TERIMA KASIH DI ATAS KERJA SAMA ANDA ..!!!
WARNING : THIS TEXT IS TAKEN FROM MY FAVOURITE BLOG, ZAHIRILADZIM...
CREDIT TO HIM AND THIS IS WHAT I WANT TO SHARE WIT U GUYS; BOUT MY FEELING NOW...( FOREVER-NOT )
Malam itu Plastik Sampah duduk bersendirian, melangut ke langit malam permaidani bintang, dari jendela rumah banglo bukan miliknya. Lalu Plastik Sampah berkata - kata dengan seekor burung yang hinggap di sebatang pokok bertentangan dengan jendela banglo bukan milik Plastik Sampah.
Burung bertanyakan, samada Plastik Sampah mampu atau benar - benar bersedia menerima keseluruhan keadaan ini?
Jawab lidah Plastik Sampah, "Aku bersedia. Aku bersedia menerima seluruhnya, kelilingnya, atas dan bawah!"
Tapi kesalahan dari Plastik Sampah ialah, hatinya telah terdetik dengan berat, menjawab tidak. Tidak yang bermaksud, hatinya mahu yang baru, tanpa sesiapa di belakang apa yang akan diberi kepada Plastik Sampah.
Detik hati Plastik Sampah yang begitu, mengundang keraguan.
Jawab Burung-yang-hinggap-di-pokok, "kerana detiknya hati kau begitu, maka hari ini, telah Tuhan ambil semuanya dari kau".
Terduduk Plastik Sampah, bersendirian lagi, dengan kacau bilau, meraung - raung, melolong rindu dalam sunyi.
"Tapi detik hati aku ini boleh diasuh supaya beredar! kerana aku mungkin akan berkhidmat untuknya sampai mati! Takkan takda belas kasihan pada aku wahai burung?"
Burung kesal sekali, lalu jawapannya, kau lihat sahajalah dia. Adakah tong sampah kaca seperti itu yang kau inginkan? Lihat lah kelilingnya, sejarahnya, kenalan - kenalannya! Itu bukan cara hidup kau. Kau tetap Plastik Sampah yang akan hidup terus menjadi Plastik Sampah.
Plastik Sampah tertunduk diam. Tidak ada lagi kata - kata yang tersembur dari bibirnya kerana disekat oleh kehancuran sengsaranya hati. Sebelum beredar,
Burung Hinggap bertanya, "Plastik Sampah, apa minda dan hati kau sedang berkata - kata sekarang?"
Dia akan sesal bersama kumpulan tong sampah berkaca lain, hatinya akan patah dan kembali tertunduk, fikir hati Plastik Sampah yang tidak menjawab soalan Burung Hinggap.
Kemudian burung beredar meninggalkan segulung kertas bermesej,
"Atau sebenarnya Tuhan memang mahu selamatkan kau daripada berada di dalam kelompok bajingan - bajingan kudis dunia itu?"
~SEKIAN~
p/s : sedang menyiapkan pembacaan buku yasmin ahmad's films karya amir muhammad..
beli kat mph, rm30 ,tuu..xpe2..enjoy reading it ! c yaa..
No comments:
Post a Comment