Friday, September 30, 2011

eh, mana kaitannya?

Salam....salam...salam...

Sekilas update untuk mengkhabarkan kalian bahawa aku masih ingat password blog ini dan juga sebagai token penghargaan buat hadirin-hadirat yang sudi melangut di sini dari hari ke hari menantikan entri baru tanpa rasa jemu dan pilu *panggggggg kena baling selipar jamban*

Amboi. Aku sekarang makin perasan sibuk. Bertambah-tambah perasan sibuknya.
Mana sibuk tu, mana sibuk nih. Haish. Harap semua bertenang ye.

Lagi satu, sekarang ni American TV Series melimpah ruah bagai cendawan tumbuh selepas hujan *esei SPM* Itulah. Sekali ada, berlimbun-limbun mari tapi sekali takde, kosong je la. Takde pape yang nak didownload.
Meh sini aku listkan the latest season yang available :

  1. Desperate Housewives Season 8 Isnin
  2. Glee Season 3 Rabu
  3. America's Next Top Model All Stars Cycle 17 Khamis
  4. The Vampire Diaries Season 3 Khamis
  5. The Amazing Race 19 Khamis kot
  6. Gossip Girl Season 5 Taktau 


Nak download kat mana? Nanti kalau aku dah tak perasan sibuk, nanti aku bagitau.

Itulah antaranya. Mana sibuk nak download lagi mana nak mencarut-carut kat line wifi yang sangat sakitkan hati, jiwa, dan raga. Mana nak makan mana nak minum mana nak berak nak kentut dan kuskus dan sebagainya. Mana nak berprogram lagi mana nak pergi kelas lagi mana nak assignment lagi mana tanda soal nih????????????????

Maka, MANA itu sudah jadi tanda tanya yang popular sekarang bagi aku. Bercakap mengenai tanda soal, aku nak soal korang pasal Matematik dan Kaunseling. Eh mana kaitan?

Jom skodeng :

Kalau A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

sama dgn 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

jadi...
...
H+A+R+D+W+O+R+K = 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

K+N+O+W+L+E+D+G+E = 11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

L+O+V+E=12+15+22+5= 54%

L+U+C+K = 12+21+3+11 = 47%

Ini sume x dpt markah penuh...

tapi “attitude”

A+T+T+I+T+U+D+E = 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Attitude paling penting... :)





Rimas aku tengok benda ni sekarang dah menular kat facebook dan dijadikan status.
Well, biasa tengok kat program motivasi la kaunselor sekolah cuba membersihkan hati ktia dengan kata-kata semnagat bila saya sebut SPM kamu kena jerit BOLEH!!!!! dan perkataan lain maka selepas beberapa hari kemudian, or worst jam, maka laungan tinggal laungan.

Nota : Hanya mereka yang bersekolah era 90an hingga 2000an faham kot bengkel-bengkel motivasi kejadah ni. Aku memang menganggap bengkel motivasi ni sebagai persinggahan sekejap, pelepas lelah jek. Nothing much. Bawaklah naik flying fox, terjun bangunan turun bangunan, panjat gunung, demonstrasi kebakaran (?), ice breaking-kumpul ikut bulan eklahiran, warna baju dan sebagainya, semua itu hanyalah hangat-hangat pejuangan memboikot barangan yahudi! eh silap, hangat-hangat tahi ayam!

Melalut dah, aku nak condemn benda ni jek, yang lain aku taknak sentuh. Mungkin ada pihak yang terkesan dengan cara motivasi sebegitu but i was not the one. Dan ini adalah entri bersifat pendapat peribadi.

Back to business, jadahnya guna peratusan macam tu?
Ye pun nak buat magic dalam motivasi, perlulah berlandaskan jalan yang benar. Memang la betul Attitude atau sikap tu penting tapi kenapa pembuktian tu dijalankan sebegitu. Kalau satu ahri wartawan 360 atau 999 atau Cobaan Akhill Hayy datang tanya aku, pasal benda ni, aku cakap,

Dengan nada sopan sambil urut halkum," Yang paling penting adalah IMAN"


sekadar gambar hiasan.

