Thursday, April 28, 2011

hi semua.

salam..salam...salam...



tak cantiknya kualiti gambar..
salahkan suster google ngengsot  yek..


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada ibu bapa, juri-juri, penyokong-penyokong sekalian dan tak lupa juga kepada peminat-peminat yang banyak mengundi saya sehingga hari ini. Paling utama, bersyukur saya ke hadrat ilahi di atas limpahan kurnia ini.
*pose fasha sandha di abpbh 2010, genting highland*

...............

Hari ni hari last exam...legaaa....jap ek..jap ek..nak buh status facebook..
penat cek buat..mai sini pakat tengok naaa....

It's breathtaking! I can now feel the warmth of sunlight, I can see how green the grass is, I can see the flower is blossoming, By chance, or nature’s changing course untrimm’d, But thy eternal summer shall not fade...<- ini adalah perasaan sewaktu melangkah keluar exam hall buat kali terakhir untuk sem ini! grrrr...
                            Facebook, Jefbree Van De Kamp. 27 April 2011


Tetap kompiden walaupun tak ramai yang like..*penagih publisiti! huh!


........................

Subjek dalam sem ini sangat penuh dengan kimia..grrrr....kenapa? Adoi.
Semoga semuanya baik-baik saja. Aku tak harap banyak. Atas 3.00 pun jadi lah.

......................

Apa lagi ye..tadi banyak nak cakap..Oh ye....(cakap sorang-sorang ;gilo apo)
Perancangan pada masa akan datang :

  1. Update blog di tepi kuala ini dengan penuh jitu tanpa segan dan silu walau tiada pembaca.
  2. Update blog bersama jefri yang feeling kaunselor dengan penuh jitu tanpa segan dan silu walau tiada pembaca.
  3. Nak buat satu blog baru...hihihihihihi
  4. Nak balik rumah hari Jumaat ini secara merempit sejati dengan penuh jitu tanpa segan dan silu walau tiada pembaca.
  5. Nak kemas bilik. Nak kena berambus pastu pindah bilik baru untuk short sem dengan penuh jitu tanpa segan dan silu walau tiada pembaca.
  6. Memperkukuhkan arena industri hardisk dengan menambah koleksi input dalam hardisk dengan penuh jitu tanpa segan dan silu walau tiada pembaca.
  7. Dan sebagainya.....


Sekian dulu...lihatlah dunia...


Eh, ini bukan aku! Ini adalah Azean Irdawaty masa muda.


love,
jefri


p/s ; semoga berjaya atau good luck dalam bahasa omputeh bagi mereka yang sedang berjuang dalam medan peperiksaan. Ingat! Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Errr..

Sunday, April 24, 2011

cara nak download movie? huh?

salam...salam...salam....

ok. hari ni saya ingin mengajar awak..awak...awak dan awak semua...
tentang cara-cara download movie....
semua diminta ambil perhatian! *sambil hempas rotan atas meja guru*

psst : eh, tapi bagi yang dah tahu cara dan merasakan bahawa poyonya jefri ini, sila la main jauh-jauh.
saya ni tak hidup dek puji tak mati dek keji..
*pose eja-seputeh qaseh ramadan*

ok. saya akan cuba untuk ajar dengan semudah yang mungkin.

Pertama sekali, untuk mendownload, kita perlukan pendownload sebagaimana sawah perlukan pembajak.
Saya ingin mengesyorkan gunalah Internet Download Manager (IDM).

Bagi yang sudah ada IDM boleh la skip bahagian ini atau turut serta dalam majlis untuk berkongsi ilmu.
uhuk..uhuk...*batuk kejap. penceramah baru balik dari Nilai ni...

ok. download IDM di sini 
PERHATIAN : SILA TEKAN CTRL DAN KLIK UNTUK NEW TAB.

dah download? ok bagus. eh, eloknya, sambil awak baca entri ni, sambil tu awak ikut sekali..ala, macam tengok video senamrobik tuh....ye, awak tu lah..awak....awakkkkk...
(jika berminat la ye...)

ok. dah siap download? buka folder tersebut. kemudian, ikut arahan seperti gambar-gambar di bawah.

PERHATIAN : SILA TEKAN CTRL DAN KLIK UNTUK NEW TAB.






