Friday, December 31, 2010

Aqiqah (qalqalah-sila tekankan nada sebutan!)

salam...salam....salam...


yeay people! i am currently in my home.
bapak syiok surfing kat sini...compared ngan kat ukm yang -_-''''

ok..mau story, i balik sebab i nak makan dengan banyak as jpa tak nak  bagi i makan cukup walaupun mereka adalah sugarparent i...tambahan pula, i nak sambut kenduri aqiqah (qalqalah-sila tekankan nada sebutan!) yang melibatkan tumbangnya seekor lembu dan seekor kambing yang anggun dan daring.

semua kerja bermula hari rabu lagi. dan sebenarnya aku memang plan untuk balik walaupun terpaksa ponteng kelas petang jumaat yakni Penentuan Struktur Molekul tapi berubah fikiran dan pendirian apabila dimaklumkan bahawa terdapat kuiz 1 yang akan berlangsung namun aku terus mengubah pegangan dengan ingin pulang juga dan menyuruh siapa-siapa la yang dapat aku tangkap untuk tolong jawabkan untuk aku lantas dapat menyelamatkan markah kehadiranku tapi sudut pandanganku berubah apabila cuti diumumkan pada hari ini (31/12/2010) dek peristiwa pasukan bola sepak Malaysia memenangi piala suzuki (tak mau update pasal nih sekarang sebab aku akan dikira sebagai antara individu yang ketinggalan zaman mengikut carian google because, yeah, science and sports are both developing) maka aku tidak ponteng kelas, tidak menipu kuiz dan tidak rasa bersalah untuk pulang ke kenduri aqiqah (qalqalah-sila tekankan nada sebutan!)  kerana aku perlu balik lantaran perangai jpa yang bla..bla..bla...

*siap karangan UPSR bahagian A


Tadi kan awak..saya jadi penyambut tetamu (ceit, bunyik nak sedap sajek!) masa kenduri aqiqah (qalqalah-sila tekankan nada sebutan!) tadi yang berlangsung di kampung saya, Kg Bukit Gajah, terima kasih. So, saya kena la sambut tetamu yang datang dengan senyuman dan salam (bagi yang muhrim jek tau!) ouh, my social skill was really being tested! i gave myself  D+ or C-. Eleh, ok la tuh!


Pastu kan wak, saya jumpa dengan ex saya. exes lebih tepat atau dalam bahasa melayunya bekas-bekas saya. Bekas-bekas guru saya yang mengajar dari julat darjah 1 hingga form1 yang tinggal di kampung saya masih mengingati saya tau wak...walaupun saya dah berubah dari aspek penampilan khusunya yakni lebih cantik, jelita, ayu, anggun, manis, kacak, tampan dan semua la sifat-sifat kecantikan yang boleh saya tipu wak...saya blushing sangat tau wak....

*wak di sini membawa maksud awak. bukan wak leman, wak jogo, wak lu mahupun burung wak-wak.
terima kasih.


niew aq nk flshbck blk psl aq blk tadiew. aq ikt ttwgsew, aq nmpk ad s0wg p0mpuan butew weh. s0wg jek. gilew survvl tggiw p0mpuan niew aq ckp dlm hatiew. owh yew, aq jmpew beliaw time ngh tgguw lrt kew ttwgsew di stsn bndr tsk sltn.

*saja-saja nak guna gaya bahasa yang amat jarangs ekali aku guna. ye, tahu. sama-sama.


eh, dah lah. niat asal nak ceciter pasal azam dan tahun baru siap dah fikir tajuk entri dah. eh, jangan la wahai readers ku yg beribu-ribu ye ..*petir. nanti-nanti la aku ceciter ek. bukankah kita merancang, Allah yang menentukan. kan...kan..???? ok.
dah. malas giler nak update dah. ok, nantila...aku update tahun depan ok! 

sekian dulu, c yaa


love,
jefri


p/s : ada dua qalqalah iaitu qalqalah sughra (kecil-parking kat tengah kata) dan kubro (besar-parking kat hujung kata) dan untuk lebih lanjut sila semak balik buku tajwid memasing dan rujuk ustaz yang bertauliah untuk lebih baik atau guru mengaji kampung atau taman perumahan anda yang diyakini.

ok.peace.

Monday, December 27, 2010

my mood is swing-swing lah.pulstop.

salam...salam..salam..

hurmm..nak ngomel dan bergomol kat sini pun rasa cam dah tak best lepas dapat tahu yang JPA masuk lambat lagi....by lambat, i mean lambat gilak. end of january tuh..

Isu kelewatan biasiswa JPA semester 2, 2010/2011 (semua pelajar kecuali perubatan).. Dimaklumkan JPA akan membuat pembayaran ke dalam akaun pelajar dijangka pada akhir Januari 2011 atau awal Februari 2011. Hal ini disebabkan JPA sdg menunggu peruntukan bajet Persekutuan bagi tahun 2011.. Harap bersabar semua.. sekian, TQ.
  


informed by
zahar garrebo, forensic science student, 2nd year, ukm, 2010/2011



begitulah...
jadi, bersabar je lah yek......


..............


terus modal nak update hilang..semalam ngan kelmarin dah fikir macam-macam dah, tapi pufff...dah ilang disebabkan ini. Jadi, setakat ini dahulu. sekian dulu...c yaa.peace.

eh, jap. untuk itu, lagu tema kita hari ini adalah :




syok layan time duit tak masuk lagi..pas duit masuk pun syok gak...
huaaa...give me the seed of money tree *tak bestnya ayat.


ok.sekian dulu. c yaa


love,
jefri


p/s : pasni nak kena bawak pensel ngan buku nota ala-ala citer blue's clues la pasni anywhere. senang nak catat cerita kan...kan....*gila blogwhore ah camni!

Saturday, December 25, 2010

situasi beremosi besi.

salam..salam..salam...


Mari kita bina situasi beremosi :

#1 : Kita masuk tandas. Practically, the one with 'buang-air-besar.'
Choyy segenap alam apabila kita lihat taik/najis/faeces/shit tu diaaa haih.bersepah keliling sana sini.

