Tuesday, November 30, 2010

dua hari di kl itu.

salam....salam..salam...

wah..aku ade blog rupenye...
eh, rileks r baru seminggu terbarai der...~

ehem..ehem...memulai kalimah blog ini,
moleklah kiranya saya ingin katakan bahawa pelbagai perkara tekah berlaku menyebabkan aku sendiri terlupa apa-apa bahan untuk diketengahkan.

jadi, izinkan saya mengakhiri entri ini...whoop whoop...


sebelum itu,
nak cakap tanggal jumaat n sabtu lepas, tarikh tak bape nak ingat, shafiq and i went to KL.
takde pape ah, just our cikgu, (cikgu rohila bagi yg kenal) mau suh anak die dapat sikit motivasi dan kata2 semangat sempena SPM belajar sikit pasal math, add math dan fizikpebendetuh?.

lantaran itu, pepagi i dah neves dan packed brg macam nak gi haji 2musim walhal nak pegi 2hari jek
dan bla..bla..bla..
ouh, suami cikgu dan their form4 son jek yg meneruskan tradisi dan perjuangan ke sana.
ouh, dan aku boleh dikira gagal dalam subjek dan predikat mengenai komunikasi bersama warga emas dan sesapa tah yang baru jumpa dan kenal.

dan ah. malas giler mau bebel nih. dah lama tak menaip ni rasa macam something sikit.
nanti nafsu nak update membuak-buak, aku update sampai muntah darah ek...


eh, jap, mau pictoblogarialism  jap...


 ini sekolah beliau. dekat ngan the mall tuh. isk3..




di bawah ini pula adalah hotel yg kami duduki. fakta : dekat ngan pejabat arwah sosilawati..huuuu...


 



eh, tipu jek..bukan hotel ni... tapi ni





 takde kondom di situ..jangan fitnah saya ok!


 ouh malam tu, kami jenjalangs di chow kit as hotel mahal itu jua di chow kit,
kat belakang kampus ukm kl ye pun..isk.

 sepanjang pemergian tuh, makanan dosponsor yg rata-rata adalah persis menyambut Hari Nasi Goreng dan Milo Ais Sedunia. kfc adalah pengubah selera yang ingin menunjukkan betapa kami anak felda yg rebel! huh?


 seterusnya, pic syok sendiri. padan muka kena tengok..




eh, pic ni bukan bmaksud kami naik lori. ingat aku ayam ape?

sekian dulu... c yaaa...

love,
jefri

p/s : pic atas ni adalah untuk menunjukkan kuasa teknologi dengan tema 'tiada makeup diperlukan di alam maya, dapatkan adobe cs4/cs5 anda sesegera yang mungkin...sekian.
p/s lagi : susahnye gune post editor yg baru ni..
p/s lagi lagi : gud luck SPMers sume..


Sunday, November 21, 2010

surat yg takyah setem : surat khabar. pekabor?

habislah...habislah..habislah...!!!
camne ni weh....!!!!!!!! alalalala....

kedai suratkhabar tak bukak..
cane..cane...

how :
  1. mak aku nak wat alas almari?
  2. kesat taik kucing atas lantai (yg pura2 tanam taik walaupun berak atas simen-horror!) ?
  3. nak balut lemang nak bagi kat jejiran?
  4. nak wat tutup juadah yang ngah terhidang lagi2 time nak wat laksa?
  5. aku nak wat pandangan 'asyik mintak kat aku jek..tak pernah beli surat khabar ke?' setiap kali ada orang nak mintak surat khabar lamaaaa?*oh, keji di situ. tak..aku dah berubah..pcayalah!


..........


salam...salam...salam...

gelabah jek lebih kan.
camni. pak itam aka penjual surat khabar lama dan baru itu semalam anak beliau bernikah.
anak perempuan. haruslah meriah. so, dengan melihat kemeriahan suasana perkahwinan anak beliau, sudah pasti beliau terkenang-kenang zaman paleolitik pernikahan beliau.

makanya, kalau dok kenag-kenang yilek nandrek dapat, so, latihan industri mungkin sudah dipraktikkan, jadinya tidak lah beliau ke bandar untuk mengimport surat khabar ke bandar baru felda chemomoi ini...*maaf mengarot.


tanpa menggoyang-goyangkan masa lagi, izinkan beta untuk bermadah serumpun dua mengenai surat khabar...*nampak cam best ayat, tapi salah.percayalah!

sebenarnya surat khabar ni tak lebih jek dari kegunaan yang aku nyatakan dalam perenggan awal entri ini!

suara dari belakang : cis, jangan tuan hamba samakan surat khabar dengan buletin tiga suku.
ada banyak lagi info dan maklumat tambahan mengenai kehidupan dan berguna yang boleh dijadikan rujukan dan panduan hidup!


