Sunday, January 31, 2010

sepermegian...

salam..salam..salam..

baru sampai ukm nih..
hari jumaat e2, time dalam kelas dr linda, dapat col gtau yang aki ( paklong ) dah meninggal
alfatihah...
sedih jugak lah...
sebelum ni, hari selasa, jiran meninggal..
alfatihah...
takziah untuk semua yang terlibat..
dua-dua yang meninggal ni ada banyak kaitan ngan hidup ini..

takpelah..taknak cakap banyak pasal kematian mereka..
diorang pun tak bleh nak defense diri kalau2 ada rumors yang bertiupan..kan...




alfatihah


.........



betul lah manusia merancang, tuhan menentukan...
kalau nak ikutkan plan, 30hb jan lepas nak pegi pcfair sama aizah
dah kena balik umah plak minggu ni..
so, seribu kemaafan aizah yek sebab perancangan aku bukan seperti ketentuanNya..



..........

aku nak citer sikit pasal kematian kat sini..takdelah secara serius sangat
and kalau nak penjelasan, sila lah cari ustaz yang bertauliah ok !
citer ni berkaitan ngan kehilangan jiran aku n aki aku itu...

sebelum itu, aku nak tegaskan di sini, aku bukan nak buka aib or what..
just sebagai pengajaran buat kita yang masih bernafas ini..ok ?

.......


jiran aku, ARWAH cik mah..
punca kematian arwah sebab busung katanya..
dah menghidap dekat lebih 2bulan..
masa dia hidup dulu, keluarga dia bawak pergi berubat secara tradisional
dekat 7bomoh/pengamal perubatan diorang pegi jumpa..
semua cakap itu angkara orang yang dengki ngan dia sebab keluarga dia agak berharta

semua tu cakap itu angkara jiran belakang rumah..
dan yang disyaki itu belakang rumah aku jugak..
aku macam tak percaya la kan..tapi hati orang mana kita tahu kan..

suami kepada yang disyaki ni pegi jumpa mak aku..
time tu nak gitau pasal kematian cik mah..

sambil tu dia cerita la yang isteri dia memang takde buat apa-apa pun
taktau macam mana 7bomoh/pengamalperubatan tu boleh aim isteri dia..
sekarang ni isteri dia yang disyaki tu duk berkurung dalam rumah jek..menangis
sebab tak tahan orang sekeliling mengata ( tau la kan peel orang kampung ! )

then, mak aku cakap, kalau dah tak buat tu, takpelah..sudah lah..benda nak jadi..
tapi kesian la sebab punca rezeki yang disyaki tu sedikit terjejas sebab isteri tu sebelum ni keje kat kedai makan..takpelah..semua orang dah disuratkan rezeki masing2 kan..

so, aku mula la berfikir...
macam mana ilmu hitam boleh menjejaskan kesihatan..
aku percaya sihir ni wujud sebab dari zaman nabi musa lagi dah ada sihir
( sila rujuk kitab)

time kelas fisioanatomi, aku tanya pensyarah aku, dia doktor..
apa sebab busung?
dia kata sebab liver failure..protein cannot be broke down n digested
so, they'll be accumulated...forming that 'busung' with all fluid that cannot be absorbed

hmm..so..????
entah lah..
tak tau nak tuding jari kat sapa..lagu bangau oh bangau plak akan keruhkan suasana jek lagi...

*moga cik mah bersemadi dengan aman di sana..


.........



kisah pasal aki aku plak..umur dia dah dekat 81 tahun..
cikmah tadi 41/42 tahun..
so, aki aku ni ramai yang considered dia sebagai orang tua yang dah nyanyuk..
mata dia dah tak nampak, telinga kurang dengar..uban penuh memutih
( itu semua tanda2 awal kematian dari izrail, kan? )

tapi, dia still ingat benda2 yang penting, maybe benda2 tu bawak kesan yang yang penting dalam hidup dia...
dah tua biasalah kan banyak ragam..
paling aku tak boleh lupa, masa cuti tunggu panggilan u, dia buat hal dua kali..
time malam jumaat..
dia marah-marah n cakap Allah dah terangkan mata dia..(padahal tak )
dia nampak benda yang tadak depan dia macam ada budak2 lah, lebuh raya lah
lepastu dia berlegar-legar dalam rumah dengan cara mengengsot ( kaki dia dah tak kuat nak berjalan )
dia kata dia nak balik umah dia !
umah yang dia duduk masa tu bukan rumah tapi hutan ! banyak akar !
bila penat, dia berhenti kejap..dia kata dia nak balik umah dia kat kebun getah
rumah dia kecil je..rumah papan..dia kata cukuplah untuk dia tinggal seorang
puas dia suruh kitorang ( aku, mak aku, abah aku, isteri dia ) hantar dia balik umah dia coz dia taklarat nak pegi sendiri..
macam-macam la dia cerita..dia kata kat kebun getah tu, dia nampak kawan-kawan dia yang masa muda..
( in fact, kawan-kawan dia semua dah meninggal, menurut abah aku la )

masa kali pertama kejadian aki aku tu 'mengamuk' nak balik umah asal dia, aku ada gak baca ayat kursi n ayat suci yang lain takut2 kalau ada 'benda' kacau..
lastly, aku angkat dia bawak pegi mandi, then baru diam n nak minum n then ok..

beberapa minggu lepas tu, dia buat hal lagi..
kali kedua ni lagi lama tempoh dia..malam jumaat gak
dia asyik minta duit nak buat tambang teksi..dia kata orang teksi tu dah lama tunggu
tapi dia takde duit nak bayar tambang
bila kitorang bagi duit, dia kata bukan, tu kertas ! pastu, dia marah-marah n merayu
kesian plak tengok keadaan macam tu..
aki elok lepas ada seorang makcik tu baca air jampi..

then, lama dah tak buat hal until last friday nite
kira yang ni kali yang ketiga, juga malam jumaat
macam biasa dia mengengsot dalam umah cakap nak balik umah dia kat kebun getah tu

adik aku bagi rm1 sebab dia kata nak buat tambang teksi
dan kali ni dia percaya tu duit n cakap cukuplah buat tambang ni
malam tu, dia banyak minum air..

pagi jumaatnya dia mintak isteri dia buat air kopi,
dah siap buat, isteri dia nak bagi, tengok2 aki dah takde..innalillah
jenazah selamat dikebumikan selepas jumaat
dan aku tak sempat tengok coz aku sampai pun dekat kul3.takpelah..
kubur aki tu betul2 dekat pokok2 getah !


sedih gak bila kehilangan kan..
aki yang bagi nama Muhammad Jefri
masa dia sihat dulu, selalu tanya perkembangan pelajaran aku masa aku sekola rendah
dia pernah pesan Gagal Sekali Bukan Bermakna Gagal Selamanya..
entah lah..walaupun frasa tu macam dah biasa dengar tapi aku rasa bermakna sangat



*moga aki bersemadi dengan aman di sana


insyaAllah..

ALFATIHAH..


p/s : death is more certain than life

2 comments:

Anonymous said...

jefri sedih nyer dengar kisah aki ko....erm tp yg paling bemakna pabila aki ko kte gagal sekali bukan bermakna gagal selama nyer,so bg org yg mcm aq yg pernah gagal nie kte2 tu amat bermakna...
al-fatihah utk aki ko....

J.E.F.R.I said...

tengs anonymos ..
alfatihah gak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...