Monday, August 8, 2011

Aku bukan Malaikat. *enteri ini bukan mencari publisiti*

tu diaa intro terpampang muka syok sendiri..tidak kesah...
-sekadar gambar hiasan-


Salam...salam...salam...


Syukur ke hadrat ilahi sudah seminggu kita berpuasa.

Baiklah. Sebenarnya..sebenarnya aku baru teringat yang blog buruk-hina-dina-kusam-jahil-murahan-taklaku-takfemes-perasan dan sebagainyalah nak caci maki apa-apa pun den tak kesah....Sudah mencapai usia 2 tahun setelah ditulis dengan penuh warna-warni kecik-besor short-form bagai pada 7.08.09. Aku saja pilih tarikh tu untuk senang ingat dan paling penting perasan unik.

Sepanjang dua tahun ni :

  1. Followers/Joiner of this site baru 91 orang. *nanges*
  2. Komen untuk setiap entri secara purata adalah dua *nanges laju-laju*
  3. Duit nuffnang baru singgit *nanges tak henti*
  4. Pageviews all time sebanyak 5586 *bukan nombor ekor. harom*
  5. Entri-entri lama masih ada yang rujuk macam nak buat kek 1, nak buat kek 2, nak donlod muvie, nak donlod IDM dan sebagainya *tahan nanges*
  6. Masih ada pengunjung walau dua tiga orang sehari *senyum dalam tangisan*
  7. Dan sebagainya



Apa-apa hal, bukanlah menjadi isu kalau followers aku sikit, traffic aku sikit, komen tak banyak, layout ngan header tak guna teknologi flash hanya sekadar adobe fotoshop cabok cs4. Update blog pun nak-taknak ada hati nak meletop. Dah la topik bosan dan tidak kontrobesi. Segmen kontes pun baru join sekali pastu tobat tanak join dah, tahu tak penting segmen kontes tu! Ah!Yang penting aku happy dan puas ahhhhhhhh dalam proses berblogging ini dan tidak punya haters mahupun hatred (so far so good). Setakat duit  nuffnang tu aku tak heran la sangat, aku ada biasiswa JPA ok. *matila riak! ampun..ampun..*

Akhir kata, terima kasih kepada semua yang telah menjejaki dan membaca susur galur hidupku yang penuh berliku dan mencabar *alahai* yang dicoretkan dalam blog ini di samping kita berkongsi-kongsi resepi dan entri. gituh. Semoga hubungan kerjasama erat ini akan diteruskan dan berkekalan till death do us part *sambil senyum Rosmah*

love,
jefri

p/s : Eh, lagi satu, minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa, termaki hamun, tersentapkan tanpa tak sedar dan segalalah sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri ini.
Aku bukan malaikat *tajuk macam drama Astro tuh*

2 comments:

atiqah said...

hambooii cik kiah..bukan main lagi..
eh2..selamat berpuasa naa~

Jefri said...

hamboi cik embun, bulan puasa ni jangan curi2 makan di siang hari..nanti cik kiah report pak lebai wokeh. selamat berpuasa naa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...