Thursday, June 16, 2011

Falasi atau pemalsuan.

Salam...salam...salam...

Sedang menonton rancangan tv3, You Saka gi men jejauh yang dipenuhi dengan 'hantu kostum' membuatkan aku rasa nak update blog ini dan ingin membicarakan tentang...........


FALASI ATAU PEMALSUAN 
(ok memang takde kena mengena dengan cite itu)


Dengan ringkas, aku mentakrifkan falasi atau pemalsuan sebagai satu pernyataan yang nampak betul tetapi salah. Dengan kata lain, terdapat perkara yang tidak benar atau palsu dalam pernyataan yang dikemukakan. 

jefribudaksuci.blogspot.com.16 Jun 2011.

Objektif sebenar untuk kita turut berbincang dalam majlis ini tidak lain tidak bukan sekadar ingin berkongsi rasa dan pengetahuan di samping menjalin hubungan yang erat dan terpuji. *senyum simpul* gituh.

Baiklah.
Aku pernah dengar perkataan ini sewaktu semester satu tahun satu ketika subjek Falsafah Sains yang merupakan subjek U3 di UKM. Baiklah. Apa itu falasi?
Terus bagi contoh untuk nampak faham...

Memecah masuk ke rumah orang adalah salah di sisi undang-undang. Ahli bomba yang memecah masuk rumah untuk memadam kebakaran juga dikira sebagai salah di sisi undang-undang lah.

Itu contoh paling senang. Nampak betul tapi nampak lagi salah...

Contoh-contoh lain :

  1. Semua orang yang saya jumpa bercakap dalam bahasa Melayu dengan saya. Jadi semua orang adalah bercakap dalam bahasa Melayu.
  2. Kalau seseorang tu demam, dia akan batuk. Tiara sedang batuk jadi dia mesti tengah demam.
  3. Kalau hari hujan, mesti langit mendung. Kat luar sekarang takde hujan mesti sekarang langit tak mendung.
  4. Banyak ayam mati musim tengkujuh. Nelayan tak turun ke laut sewaktu musim hujan. Nelayan yang tak turun ke laut sewaktu musim hujan telah menyebabkan ayam mati.(fuuuu)
  5. Hari yang cerah adalah bagus. (tapi kita perlukan hari hujan untuk sumber air, kan?)
  6. Jangan mandi hujan, nanti demam (demam adalah disebabkan virus atau infection atau lain-lain selain hujan)
  7. Dan fikirlah sendiriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..................

Begitulah...hihihihuhuhuhahaha..*motif tiber gelak*

Sekian dulu..c yaa


love,
jefri

p/s : Janganlah kita suka memalsukan sesuatu kelak diburu SPRM dan janganlah menutup filesharing sites and  download sites. Hal ini seakan membunuh jiwa pengguna internet. gituh iklan.

3 comments:

SoLy SoLicious said...

tak phm la jeff , knp bomba nak pecah rumah padam api pun slah..haissshhh

Tuan Tanah - Jefri said...

hihihi. itu statement yag falasi lah tuh...dia guna statement memerangkap gituh. nanti nak citer pasal paradoks plak. lagi best..huuu

Noor Asyietah said...

tq :) sy dpt tugasan diberikan mencari makna atau definisi falasi. falasi adalah pemalsuan ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...