dan aku membalas : daaaaa...~

time aku skolah rendah, tak ingat gred berapa ..(darjah lah!)
cikgu azizan yang tak cool itu kerana paksa2 aku skolah luar pas upsr, eh, mane bleh paksa2 orang..kite xsuke tau... bagi soklan tajuk karangan kepentingan surat khabar..

seperti kanak-kanak riang yang lain, aku pun buat la rangka karangan,
pendahuluan. isi. huraian sikit.penutup.ngan peribahasa standby siap-siap.

yang seingat aku, isi aku wat..
leh kitar semula n buat alas ganti tikar kot.ntah. bla..bla..bla..

beliau tengok isi aku (not literally) pastuh cakap, eh ini faedah. bukannya kepentingan!

nak jek aku cakap :
dr, i'm just being cynical and sarcasm! (dr celah mane plak. ingat ukm hape?)

tapi aku tak cakap sebab aku pun tak tau lagi perkataan tu wujud di dalam dunia ini.

maka, teruslah aku dengan typical, stereotype punye isi,
sumber informasi, medium hebahan, rujukan, peluang kerjaya, bla..bla..bla..



ok lah. saya harap saya tidak bercakap kuat mengenai topik ini.
kalau ada yang terasa, saya akan membalas dengan baik : daaaaaaaa....~


ok lah. sekian dulu. c yaa


love,
jefri


p/s : my papa (abah lah!) n sedara mara suka baca berita harian. kalu ajak baca on9, style gak kan time2 kedai tak bukak nih...^^

Thursday, November 18, 2010

antm. 15.

amaran : ini entri bosan bagi yang membosankannya. sekian, mekacih.



salam..salam..salam..

hari ni mau wat entri syok sendiri.
aku baru pas tengok americas next top model (antm) cycle 15 kat saluran berbayar youtube.

hoho. sepanjang aku mengikuti siri antm dari musim 1 sampai la ke musim 15, musim ke15 ni aku paling beriya sebab ada satu kontesten tu aku minat gilak.
*nanti aku tunjuk ek. jap. nak bebel skit gi.

pastu2.. tadi episod pra final, so daripada 4 org, cut off to 2 org.
sistem ni baru start musim 12. tah pape. aku tak suke format gini.

so, giler debar r nih, (walaupun youtubeee....)
sebab anne ni masa first five weeks, die sokmo dapat 1st call-out kira pic tbaik ah!
and, yes they were..

pastu, macam graf plak, die menurun sikit sampai ada yang bottom 2(isk3) then skang mula menaik...

die macam ade (memang ade) problem ngan personaliti
sebab die ni tinggi bebenau (1.88m)
pastu die rasa awkward...
well, orang yang bukan dalam norma masyarakat selalu camtuh kan
in fact, depa lah yang unik n best n yang akan membanggakan masyarakat itu..

pastu catwalk die, ya hampunn...-_-'''''
tapi still leh blajo kan....kan..

so, anne...
dengar sini aku nak cakap,

nanti final runway, lari laju2, jangan bongkok2, emosikan muka n kompiden.
kalu blur, senyum! jangan nak tunjuk keblurran kite tuh.
part amek pic untuk cover girl nanti aku tak riso sgt, ko ok. just jgn nak gugup jek.
ingat mak bapak akt kg nun kat kg dallas, texas! ok bebeh!
gud luck.

.........


isk macam2 ni aku nak citer tapi mesti most of korang ala2 blur jek kan.
pura2 faham. ish...takpe2...

cakap banyak tarak guna, biar kau cakap sorang2 ada guna...
(???)
papehal nak tau pasal antm, sila jumpe pakcik wiki.

ok. mari kita kenal sama anne.








beliau ini high fashion yang flawless kan..
ahh..aku suker...~



nota : pic2 ini khas dicuri dari sini. thank u.



ok lah. next week final (kat youtube laa-kat us ntah?)
final two anne ngan chelsey, ah, lantak chelsey tuh.too much editorial. neyhii..
aku mau anne jua..



ok lah. sekian dulu keterlangsungan updatan blog ini.

c yaa..insyaAllah..


love,
jefri


p/s : biar layan youtube jangan layan redtube....peace.

Monday, November 15, 2010

mari cemolot

salam..salam...salam...


eh, malaysia skang dah maju ek...
dalam ayat bahasa melayu nye, setara dengan negara-negara maju yang lain.

vangga lah uolsz...~

hmm. mengapakah aku berkata sedemikian rupa?

hoyeah.

attitude. attitude tuh penting.

mengikut kata-kata motivators,
attitude menyumbang 100% kepada kejayaan.

ekeceli, aku tak suka sangat teori ni sebab guna alphabet,
tambah no berdasarkan alphabet, then boom out as 100%. i'll take it as a nice coincidence.

eh, paham kan. ala cam, a=1. b=2. c=3
kalu perkataan abc =1+2+3=6=6%

jadah kan?

celah mane tah proses peratusan tuh datang...


tapi, terima jek lah k!


