Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Edisi Ucapan 2011

Salam...salam...salam...

Pening.Pening tengok kat wall fb penuh dengan ucapan raya (perasan)
Semua dok pakat nak wish raya. Meriah ke? I'd say no.
But maybe yes.

Oleh itu, aku juga di sini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin. Segala kesilapan dan keterlanjuran menulis dalam blog ini,
harap dimaafi...

Minta maaf jugak la malas dah nak kongsi resepi kuih raya sebab dah lambat sangat kan.
Esok dah nak raya, kompem-kompem skang semua sibuk melemang, merendang, mengetupat dan sebagainya. Tahun depan panjang umur murah rezeki boleh lagi kongsi kan.....

Kemudian, tahun ini, akan raya di rumah tok kat Kg Bukit Gajah, Pelangai, Bentong, Pahang iaitu lebih kurang 15 minit perjalanan kereta dari rumahku di Felda Chemomoi, 28310 Triang, Pahang.

Hakikatnya, kampung aku tuh liputan rangkaian Celcom sangat miskin (poor).
Seperti kebiasaan, wishes yang dilontarkan pada malam raya semestinya berkisarkan ucapan selamat hari raya dan minta ampun dan maaf maka baiklah aku balas awal-awal,

"Selamat hari raya gak. Aku ampunkan korang dan maafkan aku gak. Sekian terima kasih"

Tapi kan, tahun ni tak dapat plak mesej dari Celcom nak ingatkan pasal talian sibuk pada malam raya dari pukul sekian-sekian ntah camne tah tak ingat dah. Agaknya fenomena laman sosial (direct je lah cakap FB) dah mengatasi kiriman ucapan raya melalui sms, kan?

Akhir kata, ini adalah ucapan-ucapan raya :

Dari fb aku :

Happy Eid Mubarak to all yang merayakannya yakni yang berpuasa/perasan berpuasa.Aku memohon maaf sekiranya selama kita berhubungan secara langsung atau tidak langsung dalam alam maya ini, ada salahsilapnya.Maafkanlah segala kesilapan ini.Kalau takpuashati ngan aku, sound direct jek, aku kalis.Takpe. Then we forgive-forgive la. Lastly pandu hati-hati di jalan raya,kalau korang orang penting,lambat pun orang tunggu,kalau korang orang tak penting, sampai awal pun orang tak layan.

Hadis Nabi :

Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda barangsiapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat. 



Sabda Rasulullah s.a.w. diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.
Maksudnya : Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid.
Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda daripada Anas r.a.
Maksudnya: Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis.

Dan sebagainya...



Ini pula ucapan raya tahun 1990, ouh nostalgia :



Akhir kata selamat berhari raya dan selamat menjamu selera di rumah sendiri. Hati-hati dengan kalori dan jauhi keracunan makanan, pastikan makanan itu halal dan toyyiba.

love,
jefri


p/s : wordless p/s :




4 comments:

khairi said...

kalau nak laju..pakai maxis...ternaik di chemomoi..aku pernah try...boleh dapat 2mbps keatas..:)

apa aku ngarut pun tak tau...

apa2 pun selamat hari raya sekali lagi...:)

Jefri said...

terbaik di chemomoi? ok. terbaik.
eh, xde 3g pun bulih ke laju2 ni..2mbps tu kira laju tahap gaban gak...

selamat hari raya gaks...:)

Unknown said...

selamat berhari raya

Jefri said...

selamat berhari raya dan selamat berpraktikal bagi yang berpraktikal :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...