Thursday, May 19, 2011

Bubur Nasi Jefbree Van De Kamp Ikut Skeati (BNJVDKIS)

Salam....salam...salam...

..............

Ani melihat ke luar jendela. Hujan lebat. Tempiasnya mengenai tabir jendelanya. Guruh berdentum, kilat pula sabung-menyabung. Ani segera mendapatkan ibunya.

"Ibu, ibu buat apa?"
"Ibu sedang masak bubur nasi Jefbree Van De Kamp!"
"Apa beza dengan bubur nasi Jefri hohoho?"
"Banyak bunyik plak ko ni yek!"



Ok Adik-adik semua...Mari kita masak-masak!

Bahan-bahannya :

Bubur Nasi
  1. Beras dalam segenggam (dimakan oleh seorang atau dua orang atau tiga orang yang makan sikit)
  2. Air untuk masak bubur nasi
  3. Lada hitam dalam setabur dua (secukup rasa)
  4. Garam dalam setabur dua (secukup rasa)

Side dishes...gituh..
  1. Sosej 3 batangs (perlu ke s itu?)
  2. Ikan bilis segenggam atau ikut nafsu
  3. Kicap Jalen Lemak Masin

Lain-lain

  1. Minyak masak
  2. Periuk Nasi
  3. Sumber elektrik
  4. Semangat yang tidak pernah pudar

Baiklah. Jika anda menggunakan rice cooker, sila goreng dulu ikan bilis dan sosej itu. Guna minyak masak tau. Kalau guna air, namanya rebus. Disebabkan rice cooker memerlukan pemberat untuk menjalani fungsi 'cooking' instead of 'warm', sebab itulah sosej digunakan kerana sosej lebih berat berbanding ikan bilis.





Keluarkan ikan bilis dan sosej yang sudah siap digoreng itu.

Masak pula bubur nasi dengan menyatukan saja air, beras, lada hitam, garam dan periuk nasi disambungkan kepada sumber elektrik.



Sudah siap? Masukkan bubur nasi ke dalam mangkuk.Tuang kicap, dan tabur sosej dan ikan bilis yang sudah siap digoreng itu.



Baca doa makan dan makanlah. Lebih orgasms jika disertai dengan air horlicks.



Oklah. Sekian duluuuuuu

love,
jefri


p/s : lada hitam boleh menyebabkan cherry berry. Awas dengan sukatan pengambilan. Sekian.

2 comments:

tuan tanah said...

lada hitam, ko tumbuk ke, ko campk butir?

Tuan Tanah - Jefri said...

aku balik umah hari tu, lada hitam aku dah blender kan...hoho

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...