Tuesday, June 28, 2011

Kek Keju Oreo Menggunakan Gelatin Tanpa Bakar-bakar Atau Kukus-kukus Gaya Jefri.

Salam..salam...salam...

Baiklah. Setelah dikerah, dikutip, dan dipungut segala semangat,
keterperasanan sibuk berjaya diketepikan dan sedikit perkongsian resepi akan berlaku.

Baiklah, tanpa membuang masa dan bandwith broadband kalian (yang berkenaan),
hari ini saya ingin berkelakuan baik dan lebih senonoh kerana ada orang menegur bahawa entri saya sebelum ini adalah tidak baik dan tidak senonoh dan saya cuma 0.o sahaja maka terimalah resepi ini, dari hati yang suci murni ini terbitlah perasaan yang suci murni juga.

Resepi satu.

Kek Keju Oreo Menggunakan Gelatin Tanpa Bakar-bakar Atau Kukus-kukus Gaya Jefri.

atau



Oreo Cheese Cake Using Gelatin without burn-baked or steamed, steamed jefri style.
(google translate nih. tak senonoh kan?)

atau

Oreo Cheese Cake Usando gelatina sem burn-assados ​​ou cozidos no vapor estilo Jefri, vapor
(dalam bahasa Portugis sempena penjajah pertama negara kita-Malaysia)


Baiklah. Banyak cakap dari buat sangat menyakitkan hati.

Proceed to the materials needed :

  1.  Gula kastor dalam setengah cawan. Kastor tu maksudnya halus. Kasi blend guna blender kering dulu ye.
  2. Krim keju dalam 250 gram. Biasa beli sepeket tuh memang dah 250 gram. Tapi kan aku beli dapat ekstra 20g. Packaging strategy namanya tuh. Non kesah.
  3. Whipping cream atau krim putar dalam 250 gram gak. Nisbah krim keju dan whipping cream adalah 1:1
    Beza whipping cream dan whipped cream adalah bukan berlandaskan pada ejaan dan sebutan sahaja. Whipped cream digunakan untuk membuat hiasan pada kek. Putar-putar kasi kembang pastu tepek kat atas kek. Whipping cream plak yang nak diadun ni lah...
  4. Biskut oreo sepeket panjang tuh. Guna lah dalam 8 ketul atau ikut nafsu. Yang lebih boleh bagi sama adik atau binatang peliharaan yang disayangi.
  5. Gelatin yang dilarutkan dalam air panas dengan nisbah 3 sudu gelatin, suku cawan air panas.
  6. Sedikit aisen vanilla atau pati pandan untuk aromaaaaa....

*kalau nak derhaka sukatan, silakan. Asalkan jadi, kan???*

Maka, S.O.P atau Standard Operation Procedure adalah,

  1. Blender atau kisar gula dengan krim keju sampai kembang. 
  2. Masukkan whipping cream dan aisen vanilla. Jangan kisar lama sangat nanti komposisi kimia whipping cream terpisah antara air dan krim. Kisar dalam 10-15 saat la kot. Kira dalam hati ek. 
  3. Tuangkan dalam bekas. 
  4. Tuangkan gelatin yang dah dilarutkan dalam air panas itu tadi. Kacau sampai rasa sebati. Sila ikut kata hati. Biskut oreo tadi sila kisar dengan blender kering. Kalau suka oreo kasar-kasar kepingan, blender sekejap jek lah pastuh gaulkan dengan adunan dalam bekas tadi.
  5. Kalau aku, aku kisar halus-halus, pastu ambil sedikit kasi kacau nak bagi warna adunan jadi kelabu pastu taburkan yang selebihnya atas adunan untuk nampak perasan artistik.
  6. Masukkan dalam peti ais semalaman untuk gelatin itu mengeraskan kek anda. Baiknya dibuat resepi ini pada malam hari.






Tadaa....Biasanya ada orang suka buat base kek untuk senang slice la kononnya. Aku wat cara nih sebab nak kasi potong senang sebab dah bentuk ala-ala agar-agar kan agar senang nak potong dan ramai orang boleh rasa instead of in the slice form. Kan?

