah tadi 41/42 tahun..
so, aki aku ni ramai yang considered dia sebagai orang tua yang dah nyanyuk..
mata dia dah tak nampak, telinga kurang dengar..uban penuh memutih
( itu semua tanda2 awal kematian dari izrail, kan? )

tapi, dia still ingat benda2 yang penting, maybe benda2 tu bawak kesan yang yang penting dalam hidup dia...
dah tua biasalah kan banyak ragam..
paling aku tak boleh lupa, masa cuti tunggu panggilan u, dia buat hal dua kali..
time malam jumaat..
dia marah-marah n cakap Allah dah terangkan mata dia..(padahal tak )
dia nampak benda yang tadak depan dia macam ada budak2 lah, lebuh raya lah
lepastu dia berlegar-legar dalam rumah dengan cara mengengsot ( kaki dia dah tak kuat nak berjalan )
dia kata dia nak balik umah dia !
umah yang dia duduk masa tu bukan rumah tapi hutan ! banyak akar !
bila penat, dia berhenti kejap..dia kata dia nak balik umah dia kat kebun getah
rumah dia kecil je..rumah papan..dia kata cukuplah untuk dia tinggal seorang
puas dia suruh kitorang ( aku, mak aku, abah aku, isteri dia ) hantar dia balik umah dia coz dia taklarat nak pegi sendiri..
macam-macam la dia cerita..dia kata kat kebun getah tu, dia nampak kawan-kawan dia yang masa muda..
( in fact, kawan-kawan dia semua dah meninggal, menurut abah aku la )

masa kali pertama kejadian aki aku tu 'mengamuk' nak balik umah asal dia, aku ada gak baca ayat kursi n ayat suci yang lain takut2 kalau ada 'benda' kacau..
lastly, aku angkat dia bawak pegi mandi, then baru diam n nak minum n then ok..

beberapa minggu lepas tu, dia buat hal lagi..
kali kedua ni lagi lama tempoh dia..malam jumaat gak
dia asyik minta duit nak buat tambang teksi..dia kata orang teksi tu dah lama tunggu
tapi dia takde duit nak bayar tambang
bila kitorang bagi duit, dia kata bukan, tu kertas ! pastu, dia marah-marah n merayu
kesian plak tengok keadaan macam tu..
aki elok lepas ada seorang makcik tu baca air jampi..

then, lama dah tak buat hal until last friday nite
kira yang ni kali yang ketiga, juga malam jumaat
macam biasa dia mengengsot dalam umah cakap nak balik umah dia kat kebun getah tu

adik aku bagi rm1 sebab dia kata nak buat tambang teksi
dan kali ni dia percaya tu duit n cakap cukuplah buat tambang ni
malam tu, dia banyak minum air..

pagi jumaatnya dia mintak isteri dia buat air kopi,
dah siap buat, isteri dia nak bagi, tengok2 aki dah takde..innalillah
jenazah selamat dikebumikan selepas jumaat
dan aku tak sempat tengok coz aku sampai pun dekat kul3.takpelah..
kubur aki tu betul2 dekat pokok2 getah !


sedih gak bila kehilangan kan..
aki yang bagi nama Muhammad Jefri
masa dia sihat dulu, selalu tanya perkembangan pelajaran aku masa aku sekola rendah
dia pernah pesan Gagal Sekali Bukan Bermakna Gagal Selamanya..
entah lah..walaupun frasa tu macam dah biasa dengar tapi aku rasa bermakna sangat



*moga aki bersemadi dengan aman di sana


insyaAllah..

