Tuesday, January 25, 2011

lipotransferase...what again?

salam...salam....salam...

kekurangan lemak?
inginkan bentuk badan yang mantap dan gebu?
bentuk badan yang sedap-sedap manja dipeluk oleh gf/bf memasing?
inginkan lemak kerana ingin pergi ke luar negara masa musim sejuk?
ingin lemak untuk dibuat nasi lemak?
dan sebagainya....

jangan risau. ini bukan produk MLM.



..............................



pagi tadi ponteng kelas pukul 8pagi sebab nak tidur lama sikit lepas tidur lepas subuh sebab malam tadi kononnya study sampai larut malam yang sebenarnya takde ape lah sangat. bangun, siap mandi, siap touch up kacak-kacak anggun jelyta, terus ke cafe....

uuuuu.....

makan sarapan pukul 9pagi. makan laju-laju sebab nak kejar kelas forensik pukul 10 pagi. makan nasi lemak+ayam potong kecik 2 ketul+kekacang+ ikan bilis+timun=rm3.50.
jeling gak kat orang sebelah yang beli nasi goreng ada la dalam segenggam, rm1.50.

kompem makcik cafe nak gi haji syle balik hari.

.............

habis kelas. kelas habis awal sebab ada tragedi dan bukan itu yang hendak disampaikan di sini, pergi cafe FST dan nak cuba kebab special sebab memang da lama nak cuba sekali cuba rm7 dan mayonis dia rasa masam yoghurt tambah kelat sikit. sebelum itu, vending machine mengeluarkan air tin mirinda yang berharga rm1.

..........

kelas kimia koordinatan yang literally best itu habis. pergi bakery di pusanika dan makan bubur nasi rm2 dan bestnya bubur itu sebab boleh bubuh kekacang dan ikan bilis dan sambal cili api yang padayappa lazarrttt sekali. still rm2. pastu tak puas hati nak gak makan roti inti fishcat yang lazartt jugak berharga rm1.70.

............


balik pusing ikut masjid, sebab tak nak naik tangga catwalk balik burhan sebab sayangkan lelemak yang melimpah dalam badan dan kemudian sepanjang jalan keluar ke gate ukm, barisan kereta beratur panjang, dan tiba-tiba, eh, milan ajak pergi pasar malam. aku pun cakap taknak, dah kenyang tapi terus pandang kiri kanan naik kereta pergi ikut sekali.

naik kereta itu pergi ke pasar malam bangi yang sangat banyak makanana beli nasi ayam rm4  beserta bontot ayam bersalut madu dibakar lembut sebanyak 3 cocok bersamaan rm3. beli kuih apam dan puteri ayu (sila google andai tak mengerti) dalam rm3.

ekspedisi tamat.


.........




pergh, bape banyak makan? bape banyak habis?

oleh itu...


kekurangan lemak?
inginkan bentuk badan yang mantap dan gebu?
bentuk badan yang sedap-sedap manja dipeluk oleh gf/bf memasing?
inginkan lemak kerana ingin pergi ke luar negara masa musim sejuk?
ingin lemak untuk dibuat nasi lemak?
dan sebagainya....


 coz we have a lot to transfer.....



jangan risau. ini bukan produk MLM.


sekian dulu..c yaa

love,
jefri


p/s : huaaa...nak zaman mantap macam dedolu.
skang ni mantap tapi tak mo la cam ni...*sambil muncungkan hidung dan geleng-gelengkan kepala.

p/s lagi : eh, bukan hari-hari tau aku belanja camni. adatla kan jba (bekalan air kah?) baru masyuk..=)
*lepas dendam time duit tak masuk sebulan lagi awal....katanyaa....

Monday, January 24, 2011

sukan yang penyayang....

       
salam...salam...salam....

ok. pagi tadi pukul 9 pagi, ada sukaneka bersama anak-anak yatim dari rumah Nur Hikmah, Kajang.
Kesimpulannya, tak penat sangat, tak rilex sangat tapi best, enjoy dan besh!
Okay, setelah mencurik pics dari fb, dan diupload secara random, mari saya photoblog :



di atas merupakan kumpulan saya(free hair) bersama Amy(tudung putih) dan Sally(tudung merah). 


sebilangan anak-anak itu.
*yang baju merah itu pose sangat kan...~



saya (baju hitam) dan farius (baju hijau) si cikgu tesl.
beliau jadi emcee hari ini..=)




ini antara sukanekanya lah. ini pingpong dan kertas. menggunakan kaedah pemindahan.



ini adalah sofia. macam pan asian kan?