Kalau anda beria gak nak buat base kek ini, amek biskut oreo sepeket, buang inti dia, hancurkan halus. Pastuh cairkan mentega dalam separuh buku mentega itu. Campurkan perlahan-lahan mentega cair itu ke dalam oreo hancur itu. Gaul sampai rasa dah sebati. Ngam-ngam lah. Tak nak la jadi berlinang plak base dia.

*berlinang = cecair lebih meleleh pastuh basah jek base tuh nanti tak kering-kering. Dan jangan fikir bukan-bukan. 
Terima kasih.

Eh, kalau nak buat base nih, nih langkah pertama tau baru buat SOP di atas makanya adunan akan dituang ke atas base lah kan. Dah nama pun base?

Tapi malaslah kan... butter mahal...

Ok. Resepi dua? Malas la plak. Esok-esok la pulak ye.


Sekian dulu. c yaa


love,
jefri


p/s : Rasa dia macam ais krim. haha. Kalau nak makan, guna sudu. gituh.
p/s 2 : Kalau tambah 4 sudu gelatin mungkin lagi ok? Ntah la. Aku punya lembik sedikit sebab tak lama sangat buh dalam peti. Itu la semalaman kena ada dalam peti dan aku cadangkan 4 sudu gelatin.
p/s 3 : Pastikan semua produk yang digunakan adalah halal. :)

Monday, June 20, 2011

Bergelut dengan malware. Oh, sadis ! gituh.

PESANAN PENAJA : MUNGKIN BACAAN INI TIDAK SESUAI UNTUK ANDA KERANA ANDA TIDAK PERNAH MENGALAMINYA TETAPI TIDAK MUSTAHIL ANDA BAKAL MENGHADAPINYA. BACALAH SEKADAR PENGETAHUAN MANALAH TAHU SATU HARI NANTI ANDA TERKENA BENDA NI, THEN YOU KNOW WHAT SHOULD YOU DO.

Salam...salam..salam...



Dua hari yang lepas merupakan hari yang sangat mencabar dan berliku buat diri ini. Aku berhempas-pulas memulihkan laptop murahku dari serangan scam-haramjadah-hack-malware-sialan yang selayaknya dapat gelaran babi-sangat-sape-yang-sebarkan-benda-nih-haa-kan-dah-dapat-sumpah-seranah-free-sebbaik-aku-tak-jumpa-mak-esah-suh-mandrem-atau-voodo.

Alhamdulillah (mode syukur) selepas berjaya mengharungi semuanya.
Perasaan aku seperti :

  1. Seorang ibu yang melahirkan anak kembar 4 (motif 4 adalah aim untuk dapat 4 flat exam depan, mampoo?) menggunakan normal birth without any sedatives nor caeserian.
  2. Tok batin kampung Ulu Cekah Raub (kampung rekaan) yang berjaya menghalau pembalak dari melanyak rumah kitakkkk....
  3. Make up artist yang mulanya risau melihat wajah pengantin persis elok sikit dari jambatan tergendala di Sungai Kepong (fakta ini diragui) akhirnya menjelma jelita persis elok sikit dari Rojita Cik Whann...
  4. Seorang bapa yang berjaya mendapatkan semula anak-anak kembar 4 (rujuk kisah pertama) yang diculik oleh penyimbah strong bases tanpa melibatkan polis dan duit pembebasan berjaya dikebas sebelum keluar dari rumah penculik yang dibom sejurus mendapat anak-anak kembar 4 tersebut and by the way, happy belated father's day to anyone who celebrated it.
  5. Dan sebagainya yang menunjukkan perasaan mendapat semula hak yang dirampas.

Alkisahnya, dua hari lepas, aku bukak dashboard blog pastuh tengok ramai update blog dan aku pun klik-klik nak blogwalking tetiba kuar warning dari  
WIN 7 ANTISPYWARE 2012.


Benda cilaka ini adalah sejenis scam yang berpura-pura mejadi trial antivirus dan kononnya menunjukkan yang komputer kita telah dijangkiti pelbagai virus, kuman dan bakteria walhal non hadooo....
Sesungguhnya ini adalah antara malware yang paling susah untuk aku lawan *pose pahlawan*


"Embun tak kira mak..
Embun akan turut berjuang mempertahankan negara bersama abang Bayu.."
*sambil betulkan selendang n gendeng senapang gajah..gituh.
Mak Embun, "Hang jangan nak gatai bijik sangat aih...
pi ghebuih ubi kayu tuh kat dapurq"
 
-sekadar hiasan. do not offense melampau. gituh.-

nota : malware adalah ibarat tetamu yang tidak diundang tetapi telah memasuki ke dalam lappy kita tanpa disedari dan tujuannya tidak lain tidak bukan membawa virus dan segala anak beranak tolak ayam itik kerbau lembu jek untuk mengganggu sistem operasi komputer. Bacaan lanjut di wikipedia.

Benda ni mimic/mengajuk antivirus dan menghalang segala aktiviti kita untuk
  1. Membuka browser internet
  2. Buka folder
  3. Buka mp3 player
  4. Buka software 
  5. Dan sebagainya
Ko tak nanges bila tak leh buat semua nih????

Benda ni seolah-olah nak takutkan kita yang komputer kita dah dijangkiti dengan teruk dan hanya boleh dirawat dengan menggunakan WIN 7 ANTISPYWARE 2012 yang perlu dibeli lesen full version yang sebenarnya adalah FULL OF LIES!

Namun disebabkan aku yakin yang benda ni nampak benor menipunya, seb baik aku ada dua user dalam laptop nih. Benda ni serang user admin aku, aku guna user guest aku untuk google apa yang sebenarnya terjadi? gituh.
*Penting tau untuk ada dua atau lebih users dalam laptop lebih-lebih lagi untuk kes macam ni. 
Go to Control Panel pastuh add user.*

Berbekalkan MalwarByte Anti Malware (MBAM) syukur aku berjaya got rid of this bitch.gituh.

Untuk penjelasan secara visual dan lebih pemahaman sila tonton ini




*kan ada kod yang nak kena isi dalam notepad tuh, here it is :

Windows Registry Editor Version 5.00

[-HKEY_CURRENT_USER\Software\Classes\.exe]
[-HKEY_CURRENT_USER\Software\Classes\pezfile]
[-HKEY_CLASSES_ROOT\.exe\shell\open\command]

[HKEY_CLASSES_ROOT\exefile\shell\open\command]
@="\"%1\" %*"

[HKEY_CLASSES_ROOT\.exe]
@="exefile"
"Content Type"="application/x-msdownload"






Begitulah....paham tak? paham tak?

sekian dulu, c yaa

love,
jefri



p/s : biasanya kalau berhadapan dengan kes sebegini, ramai yang prefer to format their lappy. Tak best lah kan ibarat kita kena build up our old house after being on fire kan...

p/s lagi : janganlah jadi hackers untuk menyusahkan orang lain. ni la antara contohnya...tapi jadi hackers ada gak sisi mulia dia, contohnya untuk banteras jenayah kolar putih (ayat karangan uols) dan memberi peringatan kepada kerajaan untuk tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan bodoh pelik untuk menutup laman filesharing contohnya. gituh.

p/s : minta ampun dan maaf kalau terkasar bahasa atau tertidakterkurang sopan. yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kekhilafan diri ini. *majlis bersurai, sila nikmati jamuan ringan di rumah sendiri*

Saturday, June 18, 2011

tarik wig bersama makcik. gituh.

Salam..salam...salam...


Semalam masa tengah-tengah drive, memasuki perkarangan Felda Chemomoi (which is of course my place) aku teringat sesuatu yang berlaku pada cuti sem 1 tahun dua sewaktu aku bekerja membantu di gerai jualan aneka buah-buahan dan hasil kampung, aku didatangi pelanggan, seperti biasa namum kali ini pelanggan yang bukan dari kebiasaan lalu aku ingin menceritakan kisah itu di sini walau kisah itu sudah lama berlalu dan sesungguhnya kisah ini adalah eksklusif untuk dikongsi bersama maka bersyukurlah bahawa anda sedang membaca sebuah kisah yang eksklusif.......................(fuh!)

..............



gituh ubi kayu yang dijual ala-ala kat sex shop midvalley kah?

Hari tu aku ada ubi kayu untuk dijual. Mak cik ni datanglah dengan motor skuternya. Makcik ni antara keje sampingan dia adalah menjual kuih kat pekan sari (baca:pekan sehari). Lalu dia belek-belek lah ubi kayu tuh.
Aku bajet dia nak beli untuk buat kuih talam ubi atau lepat ubi. takkan plak dia nak jolok ubi kayu tu kat celah-celah kehidupan pulak kan
(nada geram, petunjuk yang makcik ni ada unsur negatif untuk diceritakan)

Ok. Perbualan.
(sedikit persamaan matematik : MC=makcik heyynaar ituh, X=AKU)

MC : Berapa harga sekilo ubi nih?
X : 2 hengget..*muka kekwat*

MC : Amboii...dah macam duk bandar dah jual harga mahal-mahal..
X : Oi MC, ni ubi bukannya tanam petik cangkul wateva kat belakang umah. Ni beli dari orang pastu jual balik...mesti la nak untung sikit...Harga jualan ni pun tak sampai separuh dari harga modal tau!

MC : Amboi..amboi..amboiiii...
*cuba buat gaya azwan ali tapi dia lagi suckssss*
Kemain kuang ajar ko ye. Aku ni nak murah sikit jek, aku ni meniaga...
It's not that i cannot afford it! (itu aku translate sendiri)
X : haa..yelah tuh..yang makcik nih meniaga dulu harga seketul dua posen kuih skang nape plak ikut bandar jual kuih 3 ketul singgittttt
*tonjol-tonjol muka macam mintak penampar*

MC : tak guna punya budak..ptttuiiihhhh..(ludah kat muka aku)
X : hanjengggg punya makcik.
(kentut dalam-dalam lalu pekup guna tangan pastuh tekup kat muka makcik tuh)

MC : banjingan looo..*tiiba sinetron*
(makcik tu mengamuk, dia sepah-sepahkan barang-barang kat kedai tuh)

X : @#$%^&*()(*&^%$# (mencarut orang Melayu)
*terus mintak wig dari salon berhampiran maka acara tarik rambut bermula*

Insiden itu berakhir dengan kehilangan dara makcik itu yang tercicir sewaktu rambut pelesu makcik itu jatuh di celah-celah kehidupannya. Makcik tuh dara ke?



motif makcik-makcik desa nih tarik tali...kami tarik wig ok.....


................


Nampak sangat menipu kan? Tapi sebenarnya itulah imaginasi aku yang aku nak sangat jadi nyata.
Maaf kalau terlucah atau terkurang ajar. gituh.

The real thing was

MC : Berapa harga sekilo ubi nih?
X : 2 ringgit *muka nak senyum taknak senyum*

MC : Amboii...dah macam duk bandar dah jual harga mahal-mahal..
X : Diam jek taknak layan customer camnih.
*aku yakin sangat kalau dia tak beli takkan sebabkan aku jadi miskin hina dina*

MC :  Timbang ni kira berapa...
Dan seterusnya..

..................

Begitulah.
Kita yang meniaga ni sebenarnya ada adabnya,
kita yang membeli ni pun ada adabnya.
Kalau kita saling menjaga adab ini........
pasti kita akan hidup dalam keadaan yang harmoni
bak keluarga SINGER Menawan Keluarga Bahagiaaaaa.....


 Smartshopppppppp....*tiiba

.................

sekian dulu..c yaa

love,
jefri

p/s : kisah ini bukan direka cuma plot diubah pada dialog pertama itu sahaja.
p/s2 : budi bahasa budaya kita *pose dato' Siti  Nurhaliza*
p/s3 : berniaga adalah 9/10 pintu rezeki. gituh.

Thursday, June 16, 2011

layan kartun asteruk.....

AMARAN : ENTRI INI KHAS UNTUK DIBACA OLEH MEREKA YANG MEMILIKI ASTRO KHUSUSNYA SALURAN KARTUNNNNNNNN.........

Salam..salam...salam...

Kita mulakan entri dengan sedikit pertanyaan...

  1. Anda minat rancangan kartun?
  2. Anda ada melanggan pakej kartun di Astro?
  3. Anda ada adik atau abang atau kakak atau mak bapak yang suka layan pakej kartun tersebut?
  4. Anda ada adik atau abang atau kakak atau mak bapak yang suka layan pakej kartun tersebut sedangkan anda tak suka dan sering mengeluh, why did i born this way sambil feeling lady gaga?