ALFATIHAH..


p/s : death is more certain than life

Thursday, January 28, 2010

undi-library-laboratory

salam..salam..salam...

agak penat hari ini..
pagi-pagi tadi dah kena bangun awal..patut kelas kul 10..
hadoii...
ni semua pasal mengundi...btw..aku undi sape? biarlah rahsia gituuu...

pasai apa..banyak gak kontoversi pasal election nih..
dah macam pilihanraya umum betul !
soseh..soseh la banyak nye..
ada yang kata sape undi pembangkang,
dibuang kolej, kalau grad susah dapat kerja n apa tah lagi..
tak ke horror+humor bunyik jek 2..?? isk3..aku gelak jek ! macam-macam !




time ngundi tadi kena berlenggang2 sawi jek..
takbleyh amek pic langsung..huh ! btw...kempen poster dia tak best lah!
itam putih jek ! manifesto pun hmmmm....


malam tadi...baru lepas solat isyak dalam kul 9..
tiba-tiba macam ada kertas terjulur tiba-tiba dari bawah pintu..
fuh ! nasib baik aku masih dalam wudhu'..kalau tak..
mula-mula aku nak bukak pintu n jerkah jek si penyelit tuh !
dasar tak reti ketuk pintu, bagi salam..awal lagi masalahnya !
lain lah kalau dah dekat kul 3pagi time aku tahajud ke..( err...pernah ke.??? )

then, nasib baik aku ditenangkan oleh roomate....
lalu aku terus minum susu aku ( susu everyday ok ! )

dan paginyaaa...undilah aku sebelum aku diundikan...
beratur panjang nih..yang hadooo memang jenis budak kampung kan..
sah-sah terpampang kat situ Q untuk tahun 3 dan 4..
yang Q tahun 1 n 2 lengang selengang-lengang alam...
so, dengan tangkas aku try kaber malu and terus pergi Q sebelah...
dan aku pun mengundilah calon itu mengikut rupa..ahaks !

so, lepas habis kelas dekat pukul 11 lebey, pegi la lunch..
then, pegi PTSL ( ppustakaan tun seri lanang ) bersama solehah..
dia mau buat report katanya..(buat=copy )
kami berkongi mp3 and tetiba dia kata dia nak wat perjanjian ngan aku..
( wah ! teringat dunia baru..opie n tajol wat pjanjian anti kapel till graduate )

dia cakap pas ni dia takmau copy dah report n nak berusaha bersungguh2 untuk masa depan yang cemerlang..gitulah lebih kurang..
then, dia drag ( bukan drag itu...!!! ) aku sekali..
err..aku pun terkebil2 n terketar2 sign borang pjanjian dia yang nan exclusive itu...

so..pasni aku kena rajin lah !!! errr..err...errr...

ah..pikir kendian tentang itu !
memandangkan aku takde lagi portfolio kat library..
so..aku suh 'partner rajin' aku tu snap2..ok?
tapii...camera fon aku nih xreti diam lah..bbunyi jek kalau snap2..
so tadak banyak la dapat..
( takot kena saman lah kalu wat bising, =rm10 )
puas cari port..last2 jumpe kat bahagian sastera..???


then..nak cari buku la tahzan..tapi dah fully booked sampai bulan 4 !!!!
aiyaa..haruskah aku membelinya..??
.........

petang tadi experiment paling lama kot pernah aku wat dalam hidupku..
dekat 4jam kot baru siap..waaaa...!!!!! penat....!!!!!!!!!
tapi best coz dapat tengok hasilnya dapat crystals uollsss..haha
tapi bukan kristal yang bley pakai nak bawak kenduri kawin or bergaya datin di hari raya..
pure punye..cantik...
ala..!!! lupe giler nak amek pic crystal itu !

memandangkan aku takde lagi portfolio kat laboratory..
so..aku suh amy snap2..ok?
tapii...camera fon aku nih xreti diam lah..bbunyi jek kalau snap2..
so tadak banyak la dapat..
( takot kena marah ngan pembantu makmal itu ! sangatlah garang itu orang..!!!! )




kitorang pernah buat biskut raya kat sini..betul tipu..!!!!