....


ok back to our biznez.
hehe. skang ngah sibuk cakap pasal nih. mari kita sibuk gak cakap nih.

eh, tau x? artis jek yang leh cemolot ni?
cemolot=cium molot..ah..ah..ah main air liur, belit2 lidah n kalu Allah nak tunjuk, tadaa..korang bersatu melainkan dibedah keluar lidah memasing maka selepas itu hanya menelan air liur pasangan saja lah jika mahu bercemolot lagi...sadis..

*ceh, macam la nabilsuperimpose baca blog aku ni!

sape lagi ek artis yang cemolot....eh salah. sape lagi ek artis yang tidak cemolot.
cemolot=cium molot..ah..ah..ah main air liur, belit2 lidah n kalu Allah nak tunjuk, tadaa..korang bersatu melainkan dibedah keluar lidah memasing maka selepas itu hanya menelan air liur pasangan saja lah jika mahu bercemolot lagi...sadis..


hmm. inillah attitudenya. 100% atau probability = 1 untuk....????

masalah kalu ramai yang buat. bukan sebab aku jeles aku xbuat.
takpe, aku kolot. nanti dah pas nikah baru leh wat.
tapi taknak gak publish out..
aku kolot weh.


..........


isk. dah terus ke titik ittew..(napew, xew sukew?hoho lah!)

mari donlod dan tengok video ini.
*gigih aku singgah mediafire tau!


sila righ click dan open in a new tab k then njoy donlod sampai puassss



*video curik kat fb page ohbulan! thanx yaa..

..........


hehe. itu jek yang nak tunjuk....



k lah. sekian dulu. c yaa


p/s : ehem..ehem...
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim


bak kata nabil yang bukan superimpose itu, kita pikirlah bersama-sama dan amal makruh nahi mungkarkah kita?
*eh, die cakap camtu ke? ke statement die dah disuperimposekan? hmm.

Sunday, November 14, 2010

::JUMPA::

salam..salam...salam...

hari ini, setelah diterjah melalui panggilan telefon oleh aizah afifah kerana aku offline fb padahal on9 hanya kerana ingin menjadi stalker dan disguise terhebat, aku bersetuju untuk ke mid valley diiringi alish emysya mewakili kontijen ukm.
*nak kenal mereka sila cari di fb menggunakan nama yang telah ditaip sedemikian flawless..~

ok. jumpa hanya kerana aizah bosan cuti di rumah. watdehek is on aizah's mind?
umm disebabkan kami pun watdehek, kami pun bersetuju.

berjumpalah kami........


...........



aizah : asal damansara
shila : asal gambang
jefri : asal felda chemomoi, pahang....*pheewittt

aizah datang lambat sebab datang dari rumah dia.
kami sampai dulu. tapi bila aizah sampai, dia sangat tidak tahu arah,
bak kata orang pahang dan sedaerah, takdo aghoh ni....

kami jua yang menjumpai beliau dan menjumpai aktiviti seterusnya..
*cam xsesuai jek penggunaan menjumpai.ah! sape ko? ahli bahasa?sasterawan?angkasawan?sawanner????


.........



kami tengok wayang. citer the other guys.

nota : jefri sudah dua hari tidak tidur. beliau marathon tengok desperate housewive dari musim 1 hingga 7 sebagai tanda protes terhadap exam beliau.


oleh itu, buat pertama kalinya jefri tertidur dalam panggung menyebabkan aku sendiri pun terpegun lalu pengsan.


hal sedemikian amat sukar dijumpai lagi...selepas ini.


..........


pergi solat. ramai orang. bagus.

aku noticed A Samad Said.

marbelezz..

tapi kulihat dia, seakan berdiri di hadapan pulau, cuba menguntai kata untuk dirasa..oh!
*over


otomotik teringat ckgu muniyati pernah citer pasal die ngan suami beliau yang hot itu,
cikgu zamri or shud i say ustaz zamri or sir zamri ah xpasti
sebab he was like teaching all subjects..~
*dah siap tepukan? ok, move on.


mereka pernah berbual atau minum teh sama-sama atau ada temu janji ah xpasti
sebab the images just seems to be blurry.


pastu, pas kuar dari solat, aku tengok a samad said dah ilang..
baru nak mintak otograp kat bahuuu...

*eh, kompem ke tu a samad said? ye lah tapi pura2 pun boleh..



...........


jumpa bekas abu rokok.

kat atas meja secret.

tapi bukan kami punya.


secret recipe yang punya.

sebab tu kami makan kek jek kat situ.

sebab situ ialah secret recipe.


*huh?


