Salam...salam..salam...
Dua hari yang lepas merupakan hari yang sangat mencabar dan berliku buat diri ini. Aku berhempas-pulas memulihkan laptop murahku dari serangan scam-haramjadah-hack-malware-sialan yang selayaknya dapat gelaran babi-sangat-sape-yang-sebarkan-benda-nih-haa-kan-dah-dapat-sumpah-seranah-free-sebbaik-aku-tak-jumpa-mak-esah-suh-mandrem-atau-voodo.
Alhamdulillah (mode syukur) selepas berjaya mengharungi semuanya.
Perasaan aku seperti :
- Seorang ibu yang melahirkan anak kembar 4 (motif 4 adalah aim untuk dapat 4 flat exam depan, mampoo?) menggunakan normal birth without any sedatives nor caeserian.
- Tok batin kampung Ulu Cekah Raub (kampung rekaan) yang berjaya menghalau pembalak dari melanyak rumah kitakkkk....
- Make up artist yang mulanya risau melihat wajah pengantin persis elok sikit dari jambatan tergendala di Sungai Kepong (fakta ini diragui) akhirnya menjelma jelita persis elok sikit dari Rojita Cik Whann...
- Seorang bapa yang berjaya mendapatkan semula anak-anak kembar 4 (rujuk kisah pertama) yang diculik oleh penyimbah strong bases tanpa melibatkan polis dan duit pembebasan berjaya dikebas sebelum keluar dari rumah penculik yang dibom sejurus mendapat anak-anak kembar 4 tersebut and by the way, happy belated father's day to anyone who celebrated it.
- Dan sebagainya yang menunjukkan perasaan mendapat semula hak yang dirampas.
Alkisahnya, dua hari lepas, aku bukak dashboard blog pastuh tengok ramai update blog dan aku pun klik-klik nak blogwalking tetiba kuar warning dari
WIN 7 ANTISPYWARE 2012.
Benda cilaka ini adalah sejenis scam yang berpura-pura mejadi trial antivirus dan kononnya menunjukkan yang komputer kita telah dijangkiti pelbagai virus, kuman dan bakteria walhal non hadooo....
Sesungguhnya ini adalah antara malware yang paling susah untuk aku lawan *pose pahlawan*
"Embun tak kira mak..
Embun akan turut berjuang mempertahankan negara bersama abang Bayu.."
*sambil betulkan selendang n gendeng senapang gajah..gituh.
*sambil betulkan selendang n gendeng senapang gajah..gituh.
Mak Embun, "Hang jangan nak gatai bijik sangat aih...
pi ghebuih ubi kayu tuh kat dapurq"
-sekadar hiasan. do not offense melampau. gituh.-
nota : malware adalah ibarat tetamu yang tidak diundang tetapi telah memasuki ke dalam lappy kita tanpa disedari dan tujuannya tidak lain tidak bukan membawa virus dan segala anak beranak tolak ayam itik kerbau lembu jek untuk mengganggu sistem operasi komputer. Bacaan lanjut di wikipedia.
Benda ni mimic/mengajuk antivirus dan menghalang segala aktiviti kita untuk
- Membuka browser internet
- Buka folder
- Buka mp3 player
- Buka software
- Dan sebagainya
Benda ni seolah-olah nak takutkan kita yang komputer kita dah dijangkiti dengan teruk dan hanya boleh dirawat dengan menggunakan WIN 7 ANTISPYWARE 2012 yang perlu dibeli lesen full version yang sebenarnya adalah FULL OF LIES!
Namun disebabkan aku yakin yang benda ni nampak benor menipunya, seb baik aku ada dua user dalam laptop nih. Benda ni serang user admin aku, aku guna user guest aku untuk google apa yang sebenarnya terjadi? gituh.
*Penting tau untuk ada dua atau lebih users dalam laptop lebih-lebih lagi untuk kes macam ni.
Go to Control Panel pastuh add user.*
Berbekalkan MalwarByte Anti Malware (MBAM) syukur aku berjaya got rid of this bitch.gituh.
Untuk penjelasan secara visual dan lebih pemahaman sila tonton ini
*kan ada kod yang nak kena isi dalam notepad tuh, here it is :
Windows Registry Editor Version 5.00
[-HKEY_CURRENT_USER\Software\Classes\.exe]
[-HKEY_CURRENT_USER\Software\Classes\pezfile]
[-HKEY_CLASSES_ROOT\.exe\shell\open\command]
[HKEY_CLASSES_ROOT\exefile\shell\open\command]
@="\"%1\" %*"
[HKEY_CLASSES_ROOT\.exe]
@="exefile"
"Content Type"="application/x-msdownload"
Begitulah....paham tak? paham tak?
sekian dulu, c yaa
love,
jefri
p/s : biasanya kalau berhadapan dengan kes sebegini, ramai yang prefer to format their lappy. Tak best lah kan ibarat kita kena build up our old house after being on fire kan...
p/s lagi : janganlah jadi hackers untuk menyusahkan orang lain. ni la antara contohnya...tapi jadi hackers ada gak sisi mulia dia, contohnya untuk banteras jenayah kolar putih (ayat karangan uols) dan memberi peringatan kepada kerajaan untuk tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan
p/s : minta ampun dan maaf kalau terkasar bahasa atau tertidakterkurang sopan. yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kekhilafan diri ini. *majlis bersurai, sila nikmati jamuan ringan di rumah sendiri*
4 comments:
hahah..format je..habis cite...haha
isk3.kalu format habes laa..penat woo nak adakan mcm2 kat lappy. tapi kalu da xde pilihan lain nak wat caner kan
hahaha..naseb bek ader penyelesaiannyer..hehee
huhu..hohoho..naseb baik...uish apek ni dah la budak kompiter..mesti lg teror..uish segan2..hohoho
Post a Comment