tong gas pun ada..err..ni lab ke dapor..???
that's why lah orang cakap chemistry is life ! ( yeke..??? )


inilah grup experminent yang tinggal..huuaaa..
yang lain dah balik dulu coz diorang punyer sekejap jek minggu ni..isk3...



haha..aku edit gak pic2 tadi amy ! baru exclusive..kannn..???

dan pics2 yang lain yang maleh aku nak upload coz kesuntukkan line internet...



dan penyudahnya..melting point yang kena cari tu takdapat tahu..
begitulah 4jam itu...=)


hmm.. k lah..sekian dulu.. c yaa..

love, jefri





p/s : skang dah tau camne nak silentkan fon bila snap2...hohoho

Wednesday, January 27, 2010

cerita-ceriti....;)


KODOK KAWAN KETAM

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam, "Kenapa kau ketip kuku kaki kau, Ketam ... kenapa?" Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut ... kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah!" Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan, "Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?" Ketam ketawa, "Kah.. kah.. kah.. kah.. kih.. kih.. kih.. kih.. kuh.. kuh.. kuh.. kuh!! Kodok.. Kodok.. kenapa kadar ke****an kau ketara keterlaluan?" Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?" Ketam kilas, "Kelakar." "Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok. Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat. "kelekuk !", kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok. Ketam kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku? Kan kesakitan." Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok.



COPOT CAHABAT CIPUT

Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik. Ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput. Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah. Cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau. Cahye cerah cube culik copot. Ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camba copot cebelum cahye cerah cempat culik copot. Copot cangat cuak. Ciput came copot cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi. Ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahye cerah cucah cari ciput came copot. Ciput cakap came copot, "chuuu... chuuu... cenyap... cenyap copot...". Copot cambung cakap, "copot cudah cenyap... ciput cenyap camelah...". Celepas cejam, cahye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput cape copot. Ciput came copot cangat cuke cebab cahye cerah cudah chow. Copot cenyum cambil cakap, "copot cayang ciput cebab ciput celamatkan copot...". Ciput cenyum cambil chow came copot.

errr.....

ada sapa-sapa yang boleh explain..??? thank u...~


pic dirompak dari forum carigold...

Tuesday, January 26, 2010

apa yang berlaku ni..????

salam..salam..salam..

pernah tak korang berhadapan dengan kekeliruan istilah ?(( mcm tanya diri sendirik jek ! )
( blog aku ni ada pembaca ke? )( ah ! aku baca sorang2 pun takpe ! ) ( boleh ke ada banyak kurungan dalam satu kurungan???? ))



ni pose keliru sangat lah ni ??
* awas pic agak extreme bagi mereka yang takreti nak kawal napsu!

okay..untuk melancarkan peredaran cerita, aku dengan rasminya nak bagitau orang-orang kampung sekalian, juga di sekitar bangi dan kajang..bahawasanya aku telah beli fon baru !
hik3...
hari sabtu lepas...
aku tiba2 jah pas bangkit dari tidur menonong ke bus stop( dirasuk mungkin ! )

ikut plan nak kuar mid..tapi plan tak berlari dengan lancar..so, ternampak rapid ke kajang..
so, pose diva, tahan lah !

aku rasa hari sabtu lepas ialah hari yang paling aku membazir..hahaha..( mak aku taktau nih ! )
pagi-pagi buta aku feeling matsalleh pergi sarap kat secret..isk3..dekat rm20..
air dia tu yang mahal..
rasa lebih kurang coklat shake pasar malam jek !
then, beli dunkin...aku tak tau nape ? sepatutnya aku tak beliiiii...!!!!
wah menyesal !!!!!!!

apter det, aku nak keluar dari situ dan menuju ke metro plaza..
tetibe tersinggah kat kedai fon..ingat nak borak-borak jek ngan towkey cina tu pasal penggunaan kalimah Allah dalam kalangan masyarakat kristian..( ilmiah la sangat ! )

tetiba aku terpana melihat fon2 yang posing2 berselerakan itu..
note : aku pencinta nokia n sangat kureeeng akan sony n adik beradik dia yang lain..

