Tuesday, September 20, 2011

Ada Apa Pada Nama?

Salam...salam...salam..

Ceh tajuk nak serius-nampak-ilmiah je kan. Baiklah.
Begini kisahnya...

............

Minggu ini adalah minggu pengenalan persatuan pelajar atau juga dikenali sebagai M3P oleh rata-rata pelajar di tempat dia sedang belajar sekarang. Sesungguhnya menara gading bukanlah cuma tempat menimba ilmu malahan  tempat mencari kawan selain lubuk komunikasi. Irfan sudah tiga tahun belajar di situ. Bermakna sudah tiga tahun juga dia menyertai kelab yang sangat membantunya dari aspek lahiriah dan jasmani. Kelab Penyayang. Suka duka hidupnya banyak berkisar di situ. Itulah gedung pencariannya tentang erti kehidupan.

Irfan sungguh kacak, terkenal dan pintar. Tidak hairanlah ramai yang mencemburuinya. Kali ini, Irfan berusaha untuk menarik ramai pelajar baru yang mula mendaftar masuk dua minggu lepas supaya turut menyertai kelab penyayang itu. Mungkin dengan kelebihannya itu, Irfan mampu mencapai sasaran seribu pelajar yang akan mendaftar dengan kelabnya itu. Pada hematnya, semakin banyak pelajar yang mendaftar sebagai ahli kelab yang baru, semakin banyak sumber tenaga yang boleh digunakan untuk menjalankan gerak kerja program-program yang telah diatur sepanjang semester. Namun, Irfan tetap berpegang teguh pada prinsip kualiti lebih penting daripada kuantiti.

Sedang Irfan sibuk memujuk pelajar yang lalu-lalang untuk datang ke gerai kelab penyayang itu, Irfan berasa penat lalu ingin mengambil angin. Sudah tentu suatu pengalaman yang menjerihkan jika dari pagi hingga tengah hari Irfan sibuk merekrut budak.

Irfan berjalan-jalan di sekitar kawasan M3P. Pandangannya bukan lagi menyasarkan pelajar-pelajar baru, tetapi Irfan sedang mencari-cari santapan mindanya. Irfan lekas menolak pintu kedai buku, Unikeb.
Irfan melihat sekeliling. Didapatinya satu rak yang boleh berpusing-pusing dan diletakkan aneka key-chain.
Tertera tulisan pada setiap key-chain tersebut yang memamerkan nama-nama dan maksud di sebalik nama tersebut. Irfan mencari namanya, sekadar suka-suka untuk pengetahuannya. Irfan tetap yakin qada' dan qadar Allah itu satu ketentuan yang azali.


Telapak tangan Irfan yang putih mulus itu memegang dan menterbalikkan sebuah key-chain. Tertera nama IRFAN di situ.

Irfan tersenyum setelah membaca maksud yang tersirat di sebalik nama itu. Dalam senyumannya itu, Irfan segera mencampakkan key-chain itu ke lantai lalu berkecai.

"Irfan merupakan anak dari keluarga yang berada jatuh cinta dengan Natasha pada zaman kolejnya. Natasha yang sering dikatakan sebagai pembawa malang dalam keluarganya menggunakan telefon bimbit murah takda warna yang diikat dengan getah gelang sebab hak tu line clear. Natasha dicemburui oleh ibu tirinya si Rozie Othman dan adik beradik perempuannya, Fiza Elite dan macam biasalah cerita Melayu takkan tak tau lagi camne plot ngan subplot, klimaks dan anti klimaks lalu pengakhiran. Natasha diangkat sebagai judul drama ini dan disambung kepada musim kedua yang mengisahkan kehidupan mereka yang lebih dewasa dan macam biasalah cerita Melayu takkan tak tau lagi camne. