Sunday, May 15, 2011

Godek-godek kuih melaka ondeh-ondeh.

Salam...salam...salam...


*sambil pegang sudip dan pakai apron which is so not necessary*

Hari ini, saya ingin berkongsi, tak lain tak bukan sejak dua menjak ni kalau bukan pasal komputer, pasal masakan kat blog ini. Jadi, rela-relakanlah membaca..

Hari ini sungguh istimewa. Hari ini hari Ahad. Jadi kita akan buat kuih melaka atau ondeh-ondeh atau kuih tepung pulut inti gula melaka bersalut hampas kelapa.

Lagi-lagi waktu cuti ini (bukan semua cuti) kalau rasa bosan-bosan, boleh juga dibuat di petang hari untuk mengambil hati ibu atau adik-beradik yang lain. Juga khas buat mereka yang mempunyai mertua atau mentua dengan tujuan yang sama, mengambil hati dan sila jangan lupa untuk dipulangkan kembali hati itu setelah diambil.

Bahan-bahannya :

  1. Tepung pulut cap bunga teratai satu kampit aka satu kilogram.
  2. Hampas kelapa aka kelapa parut dalam seplastik (boleh didapatkan di pasar awam)
  3. Gula melaka satu ketul yang berbentuk silinder itu.
  4. Secubit atau bercubit-cubit garam.
  5. Air untuk menguli tepung.
  6. Air untuk merebus.

Alatan

  1. Periuk atau periuk nasi untuk merebus.Mangkuk, besen, besan, bersin atau apa-apa bekas yang dirasakan relevan.
  2. Semangat dan keprihatinan.
  3. Playlist lagu Rossa atau Ziana Zain atau Spring untuk dijadikan halwa telinga.


Baiklah. Mari kita belajar buat kuih paling simple ini.



ok. sediakan barang-barang.

Ini Soleha Solis (rujuk fb beliau untuk berkenalan) 
merupakan pemotong daging gula melaka yang berjaya 


Tepung pulut diuli dan gula melaka dipotong-potong.

  
Bentukkan bulat-bulat dan ala-ala bentuk biconcave (red blood cell)
tempat untuk mengisi hirisan daging gula melaka itu tadi sebagai inti college



Biconcave shape = gentel-gentel leper pastu tekan tengah-tengah gently....




Sementara menggetel tuh, eloklah sebelumnya dimasak air. 
Bola-bola aka kuih melaka yang sudah siap bolehlah dicampak ke dalam air panas tersebut



 Kuih melaka dianggap masak apabila sudah timbul ke atas permukaan air.
*itu kaki gajah Soleha Solis


Teruskan prosedur yang sama sampai semua tepung yang diuli sudah habis digunakan.
 Bagi mengelakkan kebosanan, 
bolehlah duduk mengumpat berborak dengan kengkawan yang turut membantu.



 Eh, jangan leka mengumpat berborak!
Kuih melaka yang dah timbul-timbul itu perlu digolek-golekkan ke dalam kelapa parut.
Sebelum itu kelapa parut itu dicampurkan beberapa cubit garam untuk memberi ilusi rasa lemak.


Tadaa..Boleh dibuat juadah berbuka puasa atau diberi kepada jiran tetangga.
Akhir sekali tepuk montot untuk semua yang banyak membantu.
Soleha Solis dan Sya Mimi khususnya.

Boleh juga semasa menguli tepung itu, diletakkan pewarna untuk lebih grand.
Daun pandan juga boleh diletakkan dalam air rebusan untuk memberi ilusi aroma wangi.

Sekian dulu.

love,
jefri


p/s : khas juga untuk mereka yang dintis kerana tepung sangat mengenyangkan...T_T

2 comments:

SoLy SoLicious said...

oiitt..jeff.. mn x anta kat aku pun..
marah nih.. haissshhh..heee

Jefri said...

huahuahua..buatla sendiri...;))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...