~sementara menunggu kain baju yang kotor diselaputi debu-debu kehidupan dan air terjun dan sungai di ulu yam direndam, menggunakan kuasa enzim untuk menghapuskan sisa kotoran dan kotoran degil - dan oh, bukan kisah ulu yam mahupun makcik maryam melissa ira najiha binti daniel yang berumur 80tahun, tinggal di kampung sungai sungai apatah lagi kisah kuih bulan perisa yam (keladi). ~
entri dimulakan dengan sajak :
aku di sini.
bukan di sana.
maka, tiadalah aku di sana sini.
aku pergi.
aku kembali.
maka, belumlah lagi
aku pergi tak kembali.
down! sajak horror!
ok lah. saya ingin membersihkan blog ini dari sebarang noda, godaan, cacian, kehinaan ini dengan sedikit kuasa enzim. lebih-lebih lagi di chatbox itu yang camsial nak promote laman web yang hampeh lagi tidak bermanfaat.
*peringatan : sila jangan klik nama yang chat di chatbox yang mengatakan blog aku nice, best ever, whatever (yes, indeed! ;D ) .
hal ini hanya akan memberi laluan vvip ala-ala drive thru kepada malware dan segala spyware mahupun virus-virus licik yang akhirnya anda terpaksa catwalk tanpa sebab ke cc berhampiran dan technician itu lost menyebabkan anda sangat depressed lalu down, mungkin bunuh diri (haram untuk muslimin muslimat!) tanpa menyedari anda sebenarnya yang membunuh diri sendiri secara senyap-senyap (gitu kosa kata...)
hal ini juga terjadi jika anda ialah seorang minah/mamat forward email atau message berangkai.
untuk apa-apa hal, sila rujuk agama. Kalau nak dakwah sangat, sila guna cara nabi. Nabi tak guna email bukan sebab zaman dulu teknologi tak hebat, lagi hebat wei dulu. tapi sebab email tak praktikal lah. bukan semua orang guna jaring ukm yang tak pernah ada masalah. betul tak bukan tipu, memang tak pernah ada masalah.
pastuh, nanti leh plak kalau tak forward dapat bala besar menggunung, cuba la offer benda yang ringan sikit. down tau, dah la dosa banyak, dapat lagi tambah bala sebab tak forward email sebab kat umah tak pasang broxbengs. kalau forward dapat untung 7 tahun 7 keturunan ke ape kejadah..ni lagi teruk dari zaman kegelapan dulu yang nak hilangkan dosa guna duit-beli surat ke ape benda tah (rujuk buku teks sejarah form4)
~eh, melalut. sowey. (emotikon ceria)
ok lah, tujuan nak update blog ini adalah untuk update pasal diri ini.
banyak benda yang berlaku. minggu ini dijangka akan menjadi minggu paling ketat bagi diri ini.
tapi nak citer gak apa yang berlaku minggu lepas..
camni..camni..
camni lah. lain kali ek.
malas. nak tido!
*oo..kata minggu ketat..ketat pinggang hang la!
k lah. sekian dulu, c yaa
love,
jefri
p/s : siapa yang TIDAK share / forward / like entri ini akan mendapat tv plasma beserta yuran langganan astro full package percuma untuk 18 keturunan ( cian kat yang ke19 dan so on) turun dari langit hempap kuku ibu jari jek. beserta sebuah restoren mcd dan kfc berkembar yang akan dibina terapung yang sentiasa mengekori anda (kecuali ke toilet sebab toilet kat dalam restoren tu!) yang dibina atas konsep graviti. Wohaaaaaaaaaaaaaa!
No comments:
Post a Comment