.....................



pergi singgah kat mid valley exhibition centre.
ada kempen anti cetak rompak.
*tak cakap pun anti download...so, i cross my finger this tight and inseparable...
semua barang ori. baju, cd, gadget, n mcm2 ah.


jumpa shazlan dak magika tuh. nyanyi atas cam pentas?
huh? pastu main ngan teknik vokal? huh?
tapi aku tak impressed pun..see, pic die pun aku x amek..


jumpa gak julia ziegler ngan sapetah.
sapetah tu tanya siapa nama julia ziegler itu?
*indirectly lah.
so, aku jawab la julia ziegler sebab die kata ada hadiah.
*aku bukan mata duitan. aku mata hadiahan.hoho.

tapi nan syahdu dan sepi pilu di petang hari.
kata-katamu hanya mimpi, di siang hari, kemarau panjang..oo.


takpe, poster je kot, kalu aku dapat, pas aku tengok seminit dua n takjub,
then aku sepahkan.
itu himah aku panggil..


*kat sini dapat r baju untuk aku satu, untuk adik aku satu.



.............


pegi pet wonderland. nak jumpa binatanggg!
takjub ngan akuarium. blah.



..........


nak gi asar. pastu terjumpa satu macam anlene buat survey ke apetah.
ada pemeriksaan kerapuhan tulang.
n free sample testing. creamy n chocolate anlene.
rasa mereka sangat sedap! kompen next sem akan berjumpa dengan mereka!


*tulang aku kuat lagi. o.2



.........



habes asar, sebelum balik, nak beli epal bosar jap.
ketak ketuk ketak ketuk bunyi tahpape.

daa..ekin mawi ngan ain ek kembar dia?
hot la sangat. perjalanan mereka fokus ke depan. aku pandang pun berani mereka buat derk!
seb abik aku ni baik. aku biarkan.




....



dah. balik. tapi aku head on to kajang plak instead of balik bilik dan kemas barang2 kasi kosong dan angkut ke stor sambil tersenyum lebar dan segar bugar..wah..

beli plastik sampah nak wat cam beg. ala, yg kaler hitam tuh. gi google ah kalu nak tahu.

pastu balik. ni baru siap sikit kemas. esok nak balik kemas fasa akhir sebab nak finalize.
*bunyi serius dok? kann..


kemas2, jumpa macam2. isk. eh, ade kurma ngah berkulat tapi takde ulat la. rilex r.
kurma puasa...err skang nak raya dah kan? raya aji pun boleh..



.............



jumpa macam2. dah. penat. tido. esok bangun awal.


sekian dulu.
c yaa





love,
jefri



p/s : esok bangun awal sebab nak cuti sem! sebulan...googleeeeeeeeeeeee
*instead of yahoo!


Thursday, November 11, 2010

tensen buat aku horny (ini bukan entri lucah-ini entri takbest)

hujan rintik-rintik, air dalam kolam,
apa dalam baju, nasi goreng cina...

*stupid punye pantun.


salam..salam..salam...

ehem..hari ni saya sangat moody.
oh, 'aku' perlu digunakan untuk menggambarkan kemoodyan.

ehem..hari ni aku sangat moody.
yes, last paper exam tapi benci tak reti jawab.
bukan tak dapat jawab! TIDAK RETI JAWAB!

hell ya. bongek betul aku ngan these last two exams.

n aku tekad kuar awal, in fact orang pertama kuar. yes.

isk nak jek mencarut lagi. tapi ah..

sebenarnya, rase xkisah sangat..
but when it comes to result, plez jgn fail!


balik.ujan. sakan tido weh!




.........


mimpi tah pape.


............


oh, ade msj.
sepupu aku dapat 5a upsr.

oh, hari ni hari yg paling gembira la untuk dia...
so, aku replied tahniah n tanya bpe org dpt 5a-sekadar pembunga mesej.

die balas pastu aku xlayan dah..

then sejam pastu die texted, cakap salah taip..
bla..bla..blaa.. yang sebenarnya dapat 5a.
*kompem die hepi gilak.
wat der.ade aku kisah..

tau x abg jefri ko skang ni ngah ada simptom monophonicpos+sesungutbelalai+papejeklah

ah. tensen aku.



.........



eh cakap pasal upsr, aku pun 5a..*sambil gosok2 muncung hidung beberapa kali
kat felda aku ni memang suke sangat tau pasal result ni.
time aku 5 org dpt 5a.

ah, jangan nak compare ngan bandar. kitorang yg 1a upsr tah2 lagi tabah lagi kental kalu nak banding ngan 5a bandarians...

macam2 woo nak dapatkan upsr tu.
dan aku malas nak citer..


ah tensen.