mual-mula nampak nokia 5300 kalau tak silap yang akmal ( kenal ke??very xglamer *ops ! )
pastu, agak lah berkenan untuk mendapatkannya..tapi..tapii...
aku kena col consultant terbaik di dunia dulu.. !!!
kalau takde depa nih memang teruk aku wat keputusan..
maka, dengan lafaz bismillah aku col sapit n aiman untuk mendapat khidmat nasihat..
so, kata sepakat telah diambil n aku beli n85 dengan harga yang lagi besar dari kod die..
cukup seribu lah aku habis kat situ...waaa....


i nangis kegembiraan taw..
bape lama tak tukar fon since 07..


tapi takpe2...sedih2 dulu..hepi2 later !
best gak..ada banyak pungsi menarik taw..
kalau ada yang berminat, sila pergi ke kedai fon terdekat..
harga kat mana2 lebih kurang jek kot....


cantek??? suke2..coz bley slide atas bawah..




ok..citer dah diedarkan dengan lancar...aku nak citer nih..
aku nak beli sarung dia..so, selama ni aku dididik untuk menggelar itu sebagai casing..
aku pergi la satu kedai ni..
nak beli casing kataku dengan nada yang lembut+sopan-santun=?
pastu, dia punya pelik macam apa tah !
aku rasa aku dah pronounce elok2 ikut loghat sweden aku ( lebih kurang jek kot ! )
puas lah aku buat pelbagai gaya bahasa badan ( dah macam kat pandora ( avatar ) pulak ! )
nasib baik paham at last..
kalau tak memang aku sembur kaw2 punya ( jefri...!!!! budak maahad kan..??? gulp ! )
( oit, ko smk cemomoi yang banyak kes raba n r*men tu lah jefri ! )


haha.kat skul e2 penah kena denda pakai kad kuar kelas besar meja... memang meja pun !


then, dia cakap..ooo housepad r...
pasang2 tak berapa nak ngam tapi ok lah..
pastu aku rasa ok lah..
but u know what..dia pulang balik fon aku n cakap takdelah..
ye..ye...aku buta ....!!!!

aku duk usha laa kedai lain..penat gak..
ada satu kedai tu..amoi yang agak veteran itu pakai singlet ajok ( ala..timun mali maa..talak apa lah ! )...



ni cik mentimun ke cik memepelam epal nih????
*pink lagik...


so, aku bersedia la nak guna perkataan baru yang aku belajar tadi..
"house pad ada ?? "
"haa..pad? tadak2"...( tipu ! )
"apa itu ? ( jujur ! )
then, again..aku buat pelbagai teknik pose n ekspresi wajah baru dia cakap..
"oo..itu casing ka? mau model apa?"
huh !

cari-cari..tadak...takpelah !

kesimpulannya , aku pergi kedai pertama tadi n terus cakap,
"nak housepad n85"
so aku blahh...
( be4 balik, harus beli sate kajang dulu yek ! )


eh jap ! belum sekian lagi c yaa itu lagi ok !
love, jefri pun belom lagi..
ni nak suh korang selesaikan masalah math aku nih..
sebelum peristiwa di kedai housepad tadi..
aku santap di kfc dulu sebagai sumber untuk aku dapat berfikir secara waras n fotogenik???
ni 1st time aku nampak ada yang produk baru kfc tuh yang udang n nugget bentuk love
note:aku suka test produk baru kfc even mainan chicky meal..mcd aku kureeeeenggg..


combo b siap ngan tax harga dia rm12.10
so, aku kuarkan rm15.10 untuk menyenangkan proses pengembalian baki ( mulia ko jep ! )
( keji gile puji diri sendiri ! )

dan..aku tak tahu apa yang terjadi dengan teori math sekarang ( aku kan dah lama tak belaja math ! ) aku dapat baki rm4.50...
hmmm....dah dia kata, baki rm4.50 ye..terima kasih..next...

