Friday, July 15, 2011

Nikmat yang mana lagi aku dustakan?

Salam.....salam...salam...

Baru pulang dari menghantar mak ke rutin sebulan sekali perjumpaan dengan pegawai kesihatan untuk memantau  darah tinggi dan kencing manis dan aku hanya duduk melangut sehingga proses itu selesai.

Dan aku percaya!
Semua ini adalah dakwah halus dari mak aku yang ingin aku menjaga kesihatan sedari usia muda jika tidak i will end up my life with ulang-alik ambil ubat beban-sebeban di hospital atau klinik kesihatan terdekat kerana pemakanan dan gaya hidup pada zaman mudalah yang menentukan kehidupan di usia tua (kalau panjang umur, murah rezeki-Amin)

Oh, nikmat yang mana lagi aku dustakan?

Sekian intro.
Sempena hari Jumaat yang mulia ini,
Sebenarnya, aku nak sampaikan suatu perkara yang berkaitan dengan nikmat.
Tadi kita telah sentuh mengenai nikmat kesihatan walaupun sedikit cuma. eceh!

Nikmat itu luas. Ada banyak jenis nikmat seperti

  1. Nikmat seks
  2. Korek hidung
  3. Makan minum
  4. Beli belah berambos
  5. Kejayaan cemerlang
  6. Anak-anak yang mendengar kata
  7. Pokok-pokok yang berbuah lebat 
  8. Kesihatan yang baik
  9. Bernafas
  10. Hidayah Allah
  11. Dan sebagainya


Dan sentiasalah kita bersyukur.

Rahmat dan nikmat itu melimpah ruah. Tak percaya?
Cuba tengok dengan penciptaan nyamuk.
Manusia telah mencipta Ridsect, Shieldtox,Fumakilla dan sebagainya.
Dan berapa banyak pula kilang-kilang membuat racun serangga dibina?
Peluang kerja semestinya.

Dari penciptaan tubuh manusia ini, berapa banyak pakar boleh dihasilkan?
Pakar jantung, pakar kulit, pakar pembedahan. dan sebagainya lah yang berkaitan ngan ilmu perubatan.

Dari asbab rambut, berapa banyak syampu, gel rambut, conditioner, sikat, tudung, songkok ada di pasaran?

Dari asbab kuku, berapa banyak ketip kuku, kilang besi buat ketip kuku, pedicure, manicure ada kat jalan Bukit Bintang dan jalan-jalan lain?

Dari asbab seks, berapa banyak pelacur, kondom, pad, lubricant, lingerie, pushupbra, viagra, pelamin, hantaran, mak andam, make up, chemicals dalam make up dan chemists yang terlibat dan sebagainya.


Oh, nikmat yang mana lagi aku dustakan.

Sesungguhnya kalau semua pokok di dunia dijadikan pena dan seluruh lautan dijadikan dakwat, nescaya takkan habis tertulis nikmat-nikmat yang Allah kurniakan.

Jadi syukurlah.


Mengakhiri entri di hari Jumaat ini, mari kita berkaraoke lagu ini



sekian dulu


love,
jefri


p/s :  Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Dan aku tak perlu jadi ustaz atau nampak macam ustaz untuk berpesan-pesan ke arah kebaikan...;)

Tuesday, July 12, 2011

Paradoks. Paradox. ڤارادوقس

Salam..salam...salam...

Baiklah. Hari ini nak berkongsi sedikit ilmu berkaitan paradoks.
Sebelum ini, kita pernah membicarakan tentang empati dan falasi.

Sebagai pendahuluan, paradoks merupakan salah satu ilmu falsafah.
Paradoks mengikut suka hati aku, aku definisikan sebagai...
Suatu pernyataan yang nampak betul tapi terdapat percanggahan dan melawan konsep logik.

Ilmu paradoks sangat memeningkan kalau dikaji dengan terperinci dan AWAS!
Kalau silap berguru, iman boleh terpesong atau murtad!
*ceh pesanan macam nak ajar ilmu hitam*

Jadi, sebagai langkah keselamatan, kita anggap ini hanyalah sebuah ilmu yang macam stiker motor tu,
Dengar boleh percaya jangan....eh jap, tu tibi3...
Ok tukar, Tengok boleh, pinjam sorry...

Atau dalam konteks ini, Tahu boleh, nak amal jangan....