Lantas kedengaran suara dari backstage berkata,

"IMAN baru I+M+A+N= 9+13+1+14= 37% Kalau UPSR tu gagal tuh!"

Lalu aku pun meludah beliau. Padan muka sapa suh perasan unik....

Simple Matematik kot. Sekolah darjah 3 ke 4 dah belajar pasal peratusan.
Meh sini aku nak ajar



x/total darab 100% then baru jadi peratus.

Untuk kes mengira 'markah' ATTITUDE :

100/total A sampai Z darab 100% baru dapat persen.

Haish. Ini la sebabnya TERDAPAT SEGELINTIR Melayu bengap Math! *OPSSSSSSSSSSSSS
dah habis cover da tu ek.

K lah. Benda macam ni pun nak buat entri kan...

ADA AKU KESAH......

Sekian dulu,

love,
jefri

p/s : berapa total A=1 tambah sampai Z=26 ? Ah kira sendiri. Takkan semua nak suap jek. Ini la sebabnya MELAYU.......suka makan nasi LEMAK. Eh, mana kaitannya?

Ops.

p/s 2 : Selamat hari raya. Maaf zahir batin. Selamat datang Zulkaedah.

Wednesday, September 21, 2011

Grenade aka Bom Tangan

Salam...salam...salam...

Pertama sekali, mari layan video lagu ini :



Kemudian, ini liriknya :

Easy come, easy go
That's just how you live, oh
Take, take, take it all
But you never give
Should've known you was trouble
From the first kiss
Had your eyes wide open
Why were they open?

[Bridge]
Gave you all I had
And you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, you did
To give me all your love
Is all I ever asked
Cause what you don't understand
Is

[Chorus]
I'd catch a grenade for you (yeah, yeah, yeah)
Throw my hand on a blade for you (yeah, yeah, yeah)
I'd jump in front of a train for you (yeah, yeah, yeah)
You know I'd do anything for you (yeah, yeah, yeah)
I would go through all this pain
Take a bullet straight through my brain
Yes, I would die for you, baby
But you won't do the same

No, no, no, no

Black, black, black and blue
Beat me 'til I'm numb
Tell the devil I said "Hey" when you get back to where you're from
Mad woman, bad woman
That's just what you are
Yeah, you smile in my face then rip the brakes out my car

[Bridge]
Gave you all I had
And you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, yes you did
To give me all your love
Is all I ever asked
Cause what you don't understand
Is

[Chorus]
I'd catch a grenade for you (yeah, yeah, yeah)
Throw my hand on the blade for you (yeah, yeah, yeah)
I'd jump in front of a train for you (yeah, yeah, yeah)
You know I'd do anything for you (yeah, yeah, yeah)
I would go through all this pain
Take a bullet straight through my brain
Yes, I would die for you, baby
But you won't do the same

If my body was on fire
You would watch me burn down in flames
You said you loved me, you're a liar
Cause you never ever ever did, baby

But, darling, I'd still catch a grenade for you
Throw my hand on the blade for you
I'd jump in front of a train for you
You know I'd do anything for you

I would go through all this pain
Take a bullet straight through my brain
Yes I would die for you baby
But you won't do the same

No, you won't do the same
You wouldn't do the same
Ooh, you'd never do the same
Oh, no no no 


Tak paham lepas tu nak guna google translate tapi hampeh betul sape admin yang jaga bahagian english-malay lalu anda berharap akan ada terjemahan lirik grenade yang lebih baik daripada google translate? Baiklah, mood aku tengah baik, maka berterima kasihlah padaku.