Apa perasaan anda? Tentulah seronok kerana boleh feeling acik cleaner.

#2 : Kita adalah pelajar UKM. Pada hari Jumaat, lebih tepat,semalam,24 Disember 2010 sehari sebelum warga Malaysia dan dunia amnya yang beragama Kristian tegar atau celup-celup meraikan ulang tahun kelahiran Jesust Christ mereka dengan semangat perayaan, mengambil keputusan untuk keluar dari kancah UKM untuk ke lembah hina shopping complex menggunakan khidmat KTM.

Bas yang diperuntukkan untuk ke KTM UKM adalah sebuah dalam setiap suka hati masa mereka. Tiap-tiap kali melalui selekoh maut/tajam/bahaya/manja kita yang berdiri akan mengalami seakan terhuyung-hayang/porak-peranda/kucar-kacir/caca-marba.

Apa perasaan anda? Tentulah seronok sebab dapat menggesel-gesel gitu...~


#3 Kita adalah warga Malaysia yang sangat harmoni dan suka akan keraian. Hal ini terbukti apabila semua jenis raya kita sapu. Terbaru, hari ini hari Natal. Di kesempatan ini, kita ingin mengucapkan selamat menyambut hari Natal, maaf zahir dan batin. Tidak sah perayaan tanpa lagu raya yang bersesuaian. Ehem.Oleh itu, dipersembahkan,.




Sebab itu lah agaknya time raya puasa mesti ada tayangan filem atau cerita yang tiada kaitan pun dengan raya puasa seperti tayangan filem blockbuster, filem hindi, filem kungfu, magic show? dan majlis anugerah Grammy atau music award. Kenapa masa raya selain raya puasa tak tayang cerita Melayu? Well, this is Malaysia. Terima kasih. peace.

Apa perasaan anda? Seronok lah sebab tak kira musim perayaan apa-apa pun tetap boelh tengok Justin Bieber ngan Lady Gaga. *eh, meleis punya taknak ke? Saya tengok kat porn site jek bang. Skang meleis dah maju. Siap upload bagi world wide coverage lagi. Mampu sangat!


#4 Kita suka menonton wayang sebab wayang suka tonton kita. Kita mahu menonton cerita hantu Kak Limah dekat seminggu dah mengidam. Semalam pergi awal ke GSC Mid Valley. Ingatkan tempat gah (gah=banyak hall) ada lah peluang kan. Sekali kedua-dua tayangan 4.40pm dan 9.35pm (see the huge gap that definitely boleh sangat fill in the gap) sold out dan selling fast respectively. Skit hati ni, darah-darah bernanah. Dah tahu laku, kenapa la menipu diri sendiri. Kalau buang any trash movies yang berlambak tuh, boleh gak melayan..hm.


Apa perasaan anda? Mestilah seronok sebab dah tengok dah citer tuh. Kelakar habis nak mati tak nyempat-nyempat nak mengucap gue bilang sama lor. *hampeh.


#5 Kita beli barang di Jusco. Eh, ada orang beli berkotak-kotak nescafe 3 in 1 uncang edition lah! Kita beratur nak bayar m&m jek. Janganlah jeling-jeling..kita malu....Kemudian, kita nampak ada pelanggan tu dengan suka hatinya tukar ceri Australia (kat label tertulis) yang comel-comel..yang lebam-lebam dia sekali kan kat bekas lain. Bagus lah kan. Kalau ada orang yang nak beli ceri Australia yang lebam-lebam, just pick it up kan. Lepas tu, nampak ada kotak Rocky (sila google andai tak tau)  yang dah ditebuk orang. Lapar sangat tuh. Takpe, kalu nanti ada pelanggan sanggup (lebih kurang pak sanggup) yang nak cari Rocky yang dah ditebuk, senang la nak cari kan? Murah katanya...


Apa perasaan anda? eh, jangan jaga tepi kain orang..kain sendiri yang terlondeh..????????



Sekian dulu karangan SPM yang membosankan dengan tajuk situasi beremosi besi.
*besi tu takde kaitan. 


Love,
Jefri



p/s : ada banyak. tapi malas. sila reverse psychology bila baca entri ni.semalam tengok gulliver's travel. kuar ngan azni, tiqa, qida. duit JPA tak masuk lagi. sekian.tq.

Wednesday, December 22, 2010

tanpa edit..berani mati tak?

salam..salam..salam...


ok. mari lihat ini.


ini pic saya tadi. pegi kelas. tengah on the way tuh, masyaAllah, hujan turun lebat. nasib saya baik, saya bawa payung. hujan turun dengan lebatnya. petir, kilat, guruh saling menunjukkan kehebatan masing-masing. Aku terpana. Eh, bukan aku kena panah petir. Aku terkesima. Eh, bukan aku skema. Argh, banyak bunyik plak kan...pastu kan..pastu kan..aku rasa macam ada orang follow aku...follow baik punya...aku laju...dia laju..aku slow..dia slow...aku gelabah dah ni...jeling kat ekor mata nampak ada macam susuk lelaki. Risau ni, bak kata pawagam sekarang :
Aku Masih Dara, Jangan Sampai Ternoda..pakailah tudung untuk cover lovebite.


ceit, sekali dia mau tumpang payung jah...

eh, jap. my first plan was not to update..sekadar upload pic, 
bertepatan dengan tajuk entri ini iaitu :
Tanpa edit, berani mati tak?
ok. Mula.













 pics perasaan perasan perahsantan ini diambil sewaktu cuti sem beberapa minggu yang lepas.
kamera : fon kamera milik sendiri.
photographer : adik kandung sendiri. 
lokasi : depan rumah sendiri.



 .........................................


 eh jap...kat bawah ni pic adik saya pakai shawl...muahaha...sape lagi yang pakaikan..~
sila respek gue..


cara pakai? ah, lilit-lilit jek pastu cocok pin, awas jangan sampai tembus otak.
selamat mencuba...~

maka, tercapai lah hasratku untuk upload pics ini. sekian dulu cyaa
love, 
jefri


p/s : tahniah. berjaya update blog. dan sebenarnya aku malas edit pic..see...natural beauty will speak lastly..
*urgh.


