Monday, August 22, 2011

solat terawih itu sunat. Mencuri itu haram.

Salam...salam...salam...

Punyalah lama kumpul semangat nak update blog, akhirnya terlaksana jua.
Maaf ye readers semua (perasan blog femes)

Pertama-tama sekali-kali, perasan busy makin berkurangan. Syukur.
Kedua-dua kali, nanti nak share resepi kuih raya kalau tak perasan busy.
(ouh paradoksnya ayat!)

Seterusnya, nak bercerita kisah di bulan mulia, Ramadan, maka, aku pun perasan alim pergi menunaikan solat terawih pada malam-malam Ramadan dengan menaiki motorsikal EX5-belian 2005. Berbeza sekali dalam tahun-tahun sebelum ini, tahun ini aku berterawih di kampung halaman sendiri. Secara sejarah, ingin saya singkapkan :

  • 1990-2005 : Tak ingat (aku dah tua-memory kurang-banyak makan fast food-sel otak banyak mati)
  • 2006 : Sangat jarang terawih sebab part time kerja kat kedai runcit Cik Mat yang paling 'best'tah pape, kitorang kerja situ, dia plak yang gi terawih. Masa ni form4. Time cuti sekolah maka LHDN jangan nak saman aku sebab menjadi pekerja underage.
  • 2007 : selalu gak pergi terawih (nak SPM-biasalah kan student..huhuuuuuuuu)
  • 2008 : kat matrik negeri sembilan. Masa ni rebel sebab first time berdikari eceh so Jarangggggggggggggggggg
  • 2009 : First year UKM. Rajin. Pergi dengan roomate. Naik turun daki tangga bukit Burhan nak ke masjid. fuh!
  • 2010 : Sama macam 2009 tapi meriah lagi.
  • 2011 : Sedang berlaku.


Maka itulah sedikit pekung di dada untuk dibuka buat tatapan umum. Ish3.
Tahun ini, motor aku suka sangat dijadikan sasaran kecurian. Kat masjid pun nak curi. Pelik tak.

Masjid + bulan puasa + Syaitan dirantai = Masih nak curi?


Sebagai fakta kes. 
Ni kalau nak trace cap jari ni senang sangat ni..
Dan aku memang malas nak basuh motor kereta apatah lagi.


Nampak lubang tuh? Patut ada penutup dia. 
Itupun mau curi ka? Agak-agak ribu-ribu kot kalau jual...
hurmmm



Sepatutnya rantai tu tak patut kelihatan. Kini rantai itu sudah berbugil.
Ini macam pun mau curi. -_-'



Cakap banyak nanti kurang pahala puasa yang entah seberapa ni kan...
Yang mencuri barang-barang ni pun bukan baca blog ni. Jadi aku berpesan pada yang membaca entri ini, sama-sama la kita menjaga kesucian bulan puasa ini di samping menambah amalan mulia di sepuluh malam terakhir. Kurangkanlah perbuatan mungkar sebab mangsa yang teraniaya akan menyumpah-seranah dalam bahasa yang takkan pernah kita dengari dan ingat ye doa orang yang berpuasa adalah mustajab. Doa yang teraniaya juga mustajab. Kalau orang yang berpuasa dan teraniaya macam kes ni, mustajab kuasa dua! Jangan main-main.


K lah. sekian dulu. :-D

love,
jefri

p/s : Aku akhiri entri ini dengan pantun dari fbku :

Tepung pelita harganya murah, 
Bekalan kuih untuk Aunt Senah, 
Pasang pelita keliling rumah, 
Solat terawih dia tak pernah...

Siapakah dia? Tak tahuuuuu


4 comments:

cambesje said...

syaitan aje kena kunci, tp hati busuk manusia tu masih ada~ err

Jefri said...

itulah...lagi teruk dari syaiton la tu...inilah yang omputeh panggil true color...huhu

apik pehe said...

isk2...teruk2

Jefri said...

isk3. ini betul2...bukan kat tibi jek....;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...