Baiklah. Saya tidak lain tidak bukan sekadar ingin menceriakan hidup anda yang terpaksa terjebit di antara kehidupan adik anda yang akan menangis jika anda mengalih siaran Astro selain rancangan kartun.
Anda kini boleh sama-sama menikmati rancangan kartun dengan seronok sebenarnya.
(kalau pandai pilih rancangan lah...)

Sebagai pengenalan, pakej kartun di Astro adalah 611 astro ceria, 612 nickelodeon, 613 playhouse disney, 615 disney channel, 616 cartoon network dan 618 babytv.

Untuk keselamatan,
sila elakkan saluran 613 dan 618 walaupun anda memiliki baby face. *ragu-ragu*

Baiklah, ingin saya promosikan rancangan-rancangan kartun di saluran tersebut yang lawak jenakanya sangat sesuai untuk semua lapisan umur dan jika tidak keterlaluan boleh saya katakan sebagai penuh intelek dan menghiburkan seisi keluarga. *sambil betulkan tali leher*
Here are my picks :


 channel 616. Courage the cowardly dog. Syok..syok...



 channel 612 back at the barnyard...Syok...syok....
 channel 612 jimmy neutron..
*yang kat tv9 tuh asyik episod sama ulang-ulang. yang ni dak...gituh.



 channel 615 Phineas and Ferb. Paling syokkkkkkkkk


 channel 612 the fairly odd parents. paling syokkkkkks gaks
channel 612 spongebob squarepants. Paling syokkkks gaks.
*yang kat tv9 tuh asyik episod sama ulang-ulang. yang ni dak...gituh.

Begitulah....
Sekian dulu.. c yaa

love,
jefri

p/s : adalah syok jika tengok dalam bahasa ibunda masing-masing....huuuu...
p/s lagi : eh, aku bukan promoter astro k
p/s lagi dan lagi : astro janganlah nak naik tarif. i babab kang....bab...bab..haaa
p/s lagi dan lagi dan lagi : yang baik jadikan tauladan yang jahat jadikan sempadan. gituh.

Falasi atau pemalsuan.

Salam...salam...salam...

Sedang menonton rancangan tv3, You Saka gi men jejauh yang dipenuhi dengan 'hantu kostum' membuatkan aku rasa nak update blog ini dan ingin membicarakan tentang...........


FALASI ATAU PEMALSUAN 
(ok memang takde kena mengena dengan cite itu)


Dengan ringkas, aku mentakrifkan falasi atau pemalsuan sebagai satu pernyataan yang nampak betul tetapi salah. Dengan kata lain, terdapat perkara yang tidak benar atau palsu dalam pernyataan yang dikemukakan. 

jefribudaksuci.blogspot.com.16 Jun 2011.

Objektif sebenar untuk kita turut berbincang dalam majlis ini tidak lain tidak bukan sekadar ingin berkongsi rasa dan pengetahuan di samping menjalin hubungan yang erat dan terpuji. *senyum simpul* gituh.

Baiklah.
Aku pernah dengar perkataan ini sewaktu semester satu tahun satu ketika subjek Falsafah Sains yang merupakan subjek U3 di UKM. Baiklah. Apa itu falasi?
Terus bagi contoh untuk nampak faham...

Memecah masuk ke rumah orang adalah salah di sisi undang-undang. Ahli bomba yang memecah masuk rumah untuk memadam kebakaran juga dikira sebagai salah di sisi undang-undang lah.

Itu contoh paling senang. Nampak betul tapi nampak lagi salah...

Contoh-contoh lain :

  1. Semua orang yang saya jumpa bercakap dalam bahasa Melayu dengan saya. Jadi semua orang adalah bercakap dalam bahasa Melayu.
  2. Kalau seseorang tu demam, dia akan batuk. Tiara sedang batuk jadi dia mesti tengah demam.
  3. Kalau hari hujan, mesti langit mendung. Kat luar sekarang takde hujan mesti sekarang langit tak mendung.
  4. Banyak ayam mati musim tengkujuh. Nelayan tak turun ke laut sewaktu musim hujan. Nelayan yang tak turun ke laut sewaktu musim hujan telah menyebabkan ayam mati.(fuuuu)
  5. Hari yang cerah adalah bagus. (tapi kita perlukan hari hujan untuk sumber air, kan?)
  6. Jangan mandi hujan, nanti demam (demam adalah disebabkan virus atau infection atau lain-lain selain hujan)
  7. Dan fikirlah sendiriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..................