Lirik Grenande Versi Bahasa Melayu 
Bahasa Kebangsaan Cintailah Bahasa Kita
 Bahasa Jiwa Bangsa

Kau datang dan pergi sesuka hatimu,
Itulah cara kau hidup,
Terima dan terima tanpa memberi,


Aku patut tahu dari awal yang kau merupakan  masalah,
Dari ciuman kita yang pertama,
Mata kau terbuka semasa kita bercumbu?
Mengapa begitu? 


nota : selalunya sewaktu bercumbu (baca : ciumulut) mata akan terpejam rapat sebagai tanda menghayati cinta itu. Jangan tanya aku sebab aku tak pernah buat lagi benda tu. Eh, yang dah kahwin je boleh ye, dan jauhilah zina!

Telah kuberi segala yang aku ada
tapi segera kau campakkan ke tepi
kau campakkannya seperti sampah, ya, 
Cintailah aku hanya itu yang kupinta,
Hanya kerana kau tak tahu bahawa :


Aku sanggup menggenggam bom,
Toreh tanganku,
Aku sanggup melompat di hadapan kereta api, 
Kau tahu yang aku akan buat apa-apa sahaja untukmu
Aku akan menempuhi semua kesakitan ini,
Ambil peluru dan acukan kepada kepalaku ini,
Ya, aku sanggup mati demimu, sayangku


Tapi kau takkan pernah begitu


Tidak Tidak Tidak


Hitam hitam hitam dan biru (mungkin warna akibat kena belasah dengan pempuan tu)
Pukullah aku sehingga aku kebas
Katakan pada syaitan, aku kata Hey
Bila kau kembali pulang dari tempat asalmu

nota : ayat ini ditafsirkan sebagai perempuan itu berasal dari neraka (perempuan jahat la tuh!) dan sempat lagi nak kirim salam pada setan sebagai tindakannya nak menunjukkan yang dia takkan kalah pada syaitonnirrojim

Perempuan gila, Perempuan jahat,
Ya, itulah dirimu,
Ye kau senyum padaku kemudian kau rosakkan brek kereta aku!

nota : perempuan ini mungkin pernah kerja di bengkel atau pernah mengambil jurusan mekanikal di politeknik berhampiran! Awas!

Jika badanku sedang terbakar,
Kau hanya akan melihatku terbakar,
Kau bilang kau cinta padaku,
Tapi sebenarnya kau tak pernah, bukan?

Muzik video berakhir dengan Bruno Mars membunuh diri dengan cara melanggarkan diri dengan trak besar sambil beliau/arwah/mendiang/late mengusung piano besar gedabak yang diseret sepanjang jalan sambil ditegur orang tua dan orang bertatu.

...........

Oleh itu, english education sangatlah penting.
See, walau dah translate pada bahasa Melayu, mesej lagu ini tak berapa nak sampai kan.

Aku pun tak reti dah nak translate jadi ayat jiwang ke ayat kelakar ke ayat liriklagumelayu ke oleh itu aku semakin memahami kerjaya sebagai admin google translate, maafkan aku google translate kerana sering memaki hamunmu kerana terjemahanmu yang tah pape yang sebenarnya aku yang perlu dipersalahkan kerana aku selalu tidur dalam kelas BI.

Sebenarnya, mesej dari lagu grenade ini adalah lelaki  ni bengang la sebab perempuan yang disanjung, dipuja tak memberi balasan yang setimpal tapi lebih kepada memain-mainkan perasaan dia tu dia bengang sampai bunuh diri tu. MasyaAllah.

Lebih kurang macam tu la kot sinopsis karya Grenade aka Bom Tangan ni.
Eh tajuk punyalah catchy dalam bahasa omputeh bila dah translate, jadi Bom Tangan?

Oleh itu sekian dulu, jangan bercinta membabi buta

love,
jefri

p/s : Itulah Bruno Mars oi, cinta sesama manusia ni manalah kekal, manalah baik, manalah elok. Kalau kita cintakan agama, cintakan Tuhan, kompem cinta kita akan dibalas, diterima dan kita takkan pernah kecewa malah bahagia di dunia dan akhirat. *capai borang Imam Muda musim ketiga*

Tuesday, September 20, 2011

Ada Apa Pada Nama?