aku duk pinga-pinga nih !
isk3..takpelah aku kata..
aku tengok bil..dia tulis, aku bayar rm16.60...
isk apa jadah ni?
buat apa aku susah2 nak bagi lagi rm1.60???
taktau lah..so, aku wat dont know jek la n menghabiskan segalanya dengan reda n tawakal..



so..sape yang mendayung di darat @ bongap bonar sobonanya eh..
renung2kan..dan selamat beramal..!!!


k lah..sekian dulu.. c yaa..

love, jefri




p/s : nugget udang tuh macam nugget tunas manja jek ( ala2 giant kawasan subbandar lah ! )

Monday, January 25, 2010

rindu maths (^_^)

WARNING : BENDA NI AKU COPYPASTE DARI EMEL YANG DIFORWARD CIK AIZAH ( BLOGGER TERKENAL ITU ~ YEKE..??? )

SAJA NAK SHARE..GPUN AKU DAH LAMA TAK BLAJA MATH..HUUUU...


Equation 1
Human = eat + sleep + work + enjoy
Donkey = eat + sleep

Therefore:
Human = Donkey + Work + enjoy

Therefore:
Human-enjoy = Donkey + Work

In other words,
A Human that doesn't know how to enjoy = Donkey that works.

Equation 2
Man = eat + sleep + earn money
Donkey = eat + sleep


Therefore:

Man = Donkey + earn money


Therefore:

Man-earn money = Donkey


In other words
Man who doesn't earn money = Donkey

Equation 3

Woman= eat + sleep + spend
Donkey = eat + sleep


Therefore:

Woman = Donkey + spend
Woman - spend = Donkey


In other words,
Woman who doesn't spend = Donkey

To Conclude: From Equation 2 and Equation 3

Man who doesn't earn money = Woman who doesn't spend

So Man earns money not to let woman become a donkey!
And a woman spends not to let the man become a donkey!

So, We have:
Man + Woman = Donkey + earn money + Donkey + Spend money

Therefore from postulates 1 and 2, we can conclude

Man + Woman = 2 Donkeys that live happily together!




p/s : aku tak gelak pun baca ni..huh ! (but it's quite interesting ! just 4 fun ok! )

Sunday, January 24, 2010

budi bahasa budaya kita..

salam..salam..salam....

pagi2 buta tadi kat bus stop pelik ek tengok ramai budak bangun awal,
pakai baju burhan ( guni ijau-bayangkan jek !)...lepas tu, ada yang gedix2 tol kononnya memeriahkan suasana lah ! ( sangat..(~_~) )

oh ! ada larian 1malaysia !
tapi aku watpe kat situ ???
isk3..aku pegi amek lesen kan ( amek bukan maksud aku pergi, ambil, n blah naik rapid ok ! )

hahaha...naik van..padat tuh ! tapi aku selesa di seat blakang..

tempat blajanye kat nilai...
sampai kat pendafaran..daftar...
isk3..beratur pun takreti ! bengkang-bengkok ! ( aku gak ! )



macam bdk2 skolah kot !
hmm adik aku cne la ek dah sebulan bergelar plajar taun 1



sepanjang itu, aku melihat banyak kakitangan, mulut, telinga, kemaluan n segala organ lah yang tidak mengamalkan berbudi bahasa budaya kita..
lets list out uollzzz ( yek ! xsuke word ni..! xmau gune dah ! )


baca dengan penuh budi bahasa, kalau takmau, sila blah..sila lah !

saya terlanggar ( saya tak sengaja tau ! saya tak bersalah ! ) 'bumper'
ke apa tah dan yang pasti tak empuk..then cepat-cepat saya minta maaf..
kalau boleh saya nak salam,cium tangan lagi..
tapi, kau pandang macam aku ni ***** kau punye *****..wah3..bukan lagi kau pose kekwat ni ek ! takpe2...




takpe2..mungkin imaginasi aku..



kendian, namaku dipanggil...
kes ni wat aku nak nangis esak-esak sambil bersandar pada bahu sendiri..