Begitulah...hihihihuhuhuhahaha..*motif tiber gelak*

Sekian dulu..c yaa


love,
jefri

p/s : Janganlah kita suka memalsukan sesuatu kelak diburu SPRM dan janganlah menutup filesharing sites and  download sites. Hal ini seakan membunuh jiwa pengguna internet. gituh iklan.

Monday, June 13, 2011

troll, sarkatik dan matematik. gituh.

Salam...salam...salam...

Tahu tak troll tu apa?
Pada definisi aku, troll itu seakan tindak balas yang melampau-lampau terhadap sesuatu yang disarkatikkan. Eh kalau nak perasan, sekarang ni terma sarkatik atau sarcasm banyak digunakan kan?




Ok, Sarkasm atau sarkatik pula aku interpretasikan sebagai tindakan atau perihal seseorang yang menyindir, bercakap lapik tapi penuh bisa ala-ala dalam senyuman tampak taring *gituh*

Nada sarkatik pula menyampaikan sesuatu perkara yang nampak setuju tapi diiringi dengan high pitch di hujung dialog untuk menambahkan lenggok. Kira kalau kawan korang ada cakap dengan nada turun naik turun naik tuh sila lah berhati-hati untuk tidak nampak bodoh. *gituh*

Contoh troll dan sarkatik? Cuba google. Kot-kot ada ke...eleh, macam la korang berminat nak tahu kan.
*penjelasan mengikut kefahaman aku akan diberikan nanti selepas aku tidak perasan sibuk lagi*

Ok tujuan aku cakap pasal troll dan sarkatik ini? Takde apa. Saja nak panjangkan entri sebab nak ajar pasal persamaan matematik sebenarnya ni. (di samping nak update blog yang kesepian kini menyusuli hari)

Persamaan matematik itu adalah




TOLAK 




SAMA DENGAN






Faham tak? Faham tak? Tak paham sudah...layan je lah vc itu....-_-''


sekian dulu...c yaa


love,
jefri


p/s : banyak benda nak tulis. banyak benda nak share. betul. oleh itu, bertabahlah...gitu.

Sunday, June 5, 2011

pegang tangan. potong tangan. amboi tangan dia. tangan?

Salam...salam..salam..

Ok. Entri kali ini adalah pendapat peribadi. Sebarang makan dalam, sentap dan gedik-gedik offensive adalah tidak dilayan sama sekali. Sekian.

Kupasan isu ini hanya berbentuk umum.
Jangan berharap anda boleh membuat tesis dengan berujukan entri ini.

Ok. Mari kita cakap pasal couple. *ambil kopiah sat. sarung*

Pasangan kapel akan sentiasa rasa indah sepanjang melayari industri perkapalan mereka.
Namun, masih juga dihanyut gelombang dan gelora tidak kurang ancaman lanun. *hikayat merong*

Ok. Kita kecilkan skop kepada liberal seorang kapel Islam.

Aku tak begitu pasti, hukum kapel dalam Islam. Pastinya banyak pihak yang banyak berdebat mengenai perkara ini. *formal tone*
Apa yang aku pasti...Jangan liberalkan Islam. Ok. Dari pandangan aku, Islam liberal adalah dengan suka suka hati jek memfleksibelkan hukum Islam dengan nafsu sendiri demi menampakkan diri tidak berdosa dalam melakukan perkara yang terlarang atau diragui nan syubhah.

Eh suka hati lah kalau definisi aku lain dari yang sebenar. Macam burit. Ada burit yang bermaksud bawah kapal, ada yang bermaksud u-know-lah-kan ada yang bermaksud punggung (lebih kurang kes pantat untuk masyarakat Sabah)
*aku tak mencarotttt!!!!

Ok. Isu yang aku nak bincang ni..(bilanya nak bincang..intro manjanggg)
Isu pegang tangan dalam kapel-kapel...*ouh sweetnya.

Takdelah. Tersentuh untuk sama-sama mengupas isu ini. gituh.