Salam...salam...salam..

Ceh tajuk nak serius-nampak-ilmiah je kan. Baiklah.
Begini kisahnya...

............

Minggu ini adalah minggu pengenalan persatuan pelajar atau juga dikenali sebagai M3P oleh rata-rata pelajar di tempat dia sedang belajar sekarang. Sesungguhnya menara gading bukanlah cuma tempat menimba ilmu malahan  tempat mencari kawan selain lubuk komunikasi. Irfan sudah tiga tahun belajar di situ. Bermakna sudah tiga tahun juga dia menyertai kelab yang sangat membantunya dari aspek lahiriah dan jasmani. Kelab Penyayang. Suka duka hidupnya banyak berkisar di situ. Itulah gedung pencariannya tentang erti kehidupan.

Irfan sungguh kacak, terkenal dan pintar. Tidak hairanlah ramai yang mencemburuinya. Kali ini, Irfan berusaha untuk menarik ramai pelajar baru yang mula mendaftar masuk dua minggu lepas supaya turut menyertai kelab penyayang itu. Mungkin dengan kelebihannya itu, Irfan mampu mencapai sasaran seribu pelajar yang akan mendaftar dengan kelabnya itu. Pada hematnya, semakin banyak pelajar yang mendaftar sebagai ahli kelab yang baru, semakin banyak sumber tenaga yang boleh digunakan untuk menjalankan gerak kerja program-program yang telah diatur sepanjang semester. Namun, Irfan tetap berpegang teguh pada prinsip kualiti lebih penting daripada kuantiti.

Sedang Irfan sibuk memujuk pelajar yang lalu-lalang untuk datang ke gerai kelab penyayang itu, Irfan berasa penat lalu ingin mengambil angin. Sudah tentu suatu pengalaman yang menjerihkan jika dari pagi hingga tengah hari Irfan sibuk merekrut budak.

Irfan berjalan-jalan di sekitar kawasan M3P. Pandangannya bukan lagi menyasarkan pelajar-pelajar baru, tetapi Irfan sedang mencari-cari santapan mindanya. Irfan lekas menolak pintu kedai buku, Unikeb.
Irfan melihat sekeliling. Didapatinya satu rak yang boleh berpusing-pusing dan diletakkan aneka key-chain.
Tertera tulisan pada setiap key-chain tersebut yang memamerkan nama-nama dan maksud di sebalik nama tersebut. Irfan mencari namanya, sekadar suka-suka untuk pengetahuannya. Irfan tetap yakin qada' dan qadar Allah itu satu ketentuan yang azali.


Telapak tangan Irfan yang putih mulus itu memegang dan menterbalikkan sebuah key-chain. Tertera nama IRFAN di situ.

Irfan tersenyum setelah membaca maksud yang tersirat di sebalik nama itu. Dalam senyumannya itu, Irfan segera mencampakkan key-chain itu ke lantai lalu berkecai.

"Irfan merupakan anak dari keluarga yang berada jatuh cinta dengan Natasha pada zaman kolejnya. Natasha yang sering dikatakan sebagai pembawa malang dalam keluarganya menggunakan telefon bimbit murah takda warna yang diikat dengan getah gelang sebab hak tu line clear. Natasha dicemburui oleh ibu tirinya si Rozie Othman dan adik beradik perempuannya, Fiza Elite dan macam biasalah cerita Melayu takkan tak tau lagi camne plot ngan subplot, klimaks dan anti klimaks lalu pengakhiran. Natasha diangkat sebagai judul drama ini dan disambung kepada musim kedua yang mengisahkan kehidupan mereka yang lebih dewasa dan macam biasalah cerita Melayu takkan tak tau lagi camne. Drama ini menggunakan lagu Liza Hanim Hohoho Horlick sebagai lagu temanya, Merawat Luka Terpendam."



....................