Monday, December 20, 2010

ok.hmm..ok..so?

salam..salam..salam...

ok, hari ni, saya dr -yang-perasan-dr-tapi subjek kedoktoran pun dapat C ngan B- Jefri ingin berkongsi simptom...ye, nama dr memang panjang camtuh..usah gelisah.. balik pada asal, mari kita...ehem.

*nada iklan tv jual produk hampeh yang ada unsur-unsur MLM.. :

ADAKAH ANDA :
  1. Pandang dinding pastu rasa dinding tuh pandang anda balik?
  2. Dengar mp3 guna windows media player pastuh dengar lagu yang sama berulang kali, saya bagi contoh, lagu kau tetap dalam anganku, azie?
  3. Makan tapi rasa tak kenyang tapi rasa macam dah baca doa makan?
  4. Nak tidur awal tapi tak tidur awal akhirnya tidur lewat yang menyebabkan anda rasa mengantuk untuk bangun awal esoknya tapi kena gak bangun awal sebab esok adalah minggu pertama persekolahan/perkuliahan iaitu waktu paling maksimum semangat membara untuk study kerana result yang diterima sebelum ini adalah tidak gay, tidak okay?*memetik kata-kata azwan ismail,"saya gay, saya okay!" gitu..


Baiklah, banyak lagi simptom lain seperti...fikirkan sendiri...
Maka, anda mengalami disorder yang dinamakan buziningitis prasanacarcinoma
ataupun jua digelar perasan sibuk!


................



down!



............



iya..iye..yek..ye...ya..yes..i know. tahu. tau dah. taw. taw lew jew napew..tAw lEw jEW napEW..hUk3..
pelik tak? even tadi kelas satu lecturer pun tak datang, still rasa cam busy jek. haiz..
*padahal baru 1st day 1st week sem bukak.


ok lah. takpelah.
mari tengok pic. lama dah tak buh pic kan...



1. Jiran sebelah bagi brownies...woof..woof...suke...! thanx a lot bebeh! eh, mari dari indonesia nih..
*ehem, beliau warga halal okay (kerakyatan)



Bagi yang menganggap dapur itu tempat persinggahan R&R di rumah apatah lagi dapur seringkali dibina berhampiran toilet menyebabkan dapur menjadi R&R terbaik, saya nak gitau yang kaler putih tu bukan hampas kelapa k. itulah coklat urai yang jenis kaler putih. eh, nak kaler pink pun boleh, guna lah kaler buncho..kan??? sila jangan sempitkan minda..





 2. eh, lupa nak cakap i kat ukm.so, kena feeling city man lah..~
sebelum cuti hari tuh, barang semua simpan stor waima pakaian...stor baru bukak tadi... lihatlah...




Sangat obvious stor dah bukak kan? haish...nape la excited sangat sampai nak sepahkan barang camtuh. eh stor tu depan bilik i jek. eh,  balik-balik terus tengok camtu keadaanya..nak salahkan cleaner takleh, depa tak keje lagi today, mari salahkan cuaca!

Marah sebab sepah sampai susah nak cari barang? eh, takde ah? suka jek. tak marah la baldi i yang sah-sah tulis nama i hilang, kasut crocs (walaupun tak ori tapi tetap nampak ori kerana diri ini begitu berharga, oh!) tinggal sebelah, hanger bertaburan nak kena kutip, kotak-kotak i koyak pecah sampai berterabur kertas-kertas and buku rujukan dalam tuh..eh, MANA ADA MARAH LA SYIAL, LAHANATS FUKIMAWATI!!!!!!!
eh, maaf...wati tu kawan saya....


3. tengok lah bilik saya yang malas nak dikemas. ada bibik baca blog i x? amal jariah bik???? 
come..come..







..sekian dulu..c yaa...

love,
jefri




p/s : eh, saya tak suka mencarot tau, keadaan yang memaksa, tadi dalam bas time balik dari shopping barang dapur di kajang, saya mencarot dengan banyak gak semasa berbual dengan kawan mahupun seorang diri, terbutang mata dak pempuan yang duk depan i tadi..sori la..i tak sengaja..keadaan yang memaksa..salahkan keadaan la....boleh? ok..tq...*siapa nak wat saya menantu, sila..sila..sila...

Friday, December 17, 2010

berani mati!

salam...salam..salam...


mari layan video ini sebentar yuk!






komen aku :


Tahniah kerana :
1. bagi aku modal untuk update blog


Takziah kerana :
1. Hidayah Allah tak berapa nak sampai. U are an idiot muslim! No offense but please be offensive!
2. Sesiapa yang campur adukkan maksiat dan agama dalam satu ayat memang totally dumb ass. Sebijik macam perangai artis yang takde moral.
3. Mudah terpengaruh dengan bisikan iblis, syaitan, jin tanah, hantu raya dan segalanya. Agak-agak kalau orang ajak join MLM jual kondom dures 2x extra protection mesti join nih...isk3.
4. Mempunyai kawan-kawan yang tak mampu membimbing.
5. Membuatkan hati family especially ibu dan ayah anda remuk dan hancur, luluh bersepai ibarat singapura dilanggar todak. Tapi, kalau your parents pun tak kisah pastu siap sponsor kamera, laptop ngan internet untuk upload pic pengakuan itu, takziah gak untuk your parents dengan point yang sama.
6. Anda akan dikecam oleh umat Islam dan disanjung oleh species anda so the sour will keep bitter. isk3.
7. Kiamat makin hampir menyebabkan anda tak sempat nak taubat if still buat benda ni.as time nak hisab nanti, puas kita cari pahala untuk dapat ke syurga and at last kita akan cuba mintak syafaat nabi Muhammad tapi baginda melaknat golongan homoseks. so, camne? (peringatan untuk kita semua)
8. Dan hal-hal lain.

Oleh itu, what say you?

sekian dulu, c yaa.