.i sedih gak bila terkenang2 kampung halaman..huuu..lambatnye CNY...



bukan i tak dengar ok !
lantas aku berkata : u yang suara macam nak ehem2 ngan laki takut anak2 dengar !
sedih tol ! dah tu, jangan nak bunyik2 mulut tuh..kang aku cili2 guna taik cirit orang gila...nak ?!
kata aku, dalam hatiii....=)


dalam kelas teori...aku duk sorang2..huhu ;(
tapi tak heran pun coz ramai yang duk sorang gak..
all i need is praibesi...
becoz i want to faham semua2 itu teori ( yeke..?? hmm )
hau eber.. kapel belakang aku ni mulut bunyi macam ****
isk3..
so, aku bangun, then speaking, walaupun berterabor..gini




hey u m***** f***** !
could u just shut up !
dont even u dare to speak for a word !
it's so make me tense ! u b***s*** !
if u want to r****, just go outside !
so v*v* !


so, itulah kata-kata yang tak berjaya diungkapkan..
kerana aku seorang yang berbudi bahasa ok !

wah ! aku budak maahad kah !!!


ada gap jap ( though i think there's no need lah 4 dat ! )
so, aku joging2 manja ( jalan pelahan2 sudah ! ) menuju ke kantin..
yang hado, hazab sungguh kantin itu !
meniaga macam nak cari pasal jek ngan kastemer !

ok lah !
aku beli mi goreng yang tadak langsung sekor binatang waima anak ikan bilis
plus with minyak2 dia yang bley tapis n wat minyak lagi ( mcm seri murni tuh ! )
n air neslo yang boleh lah !

total up selepas makcik tu integrate,differentiate, wat graf,kira standard deviation
n probability yang aku akan makan sini balik..harga nye rm3.70!
so, aku berkata :

makcik ni time skolah dulu slalu ponteng ek !
nampak ckgu nak masok jek, lariii..

pastu makcik bawak paper pegi toilet, lepak atas sinki, isap cerut !


isk3..
sesungguhnya itu semua bukanlah diriku..
aku just cakap TERIMA KASIH MAKCIK !
yang sepatutnya aku dengar ayat JUAL YE, or TERIMA KASIH..
or ENJOY YOUR MOVIE ( ingat GSC kah ??? )
but, at least, give some akad jualbeli lah kan !
sebab aku kompem makcik tuh dah akil baligh...
aku tunggu gak kat kaunter tu agak lama konon2 ngah belek wallet..
tapi makcik tu tetap pose cantik kat situ ! huh !


cantek sangat la kalau perangai camni kan makcikkk...!!!


then..dah lah ! tak mau bebel banyak..kang banyak dosa plak..
k lah..sekian dulu.. c yaa !


love,
jefri







p/s : kat tempat memandu tadi tengok ramai ngah berlatih bawak motor/keta..
yang bawak keta macam katak lompat pun ade kot!
Ya Allah ! janganlah aku jadi sedemikian kelak..






Thursday, January 21, 2010

xpe2..boleh dikawal...;(

salam..salam..salam..

malam tadi, discovered satu masalah baru, sedih kot !
aku nye olympus retak dia punye skrin.....!!!!
waaa...manyak sedih........baru nak snap2 pic malam tadi tapi dah nak wat camne kan?
tapi, aku tak berapa nak marah sangat..sebab salah aku kot..
letak kamera tu dalam beg ngan segala2 bagai alat2 doraemon dalam beg tuh!
hmm..dah nasebbbb...

aku agak pelik gak coz aku agak dapat mengawal emosi aku..
tak macam sebelum2 nih...
adakah aku????
waa...aku dah matang ke..?? ( ehem2..sapa la tu ? )

ke kesan dari kelas pengurusan emosi?
tapi, aku jarang@tak pernah fokus pun..selalu aku berangan+feeling model jek dalam kelas tu..
hmm...???

