Saturday, April 24, 2010

kangkang..?? isk3..

“Saya nak pergi kangkang. Kamu nak ikut?”

Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga.

Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku;
“Hah? kamu nak pergi apa????”
Dengan slumber pula dia menjawab,
“Itu… Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaaa~” sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.

Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata…

“Astarghfirullah’alazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah… kesianlah dekat mak ayah kamu tu… dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?”
Jerkah ku. Puas hati! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Tapi, lain pula jadinya.


Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab;
“Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?”
Aduh, bertambah ‘panas’ hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula!
“Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?”









p/s : nasib baik kedai ni takde kat felda chemomoi, sweden..kalau x, hari2 orang kampung aku nih pegi mengangkang...muehehe...

*cilok dari forum cari gold

3 comments:

dayana yusoff said...

Hahha. ngokngek!

Maryam Fatanah said...

bahaha..klaka ah
x sgke nme kedai tu mcm tu skali..

J.E.F.R.I said...

yana + mary : muehehe..kih3..aku pun xsangka ada kedai cenggini..memang terbaek dari ladang..!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...