Pegang tangan tanpa lapik selalu diamalkan oleh mereka yang berkapal dengan tujuan
  1. Melahirkan rasa sayang melalui jambatan tangan
  2. Medium untuk memujuk
  3. Menunjukkan kepada masyarakat mengenai status sosial anda
  4. Mengamalkan gaya dalam drama TV
  5. Dan sebagainya

Ok. Fatwa atau dalil atau hujah yang biasa kita dengar yang menjurus ke aras Islam liberal dunia mereka adalah, ada Mazhab Ahli Sunnah Wal jamaah mengatakan bahawa tidak batal air wudhu jika bersentuhan bukan mahram lebih-lebih tidak diiringi nafsu. Contoh famous adalah ketika mengerjakan tawaf yang sesak berhimpit lelaki perempuan.

Ok. Banyak je perkara yang tak batalkan wudhu

  1. Mencarut
  2. Mengumpat
  3. Berbogel di khalayak
  4. Meludah di muka kawan
  5. Menengking ibu
  6. Menendang perempuan yang mengandung (asalkan berlapik)
  7. Dan sebagainya.


Paham tak? Paham tak apa yang aku cuba sampaikan?

Bila dalam Quran cakap, jangan hampiri zina...jangan lah hampiri...
Tahu tak definisi hampiri? Sila buka kamus atau google sendiri ok.



Sekian dulu luahan perasaan. Salah dan silap harap dimaafkan.

love,
jefri

p/s : kalau tak silap kalau pegang bukan mahram nanti kena pegang bara neraka..kalau tak silap....kalau tak silap k.....
p/s : mana-mana yang masa muda duk pegang-pegang tangan..semoga kekal sampai ke nafas terakhir sambil tangan pun saling digenggami....gituh.

Wednesday, June 1, 2011

Pening. eh, Penang.....

Salam...salam...salam...

Tadi pegi hantar proppopopoposal kat JPPel tapi ditolak.
Bukan ditolak sebab kertas keje lemah k! Kertas keje aku kuat, tegang dan tahan lama k!Eh?

Sebabnya, skang ni fakulti aku yang nuuuuuuuuuun di kampus kl kat tetengah chow kit tuh sedangkan aku kat kampus Bangi sebab aku Forensik kena belajar Kimia yang sangat nangis dan sendu kalau tengok result dah ubah sistem. Maksudnya kalau budak FSKB (fakulti aku, sila gugel kalu nak tau) nak buat program, kena dapatkan kelulusan timbalan dekan akademik, supaya mereka dapat memantau perlaksanaan program supaya tidak mengganggu perkuliahan supaya pelajar FSKB dapat menjaga keputusan peperiksaan supaya negara aman dan damai...arghhhhhhhhhhhhhh

Takkan lah aku nak menapak ke kl tuh untuk dapatkan cop dan tanda tangan mereka. Memang la Bangi-KL tuh dekat je.... kepala otak hang. Sekian.


Eh, lupa nak gtau pasal program yang akan dibuat tuh..
*maafkan saya kerana alpa, sambil betulkan selendang*

Aku nak buat program lawatan ilmiah ke IPD Penang dan Program Interaksi Forensik di sekitar Penang.
*off record : sebenarnya nak jalan-jalan jek..muahaha. Program takde sangat. (matila kalu admin baca)

Ada sebab ye aku nak buat program kat Penang

  1. Sebab aku ni YDP Kelab Sains Forensik! *kembang kempis tahan nafas* Eh, ni sebab ke?
  2. Aku nak program yang havoc, grand, vogue, bombastik, mega,takabbur dan penuh keriakan....*masyaAllah...istigfar..istigfar...
  3. Sebab masa aku form 2 aku pernah pegi Penang ikut rombongan Cik Kiah skolah aku. Kitorang stayed kat USM and this time also we will stay there..lets go lets go chopping..*tibe rosalinda welkam to melesia enteprem* And from that moment, i fell in love with Penang. Boleh alasan?
  4. Nak jeruk pala dan salak

Dan semestinya kalau objektif nih yang aku tulis kat kertas keje, kompem ditolak.

Eh, sebenarnya nak citer pasal download filem dan sebagainya tapi terpesong ke situ pulak ye.
Ok lah. Len kali.


Sekian dulu..c yaa

love,
jefri


p/s : aku yakin sangat yang korang yang ngah baca nih mana penah pegi Penang...*statement mintak pelempang bertalu-talu*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...