maybe coz dalam tangan ngah banyak( banyak ke? ) duit kot...
alhamdulillah..tapi takkan nak diborosi segala duit itu?
tadak lah banyak mane pun ...

kan..kalau kita ada/banyak duit...rasa lapar pun jadi kenyang..
kalau kenyang..lagilah kan...

tapi kesedihan itu tetap ada ok !
haaa...nak tambah lagi cerita...

so, aku ngan kompiden nya yakin lah ada warranty setahun yang diura-urakan masa aku beli 6ogos 2009 yang lalu kannn..

aku call number yang kat resit tuh..
terpapar ( ayat novel ) invalid number...
wah ! aku ditipu kah ?!
so, aku berfikiran positif mengatakan bahawa cop kedai itu telah salah ukir kot...
dats why tertinggal satu huruf ..( kalau 03, ada 8 nombor kan kat belakang die ? )

so..aku diam..tenang...huh?!
nape aku tak marah2 nih???
aku agak pelik gak coz aku agak dapat mengawal emosi aku..
tak macam sebelum2 nih...
adakah aku????
waa...aku dah matang ke..?? ( ehem2..sapa la tu ? )

ke kesan dari kelas pengurusan emosi?
tapi, aku jarang@tak pernah fokus pun..selalu aku berangan+feeling model jek dalam kelas tu..
hmm...???

maybe coz dalam tangan ngah banyak( banyak ke? ) duit kot...
alhamdulillah..tapi takkan nak diborosi segala duit itu?
tadak lah banyak mane pun ...

kan..kalau kita ada/banyak duit...rasa lapar pun jadi kenyang..
kalau kenyang..lagilah kan...

entah lah...takpe lah...
then nak citer, malam tadi pegi tengok ikon varsiti itu....
balik dekat kul 11 lebih? ( ok lah kan ? )
kawan se-kos kami, nadia was one op d contestants..
ala2 macam pesona nona gak ek..
enteprem diri+tunjukkan bakat+jawab soklan spontan+blaa..blaa..blaaa..

n juaranya bukanlah nadia..
si rozek suka di tag itu yang juaranye..ntah ape best..
dia perform sajak..ke syair..?? ntah..nak kata sajak..macam syair..n vice versa lah !
naseb bek die senior kelab penyayang..so, hepi lah gak untuk beliau...

tak kisah lah sapa2 menang2 pun.
aku pegi beli mp4=rm90..solehah pun..
tadak jenama pun..ah janji boleh gunaa......


k laah..tadak mood nak meriah2kan entri ini..
saksikan lah pulak pic malam tadi...
( thanx yoshee ! )

inilah nadia..ratu kebaya kg pinang berbatang2 ini
( nama kg itu adalah tipu ! )



time tggu bas...adoi !!!dekat setengah jam berposing..
( pic kat yoshee lagi )




nampak plastik ijau tu? haa..itu bukan aku punya hadiah...
azni punyer..sebab tu dia yang pegang...( lucky draw )



yang beg biru itu baruuu bukan aku punye gak...
itu saguhati for nadia n lucky draw solehah gak..
( aku tak lucky malam itu ! )




kain rentang die hazab kan..??? isk3..ok lah tuh !
pentas pun cam ape tah...??? isk3..ok lah tuh !





k lah..sekian dulu.. c yaa..


love, jefri




p/s : pergi ngan akim.....then azhar ada nyusul pas2..
at the end..tggal aku jek sorang ppuan dalam kalangan laki2 itu....

Wednesday, January 20, 2010

kerja banyak=bebel jek !

salam..salam..salam...

skang..tak tahu nak hupdate apa kan...
takda apa2 yang menarik berlaku dalam hidup ini so far..

so, entri kali ini diconteng khas untuk aku remind mysep! ok !

jefri ! jangan lupa untuk :

1. siapkan list programmes utk trip beijing itu..
tak lama lagi nak kena present..ahaa..

