Tuesday, June 28, 2011

Kek Keju Oreo Menggunakan Gelatin Tanpa Bakar-bakar Atau Kukus-kukus Gaya Jefri.

Salam..salam...salam...

Baiklah. Setelah dikerah, dikutip, dan dipungut segala semangat,
keterperasanan sibuk berjaya diketepikan dan sedikit perkongsian resepi akan berlaku.

Baiklah, tanpa membuang masa dan bandwith broadband kalian (yang berkenaan),
hari ini saya ingin berkelakuan baik dan lebih senonoh kerana ada orang menegur bahawa entri saya sebelum ini adalah tidak baik dan tidak senonoh dan saya cuma 0.o sahaja maka terimalah resepi ini, dari hati yang suci murni ini terbitlah perasaan yang suci murni juga.

Resepi satu.

Kek Keju Oreo Menggunakan Gelatin Tanpa Bakar-bakar Atau Kukus-kukus Gaya Jefri.

atau



Oreo Cheese Cake Using Gelatin without burn-baked or steamed, steamed jefri style.
(google translate nih. tak senonoh kan?)

atau

Oreo Cheese Cake Usando gelatina sem burn-assados ​​ou cozidos no vapor estilo Jefri, vapor
(dalam bahasa Portugis sempena penjajah pertama negara kita-Malaysia)


Baiklah. Banyak cakap dari buat sangat menyakitkan hati.

Proceed to the materials needed :

  1.  Gula kastor dalam setengah cawan. Kastor tu maksudnya halus. Kasi blend guna blender kering dulu ye.
  2. Krim keju dalam 250 gram. Biasa beli sepeket tuh memang dah 250 gram. Tapi kan aku beli dapat ekstra 20g. Packaging strategy namanya tuh. Non kesah.
  3. Whipping cream atau krim putar dalam 250 gram gak. Nisbah krim keju dan whipping cream adalah 1:1
    Beza whipping cream dan whipped cream adalah bukan berlandaskan pada ejaan dan sebutan sahaja. Whipped cream digunakan untuk membuat hiasan pada kek. Putar-putar kasi kembang pastu tepek kat atas kek. Whipping cream plak yang nak diadun ni lah...
  4. Biskut oreo sepeket panjang tuh. Guna lah dalam 8 ketul atau ikut nafsu. Yang lebih boleh bagi sama adik atau binatang peliharaan yang disayangi.
  5. Gelatin yang dilarutkan dalam air panas dengan nisbah 3 sudu gelatin, suku cawan air panas.
  6. Sedikit aisen vanilla atau pati pandan untuk aromaaaaa....

*kalau nak derhaka sukatan, silakan. Asalkan jadi, kan???*

Maka, S.O.P atau Standard Operation Procedure adalah,

  1. Blender atau kisar gula dengan krim keju sampai kembang. 
  2. Masukkan whipping cream dan aisen vanilla. Jangan kisar lama sangat nanti komposisi kimia whipping cream terpisah antara air dan krim. Kisar dalam 10-15 saat la kot. Kira dalam hati ek. 
  3. Tuangkan dalam bekas. 
  4. Tuangkan gelatin yang dah dilarutkan dalam air panas itu tadi. Kacau sampai rasa sebati. Sila ikut kata hati. Biskut oreo tadi sila kisar dengan blender kering. Kalau suka oreo kasar-kasar kepingan, blender sekejap jek lah pastuh gaulkan dengan adunan dalam bekas tadi.
  5. Kalau aku, aku kisar halus-halus, pastu ambil sedikit kasi kacau nak bagi warna adunan jadi kelabu pastu taburkan yang selebihnya atas adunan untuk nampak perasan artistik.
  6. Masukkan dalam peti ais semalaman untuk gelatin itu mengeraskan kek anda. Baiknya dibuat resepi ini pada malam hari.






Tadaa....Biasanya ada orang suka buat base kek untuk senang slice la kononnya. Aku wat cara nih sebab nak kasi potong senang sebab dah bentuk ala-ala agar-agar kan agar senang nak potong dan ramai orang boleh rasa instead of in the slice form. Kan?

Kalau anda beria gak nak buat base kek ini, amek biskut oreo sepeket, buang inti dia, hancurkan halus. Pastuh cairkan mentega dalam separuh buku mentega itu. Campurkan perlahan-lahan mentega cair itu ke dalam oreo hancur itu. Gaul sampai rasa dah sebati. Ngam-ngam lah. Tak nak la jadi berlinang plak base dia.

*berlinang = cecair lebih meleleh pastuh basah jek base tuh nanti tak kering-kering. Dan jangan fikir bukan-bukan. 
Terima kasih.

Eh, kalau nak buat base nih, nih langkah pertama tau baru buat SOP di atas makanya adunan akan dituang ke atas base lah kan. Dah nama pun base?

Tapi malaslah kan... butter mahal...

Ok. Resepi dua? Malas la plak. Esok-esok la pulak ye.


Sekian dulu. c yaa


love,
jefri


p/s : Rasa dia macam ais krim. haha. Kalau nak makan, guna sudu. gituh.
p/s 2 : Kalau tambah 4 sudu gelatin mungkin lagi ok? Ntah la. Aku punya lembik sedikit sebab tak lama sangat buh dalam peti. Itu la semalaman kena ada dalam peti dan aku cadangkan 4 sudu gelatin.
p/s 3 : Pastikan semua produk yang digunakan adalah halal. :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...