Love,
jefri


p/s : i know that i am not that superb alim, but just dont make it worst k...sama-sama kita ke jalan yang lebih baik. if God wills.
p/s : tiba-tiba macam nak buat slot teladan setiap hari jahat...mampu? hurm.

Tuesday, December 14, 2010

panass.

salam....salam..salam..

sekarang memang panas. pagi tadi hujan. best. berlarutan.
skang, ngah panas gak nih....

petang tadi nak tidur petang, pastu panas. sampai skang.
ah, tak cool betul tidur petang-petang tapi panas tapi takde kipas sebab ingat hari ingat still hujan tapi tak hujan so kena teruskan tidur walaupun panas sebab kipas semua dah dikuasai oleh lain-lain.
pergh panass nih tau tak?

........

eh, buletin tv3 berada di lirik mata kananku.
 oh, ada kes rogol..
terus adik aku excited...*dia memang camtuh...-_-'''

1st, ada kisah pasal orang tua rogol remaja kat kebun getah ntah pebenda tah.
2nd ada kisah remaja 16tahun rogol sepupu 11tahun.

antara dua tuh, yang 2nd tuh paling best kan?
**dan adik aku giler excited lagi.

kisahnya, mereka bermula dengan permainan main kahwin-kahwin...
agaknya diorang include sekali part malam pertama. cis.
haish..tapi tak tau la camne kisah di belakang tabir kan...
lokasi, masa, anggota terlibat..dan bla..bla..bla...
ngantuk plak ngan tulisan sendiri..isk3...


eh jap.
time kecik-kecik dulu, aku ada ke tak ek main kawin-kawin ni????
yang aku ingat, yes, i am kecik in size...(dan kini, selamanya..*oh!)
hurm...yang paling hampir, aku main pondok-pondok bersama Nabil superimpose..yeay!
takde la plak sampai aku nak meromen (maaf agak kasar..saya budak suci. sila maafkan) untuk menunjukkan real nya kawasan perumahan imaginasi kami itu.

nota : aku main pondok-pondok bersama Nabil superimpose..yeay!  itu bersama kawanan kawan-kawan yang kuat mengawan oh itu tipu.hehe.peace. yang sangat suci murni bak minyak sawit seri murni, dua kali baru cukup syarat bak kata aktres kismah johar dan aku sangat suka iklan itu kerana ada part tunjuk aktor riezman khuzaimi makan drumstick ayam yang kecil dan cambest dan aku sangat adore tima dedulu.


so, kesimpulan kecil, panas betul waa sama itu budak 16tahun kerana telah menggunakan langkah proaktif dalam permainan tradisional dengan menerapkan unsur realiti mungkin terpengaruh dengan realiti tv yang semakin tah pape.
pergh panass nih tau tak?


.............


tadi baru pas baca mastika edisi disember.
ah, persetan korang yang cakap buku ni tahyul, jadah, fukeymawati or what...
kami sekeluarga tetap membacanya..*sambil pose famili bergambar di hari raya.

ada kisah pasal budak sekolah rendah gi cc, download porno, pastu upload masuk fon.
ini lagi bikin panass. aku ada fon time umur 14tahun tau tak.
itu pun yang hitam putih, ada torch light. kalau orang call, monotone! satu rumah bergema..isk3.

sambungan : budak-budak sekolah rendah yang kompen guna fon yang bukan hitam putih, ada torch light. kalau orang call, monotone! satu rumah bergema  mesti gempak punya fon at least yang boleh support format 3gp. mereka (yang dinyatakan dalam mastika edisi disember itu) ngah layan video threesome. tengok ramai-ramai plak tu.. jadah nau...tak ke membantutkan stim tuh..haish...
panass tol...
pergh panass nih tau tak?


.............


beberapa hari yang lepas, bil TM datang.
bla..bla..blaa..tiba-tiba ada kena bayar pakej =rm38.
sape sini anak pengarah TM? sila ngaku.

aku sangat lah tertanya-tanya, pakej apakah itu?
aku tengok, takde pulak perubahan dalam hidup kami sekeluarga disebabkan kewujudan pakej tuh.
still cam biasa.


aku try la call 100. talian TM.
sangatlah memukikhinzirkan diri sendiri TM nih. manjang takde pegawai.

sibuk memantun (ayat asal telah dicensored) ke?
dah tu, nape la tak amek berapa ramai siswazah menganggur or lepasan ipt ???
pergh panas nye, kredit ditelan. kaw-kaw punya telan...

memang sangat panass!!!!!!!
pergh panass nih tau tak?


ok. sekian dulu. cukuplah kepanassan yang melanda.

c yaa..

love,
jefri


p/s : tau tak nape aku tulis panas as panASS? eh, maaf. panass..well, nak carot lelebih agak kurang sopan memandangkan blog ini adalah U. Untuk bacaan umum. sekian.peace.

Sunday, December 12, 2010

luahan seorang blogger (eh, itu aku!)

Luahan ini adalah yang terlintas jek. eh, takde lah luahan sangat pun...sebab tu aku labelkan entri ini sebagai saja-saja...


salam..salam..salam...

i am currently listening to memori daun pisang via funkerfm (eceh saje nak promote!) and as u guys read this, it will be spelled as i was listening....ok. this whole blogging crap drives me quite crazy / nut.

pes of ol, niat asal blogging??? niat asal!!!
sekarang nih macam ada fenomena :
sibuk mau update blog tapi entri tahpape asalkan update, sibuk mau tambah follower, sibuk mahu cari trafik. sibuk mau komentar yang banyak. sibuk mau dilinkbackkan...tu tak kira perasan sibuk lagi.

fine. aku memang sedia maklum blog aku ni tak femes mana tapi aku dapat rasakan blog lain yang femes itu takde lah njoice sangat kalau kita duk layan. sebabnya mereka femes sebab mereka mengalami fenomena tuh.


dan aku seperti merasakan aku seakan hampir terjerumus ke dalam fenomena itu. but then i stop and stare (bukan lagu), niat asal aku tulis blog adalah untuk aku senyum dan mungkin ketawa kecil sambil pose anak dara (oh, thats superb gross!)  apabila aku bukak balik entri-entri yang lama.

