poppp..poppp...popppppppp....
eh, bunyi apakah itu? err i mean bunyi apakah itteww???
haa..itulah bunyi tepuk montot sendiri! *iyeww jijix!
Pefeeling (perasan) jadi nurse terjun and pefeeling join contest ala pesona nona..
Alkisahnya......
Petang itu damai..sesekali angin bayu meniup ke selatan...Daun-daun kering berguguran...
Burung-burung mula usai ke sarang sendiri....Matahari ingin terbenam...Asyiknya langit diulit awan berarak menyelubungi sang suria....
Anis (matila ganti diri sebagai anis!) sedang khusyuk menyiapkan kerja universitinya..Laporan amali kimia itu sewajarnya dilakukan beberapa hari yang lepas..Lantaran sibuk dan terikat dengan komitmen yang lain, Anis terpaksa mendahulukan perkara-perkara yang lain berbanding laporan amali kimia yang sepatutnya dihantar 3 hari yang lepas..cadang Anis, dia ingin menghantarnya esok hari. Maka, segala pengiraan, lukisan graf dan perbincangan ilmiah dalam laporan itu dilakukan dengan gopoh-gapah dan tergesa-gesa... Namun Anis tetap berpegang kuat dengan prinsipnya, "Air dicincang takkan putus"
Tiba-tiba Anis merasakan bahawa prinsipnya tidak sesuai dengan situasi tersebut. Anis tidak ambil peduli. Anis terus menconteng dan membakar kertas bersaiz A4 itu dengan penuh semangat iltizam dan kesungguhan yang tampak benar kepura-puraannya...
Anis melihat telefon bimbitnya..memandang skrin laptopnya..Jejaka (baca : gadis) yang diidamkannya selama ini, yang dilihatnya dari jauh, yang dirasakan seperti jinak merpati, jinak didekat, terbang dipegang itu masih mengunci kata awal pembuka kata.Anis juga pemalu. Mungkin ada kawan-kawan Anis yang akan tergelak dengan pernyataan itu..Tapi dalam hal ini, Anis betul-betul berubah menjadi orang lain. Hal ini dipanggil mutasi cinta...oh...
Tidak lama kemudian, Anis mendapat panggilan dari rakan satu kosnya, Mamat (baca : Mimi)...Mamat sangat mengharapkan Anis menyertai satu peraduan yang dinamakan Pesona Nona (baca : Busana Asean MITRAD anjuran UPSM, UKM)....
Atas dasar keprihatinan dan tolong-menolong, Anis lantas bersetuju dan mencari busana yang ingin diperagakan...Anis baru teringat bahawa Majid (baca : Solehah) telah meminjam kebayanya (baca : baju melayu) beberapa hari yang lepas kerana Majid selalu mengalami krisis identiti.
Cepat-cepat Anis meminta Majid memulangkan kebayanya dan tolong menyeterikakan kebayanya itu dengan kemas...Setelah dicalit beberapa tompok bedak dan celak, Anis membonceng (baca : merempit) bersama Majid ke Pavilion (baca : Pusanika UKM ) untuk ke tempat pertandingan itu....
Maka berlangsunglah sesi peragaan dan sesi soal jawab dan Anis hanya berjaya menduduki tempat ke 5 daripada 11 tempat yang dicalonkan...
Setelah itu, Anis pun pulang..syukur tiada anjing mahupun hanjeng mengejar Anis demi meragut kesucian dan kedaraan Anis.....
Begitulah alkisahnyaaaaaa...............
Sebagai lampiran....
Anis begitu ayu dan jelita dalam pakaian kebaya berwarna merah jambunya itu..
dua gambar terakhir menunjukkan Anis sedang merenung masa depannya setelah gagal menjadi Pesona Nona yang sering diimpikan oleh ibu kandungnya (baca : mak ayam beliau)
Ok...till then..sekian dulu, c yaa
love,
jefri
p/s : terima kasih.
2 comments:
waahh.. ensemnye abang jeff.. hihih
hihihi..hihiiihihihi...thanx adek soliiii
Post a Comment