Pada pendapat aku, mereka yang memperkenalkan ilmu ini seakan ingin memesongkan atau mengubah pemahaman kita supaya kita tersasar dari landasan. Tak paham? Hurm...

Takpelah. Tepuk dada tanya iman.

Baiklah contoh paradoks yang popular. Sila fahamkan :

Ayam dan telur mana wujud dulu?

Pernyataan di bawah adalah betul
Pernyataan di atas adalah salah.

Pening? Ok. Nak bagi contoh lain..

  • Seekor buaya akan memulangkan anak yang diculiknya sekiranya si bapa dapat meneka dengan betul apa yang akan dilakukan oleh sang buaya pada si anak. Bagaimana kalau si bapa meneka bahawa sang buaya tidak akan memulangkan anaknya?
  • Seorang pelajar undang-undang akan membayar pensyarahnya jika dia berjaya memenangi kes pertamanya. Pensyarahnya telah menyaman pelajar tersebut sebelum pelajar tersebut memulakan kes pertamanya lagi.
  • Ali berkata, semua lelaki adalah penipu.
  • Apa akan berlaku apabila Pinocchio cakap,"Hidung saya akan memanjang lagi"
  • Saya sentiasa bercakap benar walaupun ketika saya menipu.
  • Kita telah belajar dari sejarah bahawa kita tidak pernah belajar dari sejarah.
  • Bersederhanalah dalam semua aspek termasuk dalam bersederhana.
  • Saya tahu yang saya tak tahu apa-apa.
  • Dan sebagainya.


Ilmu paradoks ni seronok dan menyakitkan otak.

Kadang-kadang ada kumpulan anti agama yang akan menggunakan konsep paradoks untuk cuba memesongkan kita.

Tepuk dada tanya iman.

Contoh :

Bolehkah Allah mencipta sebuah perisai yang tidak dapat ditembusi oleh apa-apa pun?

DAN

Bolehkah Allah mencipta sebilah pedang yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa termasuklah perisai itu tadi?


Dan sebagainya.

Apa-apahal jawapan terbaik adalah wallahualam. ;)

Sekian dulu


love,
jefri


p/s : Apa-apa hal sila rujuk pakar. Aku cuma nak perkenalkan je apa itu paradoks bagi yang belum tahu atau pernah dengar tapi tak tahu itu adalah paradoks.
p/s : peace no war. Toksah nak perasan unik. Live our life to the fullest. Thank you.

Monday, July 11, 2011

baiklah. update.

Salam..salam...salam..

Hari-hari berada di atas talian..ye, aku akui dan aku mengerti..
Blog ini dah mula bersawang...baiklah. Takde sape yang kisah sebenarnya.
Aku nak eksyen blog follower ribu riban pun tak boleh ke?
*statements ini bernada cengkerik*

Sebenarnya, aku sudah mula HIP atau holiday in peace sejak Rabu lepas secara rasminya.
Makanya, pelbagai tentatif dan agenda diatur di hadapanku yang penuh berliku ini.

Sebenarnya juga nak cakap, masuk hari ni, dah dua hari tangan kiri aku ni sakit.
Kat bahagian antara bahu hingga siku. Apa ek kita panggil?
Kalau siku hingga wrist kita panggil lengan kan..
Untuk meringkaskan keadaan kita panggil anbuku iaitu antara bahu dan siku
Oh ye, aku lemah Anatomi.

Semua yang berlaku ada sebabnya, tak kenal maka tak cinta.
Tak cinta maka tak sayang. Tak cinta maka tak kenal dan seterusnya.

Aku punya anbuku sakit sengal kalau nak lurus rasa macam peritnya mungkin disebabkan beberapa faktor yang dikenalpasti....

Baiklah. Dari Rabu hingga hari ini, hari-hari aku drive. Kereta manual pulak tu.
Tangan kiri paling guna untuk tukar gear selain pegang stereng kan?
Jadi faktor ini boleh diambil kira. Faktor lain boleh diabaikan.

Baiklah, mari belajar kalender :

  1. Rabu : Pergi Kerayong aka Bera untuk renew roadtax dan insuran
  2. Khamis : Pergi Bangi untuk ambil barang bawak balik semua di samping itu aku bawak mak ayah atok nenek anak sedara sepupu sepapat ok itu tipu ke jalan TAR, Masjid India, SOGO dan kawan-kawannya
  3. Jumaat : Pergi ambil roadtax dan insurans yang dah siap. Pergi ke fiesta Bera 2011 dan kisahnya malas aku nak citer kat sini
  4. Sabtu : Sedari pagi hingga petang pergi fiesta Bera. Adik aku nak join pertandingan mewarna ah nantilah aku citer kalau rajin.
  5. Ahad : Pergi KUIS di Bangi untuk hantar sepupu masuk kolej setelah beliau habis cuti midsem
  6. Isnin : Balik kampung. Takpe, dekat je. Dalam 15-20 min drive.