then, it just occurred to me that well, i will just stick to my old plan. kan?
jadi, aku akan hanya update blog mengikut mood. eh, wahai checklist, bukankah aku begitu? hurm.

ok. i am soooooo aware that i have silent readers (bahasa kurang sopan is stalkers yet i dont think so, kan?)
the other niat asal was to people enjoy reading mine (sila rujuk description profile) and i will spell it as 'is to people enjoy reading mine'.  ok got it?

second awareness, i will do the blogwalking only, if only i have time or whenever i need. kadang-kadang tuh aku baca satu blog, ke blog lain..pastuh ada link, klik jek..klik..sampai lah takdir menyuratkan aku untuk berhenti.....kalau blog tu berbaloi, (by berbaloi, i mean i enjoy reading theirs)...
so, with my fullest humble and respect to all people,
i would like to say...
i tak suka lah frasa 'follow u, follow me back...'
yes, sometimes, i will come into it. tapi pastu, kalau entri anda keluar di dashboard, kemungkinan untuk i pergi, sangat rendah sekali...
*penggunaan i dan u adalah untuk meredakan intonasi pembacaan untuk mengelakkan sebarang offensive dan obnoxious situation.

then, i dont put nuffnang thingy bukan sebab apa...first of all, i bukan nak gebang.or what. it is all on u.
kan? we choose the road. i just risau, entri i mengandungi dosa..pastu, nuffnang akan memberi duit berdasarkan blog traffic ntah pejadah kan..so, halal + haram = haram. ini pandangan i tau. tak tau la dari segi fatwa or ape, coz benda ni belum jadi isu. apa-apa pun i tak cakap yang u tak boleh letak nuffy kat sidebar...it is just because i am clueless k...
*penggunaan i dan u adalah untuk meredakan intonasi pembacaan untuk mengelakkan sebarang offensive dan obnoxious situation.


lagi, apa lagi nak bebel ek? dah cukup lah ek..

nanti kalau tiba-tiba terkenang perihal ni, kita wat drama bersiri ek...ok?

sekian dulu.. c yaa


love,
jefri



p/s : dan paling best, the great escape being used for the irresponsibility dalam etika blogging adalah, 'eh, ini blog i, suka ati lah i nak wat apa-apa pun..u sibuk watpe..huh'
*eh, u jangan get offensive, i pun selalu cakap camtu...
**penggunaan i dan u adalah untuk meredakan intonasi suara untuk mengelakkan sebarang offensive dan obnoxious situation.

p/s lagi  : haa lagi satu. tak suka tol ngan anonymus yang bertopengkan nama ntah sape-sape yang wat iklan kat shoutbox...dasar pengedar malware! huh! maaf, emosional....~

Thursday, December 9, 2010

i feel teruk, aku rasa bad.

salam...salam..salam...

"bak kata org tua2 : what u give is what u get, till then, everyhing is being paid off during the time...hurmm...(eh, ini ekspresi pasal result yg baru disemak tadi.bukan aku makan dalam or what. Dan aku benci org tua yg bkata2 itu!)"

di atas merupakan status fb aku. yup. result dah kuar. dan aku rasa bad.

...........




ada satu subjek koko tuh, lecturer cakap semua dapat A.
tapi aku dapat B+. Hurmm..tak puas hati. terus mesej beliau. hehe. takpe, beliau sporting.
tapi nape tak reply lagik..?


aku risik-risik orang lain, memang dapat A.
pastu aku musykil then somebody cakap aku kuat ponteng so aku daapt B+.


keji!....hurmmm tapi betul la aku kuat ponteng kelas tuh.
kelas sabtu. pagi buta. aku tak bersalah kan?
pastu, ada gak aku join aktiviti kelab menyebabkan aku tak pegi kelas tuh..
*prosedur menyedapkan hati..huhu


yup. whatever it is..aku rasa bad..




..............






result patut kuar 13hb. but ada pindaan. kuar 10hb dan semestinya leh cek hari ni, 9hb. huh, typical!
pastu, mak aku tak tau ada pindaan ni.


umm, mak aku tido awal. tadi sebelum mak aku nak tidur, beliau cakap-cakap ngan adik aku, 
suh doakan aku lulus lah keputusan aku. 


huuu..sedih plus terharu plus guilty plak. betapa aku alpa akan tanggungjawabku! huh!
aku layak direjam! 
*ouh, itu over! terima kasih.


pape pun mak, semua yang berlaku ada hikmahnya..
*prosedur menyedapkan hati..huhu


yup. whatever it is..aku rasa bad..


...........


hmmm..positively thinking,
aku lega coz takde paper yang gagal atau menuntut repeat...
so, alhamdulillah....


tapi ada paper yang aku target best, tapi hmm...
i strongly suggest that my paper had been switched with others!
*prosedur menyedapkan hati..huhu


yup. whatever it is..aku rasa bad..


.........



ok lah..mau merawat hati yang luka...=)

benda ni temporary jek kan...nothing lah..
*prosedur menyedapkan hati..huhu

yup. whatever it is..aku rasa bad..




...........


akhir kata : rezeki aku macam ni. rezeki korang macam tu. jangan nak berlagak ngan aku kalau result kalian lagi gempak dan jangan nak malu or segan ngan aku kalau result korang tak best. life's good. live your life to the fullest....jangan nak down kan diri just sebab benda ni. ada banyak lagi benda besar lain yang nak kena tempuh kan...
*prosedur menyedapkan hati..huhu


yup. whatever it is..aku rasa bad..








sekian dulu.. c yaa


love,
jefri




p/s : yes, still feel teruk. but i am not bad. i am just feeling it....layan weh! urgh.