Sekian akidah blogging terpesong nak cerita benda lain, benda lain yang tertulis tapi mesej yang nak disampaikn itu ada. Ala, macam filem Ahmad Idham. *eh tiber kan!*


love,
jefri


p/s 0: Zaman 2004-2005 tu sibuk nak bagi nama anak Irfan kalau laki Natasha kalau perempuan.
p/s 1 : Entri yang betul-betul membincangkan mengenai Ada Apa Pada Nama lain kali la buat ek..Itupun kalau buat la ek....
p/s 2 : Kisah yang nak diceritakan adalah sama cuma tukar nama Irfan jadi nama jefri (T_T), scratch off the kacak, terkenal, dan pintar part, dan respon 'Irfan' terhadap namanya.
p/s 3 : Eh, marilah daftar sebagai ahli kelab Penyayang UKM, di aras 3 Pusanika UKM, bermula Isnin ni hingga Jumaat ni.
p/s 4 : inilah Irfan dalam citer Natasha tuh...


why did i choose this pic ek. eh suka hati la kan..

Saturday, September 17, 2011

ANTM All Stars Cycle17. luahan rasa. eh tiber je kan...~

Amaran awal : Bacaan ini mungkin tidak sesuai bagi mereka yang tak suka dengan rancangan-rancangan Hollywood dan dalam kes ini, America's Next Top Model. Selamatkan jiwa anda dengan keluar dari page ini serta-merta. Imma gonna start soon. Ready? Thank you.

Salam..salam...salam...

It's back. America's Next Top Model, always abbreviated by ANTM and it's now ANTM All Stars.
Sebelum ini, kita pernah dihidangkan dengan The Amazing Race All Stars, Survivor All Stars. All Stars bermaksud peserta-peserta pada musim lelepas dipanggil semula instead of new audition dan walah..jadilah new season dan dalam aspek ini, ANTM All Stars, cycle 17.



*serius tak penulisan?*

Sesungguhnya aku adalah peminat dan pengikut tegar siri ANTM sedari musim kedua lagi. The concept is as obvious as the title which is the search of Model. Speaking of MODEL, it includes the photoshoot, attitude and presence (impact).

Secara fakta, u can find lotsa more about ANTM here.. Of course in wikipedia kan.

Historically, I watched ANTM on 8tv since season 2, but vaguely. During my form 2 if not mistaken la. Then, proceeding until the cycle 8 when I subscribed to the Astro V channel (once upon a time) until I unsubscribed it which made cycle 11 as my last cycle to watch on tv. I did watch the cycle 12-current cycle (17) on youtube. Not so bad.

You can always conclude that I grew up with ANTM. I have watched many scenes. All the nerve-adrenaline-running are in mine. I watched how Tyra changed from the most supportive 'model tutor' towards the contestants in the very beginning of the cycle and starting cycle 10, I sensed that Tyra was more to commercial value side. The judges also.

And those were not my intended writing.

All I just want to say, as much as I am the follower of the series, I'd really hoped for the best contestant coming from each cycle to compete in this All Star series. True indeed there are some who are my favs but yeah, the power is so not on me to choose. *Fans' pick konon, Tyra!*

Ok lah, aku kononnya menulis dalam bahasa Inggeris untuk melampiaskan ketidakpuashatian. Sebenarnya aku baru jek habis tengok episod pertama ANTM All Star nih...Banyaks benda yang takpus hati!
  1. Drama (soon to be-dalam promo ada) yang cuba direka, can smell lah...
  2. Bosan...No magic so far...
  3. Ada penyingkiran. Haha tapi kena la ada kalah untuk ada pemenang kan. Tapi alangkah syioknya takde penyingkiran sebab kita dah develop minat pada peserta tu, watching how she had built all the way then got early elimination....But again, there must be elimination.....kan...But 1st episod dah ada penyingkiran. At least bagila 2, 3 episod baru penyingkiran kan...But yeah, costly..
  4. Photoshoot theme yang tak berapa nak best..Theme : personality. Then the final pic was being photoshopped! Crappy one. Urgh

    yes, this was the first called-out -_-''