.......


pastu kat felda ni, stigma masyarakat,
dapat 5a upsr gi asrama.
8a pmr asrma.

tah pape. nampak cam maju tapi kolot. sorry to say if u have parents like dat..daa~

pastu, aku orang pertama 5a yang tidak pegi asrama.
dan stay di sekolah harian yang 10minit bjalan kaki dari umah 15 minit kalu singgah beli nasi lemak.

minggu2 terawal gile down!
demoralized habes! nak nanges pun xgune!
so, aku xnanges selain menyimpan dendam kesumat bara kebenciaan terhadap mana-mana cikgu yang seakan tak rela aku sekolah di sekolah harian.

bitch mereka!

ah, aku dah horny dah bile mencarot.

stop. so, bile aku dah macam berjaya kat pmr - sejarah aku benci so dapat b.
*tp sejarah spm aku a1. hoho.
aku terus kat situ gak.

then, aku rasa macam aku ni trendsetter dari segi itu.*segi-segi lain jugak
budak2 bawah aku yg dapat 5a pun ada yang stay di situ dan dorang tenang berform1 sebab beban batu penghinaan sudah kesemuanya aku pikul menyebabkan tiada lagi kata-kata yang nista dan cerca kedengaran.


aku rasa aku toccara jones yang inspired other plus sized model untuk join top model!
oh, flawless...~
*kalu xtau, sila google sendirik..~

dah, xnak citer pasal skolah.nanti aku horny.


ahh..tensen.



....



kesimpulan dari entri yang tahpape dan juga siri janji-aku-update-blog ini,

tak kira la anda sekolah di mana-mana pun, cikgu anda merupakan profesor terbaik dari dunia bunian ke, kalau ko malas study, tengok muvie walaupun lagi beberapa jam nak exam killer paper, tambah dosa berbanding pahala, percayalah..anda sendiri lah yang menentukan kehidupan anda...
*oh, aku terasa...demoralized....horny terus!


sekian dulu...c yaa

love,
jefri


p/s : sebenarnya kita merancang, tuhan menentukan.

*belakang stage : eh, p/s jepree yg paling sopan lah.
**woof woof, diam ah.
***see, dah tak sopan balik...~

****ah..horny...
*****syit, gi men jejauh. tau ah moody!

Wednesday, November 10, 2010

.serba salah dibuatnya.

salam...salam...salam...


tadi, godek-godek torrentz, eh, ep7 desp houswv musim 7 dah kuar!
yes. alasan baru untuk tidak study...

for at least 1 hour from now on...

tapi..


ah, lek ar..

.......


hari-hari saya makan megi.
saya makan megi dua bungkus.
saya makan sekali je sehari.

jadi, saya makan megi dua bungkus sekali sehari pada setiap hari.
*cikgu bm sila bagi saya bintang!

cam bahaya plak kan.
semalam rasa cam sakit2 kat pinggang..

Ya Allah, jauhkanlah aku dari segala musibah yang berbahaya dan memudaratkan.

banyak lagi benda nak kena setel, csi pun xmerasa lagi,
jgnlah aku di-csi-kan terlebih dahulu..

amin.

0_o


pastu skang minum air bebanyak..


hope jgn sakit2 lagi ek..


tapi..

ah, lek ar...





..........




semalam ke kelmarin tah, bosan2...
*yg sepatutnya study tapi ngadap laptop pehal - ah, ske ati ah!
godek2 la social interview kat fb..

soklan die pelik2 ek..
tidak menghormati sensitiviti lah..

mau bukti?
jap ek...


eh, tapi....

xsalah ke ha?

ah..lek ar...



klik untuk lebih puas....



ok. dah edit. pasni, tokleh saman ek...iyeke?
ah..serba salah woo nak jawab benda ni...

nak jawab tidak, macam kuang ajar,
nak jawab ye, macam kaung ajar gak.

maybe kot?
woha!


dah...



kesimpulan : kalau wat salah, mintak maaf. jangan tambah salah lagi dengan tidak mintak maaf. so, akan serba-serbi salah, jadilah serba salah! err...


sekian dulu.. c yaa



love,
jefri



p/s : bebudak ukm : atas tu sharifah aini kan...kan...????
*plez jgn report ke c*ns*l*r*...hoho

ah..ah.., eh, argh lah!

basuh baju 2baldi-beres! , jemur mereka-beres! . makan nestom 2peket sbg brunchinner (brunch+dinner)-beres! , sapu bilik-beres! , oh, bahagianya...semuanya beres..

eh s@#$%^&*!!! study belum lagik.! exam esok kul 12pm. TIDAK BERES! arggh!



salam..salam...salam...


menyelusuri home di fb dan jenjalangs di blog2 lenlain tengok rata2 dah habes exam.
hmm. tidak heran...~

semalam exam kimia polimer yang nota die aku jumpe kira-kira 12jam sebelum exam yg sepatutnya sepanjang cuti 6hari sempena deepavali itu digunakan untuk polimer dan kimia fizik telah berjaya dimanfaatkan untuk bersosial dan berfoya-foya di alam maya...

kesannya - semalam aku orang pertama dari subek itu untuk keluar dari tmpt exam.
siyes kuar past year tp siyes xde nafsu aku nak study polimer..


