Saturday, August 27, 2011

#ResepiKuihRaya : Biskut Arab

Salam....salam...salam...

Bersua kembali. Kini kita akan belajar cara-cara untuk membuat biskut Arab.
Kenapa Arab? I think it's just a matter of name. Main petik jek. Paham?

Baiklah. Dah buat resepi biskut makmur tadi? Tahniah.
Mari kita buat biskut Arab.
Terlebih dahulu, ingin saya tegaskan di sini, kalau aku buat kuih-kuih ni,
sangatlah tak suka nak guna sukatan 250g, 50g ke 150oz lah tahpape kan.
Rumah kita bukan ada penimbang.....

Bagus.

Sekarang, kita belajar nisbah sahaja yek,
Tepung gandum : Gula halus : Minyak Sapi = 2 : 1 : 1

Maksudnya, 2 cawan tepung gandum, 1 cawan gula halus, 1 cawan minyak sapi.

*minyak sapi tu tak payah nak cairkan*

Caraku, minyak sapi kan dijual dalam bentuk tin, aku beli yang paling kecil tu dalam 200g kot, habiskan semua, masukkan dalam mangkuk, pastu gunakan tin itu untuk sukat gula dan tepung gandum dengan nisbah Tepung gandum : Gula halus : Minyak Sapi = 2 : 1 : 1

Ok paham kan? Semua lulus Matematik UPSR kan? Bagusssssss

Setelah diadun menjadi doh, kalau lembik sangat, tambah tepung, kalau keras sangat, tambah marjerin atau butter atau lebihan minyak sapi. Making biscuits is all about creativity! Not that measurements! *tiber emo*

Ok. kemudian uli jadi bentuk bulatan kecil-kecilan dan bakar dalam oven untuk 15 minit bersuhukan 180C.
Kalau nak cantik atau perasan cantik, bolehlah letakkan ceri kecil-kecilan atau apa-apa sahaja yang dirasakan cantik atau perasan cantik.

Dah siap tu, masukkan la dalam cup kecil-kecilan ala yang biasa letak kuih sarangsemut tu bagi nampak cantik atau perasan cantik.

Suka hati lah kan...



kalau nak perasan cantik lagi, taburlah gula halus..


Kedua-dua boskut itu adalah daripada adunan yang sama. Biskut negroid itu terjadi lantaran overheat. Maaf aku terasyik online time ni. Moral : Jaga suhu dan masa anda. Negroid? Kenapa negroid? Racist much? Oh tidak..I think it's just a matter of name. Main petik jek. Paham?

Sekian dulu, selamat mencuba *gaya rancangan masakan kat tv*

love,
jefri


p/s : kenapa takde biskut Melayu? well, I think it's just a matter of name. Takde yang petik lagi nama tu. Paham? Thank youuuuuuu




2 comments:

SoLy SoLicious said...

perghh.. rajinnye jeff... bak sini sikit...heeee

Jefri said...

yg simpel rajin lah..haha..eh, ko lagi emriah kan dengan aneka biskut ko tuh..kalu mau, mari sini umah raya.kalau pos nanti hancur..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...