Untuk step 4, mungkin ada yang bermasalah di situ, jangan risau..
saya ada...
Kan dia mintak Enter The Name For Which Licensed Is Required kan,
letak lah :

IDM 5.18.2 LICENSER

ala...ada tertera kat atas box tuh....

Maka dapatlah IDM. Eh, nak gitau yang version ni version yang compatible dengan internet explorer dengan mozilla firefox jek. Yang google chrome tak sangat. Nanti i bagi ye kalau dah jumpa. malas you nak cariiiii..


eh lagi satu nak pesan, kalau ada kuar notis tanya nak upgrade ke ape ke, ignore jek ek. cancel jek.

eh, jap, cuba bukak IDM korang tu jap...klik option, pastu tiru macam saya....



ok. dah? pastu korang kena restart kan...ok..saya tunggu....


................




ok dah...seterusnya, berbekalkan IDM itu, kita kena terjah laman web yang menyediakan moviesssss
saya syorkan syok.org dan teamhana.org dan gblog85 dan malaynet.blogspot.com dan sebagainya
(google jek, kompem jumpa!)


yang syok.org tuh kena daftar sebagai ahli, free..yang gblog85 tu baru-baru ni die dah suh daftar and kena bayar pengeras sikit untuk dapatkan password tapi ceciter lama still leh downlaod..so, sapa yang rasa takmau keluar duit untuk jadi ahli gblog85 tapi nak download citer, boleh jek pegi gblog85 tapi ceciter lama je la tinggal....

eh, pura-pura faham la yek kalau tak pahammmm...


kemudian, saya nak syorkan untuk kalian download link yang mediafire punya sebab apa..?
Sebab apa kau tanya????
Sebabnyaaa...

  1. Mediafire punya link jarang yang broken
  2. Lajuuuuu untuk didownload
  3. Bebas dari virus, kuman dan bakteria
  4. Kalau tetiba download korang terputus, IDM leh resumekan download itu.
  5. Dan sebagainya (yang membawa erti aku dah tak tahu..haha)


lagi satu, kalau korang download file movies yang ada banyak part, korang kena join. kena join guna hjsplit atau software lain yang berkenaan. ala, kat websites yang aku bagi tadi ada banyak bagitahu...

ok. paham semua murid-murid?


.............

itu satu cara...cara yang lain, guna torrent.

yang ni aku tulis je la yek..pandai-pandai la faham sendiri..hahahahuhuhuhihihihohoho

Kaedah Torrent.

  1. Pertama sekali download torrent. google je la k.
  2. Dah siap download tu, biarkan jek.
  3. Pastuh, bukak www.torrentz.com
  4. Pastu tulis la cerita yang dikehendaki seperti Titanic, Glee S02, Vampire Diaries S02, dan sebagainya
  5. Kemudian keluar result dia, klik verified dan peers. Tekan je lah...
    *Verified untuk bebas virus. Peers untuk tengok kuantiti jumlah yang pernah download. Lagi ramai lagi cepat sebab torrent guna konsep seeds yang bermaksud berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Paham kan?
  6. Kemudian pilih la yang mana satu idaman kalbu. Dinasihatkan, pilih yang ada label BRip atau Blu Ray atau DVD Rip, kalau PPVRip pun ok laa...ini untuk kualiti gambar ye.
  7. Contoh kualiti gambar yang tak cantik adalah seperti R5 dan TS.
  8. Kemudian dah pilih, akan keluar banyak provider, saya syorkan pilih thepiratebay.org
  9. Kemudian, klik 'download this torrent'
  10. Kemudian, ok.

Dan tunggu laaa...torrent ni kalau korang da nak tutup laptop sekalipun, lepastu seminggu kemudian baru nak online, download itu akan automotik download balik. Tapi proses download oleh torrent ni lambat banyak.
Kadang seharian jugak la. Kalau download cerita yang tak ramai orang tahu (peers sedikit maka seeds pun sikit la kan, fikir logik....) maka, berhari-hari la baru siap..itu tak kira kelajuan internet lagi tu.

Kesimpulannya, ada baik, ada buruk, ada kesan sampingan

  1. Buang masa tengok moviessss
  2. Stay up untuk download,
  3. Perasaan riak timbul bila ada banyak movie and latest plak tuh, 
  4. Tension download lambat siap, laptop hang sebab bukak macam-macam
  5. Space makin kurang
  6. Dan sebagainya .....

