Sunday, February 28, 2010

what the !!!!

uish....sungguh!




salam..salam..salam..

mengapakah entri kali ini dibuka dengan carutan..???
ish3...versi english plak tuh
saja ja nak saspens lbey..ihik!


btw...pic nih aku snap time ngah otw balik dari pasaraya big10 yang kire paling femes lah selepas pasaraya ekonomi kat area bandar kat ngan umahku ini...

..............


so, aku n abang kandungku mula berdiskusi tentang perihal no plat itu !

" isk no plat cmni pun nak beli ke..?? "
" tadak maknanya..dah no tu kuar automatik ikut turn die lah"
"ah, aku tak caya..aku pcaya yang skang ni manusia semakin kuang aja"
"manusia jadi binatang, binatang jadi manusia?"
"isk..takkan lah mutation n evolusi sampai camtu sekali?"
"hmm..itu teori aku jek..aku rasa manusia jek yg jadi binatang..jadi.."
"populasi binatang bertambah?



................



kereta saga kontot itu terus melianglentuk di atas jalan raya yang berlobang2 walaupon dah byk kali wakil rakyat janji nak spedo bagi licin persis guna olay regenerist..



"isk, kalau camtu, kes dera syafia humairah yang baru2 ni camne?"
"itu dah tak masuk kategori binatang..sebab binatang tak pernah dera anak..
binatang r*m*n anak ada lah ! "
" manusia jek yang dera anak sendiri..amah gak..
err...maksudnya. teori ko yg ptama tadi perlu disangkal sebab tak mencakupi semua aspek penilaian..manusia menjadi manusia ialah teori aku ! amacam ?! "



..........



sesekali bumper kereta seakan kecewa dengan kemajuan negara yang tidak maju.
oh, aku faham itu...aku cuma dapat bersimpati dan mungkin memasang poster untuk menghentikan semua ini..(err guna color buncho tahan lama x? )



" tak tahulah..tapi teori aku perlu difikirkan semula oleh saintis2 kat amerika nun..
lets take a look at the suspect's profile.."
"err...driver taxi jek...duk umah selang 10buah dari rumah mangsa..."
"ok, suspect had dated the victim's mother about 6years ago..diorang dah macam real husband-wife..mak arwah pun ada cakap sebelum nih ok jek.."
"yang wat aku pelik...suspek ngan mak arwah belum kawin tapi wat perkara orang dah kawin..macam....err....binatang..."
"that's what do i mean.."
" err..tak baik lah cakap orang binatang..tapi manusia pun binatang kan...di bawah kingdom animalia, class chordata..hmmm"
" the one with working brains ! "


...........


kereta saga kontot itu berenti di depan kfc yang kukira paling kecil di malaysia..mengikut anggaran kaunternye?......


"oh yeah..hmm...so nape no plat tu yang dia pilih ...
bukan ke dia ada pilihan ke nak terima ke tak.."
"isk3..mana bley tolak2..itu sume kan jpj punye keje..bab2 pendaftaran ni..
lepak diam2 sudah"
"entahlah..aku pun tak reti pasal benda2 nih..
tapi kan aku rasa semua ni takkan terjadi kalau semua pihak mendapat didikan yang betul"



..........


kereta saga kontot terus memecut pulang..


"semua itu bpunca dari sikap ibu bapa"
"uish..mana ko tau"
"betullah, ke mana tumpahnya kuah kalu tak ke nasi?"
"ke mee? or bihun"


..............


err...dua line ptama tu sahaja yg betol ok..yang lain aku tokok tolak jek..hehe...



hmm.. k lah..sekian dulu..c yaa..




love,
jefri






p/s : alfatihah kepada arwah adik syafia...kejam sungguh manusia ni sebenarnya !

>Perut mangsa pecah KUALA KUBU BHARU: Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Mohd Rashid, berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian Syafia Humairah Sahari, 3, disebabkan bahagian perutnya pecah, pendarahan serius di otak selain kecederaan teruk di seluruh badan.


“Kenyataan saksi bahawa suspek memijak mangsa. Dia ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu.


“Namun kita berusaha mendapatkan kelulusan mahkamah untuk mendapatkan sambungan reman sehingga tempoh maksimum iaitu 14 hari bagi memudahkan siasatan kes dilakukan,” katanya.


Bakhtiar berkata, pihaknya juga akan merakam percakapan bapa kandung mangsa dalam masa terdekat kerana dia mendakwa mengetahui anaknya didera sejak sekian lama.


“Semuanya masih dalam siasatan. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.


Sementara itu, Bernama melaporkan Bakhtiar berkata, pemandu teksi yang berdepan tuduhan membunuh anak perempuan teman wanitanya juga bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.


Menurutnya, polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut selepas didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil hubungan selama enam tahun.


“Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.


Selain itu, Bakhtiar berkata, polis kini mengesan beberapa saksi di tempat kejadian untuk diambil keterangan mereka.


“Saksi perlu diambil keterangan berikutan beberapa orang melihat kejadian tetapi tidak melaporkan kepada polis,” katanya.

~kredit to metro online~


notakaki:semoga siapa2 yang terlibat kembali ke pangkal jalan yakni agama islam yang sebenar..insyaAllah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...