eh, ni pic hujung-hujung. err, ini adalah ala-ala post mortem tapi teda mayat ya.



ouh, heyy, thats me! (-_-'')




angkat meja. rajin. hebat.



ni dah habis semua games. 



ni anak ikan sape ek..sol ke? 


eh, lupa. grup saya nama saranghae. pemende tuh...
idea si sally (tudung merah) itu ler...


angkat meja lagi. rajin. hebat.


ni adik kepada sofia tadi. namanya baby....katanya...






ini game bola beruang. kepit-kepit bola lah.


ketibaan mereka yang disambut dengan debaran....gitu..~



ouh, ini bukan beruang. ini demo game bola beruang.


ouh, thats me!!! (-_-'''''')



ini senior forensik saya yang best. tengok rambut siap libas-libas ya.




sementara tunggu lunch, beramah mesra bersama ahli kumpulan.
tapi, saya segan......*sambil kuis kaki pada tanah...



ini lepas habis semua games.
fotosyut katanyaa..





fotosyut lagi..katanyaa...


ini senamrobik. 

 


ini pula kawan-kawan yang sudi hadir memberikan sokongan, tenaga, masa, dan senamrobik untuk semua.
thanx banyak-banyak...<3


=))
ok..itu lah dia. ngantuk dah ni. tido dulu ek. sekian dulu..c yaa



love,
jefri



p/s : back to normal again. but at least we have something to lean against. be grateful and appreciate your life as there are people dying to do so but they just cant...
*entri ini ditulis dengan penuh rasa sopan, loving dan keterpenyayangan....sekian.
*aku ni jepree ler!

Saturday, January 22, 2011

silakan.

tu diaaa...mai mai masuk terus pose puas....



salam...salam..salam...

berikutan pelbagai kesulitan yang dihadapi dalam semenjak dua menjak ini, akhirnya apabila sesuatu progres ataupun perkembangan sudah kelihatan, hatiku mula berbunga ceria...lalalala

perkembangan apa? progres apa? cerita apa? kisah apa? aktiviti apa? program apa?
haish..macam-macam...kertas kerja berlambak nak kena buat plus banyak yang akan direjectkan dan segala macama persiapan perlu dibuat dan macam-macam lagi lah.

baik. kita kayuh pelan-pelan ye.

ok lah, untuk melangsaikan perkara-perkara tertunggak, mari kita selesaikan tag ini dulu :

1. dari akak syira yang cambest jek...(tag ini dikopipes bulat-bulat dengan jawapan sahaja yang dieditkan)



..Bagi 3 makanan yang korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut..

a- sate
b- big apple (donut ye, bukan epal bosaa)
c- rendang
*ala...ada banyak lagi!


Jenis air apa yang korang paling suka?

milo kaw (bukan milo kau punya!)
jus bebuahan
minuman yogurt

Which type of food yang korang prefer? Pilih 3..
Malay, Chinese, Japanese, Western, Italian, Mexican, Arabian?

malay- lontong
western- spagetti (masakan sendiri ok)
arabian : kebab

Apa makanan yang korang paling expert masak? Dalam kata lain takyah tengok resepi tapi at the same time bila orang lain rasa akan kata Wah,gila sedap!
hurmm...kek batik, kek coklat, kek span yang guna tepung blue key itu, masakan tengah hari yang biasa-biasa macam masak kicap, sambal, dendeng, kari, goreng naget, goreng sosej, goreng-goreng la apa-apa yang boleh digoreng dan sebagainya. *tiada unsur riak ok.

Semahal mana korang bayar tuk makanan korang?

mengikut selera dan kemampuan duit pada masa tersebut..


Beri nama restoran feberet. Apa makanan yang paling sedap?

hurmm.. entah ler. jarang makan luar. tapi kalau kat dalam ukm ini, i promote kat ktams and kat keris mas. =)
*royalti plez

Ayam, itik, lembu , kambing, burung puyuh, burung wak2, rusa, landak, merpati, ayam denak
Mana satu yang korang suka? Kalau korang suka tapi xde dalam list,gtaw ek.

semua.

Restoran/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda. Dan makan/minum apa? Kalau korang ingat la kan..

tak suka dating. banyak haram dari halalnya. *pose ustaz.

Apa makanan yang selalu remind korang terhadap pasangan korang? Kenapa?

xde sebab xde la.

Kalau pegi rumah orang, korang akan berharap orang tu hidang apa?

tak mengharap sangat sebab tak mau la susahkan orang.
*pose cinderella.