Oleh itu, jika ada apa-apa hal just shout whenever,
and i'll be there..baby..baby...oooooo

just drop your comment ok....


sekian dulu, c yaa

love,
jefri


p/s : aku da tolong korang download movie ni, sebagai balasan doakan la aku excel untuk result final exam aku ni nanti...huhuhu.

p/s 2 :.pastu kalau malas sangat download, mintak jek hardisk kawan...macam tak biasa...:p

p/s 3: eh, blog ni bukan blog teknologi ke blog tutorial ke ape, ni sesaje suka suki suka hati jek nak mencarut ke nak apa kat sini..so, do not expect something from me after u read this entry, ok...

p/s 4: insan yang paling banyak membantu saya mengenali semua ini dan dunia komputer amnya adalah shafiq panicking *ucapan abpbh*
marilah sama-sama pergi ke blog beliau..blog beliau sangat cool. tempat best untuk download bagi penggemar kpop....*iklan tanpa nuffnang. eh, blog aku mana letak benda tuh. haha*

Thursday, April 21, 2011

panggilan santau. *ye ke....................

salam...salam...salam...


bertemu dalam wadah pengenalan ini, penulis sekadar ingin berkongsi luahan rasa dan pendapat..*ececeh.

*lagu saspen berkumandang*
Seperti rutin kebiasaannya, penulis menelefon ibu di kampung untuk bertanyakan khabar dan lain-lain hal. Belum sempat berbicara mengenai hal lain, ibu penulis terus memebicarakan soal 
'Panggilan Santau'.....grrr...

Seram?


Khabarnya, malam tadi ibu saudara penulis mendapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, ibu penulis cuba mengingatinya. 180 kalau tak silap. Untuk menambahkan unsur saspens, nombor itu tertera berwarna merah....MERAH......MERAHHHHH...MEGHAHHHH....!!!!!

Mujur beliau tidak menjawab panggilan itu atau menjawab, "Hello..."
Maka, tidurlah beliau dengan eager nya untuk memberitahu orang-orang kampung sekalian pada esok hari bahawa dia nyaris disantau melalui telefon......

Dan berita ini sampai kepada ibu penulis dan begitulah kitar hidup manusia......


..................


semuanya mungkin disebabkan ini..

KPD SUME KWN² YG DIKASIHI. JIKALAU ANDA MENDPT PGGILN TELEFON YG BERNOMBOR PANJANG cnth: +62852731520946 DAN NOMBOR ITU BERWARNA MERAH, DIHARAP² SGT JGN DIANGKAT DAN DIJAWAB PANGGILAN ITU. INI KERANA DI INDONESIA SKRG, SEKUMPULAN PENUNTUT ILMU HITAM SDG MENGUJI ILMU MEREKA MELALUI TELEFON. JIKA SESIAPA YANG MENJAWAB PANGGILAN ITU MULUT AKAN BERBUIH DAN MATI SLPS ITU. DI INDONESIA SDH 9 ORG MATI DAN MALAM TADI DIPUCHONG 2 ORG MATI. INI BNR² TERJADI. TOLONG SEBARKAN SMS INI“.

apa komen aku?

arrggghhhh! welcome to 2005! *sambil senyum kelat.
this was ages! this is ancient!



 terus teringat tema dinner forensik taun ni, ancient....


Ala...macam korang tak biasa...


  • Sila forward kepada 10 orang jika tidak anda akan ditimpa musibah 10 tahun.
  • Sila print dan sebarkan kepada 10 orang untuk mendapatkan 10 tahun nasib baik
  • Si polan pernah mendapat mesej ini tapi mengabaikannya lalu dia mati serta-merta..*OMAIGOD!
  • Si polan yang tengah dintiss (no money) telah forward mesej ini dalam keadaan kredit celcomnya nyawa-nyawa ikan dan voila....dia lah mark zuckerberg! *NGANGA MOLOT.
  • Si polan gigih hantar emel kepada semua kenalan fb nya dan voila..beratnya turun sekilo! *EH?



dan sebenarnya...dan sebagainya....


