Sunday, June 5, 2011

pegang tangan. potong tangan. amboi tangan dia. tangan?

Salam...salam..salam..

Ok. Entri kali ini adalah pendapat peribadi. Sebarang makan dalam, sentap dan gedik-gedik offensive adalah tidak dilayan sama sekali. Sekian.

Kupasan isu ini hanya berbentuk umum.
Jangan berharap anda boleh membuat tesis dengan berujukan entri ini.

Ok. Mari kita cakap pasal couple. *ambil kopiah sat. sarung*

Pasangan kapel akan sentiasa rasa indah sepanjang melayari industri perkapalan mereka.
Namun, masih juga dihanyut gelombang dan gelora tidak kurang ancaman lanun. *hikayat merong*

Ok. Kita kecilkan skop kepada liberal seorang kapel Islam.

Aku tak begitu pasti, hukum kapel dalam Islam. Pastinya banyak pihak yang banyak berdebat mengenai perkara ini. *formal tone*
Apa yang aku pasti...Jangan liberalkan Islam. Ok. Dari pandangan aku, Islam liberal adalah dengan suka suka hati jek memfleksibelkan hukum Islam dengan nafsu sendiri demi menampakkan diri tidak berdosa dalam melakukan perkara yang terlarang atau diragui nan syubhah.

Eh suka hati lah kalau definisi aku lain dari yang sebenar. Macam burit. Ada burit yang bermaksud bawah kapal, ada yang bermaksud u-know-lah-kan ada yang bermaksud punggung (lebih kurang kes pantat untuk masyarakat Sabah)
*aku tak mencarotttt!!!!

Ok. Isu yang aku nak bincang ni..(bilanya nak bincang..intro manjanggg)
Isu pegang tangan dalam kapel-kapel...*ouh sweetnya.

Takdelah. Tersentuh untuk sama-sama mengupas isu ini. gituh.

Pegang tangan tanpa lapik selalu diamalkan oleh mereka yang berkapal dengan tujuan
  1. Melahirkan rasa sayang melalui jambatan tangan
  2. Medium untuk memujuk
  3. Menunjukkan kepada masyarakat mengenai status sosial anda
  4. Mengamalkan gaya dalam drama TV
  5. Dan sebagainya

Ok. Fatwa atau dalil atau hujah yang biasa kita dengar yang menjurus ke aras Islam liberal dunia mereka adalah, ada Mazhab Ahli Sunnah Wal jamaah mengatakan bahawa tidak batal air wudhu jika bersentuhan bukan mahram lebih-lebih tidak diiringi nafsu. Contoh famous adalah ketika mengerjakan tawaf yang sesak berhimpit lelaki perempuan.

Ok. Banyak je perkara yang tak batalkan wudhu

  1. Mencarut
  2. Mengumpat
  3. Berbogel di khalayak
  4. Meludah di muka kawan
  5. Menengking ibu
  6. Menendang perempuan yang mengandung (asalkan berlapik)
  7. Dan sebagainya.


Paham tak? Paham tak apa yang aku cuba sampaikan?

Bila dalam Quran cakap, jangan hampiri zina...jangan lah hampiri...
Tahu tak definisi hampiri? Sila buka kamus atau google sendiri ok.



Sekian dulu luahan perasaan. Salah dan silap harap dimaafkan.

love,
jefri

p/s : kalau tak silap kalau pegang bukan mahram nanti kena pegang bara neraka..kalau tak silap....kalau tak silap k.....
p/s : mana-mana yang masa muda duk pegang-pegang tangan..semoga kekal sampai ke nafas terakhir sambil tangan pun saling digenggami....gituh.

2 comments:

Unknown said...

pegang tangan selepas halal..hehe

Jefri said...

setuju...huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...