Wednesday, December 8, 2010

antaranya.

salam..salam..salam..


meh sini nak pinjam 4minit 17saat dalam hidup korang tuh.
sila njoice lagu ni.




nak lirik? ah, sila google sendirik!

okay? ade haku kesah? aku ngah minat lagu nih.
tang korus die best..lagi2 part lagu nak habis...

oh, tak sabar nak karok lagu ni dan nyanyi dengan perasaan dan merdu...oh...

okay?best kan lirik die?
nak tau pe yg tersirat dalam lirik die?
oh, sila lah kaji sendiri! sajak anak laut  pun boleh korang huraikan inikan plak lirik
yang simple,dimple,pimple ini.

okay? suara aishah best kan? bestnye ade suara macam aishah. tapi versi laki.
eh, camne tuh????


..........................


eh, tahu kan, aku ada facebook? nun di side bar, sukacita aku letak banner.
see my profile pic yang jelyta and profile name yang over itu?
it occured to me one day to just let it as it is.

sesaje jek okay!
tak perlu nak makan dalam nor mau merajuk hati nan lara...

bila nak kembali meng-hohoho?
pas Christmas kot...tak mau diganggu wall post yang mendambakan gift krismas nor mintak horlick.

eh..eh..eh...

tadi dua kali dapat chat dari sesape tah...huhu mau bkenalan?
siap speaking lagi....hohoho
tips untuk chat : kenal pasti orang yang nak dichat dengan menerjah profile beliau dan kenal pasti sebaiknya identiti beliau...


i was mistaken for being girl (awww!) and dutch (sebab ada van de tu kot)

nota : orang belanda guna van de macam orang melayu guna bin/binti atau macam india guna A/L atau A/P


ok lah..ok lah...sekian dulu. c yaa

love,
jefri




p/s : profile pic itu digunakan sebab beliau menang antm cycle15 dan i adore her much dan nama itu dipilih sebagai profile name sebab catchy kan selain aku peminat tegar siri suri rumah terdesak dan juga new profile sangatlah suckssssssssssss....

Monday, December 6, 2010

nothing but janji update.tq.

salam..salam...salam....

pes of ol, nak ucapkan selamat menyambut maal hijrah.
1432 hijrah..(kompem! baru pas tengok web jakim tadi)
isk3...mari sini kita muhasabah...kalau sistem islam ni, memang kurang sangat menjadi kepekaan..

agaknye sebab jarang dipraktikkan..contoh, kalau tanya tarikh, tahun masihi.
tarikh tahun islam yang femes pun cam 1 ramadan, 1 syawal, 10 zulhijjah sebab time tu ade hari besar.

eh, tau x ape maksud tarikh tu? isk3.kalu xtau sila google. xperlu bunuh diri.
(bukan islam adalah dimaafkan.)


..............

ok. siyes. aku ngah blur nak taip ape.

..............

takpe. hmm.
mari sini aku nak gitau.


skang, aku ngah cuti sem. sebulan. 19 disember dah boleh mula berambus.
skang ni aku ngah mempertajamkan lagi skil memasak aku...*sila jangan envy.
perubahan yang ketara, aku dah boleh campak garam then it turns out secukup rasa...
*huu..sila bagi stand oviation....~

nak tau aku masak ape?
nak tengok pic?
nak resepi?

nak ape lagi?
oh tak payah.


disebabkan kalian sedang membaca blog ini, ini bermakna kalian sedang dihubungkan dengan internet,
jadi, sila google sendiri la apa2 yang patut dan aku takde nafsu untuk upload pic yang akhirnya korang leh trace yang aku curik kat google...so, why waste?


............



tau kan last hari besar yang kita sambut was raya korban/haji?
so, it is well known for its free daging gift.
haa..dedaging itu menjadi eksperimen untuk menghasilkan gulai, sweet sour,dendeng, others.


well....sila rujuk perenggan atas.

..........

ok, result akan keluar jumaat ini.

so, aku sangat mengharapkan lulus. tak payah repeat paper.(nauzubillah)
hope sangat2 dapat atas 3 dan jangan gelak jika kukatakan aku nak merasa dekan...~

please doakan aku hardly!
so i doakan u hardly too..(urgh bukan yang i follow u, follow me back!)


...........


eh, jap..hari tu gi cc, mau print.
cikgu aka towkey kedai itu ada tanya pasal result.pngk.

aku jujur la cakap iaitu 3.**

tersentap i bila beliau cakap, "jatuh ek skang.."
aku pun balas...

**perbualan seterusnya disilentkan atas arahan lawyer**
huh?


..........


ok lah sekian dulu siri janji-aku-hupdate-blog-lepas-tengok-blog-lain-asyik-update-jek-and-aku-jeles-tau!


love,
jefri

p/s : azam tahun baru? hmmmmmmmm............

Friday, December 3, 2010

kisah dalam seluar. (bukan seluar dalam).peace.

salam..salam...salam...

penjuru telinga kiriku terkesan oleh lagu hot dekad ini, berkumandang dari siaran tv2 pukul 9malam tiap-tiap hari jumaat...yup..


gerak khas nama diberi
menjadi tontonan seisi keluarga (why mine is included??)
buah kiwi buah beri,
menjadi santapan raja uganda.

*sekian pantun alaf baru

ah, tensionisitis tul dengar citer ni...(aku xtengok tapi terdengar..rating aku dikira x?pedulik!)
bak ayat budak remaja skang, "mak tensi uolsz..."

ingatkan citer ni gold citizen jek yang layan..
my sis yang 7tahun in which kalau buat karangan spm, bakal memacu/mengemudi/memimpin negara masa akan datang..oleh itu, melentur buluh..bla..bla..bla... turut menggemarinya!

pastu, ungkapan "mak tensi uolsz.." terus berkumandang apabila....hmmm.. dah la.
biozipppp...lupakan yang lain...

eh, eh..jap..nak stori sket..
hoho..my kazen sunat/circumsize/khatan....

pastuh, bebudak especially adikku perlu diajar menyebut perkataan yang merujuk kepada 1% anatomi manusia tidak lain tidak bukan iaitu....*sila selak kain/suar anda...terima kasih!
sepanjang pengalamanku, ada yang panggil nona, nona dan nona.(khas utk pmpuan kot)
eh, tu jek yang sopan ek....yang lain adalah seperti....*sila semak buku kamasutra.terima kasih!


well, for my sis, aku ajar die sebut pehe (sebutan cam english: pear-hair)

tadi sesi mari berdialog bersama beliau, aku ada ajukan pertanyaan ini:


"weh, esok potong pehe ko!"
"ok..nak..nak..."
"huh? (aku separa terkejut) nape?"
"baru la pehe ina canteeeekkkk...(sambil wat muka puas dan bersungguh!)"