but the best thing is next sem ade kimia polimer 2. yeay!
*arghh...


so, mlm tadi dah khulu khilir bawa buku rujukan tebal, laptop sebijik, cajer, xtensyen, file, air masal 1liter dan ended up with tengok marathon desperate housewives musim 5 yang dah masuk kali ke3 aku menontonnya...~

ngok kan aku ni!

dah la sekali jek pegi kelas phase equlibria out of what like 8...ntah.
padahal bab ini sangat manja bermain2 di hujung jari time matrix...


kesimpulan : silibes ukm memang over! benci tapi sayang!
*argh tensen.


dah. sekian juga siri janji-aku0update-blog.



c yaa


love,
jefri




p/s : esok last paper..tapi no feeling ah..~

Monday, November 8, 2010

fuh.

amaran : entri ini takde kaitan ngan citer fuh yg awal jadi pgacara yang tah pape tuh. errk.



salam..salam....salam...


mulut ngah kunyah keropok apetah jenama yang kaler merah die punye plastik, baru jek pas makan nasi goreng kampung aka nasi goreng ngan minyak tabur ngan kobis? n daging dua tiga cebis ibarat cebisan yang jatuh secara tak sengaja, sementara ada lagi roti gebu-gebu yang tersimpan erat dalam beg hitamku-isk lelipas ni syuh..syuh..main jejauh.

oh, sambil meneguk teh ais yang rasanya macam air kosong baru kuar dari peti ais sambil itu terdapat lelehan susu dairy champ yang juga tak sengaja terleleh ke dalam plastik bersama pati teh yang hidup segan mati tak mahu yang acapkali digunakan dan jika tidak pengorder akan dibiarkan membeku dalam sarung ibarat karung rama-rama budak sains biologi ukm pengkhususan fisiologi haiwan. fuh!

sambil itu, para pelanggan dihidangkan dengan rancangan hiburan (separuh akhir muzik-muzik) yang mungkin merupakan salah satu agenda y*h*di dalam kalangan pelajar ipt terutama pelajar kolej burhanudin helmi, universiti kebangsaan malaysia, 43600 bangi, selangor, MALAYSIA. fuh!

ok. apehal citer pasal cafe b*rhan.

ah, layak ke gelar cafe? aku duk kampung, kini merantau. tatkala mak aku tanya makan beli katne, aku terpaksa menipu khatan dengan menyatakan bahawa aku membeli makanan dan minuman di cafe sedangkan cafe burhan tidak mengangkat definisi cafe itu dengan sewajarnya.
ini tidak adil!


definisi sebenar cafe ialah..............(sila cari sendiri-ini bukan entri ilmiah-sori!)


ok lah. fuh.

oit jepree! keyboard ko punye titik (sebut elok2) dah tercabot ke?
tak reti nak buat pemerengganan?


takde lah. bukan ape. aku nak cakap.
time exam week. haruslah pengusaha cafe tahu.
student sangat rakus persis hantu raya.
makan jek tahu. study nye idok.

masa camni lah nak kaut untung.
tapi kalu jual nasi goreng. telur pun habes.
haish. camne?
bela la ayam se-reban ke. lembu sekandang ke.
kat belakang umah dr kad boleh kot.
at least leh gak nanti diorang menjengah blok dak pempuan.
asyik monyet jek.

mereka budak perempuan memerlukan perubahan dan posisi yang baru!
isk sokong ** ah camni.


dah.. dah..dah...


................


the point is that aku lapar. tapi xde makanan best.

nak makan macam2..

sebab aku dah study kuat. esok paper kimia polimer.

*ehem, baru tadi ko fotostat nota kan. ape definisi study?
**ehem2..cari sendirik...


dah. habis dah sesi janji-aku-update-blog.


sekian dulu, c yaa.



love,
jefri


p/s : nape takde kategori etnik balada dah...~ alalaa..yang penting, nirmala mesti juara lagu tahun ni!
*ehem jefri, welcome to 2010....




Friday, November 5, 2010

mari format laptop.

salam..salam..salam...


hari ni saya sungguh gumbira.
hati ini berbunga-bunga..lalalalala..

lappy saya sudah diformat.
software2 saya semuanya sudah genuine...

gumbira..hahaha..lalala

oh, saya format di kolej dato onn, ukm.
kat kawan saya, shafiq.
sila beri standing oviation n a round of applause for him.