Sesungguhnya hal ini sangat membantu mempertajam skil pemanduan aku. Aku sangat tak sangka aku yang selalu kematian dan kemampusan enjin tersengguk-sengguk kereta berundur masa belajar kereta bulan puasa tahun lepas, kini sudah berjaya menempuh pelbagai onak dan dugaan di bukit, lampu isyarat dan jalan bandar.
Sesungguhnya no pain no gain.

Baiklah. Sekian dulu siri janji update blog ini. Haha
Bosan tak baca? Bosan tak? Bosan pun habis baca gak...


Sekian dulu..


love,
jefri


p/s : malas letak gambar kalau setakat gambar gugel je kan...
p/s lagi : fuh tadi juvana best giler! Next week final ek...huaaaa.....
p/s lagi dan lagi : banyak sebenarnya nak tulis pasal yang best tapi malassssssss

Monday, July 4, 2011

Intim dalam pasukan?

Salam...salam...salam...

Sayu. Perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan perasaan ini pada masa ini.

Baik. Format salah. Semula.

Bangi, 3 Julai 2011- Sayu. Perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan perasaan ini pada masa ini. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof kini beryoutubewalking sekali lagi untuk mengimbau kenangan-kenangan lama. Sesungguhnya Youtube adalah tempat terbaik untuk melepaskan apa-apa yang boleh dilepaskan.
Tanpa membuang masa, tenaga dan bandwidth (bagi yang berkenaan), marilah kita soroti kenangan-kenangan intim, maaf, kenangan-kenangan kumpulan In-Team.















Rasanya cukuplah sampai di sini. Kami pihak wartawan turut sama-sama merasai kesayuan yang dialami oleh Muhammad Jefri bin Mohd Yusof maklumlah wartawan dan encik Jefri merupakan orang yang sama.
Baiklah, sekian dahulu. Wabillahitaufikwalhidayah.
Assalamualaikum wbt.


love,
jefri

p/s : takde p/s sebab sayu sangat nih. huu..sayuuuuu..hati ini makin sayu.....



-Berita terputus-

*Baguslah camtu, kata orang ramai..-_- ''

Saturday, July 2, 2011

Bideo senario makan KFC. Tiiber...~

Salam....salam...salam...

Malam tadi beryoutubewalking, terjumpalah video-video zaman diri ini muda remaja belia.
Makanya, marilah kita mengenang nostalgia kita ye..*tahan nangis*















Dan sebagainya.
Dan sesungguhnya video-video ini aku kenal sewaktu zaman pra sejarah sebelum akil baligh dan bilakah aku akil baligh merupakan satu kisah lain ya pada peringkat usia sekolah-rendah-selalu-main-ejek-ejek-nama-ayah-atau-fizikal-lahiriah-yang-macamlah-ko-bagus-sangat-ye-pun-eh-nape-tiber-emo?

Sekian dulu tade keje buang masa,

love,
jefri

p/s : Mengakhiri entri ini, bagi peminat ayam kepsi, marilah menari menonton ini bideo



*I have no comment sebab dah banyak komen ada pada youtube itu sendiri, di beautifulnara, ohartis dan blogserius. Akhir kata, makanan yang haram bukanlah sekadar babi dan anjing sahaja tetapi turut merangkumi aspek kebersihan, cara masak, kualiti makanan dan sebagainya. (Ini yang berjaya dirakam dan disebarkan. Yang lain, JAKIM kan adaaaaaa...)Tq*

*Nak tambah lagi...Maybe ada meleis yang akan jadi suci tiba-tiba, tak baik nak kutuk maki carot ini budak, doakan je lah dia dapat hidayah dan petunjuk, dan aku akan -_-''
First thing first, he deserves it. Kemudian punish, kemudian baru kerohanian menyerap perlahan-lahan. Tq again.*

*Oh, inilah Senario masa kini*

Friday, July 1, 2011

Mari Buat Puding Tolur Berkalori Tinggi

Salam..salam....salam....

