apa khabar gemuk-gemuk sekalian?
isk ngaku jek...
ok.
hmm..raya taun ni, aku puas ati.
coz semua berlari dengan lancar.
marathon kot.
tak sedar-sedar dah nak balik ukm.
kengkawan pun yang lain da mula balik.
hm. part ni yang tak best. rasa cam ape tah.
kekosongan tau tak? jiwa kacau. tenses.
*pegi amek wudhu'. wirid, baca quran! --terdengar suara dari backstage.
oh, aku terdiam.
hmm.
ok lah. untuk musim raya ni, aku nak ulas beberapa perkara.
pertama : iklan bertemakan raya.
setakat ni (ada lagi ke nak kuar iklan raya?) iklan-iklan semua GAGAL menarik jiwaku.
oh, dah la tv3 suku bermula dengan iklan kontrobasi, then company lain is tryin too hard ok untuk produce samting yang yasmin-friendly-user-marketability (tah ape ni?)
nak wat cam sedih laa..tapi.....meh sini aku jerit kuat-kuat...
NON HADOO..!!!
isk3. keji sungguh aku. cube aku yang wat iklan.
*err..iklan-iklan raya 2010 sila tengok di youtube. yang tv3suku dah banned.sori.
kedua : amalan permakanan.
sangat sadis ok. saya makan dengan gajahnya or in my word : elephanictrifying.
last berbuka e2, ada tahlil kat kampung, makanan semua rendang. tukang masak jek yang lain.
sangat meriah! best kerna kenyang! gila balun weh...
*makanan dimasak oleh tiap-tiap anggota keluarga dan dikongsi beramai-ramai. it is called in my word as sharibialitism.
tak habes ngan tuh. besoknya raya. sebelum solat sunat aidilfitri, makan r kan. hukum sunat tuh. tapi kalau dah makan sampai imam ngah baca surah lazim bila sampai masjid tuh memang dah kira luar biasa sarapan kan.??? ^^
pastuh kan, solat kat atas tar jek. aku terpaksa merentap sejadah jemaah sebelah, walau kutahu dirinya sentap. aku minta maap dalam hati. selamat hari raya!
pastuh, pegi solat jumaat. eh, aku duk saf keempat dari imam.
ini sudah pelik. tolak tambah faktor jemaah perempuan takde tambah ada lelaki yang tetiba uzur
syarie atau ramai dah mula bermusafir raya, so, aku reda.
*eh, nak cari abang yang aku rentap sejdahnya sehingga jiwanya tersentap, tak ingat plak wajahnya.
pastuh, marathon raya. dan malam itu jua aku marathon ke jambannn..
ketiga : duit raya
taun ni. semakin tak meriah duit raya. nak pegi beraya rasa malas. nak drive dari rumah ke rumah, rasa macam kurang melayunya. nak mintak-mintak, rasa cam dapat pelempang. oleh sebab faktor fizikal, jasmani dan mental...aku reda dan cuma menadah impian dan menaruh harapan...
*lagu zaeton sameon berkumandang.
pastuh, ada budak beraya datang beraya.
sayup-sayup dengar bunyi salam dah dapat detect, ni suara materialistik!
dasar raya keempat pun gigih nak cari duit raya!
konklusinya, aku bagi 50sen sorang.
walaupun mak aku suh bagi sorang rm1...
eh, tuh banyak tu wei...
raya keempat patut bagi 5sen jek yang kaler emas2 gangsa itu.
huh!
*istigfar weh!
keempat : rumah terbuka
eh, rumah saya buat. tapi yang tak berapa nak terbuka.
menu adalah laksa, bihun goreng, kuih raya dan kek-kek yang rata-rata saya yang beria buat.
penat woo. persediaan mental selama 2hari mana kala fizikal 7jam.
terima kasih la kepada semua hadirin yang sudi datang
yang rata-ratanya selebriti bloggers (wow!), rakan-rakan,
dan saudara mara yang kenal maupun tidak kenal sangat...=)
pastuh, saya jua pergi ke rumah terbuka orang lain yang juga tidak berapa nak terbuka.
*rumah tak berapa nak terbuka = just makan2.takde artis, PA system lagu raya, khemah kahwin maupun bunga telur?
terima kasih la kepada semua tuan rumah yang tak berapa nak terbuka yang berjaya meng-elephanatizing diri ini..
kelima, keenam dan seterusnya.. sila tambah sendiri ok. malas nak layan ok!
eh, mengakhiri entri ini,
sila nikmati pics saya yang juga malas nak buh banyak-banyak.
pastuh, saya jua pergi ke rumah terbuka orang lain yang juga tidak berapa nak terbuka.
*rumah tak berapa nak terbuka = just makan2.takde artis, PA system lagu raya, khemah kahwin maupun bunga telur?
terima kasih la kepada semua tuan rumah yang tak berapa nak terbuka yang berjaya meng-elephanatizing diri ini..
kelima, keenam dan seterusnya.. sila tambah sendiri ok. malas nak layan ok!
eh, mengakhiri entri ini,
sila nikmati pics saya yang juga malas nak buh banyak-banyak.
............
eh jap. dah dua hari entri ni terperap coz nak tunggu pic leh uploaded.
tapi still, stuck. mencik!
tapi..hmm.
lain entri la ek.
insyaAllah..
sekian dulu.. c yaa
love,
jefri
p/s : puasa enam. hmmm....insyaAllah..=)
No comments:
Post a Comment