  5. Live judging...I was like...It was so public humiliation; to them and to us who watch. Haru-biru, kecoh, bising, takde feel ANTM langsung, dah macam konsert plak...Boleh jek kot nak buat judging macam biasa, macam kat format ANTM kan. Nasib baik elimination ada buat kat private room as usual.
  6. Called-out yang tah pape. Agaknya Tyra lupa kot yang call out yang memula adalah dari yang terbaik then decreasing, in quality....Ni caca marba...
  7. Hate on Nigel. Sejak cycle 14 kot dia mula banyak cekadak banyak bunyik on something that is so not necessary, and now, his head that was nearly bald for every single cycle since cycle2-16 wihout fail, and now he is like, growing hair....Lagi menyakitkan hati...





Ok. Semoga episod dua lebih baik

love,
jefri

p/s : Oh, kalau nak tengok, sila layan atau subscribe jek channel ni,





Friday, September 16, 2011

aku yang di sini.

Salam...salam....salam...

Terus mood nak berblogging makin hilang dan pudar.

Sebabnya, my real life is so good, maka, mereka yang asyik update blog setiap detik dan saat tu kompem takde keje nak buat dalam real life kan....*matila kena hambat satgi dengan bloggers tegar*

Sebenarnya, mood blogging tadi sudah mari sebab ada pergi open house kat tempat aku ni.
My very first tu. For this year la kan...Eh, esok ada lagi.
Meriah fuh makanan, nasi beriani, rendang daging, ayam masak merah, kari daging, mihun sup.
Tapi tak amek gambar la..Aku kan bukan blogger tegar....~

Yang esok lagi meriah sebab menteri besar Pahang yang sponsor...
Giler tak giler tengoklah esok nanti camne. Pukul 2.00pm. Dataran Sekolah Sri Pelangai
Mari beramai-ramai....

Dah, mood dah pudar. Aku akhiri entri ini dengan mercu tanda kampung halamanku ini.

My Dear Felda Chemomoi....




tadaaaaa..eh tiber je kan...

dah dah...

love,
jefri

p/s : nak cerita pasal Felda Chemomoi? Nantilah, yes. secomel namanya, felda Chemomoi dilengkapi dengan pelbagai prasarana yang u can never imagine. Terima kasih. Nanti rajin aku update. (macam takrajin jek)

Monday, September 12, 2011

takde apa.

Salam...salam..salam...

Dah lama betul tak bersiaran, banyak benda berlaku nih.
Mana cerita beraya lagi, mana cerita pergi beraya lagi..
Cerita syok sendiri, makan hati, senyap-sunyi dan sebagainyaaa..

Betul banyak cerita ni nak cerita tapi malas betul nak taip...
Boleh tak kita jumpa face to face pastu aku citer semua siap-siap?
*sila ambil nombor giliran*

Takde apa lah kan...sapelah aku ni untuk diketahui *erra fazira*

Okay, hari ni hari pertama sesi pengkuliahan baru dan aku adalah pelajar tahun 3.
Tahniah.

Kemudian, kelas dah ada. Isk3.
Cuti berbulan-bulan pastu tiba-tiba kena absorb dan adsorb macam-macam..
haish.

Dah. Sebenarnya aku tengah demam ni. Kepala pening.
Malam tadi tidur gigil. Perggh selimut tebal satu, toto satu.
Lemak-lemak yang bergelimpangan pun tak mampu nak handle....
Panas sejuk panas sejuk. Tekak rasa pahit jek..
*tadah tangan  minta panadol*

Dah. Nak tidur pun takleh. Kepala rasa berat.
Nak online jek.haha.


love,
jefri


p/s : Ingatlah kawan-kawan, penyakit itu adalah penghapus dosa-dosa kecil selagi kita bersabar dengannya.
gituh..............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...