Tuesday, August 23, 2016

Kenapa blogging bukan lagi pilihan?

Salam...salam..salam...


Oh my lord! When was my last time melangut here???? I mean like, what is this, gurlll???? Is blogging even a word???? gituhhh. Rasanya last update pasal meroyan nak konvo tapi hati xrasa nak konvo, guess what? That was three years ago, and aku nak konvo master pulak november ni! *wink

Moralnya, hari ni seorang Jepri nak utarakan pendapat tentang *soalan ramalan esei SPM 2016*

KENAPA DUNIA BLOGGING MAKIN HAMBAR IBARAT TUSHEE NASI GORENG CINA?


sedap giler katanya..mesti ekebal pernah rasa ni..hello, ekebal karats nombor pertama tushee okay. Masakan tidak? Ekebal siap buat entri pasal nasi goreng tak digoreng ok! 

Baiklah, berbalik kepada isu sebenar, ada banyak sebab. Antaranya,
1. Dah ada medium lebih cepat dan pantas untuk meroyan. 
Dulu orang guna medium blog sebab nak meroyan sebab boleh tulis panjang2 tambahan pulak time tu semua orang MESTI ada blog. Ibarat sekarang semua orang MESTI ada instagram.  Tapi, nak tulis blog ni susah, kena pakai laptop, boleh pakai fon tapi kurang feel, kan semua orang feeling novelist masa menaip entri blog, kaedahnya kalau guna fon, dia macam aura nak tulis wassap or sms jah....nak meroyan panjang pun tak sempat, mungkin sebab bateri fon kureng ke, android sistem hang ke lantaran made in china khuennn..mengaku jahhh....

Jadi, dengan lambakan media sosial macam moment wechat yg boleh spelling pelik2 MACAM TAK PERNAH BELAJAR ENGLISH, HELLO HANDPHONE KO CHINA SANGAT KE DIK SAMPAI TAKDE SUGGESTION UNTUK WORD YANG KO TAIP? atau pun instagram yg y'all boleh feeling2 post gambar takde kaitan pastu up caption sindir macam POST GAMBAR SELFIE KO SELAMBAK DI UDARA TAPI KO TULIS PASAL SINDIRAN KAWAN TIKAM BELAKANG LAH MASALAH PAKWE KO TAK NAK PUJUK LAH LAKI KO TAK RETI LIPAT BAJU KEMEJA LAH...HELLO, PAKAI HANGER JAH! TIIBAHHH...atau pun uol panjat broga pada 23 ogos 2015, tapi sampai 23 ogos 2016 lah uol dok pakai pic broga tu untuk letak caption so-called-inspirational or motivational....

Moralnya, kita semakin nak kejar masa.

2. Acknowledgement untuk blogging kurang dan tidak public untuk di-RIAK-kan

Paham tak? Contohnya, kalau kat ig, kita leh nampak, bilangan likes berapa, followers berapa, tweet berapa banyak kena RT. Tapi kat blog? Ko nyanyi lah lagu UNIC tahun 2002. HANYA TUHAN YANG TAHU

3. Penjanaan easy money bukan hanya di blog

Well, we have instareview now kan...Sungguh senang lah nak buat duit. Asal ko ada cukup followers, ko boleh caj ratus ke ribu rm utk dapatkan duit. Padahal ko kopipes sambil korek montot je kan....followers beribu tu berapa kerat je yang real account? #tanyaJe

errr aku selaku bekas guru ganti english untuk dua sekolah tahun 2013 dan 2015 amat berang terhadap penggunaan INSTAREVIEW. 

REVIEW tu maksudnya apa?
Yang y'all buat tu IKLANKAN. 

4. Top bloggah

Top blogger pun semua sedar diri dan dorang beralih ke dunia insta sambil mengangkut bala tentera karats mereka bersama. Katanya lebih dekat dan more personal katanya...kaedohhhhhhhhhh
 
5. Trend

Moralnya, sekarang bukan trend blogging. Trend blogging adalah pada tahun 2007-2011 camtu lah...Sebagaimana orang pernah trend akademi fantasiasia, tarian hipster ravers segala tu, vape kelentit rindu lah apa, sampai la ke butik2 meleis ni, semuanya ada trend. Sekarang insta, twitter, fb masih relevan...kita tunggu je la apa next trend

Okay, insyaAllah, aku akan terus menulis di blog ni. Aku terdetik nak tulis ni pun sebab si ekebal tu yang dorong  gitu...senang nak meroyan katanya sebab segala media sosial lain dah terlalu open n mainstream. 

Mungkinkah dunia blogging akan kembali rancak? BOOMMMM


p/s: Ini rupa Tushee sekarang (tribute p/s for ekebal sempena dah lama tak menulis)
gituuu...dagu pembuka tin sardin sangat tau!  


love,

jefri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...