*pitammmmm (dia tau x die tu pempuan?)

eh, cakap pasal sunat/circumsize/khatan ni, i had it when i was 11? years old? tahun 2001?
ke 10 tahun, 2000? camtu lah...*tema : sunat alaf baru...pheewit!

eh, nak citer lanjut nanti-nanti la kalau rajin nak update.
till then, mau tengok ka pic aku time sunat dulu??? mau???

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


der...~ time tu nokia 3310i pun aku xtau ni plak nak ade camera nak jadi pelacurkamera(camwhore) bagai.
takde gak nak wat status fb pasal, "ouh, i'll miss my old skin..."
*ouch.

k lah. sekian dulu...c yaaa

love,
jefri



p/s : orang cakap sunat/circumsize/khatan tu cam kena gigit semut ek? tipu tu...tipu..percayalah!
sakit die indescribable...   Tak caye? tanya yang dah kena or get it one! hoho...~

Thursday, December 2, 2010

hoyeah..what?

Salam.. salam..salam..

Hoyeah…ingat lagi entri ni pasal antm? Xingt xpe…I x rogol…
Just nak gtau satu dunia bahawa, my feberet kontesten jadi juare..hoyeah lagik…

ouh gojes...u deserved it bebeh!



gile best…so, dengan kemenangan beliau yg disaksikan oleh youtube olehku,
aku terangsang untuk wat tutorial membaiki cela dan noda di paras muka dengan menggunakan teknologi.
Ok, ramuan penting aka rahsia adalah :

1.       adobe photoshop
2.       kemahiran asas menggunakan computer
3.       3M (Membaca, Menulis dan Mengira-mengikut falsafah pendidikan Negara)

OK…dan aku malas..eh, tapi kalu nak gak sesi tutorial a to z 
pasal nak menjadi orang lain sebentar (choyy..i terasee)
Sila-sila la melabuhkan punggung anda di sini…no butt2..
umm..umm..ummm (sambil pose geleng2 kappala, muncung2 mulut…*oh, gediks!)

Ok lah..ok lah..
short tutorial from me,
Bukak adobe, open imej, then klik filter, klik blur, pilih surface blur…
adjust sampai nampak bukan diri anda yang sebenar…

Time adjust tu leh fokuskan pada muka sebabnya... jerawat tumbuh di muka..bukan di baju!
Yes…You are welcome..

Dan percayalah…dengan kaedah ini, walau sehazab mane pun serangan meteor, 
wajah anda kini berseri bak jefri si budak suci…..*petir..

Akhir sekali, dengan pesanan penaja, sape nak adobe, sila rojer2 gue..
gue bagi yang bagus bangat nanti!

Sekian dulu.. c yaa

Love,
Jefri

p/s : eh, sape cakap pic aku sume adoby? Aku natural beauty ah….
*suara dari back stage : huh, natural disaster!

Tuesday, November 30, 2010

dua hari di kl itu.

salam....salam..salam...

wah..aku ade blog rupenye...
eh, rileks r baru seminggu terbarai der...~

ehem..ehem...memulai kalimah blog ini,
moleklah kiranya saya ingin katakan bahawa pelbagai perkara tekah berlaku menyebabkan aku sendiri terlupa apa-apa bahan untuk diketengahkan.

jadi, izinkan saya mengakhiri entri ini...whoop whoop...


sebelum itu,
nak cakap tanggal jumaat n sabtu lepas, tarikh tak bape nak ingat, shafiq and i went to KL.
takde pape ah, just our cikgu, (cikgu rohila bagi yg kenal) mau suh anak die dapat sikit motivasi dan kata2 semangat sempena SPM belajar sikit pasal math, add math dan fizikpebendetuh?.

lantaran itu, pepagi i dah neves dan packed brg macam nak gi haji 2musim walhal nak pegi 2hari jek
dan bla..bla..bla..
ouh, suami cikgu dan their form4 son jek yg meneruskan tradisi dan perjuangan ke sana.
ouh, dan aku boleh dikira gagal dalam subjek dan predikat mengenai komunikasi bersama warga emas dan sesapa tah yang baru jumpa dan kenal.

dan ah. malas giler mau bebel nih. dah lama tak menaip ni rasa macam something sikit.
nanti nafsu nak update membuak-buak, aku update sampai muntah darah ek...


eh, jap, mau pictoblogarialism  jap...


 ini sekolah beliau. dekat ngan the mall tuh. isk3..




di bawah ini pula adalah hotel yg kami duduki. fakta : dekat ngan pejabat arwah sosilawati..huuuu...


 



eh, tipu jek..bukan hotel ni... tapi ni





 takde kondom di situ..jangan fitnah saya ok!


 ouh malam tu, kami jenjalangs di chow kit as hotel mahal itu jua di chow kit,
kat belakang kampus ukm kl ye pun..isk.

 sepanjang pemergian tuh, makanan dosponsor yg rata-rata adalah persis menyambut Hari Nasi Goreng dan Milo Ais Sedunia. kfc adalah pengubah selera yang ingin menunjukkan betapa kami anak felda yg rebel! huh?


 seterusnya, pic syok sendiri. padan muka kena tengok..




eh, pic ni bukan bmaksud kami naik lori. ingat aku ayam ape?

sekian dulu... c yaaa...

love,
jefri

p/s : pic atas ni adalah untuk menunjukkan kuasa teknologi dengan tema 'tiada makeup diperlukan di alam maya, dapatkan adobe cs4/cs5 anda sesegera yang mungkin...sekian.
p/s lagi : susahnye gune post editor yg baru ni..
p/s lagi lagi : gud luck SPMers sume..


