Thursday, August 18, 2011

salam ucapan dari pengucap eceh.

Salam...salam....salam...

Pertama sekali, wajib kita syukuri dan hargai peluang yang diberikan untuk terus bernafas dan bergerak (sebab ada yang suka duduk atas katil jek tak gerak-gerak) dan menjalani kehidupan seperti yang kita mahukan tapi Tuhan yang tentukan.

Tanpa membuang masa dan tenaga, aku nak ucapkan selamat hari lahir kepada diri sendiri semoga semuanya baik-baik sahaja. Umur yang meningkat bermaksud tanggungjawab dan amanah yang tersedia perlu disandang dan digalas dengan baik tak kiralah sebagai seorang pelajar, seorang anak, seorang warganegara, bumiputra Melayu, penganut agama Islam dan sebagainya.

Oleh itu, kad hari lahir yang aku tulis sendiri *nangis* ini khas untuk tatapan semua.



talent : diri sendiri berusia setahun
lokasi : kedai gambar depan hospital Mentakab
photog : apek Cina yang kerja kat kedai gambar depan hospital Mentakab
masa : back in 90s when I was one year old. 1991 rasanya.
peristiwa : baru lepas operate bisul kat ketiak
 *see, profesional tak? baru lepas sakit tu orang suh bergambar terus bagi komitmen yang jitu*

Macam biasa, aku nak ucap balas balik secara umum kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk mengucapkan tahniah kepadaku yang beruntung masih hidup pada tanggal 14 Ogos 2011 disertai dengan ucapan-ucapan kesejahteraan. Terima kasih banyak-banyak.
(klik sini untuk ucapan tahun lepas)

Baiklah. Perasan sibuk tambah perasan penat ni. Kuih raya banyak dah buat. Korang mampu?
*Astagfirullah*

Eh jap, sebelum nak habiskan entri ni, mau kongsi cerita, masa 13 Ogos 2011 malamnya birthday aku tu, mak aku citer balik masa aku nak lahir *aww tacing tuh* Ceritalah pasal mak masuk hospital seminggu tapi aku takmau keluar-keluar. Masa tu nenek, sedara mara aku datang melawat jenuh tapi aku tak keluar-keluar lagi, Tanggal 14 Ogos 1990 JENG JENG JENG, abah cakap abah nak balik, nak amek baju ke apetah, then tengah harinya sewaktu tengah hari tengah azan Zohor aku pun lahir. Mak cakap aku takut kena tinggal. Haha. Time tu jugak doktor kat situ nak gi lunch hour..Ada plak, utamakanlah aku yang nak lahir ni...Etika..Etika..Etika bukan setakat insurans etika...Maka lahirlah aku...

Terima kasih kepada mak yang selamat mengandungkan dan melahirkan aku dengan jayanya. Abah yang dengan penuh tanggungjawabnya. Tok, Mak Long, Arwah Aki, Jeni, Jeti, Atan dan semua yang terlibat.
(trivia : Arwah Aki yang letak nama Muhammad Jefri bin Mohd Yusof)

Sambung cerita, kat rumah berpantang, selalu la nurse datang tengok perkembangan kan. Aku ni jenis tidur jek. Tak banyak aktif nak nangis-nangis macam jiran sebelah (jiran sebelah pun ada baby) Nurse tu cakap aku ni besar nanti tak aktif, masalah tulang la, otak lembap lah, susah nak belajar la, OKU ke apa tah ok itu semua dah overrated. Ada plak nurse cakap camtu depan aku dan depan mak aku....Etika..Etika..Etika bukan setakat insurans etika...Maka membesarlah aku.
Part yang tak aktif tu ada betul kot. Tapi takdelah kaitan dengan aku suka tidur waktu baby. Tak aktif sukan je tapi takdelah tak tahu sukan tu apa......Isk aktif la jugak takdelah tak aktif sangat..

Ah, yang penting I am on my way to finish my degree in 2013 and all of this while, I have been through many things and gained many many things. *apetah ayat*

Terima kasih sekali lagi semua yang mengenali diri ini. Tanpa kalian hidup ini tidak berseri.
*eceh*

love,
jefri

p/s : terima kasih 1st wisher, Ijah sepupuku, 2nd wisher, Aiman sahabat sekampung sedunia seakhirat, Elaine rakan sekos. God bless us!
p/s 2 : Aiman buat kek batik untuk bday aku. Terima kasih ;)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...