Makanan yang korang tak boleh nak telan langsung. Samada tak sedap/ tak boleh telan langsung.

makanan yang pahit/kelat/hangus/haram/non toyyiba

Menu raya yang paling disukai?

rendang, lemang, ketupat, nasi impit, kuah akcang, wajik dan dodol jangan lupakan...peninggalan nenek zaman berzaman..asyik bersembang....

Jajan/ cekedes yang korang suka

mr potato dan pringles yang perasa tomato.

Beri 2 makanan yang emak korang masak yang korang paling suka?
semua.

Makanan yang paling pedas yang korang makan? Sape masak?
entah ler. rasenye masakan paknjang aku kalau isteri dia takde or ada hal, dia masak then aku try la, pedas. katanya tak nak bagi anak dia makan banyak lebih-lebih lagi kalau masak yang sedap-sedap macam ayam atau daging yang susah jumpa. isk3.

Korang klu jumpa orang yang TAG nie, apa agaknya yang korang akan hidangkan?

nak bagi kak cambestje makan apa-apa yang available time tu ler.

Sila tagged 15 orang dan PAKSA mereka buat tagged ini..


-norha soleha
-amy
-tiqa
-alya motepp
-aiman
-hida
-dyana
-shafiq
-gee
-iqbal zarin

*malas nau nak buh link.
pilihan adalah secara rambang. so, u know who u really are kan?
sila buat tag ini untuk dijadikan modal update blog. hihi. 


2. tag dari miss mary vienna amour la usurpadora fatonah de cleopatra hey.

Kamu Sejuk Macam Salji

Award from Miszlullaby

thanx mary. this really touches my liver and gall bladder as well...=))

1) Bila korang suka tulis entry?
majoriti malam. minor siang la kan.

2) Adakah korang blogwalking hari-hari?
90% setuju.

3)Namakan tiga blog yang korang paling suka baca:

Atas dasar demokrasi, saya akan cakap, saya suka semua blog yang wujud di bumi ini!
tapi, nak gitau gak saya suka blog kereta mayat,
blog kak senduk dan blog aidid muaddib. sila terjah mereka. hihi.


4)Apa yang korang nak cakap dekat ML kalau korang jumpa ML (Hahahahaha!):

ML WHO????

5) Tag 5 orang rakan blogger yang korang rasa cool like a snow~
AIMAN
IQBAL ZARIN
HIDA
AMYLIA SHAFIRA
AKAK CAMBESTJE
eh, yang lain pun cool gak...=)

Sekian dulu. c yaa

love,
jefri



p/s : hidup ini indah jika kita pandai mengindahkannya. sekian.


Sunday, January 16, 2011

no matter. takpe.

salam...salam..salam..


lama tak singgah sini. takpe.
lama-lama singgah gak kan...

ok. aku baru sampai ukm. balik kampung. best.
dapat hilangkan masalah. buat sementara. takpe.

bila lagi nak cuti? hurm. cuti raya cina ni tak dapat balik.
kena join opkim. pastu, bila nak balik? takpe.
nanti study week seminggu boleh balik, kan?
dua bulan lagi. takpe.

kalau orang lain boleh, kenapa aku tak boleh.
ececeh, ayat nak sedapkan hati jek tuh oleh pakar motivasi mahupun kaunselor sekolah.

kalau tak caya, sendiri rasa. ok.

sebenarnya, aku dah hilang mood, hilang azam, tawar hati. tak best.
takpe. put some spices lah...
sekarang aku ngah build it up.
doa banyak-banyak.

hurm, semuanya berkaitan dengan program.

bila berkaitan dengan program, mesti ada kaitan dengan orang, manusia, insan.
yang ni aku lemah, lemau sikit.
eh, program ni bukan satu program jek tau. berlambak program.
ada jugak orang mau aku lead sesuatu program tuh entah apa-apa lah sebabnya kan...
aku dah biasa lah. tapi yang tak biasanya, komplotasi untuk menjadikan aku leader.
hahahaha.
i wonder how they sleep at night.

semua nak ikut kepala masing-masing.
masalahnya, cam bagusssss....
sebab tu kot robot dicipta. mesti pencipta robot ni tak suka berurusan dengan manusia.
yes, good for them.

takpe. time macam ni lah tuhan nak uji kita punya tahap kan.
dan aku selalu, sangat, amat memerlukan back up support.
selalunya yang jadi mangsa mesti family aku.
hurm. mangsa is not the right word. find urself lah.

bila ada masalah baru nak berpaling kepada family, eh, time senang pun.
takpe. benda ni yang akan menguatkan lagi hubungan dan ikatan.

ok. sekian dulu. c yaa

love,
jefri


p/s : takpe. nak permainkan aku? takpe. tapi semua benda ada tahap. tak caya? cek buku kimia. chemistry is life. In chemistry, and chemists believe that semua benda adalah bertahap. well, as i am made up of matter, not everything is as simple as no matter. ok. tak paham? takpe.

