Mari kita bina situasi beremosi :
#1 : Kita masuk tandas. Practically, the one with 'buang-air-besar.'
Choyy segenap alam apabila kita lihat taik/najis/faeces/shit tu diaaa haih.bersepah keliling sana sini.
Apa perasaan anda? Tentulah seronok kerana boleh feeling acik cleaner.
#2 : Kita adalah pelajar UKM. Pada hari Jumaat, lebih tepat,semalam,24 Disember 2010 sehari sebelum warga Malaysia dan dunia amnya yang beragama Kristian tegar atau celup-celup meraikan ulang tahun kelahiran Jesust Christ mereka dengan semangat perayaan, mengambil keputusan untuk keluar dari kancah UKM untuk ke lembah
Bas yang diperuntukkan untuk ke KTM UKM adalah sebuah dalam setiap suka hati masa mereka. Tiap-tiap kali melalui selekoh maut/tajam/bahaya/manja kita yang berdiri akan mengalami seakan terhuyung-hayang/porak-peranda/kucar-kacir/caca-marba.
Apa perasaan anda? Tentulah seronok sebab dapat menggesel-gesel gitu...~
#3 Kita adalah warga Malaysia yang sangat harmoni dan suka akan keraian. Hal ini terbukti apabila semua jenis raya kita sapu. Terbaru, hari ini hari Natal. Di kesempatan ini, kita ingin mengucapkan selamat menyambut hari Natal, maaf zahir dan batin. Tidak sah perayaan tanpa lagu raya yang bersesuaian. Ehem.Oleh itu, dipersembahkan,.
Sebab itu lah agaknya time raya puasa mesti ada tayangan filem atau cerita yang tiada kaitan pun dengan raya puasa seperti tayangan filem blockbuster, filem hindi, filem kungfu, magic show? dan majlis anugerah Grammy atau music award. Kenapa masa raya selain raya puasa tak tayang cerita Melayu? Well, this is Malaysia. Terima kasih. peace.
Apa perasaan anda? Seronok lah sebab tak kira musim perayaan apa-apa pun tetap boelh tengok Justin Bieber ngan Lady Gaga.
#4 Kita suka menonton wayang sebab wayang suka tonton kita. Kita mahu menonton cerita hantu Kak Limah dekat seminggu dah mengidam. Semalam pergi awal ke GSC Mid Valley. Ingatkan tempat gah (gah=banyak hall) ada lah peluang kan. Sekali kedua-dua tayangan 4.40pm dan 9.35pm (see the huge gap that definitely boleh sangat fill in the gap) sold out dan selling fast respectively. Skit hati ni, darah-darah bernanah. Dah tahu laku, kenapa la menipu diri sendiri. Kalau buang any trash movies yang berlambak tuh, boleh gak melayan..hm.
Apa perasaan anda? Mestilah seronok sebab dah tengok dah citer tuh. Kelakar habis nak mati tak nyempat-nyempat nak mengucap gue bilang sama lor. *hampeh.
#5 Kita beli barang di Jusco. Eh, ada orang beli berkotak-kotak nescafe 3 in 1 uncang edition lah! Kita beratur nak bayar m&m jek. Janganlah jeling-jeling..kita malu....Kemudian, kita nampak ada pelanggan tu dengan suka hatinya tukar ceri Australia (kat label tertulis) yang comel-comel..yang lebam-lebam dia sekali kan kat bekas lain. Bagus lah kan. Kalau ada orang yang nak beli ceri Australia yang lebam-lebam, just pick it up kan. Lepas tu, nampak ada kotak Rocky (sila google andai tak tau) yang dah ditebuk orang. Lapar sangat tuh. Takpe, kalu nanti ada pelanggan sanggup (lebih kurang pak sanggup) yang nak cari Rocky yang dah ditebuk, senang la nak cari kan? Murah katanya...
Apa perasaan anda? eh, jangan jaga tepi kain orang.
Sekian dulu karangan SPM yang membosankan dengan tajuk situasi beremosi besi.
*besi tu takde kaitan.
Love,
Jefri
p/s : ada banyak. tapi malas. sila reverse psychology bila baca entri ni.semalam tengok gulliver's travel. kuar ngan azni, tiqa, qida. duit JPA tak masuk lagi. sekian.tq.
No comments:
Post a Comment