Thursday, April 7, 2011

kek keju kukus resepi. sekian.

salam...salam..salam...

mencuri sedikit masa, sementara berada di rumah, hoho, sila jangan jealous.
study week di rumah adalah gerraannnddd!

ok. back to our main reason on why i wanna update this blog,
let me share the new, simply, easy, breezy and beautiful, cover girl...

Kek Keju Kukus Mudah Tahap Pra Sekolah....*tepukan gemuruh kedengaran.


Bagi sesiapa yang senasib iaitu yang mempunyai sisa saki-baki whipped cream, cheese cream, moleklah jika tidak dibuang dan dicuba resepi ini...
Tepuk montot sket sebab ini adalah cubaan menggedik penulis. Mungkin ini cara yang simple, tak banyak kerenah, tidak begitu cerewet dan suka hati la nak buat lagu manaaaaaa...tahap pra sekolah bermaksud, budak pra sekolah pun boleh makan kek ni...errr...

Ok.Kalau dalam kimia, kita panggil ini materials :
  1. Setengah cawan gula
  2. Setengah cawan marjerin atau buttercup atau mana-mana mentega idaman hati
  3. Setengah cawan whipped cream (tak kisah la nak cairkan dulu ke nak bekukan dulu ke)
  4. Dua cawan tepung blue key..*dah promote blue key sila amek saya jadi duta. mekaseh.
  5. Satu peket krim keju yang berat 285g itu. Actually tak kisah la berat banyak mana pun. Ikut keselesaan. Tapi sekali beli, yang dah siap peket kan, gunakan aje.
  6. Telur 3 biji
  7. Sedikit aisen vanilla atau yang takde tu tapi rajin, amek la daun pandan, blender, pastu amek pati. Motif menggunankan aisen vanilla mahupun ekstrak pandan adalah hanya sekadar memberi aroma dan bau yang menyetimkan....In other word, takde pun takpe.

Seterusnya apparatus :

  1. Periuk kukus
  2. Sudu bagi meratakan
  3. Loyang yang dipastikan muat dalam periuk kukus kalian
  4. Blender ataupun mixer
  5. Sinki bagi tempat membersih lagi menyucikan
  6. Semangat dan iltizam

Prosedurnya :

Kalau malas, blender (serius, guna blender jek kalau kat umah takde mixer, macam saya..eh, jangan risau, kek anda takkan rasa pedas punya.....!) semua ramuan tadi. Kalau jenis yang malu-malu, mula-mula, satukan mentega atau marjerin dengan gula. Blend kasi hancur. Masukkan telur satu demi satu dan teruskan aktiviti blend itu. Kemudian masukkan cheese cream dan whiped cream dan aisen vanilla atau ekstrak pandan itu. Kemudian masukkan tepung blue key itu. Tadaa...

Masukkan adunan ke dalam loyang. ni nak bagi petua, sebelum masukkan adunan ke dalam loyang, calitkan dulu marjerin ke permukaan loyang. Ala, gris ke apa tah istilah dia, aku cakap, kasi lumurq..(lumur). Dengan cara ini,. apabila kek sudah masak, kek boleh dicabutkan dari loyang dengan penuh perasaan bangga dan riaknya depan mertua dan jiran sebelah..*dosa tanggung sendiri k.


Masak air menggunakan periuk kukus. Dah sampai boiling pont, menggelegak la kiranya,  Kukus lah. Dalam 30minit hingga 45 minit siaplah tu...lagi lama lagi kering la tekstur kek itu. Ikut selera. Sila tepuk dada sekarang!

kemudian, suka hati la nak buat apa-apa pun dengan kek itu.Nak hias buh aising ke nak tengok semalaman ke, nak bagi jiran buat juadah berbuka ke, suka hati la yek....


Sebagai lampiran dan bukti :










walaupun tampak simple, rasanya menggamit rasa..*ayat tipikal, ok kita tukar. Walaupun tampak hina, rasanya sungguh sensasi sehingga mengakibatkan multiple orgasmssssss....

ok. sekian dulu...nak sambung 'study'...errrr...



p/s : gud luck untuk exam next week ye semua khususnya pelajar Ukm. Jangan lupa singgah di blog feeling kaunselor empunya saya jua...*gigih promote

2 comments:

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan, jgn lupa singgah ke blog sya ;)

Tuan Tanah - Jefri said...

sudah singgah tapi sori. xsuke MLM dan produk2 nya. peace.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...