Sunday, November 21, 2010

surat yg takyah setem : surat khabar. pekabor?

habislah...habislah..habislah...!!!
camne ni weh....!!!!!!!! alalalala....

kedai suratkhabar tak bukak..
cane..cane...

how :
  1. mak aku nak wat alas almari?
  2. kesat taik kucing atas lantai (yg pura2 tanam taik walaupun berak atas simen-horror!) ?
  3. nak balut lemang nak bagi kat jejiran?
  4. nak wat tutup juadah yang ngah terhidang lagi2 time nak wat laksa?
  5. aku nak wat pandangan 'asyik mintak kat aku jek..tak pernah beli surat khabar ke?' setiap kali ada orang nak mintak surat khabar lamaaaa?*oh, keji di situ. tak..aku dah berubah..pcayalah!


..........


salam...salam...salam...

gelabah jek lebih kan.
camni. pak itam aka penjual surat khabar lama dan baru itu semalam anak beliau bernikah.
anak perempuan. haruslah meriah. so, dengan melihat kemeriahan suasana perkahwinan anak beliau, sudah pasti beliau terkenang-kenang zaman paleolitik pernikahan beliau.

makanya, kalau dok kenag-kenang yilek nandrek dapat, so, latihan industri mungkin sudah dipraktikkan, jadinya tidak lah beliau ke bandar untuk mengimport surat khabar ke bandar baru felda chemomoi ini...*maaf mengarot.


tanpa menggoyang-goyangkan masa lagi, izinkan beta untuk bermadah serumpun dua mengenai surat khabar...*nampak cam best ayat, tapi salah.percayalah!

sebenarnya surat khabar ni tak lebih jek dari kegunaan yang aku nyatakan dalam perenggan awal entri ini!

suara dari belakang : cis, jangan tuan hamba samakan surat khabar dengan buletin tiga suku.
ada banyak lagi info dan maklumat tambahan mengenai kehidupan dan berguna yang boleh dijadikan rujukan dan panduan hidup!


dan aku membalas : daaaaa...~

time aku skolah rendah, tak ingat gred berapa ..(darjah lah!)
cikgu azizan yang tak cool itu kerana paksa2 aku skolah luar pas upsr, eh, mane bleh paksa2 orang..kite xsuke tau... bagi soklan tajuk karangan kepentingan surat khabar..

seperti kanak-kanak riang yang lain, aku pun buat la rangka karangan,
pendahuluan. isi. huraian sikit.penutup.ngan peribahasa standby siap-siap.

yang seingat aku, isi aku wat..
leh kitar semula n buat alas ganti tikar kot.ntah. bla..bla..bla..

beliau tengok isi aku (not literally) pastuh cakap, eh ini faedah. bukannya kepentingan!

nak jek aku cakap :
dr, i'm just being cynical and sarcasm! (dr celah mane plak. ingat ukm hape?)

tapi aku tak cakap sebab aku pun tak tau lagi perkataan tu wujud di dalam dunia ini.

maka, teruslah aku dengan typical, stereotype punye isi,
sumber informasi, medium hebahan, rujukan, peluang kerjaya, bla..bla..bla..



ok lah. saya harap saya tidak bercakap kuat mengenai topik ini.
kalau ada yang terasa, saya akan membalas dengan baik : daaaaaaaa....~


ok lah. sekian dulu. c yaa


love,
jefri


p/s : my papa (abah lah!) n sedara mara suka baca berita harian. kalu ajak baca on9, style gak kan time2 kedai tak bukak nih...^^

Thursday, November 18, 2010

antm. 15.

amaran : ini entri bosan bagi yang membosankannya. sekian, mekacih.



salam..salam..salam..

hari ni mau wat entri syok sendiri.
aku baru pas tengok americas next top model (antm) cycle 15 kat saluran berbayar youtube.

hoho. sepanjang aku mengikuti siri antm dari musim 1 sampai la ke musim 15, musim ke15 ni aku paling beriya sebab ada satu kontesten tu aku minat gilak.
*nanti aku tunjuk ek. jap. nak bebel skit gi.

pastu2.. tadi episod pra final, so daripada 4 org, cut off to 2 org.
sistem ni baru start musim 12. tah pape. aku tak suke format gini.

so, giler debar r nih, (walaupun youtubeee....)
sebab anne ni masa first five weeks, die sokmo dapat 1st call-out kira pic tbaik ah!
and, yes they were..

pastu, macam graf plak, die menurun sikit sampai ada yang bottom 2(isk3) then skang mula menaik...

die macam ade (memang ade) problem ngan personaliti
sebab die ni tinggi bebenau (1.88m)
pastu die rasa awkward...
well, orang yang bukan dalam norma masyarakat selalu camtuh kan
in fact, depa lah yang unik n best n yang akan membanggakan masyarakat itu..

pastu catwalk die, ya hampunn...-_-'''''
tapi still leh blajo kan....kan..

so, anne...
dengar sini aku nak cakap,

nanti final runway, lari laju2, jangan bongkok2, emosikan muka n kompiden.
kalu blur, senyum! jangan nak tunjuk keblurran kite tuh.
part amek pic untuk cover girl nanti aku tak riso sgt, ko ok. just jgn nak gugup jek.
ingat mak bapak akt kg nun kat kg dallas, texas! ok bebeh!
gud luck.

.........


isk macam2 ni aku nak citer tapi mesti most of korang ala2 blur jek kan.
pura2 faham. ish...takpe2...

cakap banyak tarak guna, biar kau cakap sorang2 ada guna...
(???)
papehal nak tau pasal antm, sila jumpe pakcik wiki.

ok. mari kita kenal sama anne.








beliau ini high fashion yang flawless kan..
ahh..aku suker...~



nota : pic2 ini khas dicuri dari sini. thank u.



ok lah. next week final (kat youtube laa-kat us ntah?)
final two anne ngan chelsey, ah, lantak chelsey tuh.too much editorial. neyhii..
aku mau anne jua..



ok lah. sekian dulu keterlangsungan updatan blog ini.

c yaa..insyaAllah..


love,
jefri


p/s : biar layan youtube jangan layan redtube....peace.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...