Aku nak ulas benda ni pun rasa malu. Kan ni cerita lama. Ibarat macam kau baru tahu lagu david archuletta lepas tu baru hegeh-hegeh nak beryoutube dan beredtube (jika ada) dengannya....
*eh, sape tu? sambil cuba menidakkan diri sendiri....

Apa-apa hal...kembali lah kepada Alquran dan As sunnah..*pose ashraf muslim

Tak pernah dengar pulak firman Allah atau hadis Nabi Muhammad saw suruh kita melakukan ini.
Daripada korang dok forward haramjadah itu baik korang forward hadis...tapi please, jangan la nak tulis kat hujung tuh suruh forward kat 100 orang lain untuk dapatkan kesempurnaan iman.*pengsan.

Kang tak pasal-pasal, dah la orang tuh kredit tengah kong kang kong kelatak keletuk, poket penuh debu, suruh pulak topap untuk forward atau pergi cc sejam rm2 untuk forward benda-benda itu, tak pasal-pasal berlaku adegan cakar tanah sebab tidak mampu....isk3....


Ok lah...maaf kalau ada yang terasa..
ini pendapat saya..*wink..wink...kling...kling..row row row your boat*


Akhir kata....jumpa lagi panjang umur murah rezeki.


love,
jefri

p/s : nanti kalau aku balik kampung dalam masa terdekat ni, kalau jumpa 'so-called-mangsa' panggilan itu, and dia tanya pendapat aku pasal hello tuh....cepat-cepat aku tunduk bawah....terussssss...



libas rambut, terus pose beyonce nyanyi lagu Hello....
kelas uols..hahaha...kidding.
again, no offense......:)

Saturday, April 16, 2011

mari tukar skin laptop!

salam..salam...salam...

Hari ni, saya ingin mengajar tutorial kepada awak-awak dan awak semua tentang cara memasang skin laptop
*sambil memegang sudip dan memakai apron.

Kita tengok gambar je la yek.


 ini adalah asal. sila abaikan gelembung dan sticker yang dah tercabut itu.



abaikan juga cursor mouse yang dah macam nak berlubang 
ekoran penggunaan kerap tanpa wired mouse.


ok, pertama : kita tanggalkan skin lama. take it off bak kata omputeh.

tarik perlahan-lahan demi menunjukkan anda andalah seorang yang cermat 
dan sabar menanti klimaks.*eh?

lihat. keseluruhan skin lama sudah hilang.
laa...acer ke selama ni jenama laptop aku?


kemudian, pastikan anda telah membeli skin baru terlebih dahulu.
di belakang skin baru tersebut dinyatakan panduan menampal skin.



 sesuaikan diri dengan persekitaran baru bagi mengelakkan culture shock.
oh, saya melakukan semua ini dalam bilik kolej saya je...
siap leh landing-landing posing-posing zila bakarin lagi tuh...


 seterusnya, ukur dahulu skin dengan keluasan laptop.
keluasan adalah panjang darab lebar.
bagi mereka yang memiliki darah psikik, bolehlah dianggar-anggarkan saja.
dan...potong guna gunting ye.sekian.


 sebelum mencabut kertas sticker di belakang skin baru itu,
saya mengesyorkan untuk tidak mencabut kesemuanya.
cukuplah sekadar gunting di pepenjuru sahaja. sila lihat.



gunting juga di sepanjang garisan horizontal atau mengufuk
bagi memberikan cengkaman gam yang lebih kuat.
belakang skin anda akan seolah-olah berbentuk benzene yang pelik tapi tidak carcinogen
(lawak toxicology yang tidak lawak)



 lebihan skin tadi turut digunakan untuk menampal cursor mouse.
dengan ini, kesan lebam seperti didera suami itu tadi dapat diselindungkan.
namun, lukanya masih ada...*eh, tiibeer


 dan taraaa....siap.
saya juga ada membeli wired mouse yang super comel.haha.


kini, hidup saya lebih tenang dan tenteram sejak memiliki skin laptop yang baru.
dari segi belanjawan, i bought these items at the mines, serdang. kedai challenger.
skin = rm20-30, mouse=rm30



sekian dulu dan selamat mencuba.


love,
jefri


p/s : takde keje betul nak update pasal ni kan..nampak sangat takde modal nak ngupdate. da la kisah ni 3minggu lepas..ahahaha. selamat berjuang untuk exam. isnin ni aku exam toxicology : study of harmful effects of the xenobiotics..wish me luck! yes!