Monday, January 10, 2011

imbasan. how i miss my old days...(ajl)

salam..salam..salam...


masih dalam mood anugerah juara lagu, actually, aku tak terkesan pun dengan kemenangan ana rafali and the others.  entah la. lagu-lagu yang bertanding untuk ajl25 rasanya macam stereotype jek..satu bunyi atau pun isosong bak kata budak-budak kimia..

hey people, check this out. aku baru jek pas downlaod semua video tuh. sadly semua tuh short performances of previous ajls. but, the best part is aku rasa sungguh sayuuuu..best ke sayu? ntah.

ntah la. bila kita ingat balik zaman masa kecik-kecik and pramatang dan juga dikenali sebagai ribena mahupun retarded (no offense)..aku suka gilak ngan those old memories. it just takes my breath away.
zaman yang kita selalu di bawah parental guidance yang betul-betul literally define dan everything revolves around us are the things that we can bear/deal with. ouh, how i miss them!


Biar la orang nak cakap yang zaman dulu kolot ke, orang kampung khususnya macam aku, tak tau what kfc is acronym for, what is the latest thing in the virtual dan apa-apa jek lah developing things yang sedang dihirup.


Berbeza dengan zaman yang sedang aku diami, aku cuba mendiaminya sediam yang mungkin seperti kata dasarnya, tapi i just can't. Konflik, pergelutan, stabbing in front or behind side, bertalam-talam. cemburu tanpa sebab dan paling teruk hati yang busuk mengalahkan pesakit hepatitis (no offense).


Ya, Kita sekarang sedang mendiami zaman yang penuh pergelutan. Zaman yang dah berputar 360 darjah, berubah kutub, berubah paksi dan mungkin akan bertukar wajah. Aku benci. Aku tak suka. Aku hate. Aku dislike. Aku hatred. Apa lagi?

How i miss those old days.....


...................

Semua ni sebab AJL lah ni. Dah i emosional. tak pasal-pasal dah berubah watak jadi patriotik. Sepatutnya tidur pun dah tak tidur padahal kelas esok pukul 9pagi deret sampai 5petang. Ada lab plak.
Lepastu nak jumpa macam-macam lagi orang esok, dan setiap orang kena layan berbeza layanannya.
Sebab diorang ada perasaan, aku jek yang takde perasaan..*motif menyentap di sini?
Pastu pelbagai lagi aturan hidup perlu ditempuhi plus dengan karenah sosial.


zaman ini lah yang barusan digembar-gemburkan.


Ok, berbalik kepada nostalgia AJL. Zaman dulu punya AJL, ermm aku simpulkan bahawa zaman dulu punya AJL melibatkan AJL before the 3 categories being bubarkan which is AJL yang Meet Uncle Hussein menang dan ke bawah sampai la yang fransisca peter. Eh, kategori ni dimulakan since AJL yang Fauziah latiff menang atau M Nasir Tanya Sama Itu Hud-hud menang. Tapi, the previous (Fran, Zaiton Sameon, Ramlah Ram, remember?) was not that bad and kinda enjoyable compared to the current.


Mungkin faktor lain adalah sebab lagu-lagu dulu bersifat halwa telinga dan mesra pendengar. Today's are like catchy, fun, let-it-go-then-forget kot....Macam lagu-lagu yang bertanding zaman dulu, semua berpeluang menang dan kalau menang memang takleh nak bangkang sangat, well depending on fans kronisme. Memang sengit. Dengan performance yang bersungguh, kreatif, latihan yang mantap, media pun banyak membantu. Selalu aku tengok MHI pagi-pagi untuk tahu perkembangan latihan diorang. Yes, Just for that.

Yela..sekarang dah berubah. yelah..nak berhenti taip dah ni. dah...yawning jua.

sekian dulu..c yaa


love,
jefri

p/s : eh, tengok tau link yang diberi itu. aku dah siap download. pastu kalau jumpa aku akt cafe ke kat tepi jalan ke kat fb ke kat blog ke kat kampung ke kat bandar ke kat mana-mana ke tak kisah la yek please say that u feel the same to me too...i tau blog i silent reader mengalahkan ejen risikan rusia..ok. peace.tq


p/s lagi : kalau la sape-sape ada set kompilasi AJL zaman dedolu, sila la upload ke mediafire then gitau aku ek..hehe....ok. peace.tq.