2. siapkan penulisan naratif untuk assgnment pengurusan emosi...

3. start buat assgnment titas ...
tajok? rancngan tv bla bla bla ada kaitan ngan moral !
( sindir nmpk..(,") )

4. uruskan pasal tugas2 khas untuk hari interaksi forensik ...
so bla..blaa..blaa..tido !
( mt bajet ! wek ! )

5. start gigih blaja nak bawak keta dah....
ari ahad ni start gi sekolah orang tua ( sekolah mmandu )

6. bla..bla..bla...assgnment acdmc com...

7. tutor yg bertimba2 tuh bila nak siapkan...???
( chem analisis mcm ape tah ! )

8. baju/suar n ehem2 tuh bila nak basuh..sminggu skali ek?
elok2 reput+bau mayat jek nanti ! tikus pun bley pengsan kot!

9. nak beli mp3/4/fon katne ni? decide cpt..
kat pcfair mggu ni ke mggu dpn?
duit dah byk ko susuk/cocok kann...

10. n lastly..jangan lupa lirik ! ( ??? )



itulah serba sedikit tentang perjalanan aktiviti seni aku minggu ini n mendatang...
ngantok plak conteng2 kali ni...pasal tadak apa nak dicarut2 kot...

k lah..lastly nak buh pic dak forensik ( ada yg tadak )
kritik=dorang kena byk practice pose lg...takcaya? saksikanlahhh ( key memori daun psang!)


pics2 ini dicuri dari tiqah tekad ( glamer sangat la nama nih?! )
payung aku tuh bawak coz paginye ujan..bukan aksesori k..yeww


kannn...aku gak penyelamat pose ! ( wah matila berangan ! )



k lah..sekian dulu.. c yaa..


p/s : malam ni nak g DG, nak tgk ikon varsiti..ala2 raja/ratu cantik lah ! ( tijah umt jgn nak ferasan that r*** word is all bout him ( mcm dlm status fb ko tuh ! ) ) <- bley ada kurungan dlm kurungan????

Saturday, January 16, 2010

FREEMASON DI AJL24.. !!!!!

AMARAN : ENTRI INI DICOPYPASTE BULAT2 DARI BLOG JEJAKITINGGALANRASUL ...

ADALAH DIHARAP POST INI MEMBUKA SEDIKIT-SEBANYAK MINDA KITA...
KALAU NAK PERCAYA..PERCAYA...
TAK PERCAYA..AKU TAK PAKSA...
TAPI PADA PANDANGAN AKU, BENDA2 HIBURAN NI MEMANG SALAH SATU AGENDA NAK MENJATUHKAN ISLAM.
THEN..KALAU NAK TAHU LEBIH LANJUT PASAL FREEMASON, BOLEY BACA DI SINI.
K..SEKIAN DULU..
love,jefri





Ada apa pada AJL 24?



Minggu lepas, blog Jejaki Tinggalan Rasul (JTR) mengajak anda memerhati dalam Negara kita sendiri apa yang telah dilakukan oleh si Antichrist berkaitan dengan senibina KLCC. Terdapat pelbagai clue-clue menarik yang sangat memeranjatkan bagi mereka yang asing dalam dunia penuh penipuan ini. Kali ini saya pula ingin mengajak anda, selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut?
Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;




piramid

Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?




Adakah ini satu kebetulan?

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?






Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya…


3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.



Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video ini.




Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.


Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.



Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.



di tali gitar




ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.

Dan apa pula ini?



Apa persamaannya?



Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.

Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda...


*penambahan:


Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.


Sekadar penambahan. Terima Kasih.


Ditulis oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib
B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations
Al al-Bayt University, Jordan.
25 Muharram 1431 | 11 Januari 2010

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...