Thursday, April 7, 2011

kek keju kukus resepi. sekian.

salam...salam..salam...

mencuri sedikit masa, sementara berada di rumah, hoho, sila jangan jealous.
study week di rumah adalah gerraannnddd!

ok. back to our main reason on why i wanna update this blog,
let me share the new, simply, easy, breezy and beautiful, cover girl...

Kek Keju Kukus Mudah Tahap Pra Sekolah....*tepukan gemuruh kedengaran.


Bagi sesiapa yang senasib iaitu yang mempunyai sisa saki-baki whipped cream, cheese cream, moleklah jika tidak dibuang dan dicuba resepi ini...
Tepuk montot sket sebab ini adalah cubaan menggedik penulis. Mungkin ini cara yang simple, tak banyak kerenah, tidak begitu cerewet dan suka hati la nak buat lagu manaaaaaa...tahap pra sekolah bermaksud, budak pra sekolah pun boleh makan kek ni...errr...

Ok.Kalau dalam kimia, kita panggil ini materials :
  1. Setengah cawan gula
  2. Setengah cawan marjerin atau buttercup atau mana-mana mentega idaman hati
  3. Setengah cawan whipped cream (tak kisah la nak cairkan dulu ke nak bekukan dulu ke)
  4. Dua cawan tepung blue key..*dah promote blue key sila amek saya jadi duta. mekaseh.
  5. Satu peket krim keju yang berat 285g itu. Actually tak kisah la berat banyak mana pun. Ikut keselesaan. Tapi sekali beli, yang dah siap peket kan, gunakan aje.
  6. Telur 3 biji
  7. Sedikit aisen vanilla atau yang takde tu tapi rajin, amek la daun pandan, blender, pastu amek pati. Motif menggunankan aisen vanilla mahupun ekstrak pandan adalah hanya sekadar memberi aroma dan bau yang menyetimkan....In other word, takde pun takpe.

Seterusnya apparatus :

  1. Periuk kukus
  2. Sudu bagi meratakan
  3. Loyang yang dipastikan muat dalam periuk kukus kalian
  4. Blender ataupun mixer
  5. Sinki bagi tempat membersih lagi menyucikan
  6. Semangat dan iltizam

Prosedurnya :

Kalau malas, blender (serius, guna blender jek kalau kat umah takde mixer, macam saya..eh, jangan risau, kek anda takkan rasa pedas punya.....!) semua ramuan tadi. Kalau jenis yang malu-malu, mula-mula, satukan mentega atau marjerin dengan gula. Blend kasi hancur. Masukkan telur satu demi satu dan teruskan aktiviti blend itu. Kemudian masukkan cheese cream dan whiped cream dan aisen vanilla atau ekstrak pandan itu. Kemudian masukkan tepung blue key itu. Tadaa...

Masukkan adunan ke dalam loyang. ni nak bagi petua, sebelum masukkan adunan ke dalam loyang, calitkan dulu marjerin ke permukaan loyang. Ala, gris ke apa tah istilah dia, aku cakap, kasi lumurq..(lumur). Dengan cara ini,. apabila kek sudah masak, kek boleh dicabutkan dari loyang dengan penuh perasaan bangga dan riaknya depan mertua dan jiran sebelah..*dosa tanggung sendiri k.


Masak air menggunakan periuk kukus. Dah sampai boiling pont, menggelegak la kiranya,  Kukus lah. Dalam 30minit hingga 45 minit siaplah tu...lagi lama lagi kering la tekstur kek itu. Ikut selera. Sila tepuk dada sekarang!

kemudian, suka hati la nak buat apa-apa pun dengan kek itu.Nak hias buh aising ke nak tengok semalaman ke, nak bagi jiran buat juadah berbuka ke, suka hati la yek....


Sebagai lampiran dan bukti :










walaupun tampak simple, rasanya menggamit rasa..*ayat tipikal, ok kita tukar. Walaupun tampak hina, rasanya sungguh sensasi sehingga mengakibatkan multiple orgasmssssss....

ok. sekian dulu...nak sambung 'study'...errrr...



p/s : gud luck untuk exam next week ye semua khususnya pelajar Ukm. Jangan lupa singgah di blog feeling kaunselor empunya saya jua...*gigih promote

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...