Sunday, January 9, 2011

Aku Jefri Laa..(AJL)

Salam..salam...salam...

hihi. Mari saya mau kongsi ini link. Link ini adalah untuk menonton AJL 25 secara live khas untuk kita-kita yang duduk di hostel atau di mana-mana tempat yang tiada kemudahan peti televisyen tetapi ada internet.

Sedikit-sebanyak kenangan gue sama itu anugerah juara lagu :

  1. Zaman dedolu memang minat gila siti nurhaliza. kalau siti bertanding jek, mesti mau dia menang gak! mesti! kalau kalah, mesti emo keesokan paginya.
  2. Biasa AJL nih wat hari Ahad, so Isninnya memang semangat giler nak ke sekolah sebab nak wat analisis dengan kengkawan..isk3..
  3. To ensure that my favourite wins, during the day, aku akan wat macam-macam kebaikan dengan harapan akan dibalas dengan kemenangan my feberet tuh. isk3. bodo punya jepree kan...
  4. Sebelum start AJL nih, aku kemas umah cantik punya kemas. eksaited punya pasal sampai macam-macam benda yang di luar tabii dilakukan. (tabii di sini bermaksud kebiasaan. sila jangan fikir bukan-bukan! tq)
  5. Belek paper yang ada citer pasal AJL sebelum dan seminggu lepas tuh. memang stim lah baca.

Dan sebagainya...eh, benda ni berlaku time zaman muda remaja bergetah dara dulu ek. hihi.
skang dah duk luar umah (bukan maksud aku lari dari umah atau kena halau dari umah k! i study luar lee)


Tapi skang AJL dah macam lain. Tak macam dedolu. I prefer the previous version of three categories, hilarious hosts and amazing perfomances, together with the great competitors.


Hurm pape pun...malam ni nak try tengok on9. Harap-harap la jaring ukm tak wat hal..kalau tak, kena tengok gak kat bilik tv...
*weh, assignment kena hantar esok..satu abjad pun ko xtaip lagi jepree! well, aku jefri laa..=p


sekian dulu..c yaa


love,
jefri



p/s : dengar kata time interlude (time nak tunggu result kot, aka selingan) nanti ada trio siti, jena jen ngan kak pah akan perfom...sejarah mungkinkah berubah...????? muehehehe..=D

Wednesday, January 5, 2011

sedikit perkembangan. terima kasih.

salam...salam..salam...

bersua kembali...
ok. nak bagitau yang walaupun sekarang ini adalah minggu-minggu awal sem, aku dah mula perasan sibuk tahap langit ke tujuh sharifah zarina, kata-katamu bukan mimpi..di siang hari..hooo...hooo..yeahhhh...

oleh itu, sedikit perkembangan :

  1. JPA masih ingkar dan enggan untuk memberi duit kepada pemegang-pemegangnya.
  2. Lantaran itu, makanan ibarat dicatu, kehendak ibarat terbatas, hidup kian meruncing.
  3. Tapi yang peliknya, jisim molar badan masih di takuk lama dan dijangka akan bertambah ekoran slogan, 'makan-makan bila stress'
  4. Sekarang ngah gusar dengan masa depan, peluang kerjaya, pendapatan, nasib keluarga, hurmm.semua ini terjadi disebabkan khabar-khabar angin mengenai masa depan forensik di negara kelas ketiga/developing. Kalau camni, jom pindah europe, jom!
*4 points mewakili hasrat ingin mendapatkan 4flat untuk sem ini. pooorah!


ok. selamat tahun baru. Jom tengok pic bosan jap!




nota : teral nih masak, gigih tuh nak masak untuk sahabat-sahabatku di kolej nun...eh, lupa gitau, aku balik cuti yang Malaysia menang bola campur ngan tahun baru 2011. tambahan my nenek buat kenduri aqiqah, daging tu aku curik sikit wat kenduri plak kat sini.

menu : dendeng daging, kek milo, kek oren, kek batik. mau resepi? nanti rajin aku update ek. tak rajin aku tak update lah ek.


N aku balik hari tu, dihantar secara vogue oleh my family. Gambar di bawah adalah my mom yang vogue de vass bersama sepupuku yang baru spm. merayau jek keje beliau. Gambar diambil berlatarbelakangkan stadium kajang berhampiran restoren sate kajang hj sahmuri. ye, saya tahu, saya pandai ambil gambar. isk, dah la tu, jangan puji-puji lagi....


ok, sekian dulu.. c yaa


love,
jefri


p/s : mana pic final product? dah licin weh. tak nyempat-nyempat nak snap-snap...=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...