*sila klik nama beliau dan pergi blog beliau itu sebagai tanda sokongan.
eh, best kat situ sape yg minat korea leh donlod lagu2 best n hd n high quality!



n sape2 yg duk kat ukm ni nak format laptop ngan harga best + software yg genuine dan licensed, sila gtau saya di fb atau di chatbox..haha.
*shafiq, aku jadi manager ko. bulih?

bagi yg duk luar ukm, kami yilek delivery. coz kami ni motor pun takdek...~
tapi sape yg nak datang sendirik ukm, leh jek dtg...
sementara menunggu, leh la siar2 ke kajang untuk menikmati sate kajang haji sahmuri
*ehem sate kajang ahji sahmuri sila beri saya royalti..

atau leh pusing2 tgk ukm, banda baru bangi, dan jalan reko.
*err..risiko ditanggung sendirik ek.


eh, kalu time cuti, sesape yg duk area kemasul ngan chemomoi leh jek..
yg kes ni, contact teros ngan shafiq lah ek..=)


hanya amek masa 4jam...kalau nak semua lengkap. maybe sejam pun bley siap..
hmm..tgk la dulu cane ek..
format akan menjadi windows 7 ultimate!
genuine! semua! haha over plak aku nih...

software seperti :

adobe photoshop cs4 atau cs5
internet downlaod manager
anti virus
microsoft office 2010
youcam

dan pelbagai lagi..semuanya gerenti licensed n genuine!

*gila over aku.

namun, bagi mereka yang ade problem kewangan tapi lappy wat hal, leh jek kami tolong tapi bukanlah bermakna..but if you can convince us with such believable+strong facial expression n good intonation, it is considerable...~


ok dah. nak mkn megi goreng.


taa.


love,
jefri



p/s : xp ngan vista adalah tidak style...7 lagi style...~

Thursday, November 4, 2010

.citer semalam.



salam..salam...salam...


betul. siyes, tak tipu!

pe dia haih???


hmm...lately, pas subuh jek tak bley bla i mean tak bley tido.
hehe. it shud be bagus la kan..

leh joging, kemas bilik, sapu-sapu ape2 yg patut dan xpatut...*err.

well, for others.


aku bangun pagi jek on9 dan makan..

makan kunyah2 jek. takde r tahap nak makan nasi lauk set
atau tomyam campur plus nasi putih.
*sape la tu kan...



...............


takde ape. sesaje.


ni nak citer pasal semalam.

jenjalangs ngan mereka.

saksikanlah..(hold note memori daun pisang)


tujuan :
solehah nak teman jeya beli subang sempena kematangan beliau as 23 years old man.
niat asal : aku nak tido jek kat bilik ditemani bunyi kipas.
niat berubah : bila semua orang kuar, then sol n jeya ajak teman.
tujuan : solehah nak teman jeya beli subang sempena kematangan beliau as 23 years old man disertai oleh jefri.



takde ape.
jeya pun dah lama nak main boling.
hmma aku ni bukan xsuka main boling, tapi bosan sikit. bosan ah boling.
korang boleh bayangkan tak bosannya main boling?
ok. terima kasih.


eh sebelum itu, mereka mendedahkan aku ngan ice blog.
ala, cam ice blended yang kat pasar malam tu.

tapi ice blog ni canggih sikit.
rasa pun pelbagai..ummm enaknya..
*sape anak pgarah syarikat ice blog? ngaku cepat! amek aku jadi duta. tq.


ini pic main boling. ade g tp malas nak upload bebanyak.
asal bloggers gi men boling jek mesti nak upload pic boling time lah?

sape nak tengok pic boling time gi kat blog lain
atau tanya sama abang google yang hensem itu.
ok. tq.



seterusnya



ini pic yang saya amek.
artful kan??? -_-''
oh, inilah solehah. beliau sungguh jelyta
sehingga amek pic saya pun dak horny jek!
bencik blurry!
xcaya?
tgk bawah sikit.





takpe abaikan...

pastu, gi jenjalang kat sekitar metro point kajang itu,
nota : kajang - tempat ideal untuk cuci mata bagi mereka yang berangin2 poketnya
nota lagi : poket solehah ada banyak syiling.


pastu jumpa mesin urut,
singgit 3minit. die urut best...
tulang belakang ni die urut2 sampai la ke kepala.
isteri2 jangan risau, benda ni tak mendatangkan berahi..

best..try la weh.

*sape anak pengarah Gintell nih? ngaku cepat!
amek aku jadi duta. tq



benda ni time urut akan sebabkan badan kasiiiii gegarrr...
oleh itu, jeya ingin menolong memegang beg solehah..;)
solehah pula tidak mahu dilihat sebagai penggegar..=p
jadi mereka berebut
akhirnya...




solehah berjaya mempertahankan kesuciannya..
eh maafkan saya,

mempertahankan begnya itu...






pastu makan kepsi.
pastu wat show jap kat jamban rm1 satu lagi.
pastu balik.

eh, jap. time nak balik tu..
emm jap lagi..

nak cakap..cuti sem, ukm memang suh pelajar kosongkan bilik.
lagi2 kolej aku coz ade program permata pintar apetah..

so, leh simpan barang kat stor.
jadi, kami memang perlukan kotak.


then otw nak ke tempat tunggu bas.
lalu la kat pasar kajang nih.