Pejam celik..pejam celik..dah masuk bulan Syaaban kan..
Baik. Pembetulan. Akan masuk bulan Syaaban lagi dua tiga hari.

Apakah maksudnya itu?
Ehem..ehem...*tarik key low note Jeslina Hashim (lowest low note seantero alam tuh!)*

Dengarkan...




Yeee....Betui...Lepas Syaaban, Ramadan disusuli Syawal gap kejap Zulkaedah pastuh Zulhijjah.


*bunyi cengkerik*

Hampoon...Raya lah..Raya lah...Aidilfitri (1 Syawal) ngan AidilAdha (10 Zulhijah)
Ehem....

Sabda Rasul S.A.W bermaksud: Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa.

Bacaan lanjut di sini

Mesti korang sexcited kan menantikan Ramadan.....
Baiklah, mari kita cuba resepi ini untuk dibuat juadah berbuka nanti.


Puding Tolur Berkalori Tinggi. (hambek tajuk)

A. Bahan-bahan diperlukan

  1. Telur 7 biji
  2. Susu isian sejat apa-apa brand satu tin (yang buat air tu lah)
  3. Garam dalam sesudu
  4. Esen vanilla bukannya aiseymennnn dalam satu penutup....
  5. Tepung kastard 3sudu
  6. Air secawan 


B. Bahan lain yang diperlukan.
  1. Gula dalam 3 atau 4 sudu


C. Apparatus atau alatan

  1. Periuk kukus beserta air
  2. Sumber api.
  3. Loyang


Prosedur. 

  1. Masakkan dulu air dalam periuk kukus.
  2. Di satu sudut yang lain, masukkan semua bahan-bahan (A) ke dalam blender dan kisar dalam 10 saat. Nota : Telur tu pecahkan la dulu. Jangan plak nanti puding ada kulit telur. Tak senonoh la uols nih
  3. Dah siap blend semua itu? Kemudian sila tapis mereka menggunakan penapis teh pun boleh. Ketepikan sebentar. Rilex. Jangan ghairah lagi.
    Nikmati video ini
     
  4. Ok. Dah siap senamrobik? Kemudian, amek loyang, pastu leburkan bahan (B) iaitu 3 sudu gula. Leburkan je la gula tanpa sebarang banyak bunyik. Sampai semua gula melarut menjadi molten state atau larut lah senang citer.
    Nota : Jangan larutkan sampai hangus plak. Kita bukan nak buat kek gula hangus yek.
    Babab satgi lantaran off topic. gituh.
  5. Tuangkan hasil blend tadi ke dalam loyang yang mengandungi gula larut itu tadi.
  6. Memandang dan mengerling ke arah periuk kukus itu, tatkala dirasakan bahawa air sudah mula mendidih, mulakanlah proses mengukus anda selama mungkin 45 minit atau lebih.
  7. Dah lama kukus, agak-agak dah bosan, cuba jolok cucuk dalam-dalam dengan lidi, jangan guna jari kecuali anda ada bela saka,. kalau kering je takde basah-basah, bolehlah dihentikan proses mengukus itu.
    Nota : Sebelum nak telangkupkan ke atas tray atau troy atau talam atau dulang atau lantai, di sekeliling loyang tu, kita ambil pisau atau pisau kek, kita macam macam mana nak cakap ek, ni nak kasi benda tu senang terlangkup, kita ambil pisau, kita pisahkan antara puding ngan dinding loyang tuh, ala cemana nak cakap ek, kita  kikis tepi dia kot. Ah lantak korang lah. Pastuh, telangkupkan dan potong bentuk slices dan nikmatilah puding tolur berkalori tinggi itu.


Baiklah, sekian dulu, wabillahhitaufikwalhidayah.
Assalamualaikum wbt.

love,
jefri

p/s : Makan time sejuk lagi best. Tapi sejukkan pada suhu bilik dulu baru masukkan dalam peti. Kalau tak, boleh meletup peti ais kalau benda panas masuk dalam. Dah kena pergi courts mammoth, tanpa ansuran 60 hari...
p/s 2 : Kalau tengah puasa, tunggu la masuk waktu berbuka puasa baru makan...gituh.
p/s 3 : Juadah ini sangat manis dan boleh menyebabkan gigi sensitif dan penghidap kencing manis merintih. Risiko kesihatan tanggung sendiri! Sekian.
p/s 4 : Resepi ini diubahsuai dari sini  Terima kasih. *Hat off*



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...