nampak banyak kotak nih.
gi al usya mintak kat makcik sorang ni.
beliau tengah kupas2 kulit bawang..
selekeh jek..nampak cam indon..
kusut masai, compang camping n haru biru...err.

pastu die cam ok jek,
kami pun rakus memilih kotak.

pastu pekerja kedai tu ade la gak berkeliaran keje kat situ.
towkey die skali. cina pmpuan dalam umur late 30.

pandang2 ktorang.
pastu setelah puas..ahh..dapat kotak yang ideal,
kami pun catwalk pulang...

tetiba dengar suara marah2. pempuan cina itu tengking2 pmpuan cam indon yang bagi kitorang amek kotak itu..

siap terajang lagik berkali2..
jap, buh tanda seru lagi nampak ganaz..

siap terajang lagik berkali2...!!!!


isk3 kesian.
kitorang pun buntu.

so, terus balik sambil berdoa beliau yang cam indon dan kami tidak diapa-apakan.

we conclude that memang selalu kena dera kot pmpuan cam indon tu.

isk3..sebab kotak je kot.
mentang2 la beliau tu pempuan cam indon..tapi still manusia.
uhuk. sedih...


ok lah.
sekian dulu.


love,
jefri


p/s : khas untuk jeya : hepi deepavali. maaf zahir dan batin...;)


ini ialah jeya. satu batch forensik.
*oitt engok ape tuh...isk3.



Tuesday, November 2, 2010

ngantok. exam. tag. huaa....=o

salam...salam..salam...


argh tensen takleh tido. dpt 2jam jek tido. guling2 xmau gak.
so, sementara menunggu exam kul 3.30ptg kang,
molek lah untuk saya siapkan tag yg diberi oleh aiman dan gee ini..

*eh, jep itu aku kan gee? coz aku ade lebih kurang 12 nama samar-samar an,
sampai aku sendiri pun main nyahut jek kalau apa2 nama yg dilontarkan.
if not, just let it be ek.peace.


1. name one person who made you laugh last night.
hmm..last morning boleh tak?pukul 3/4 pagi tadi time ngah study farmako.
asal gelap pun considered as malam ek.peace.
azhar salleh. nak tau x lawak ape? it's a situational,expressional and thinking comedy.. kalau nak dientrepetasikan melibatkan penggunaan kesemua deria. isk nape bunyi cam xlawak jek.
arghh..!



2. what were you doing 1 hour ago?
ngah guling2 try nak tido balik. dah set alarm nak bangun kul 12 but tak dapek nak tido,
teros pegi cafe. makan.

3. what was the last thing you said out loud?
saya sentiasa speak out loudly. so every word is loudly spoken.
tukar ek : what was the last thing you didnot say out loud?
time bacaan dalam solat dan doa. tapi ni bukan last thing. insyaAllah sampai kiamat.


4. where's the next place you're going to go.
nak gi tempat exam. kul 3.30 ptg kan exam. tapi sebelum tu nak pegi toilet lu.


5. what was the last thing you paid for?
bfast @cafe burhan yang -_-''
rm2. air xbeli. kolestrol banyak dalam air. errr...~


6. where were you last night?
dok kat satu bilik ni kat foyer kolej, berusaha untuk study farmako.
isk, dah bpe kali aku keep talking bout farmako nih!!!
arggh!.


7. what's the best ice cream flavor?
coklat. vanilla punh best. yam pun best. jagung pun. strawberry pun ok. milo pun yg nestle tuh.
isk, the best ice cream flavor takde dalam kamus makananku.

8. do you wanna cut your hair?
sokaln ni subjective. so aku jawab ngan jawapan subjektif :
"eh, xjugak.."



9. do you love to melatah?
hmmm.....

10. if that so (melatah), what will you said out loud?
kalau aku terkejut aku akan cakap apa-apa yang aku nak cakap seterusnya. so, it's an express impulse. kadang2 mungkin mencarot tahap kemaluan dan binatang.peace.

11. what does the last text message you receive say?
Baki 01******** : rm6.34 sah sehingga 14.08.2016.


12. will you get married in future?
insyaAllah panjang umur, murah rezeki, kesihatan yang baik.

13. do you chew on your straw?
maybe. tapi tak sampai tahap telan.

14. do you make up your own words?
absolutely.

15. is there anyone you like / love right now?
of kos sin tangent uolsz..


16. tag to others 5 bloggers.

1. mary
2. aizah
3. akak cambestje
4. cik lynot
5. nizam upsi



yg lelain tuh no offense ek. insyaAllah tag ini akan berleluasa dan bermaharaja lela.
nanti dapat la ek. sabar itu bukan perangai syaitan. err.

*shafiq, hida ngan dyana bila mau buat tag ni???


sekian dulu. cyaa.


love,
jefri



p/s : dah ngantok balik laaa..huaaaa..=o



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...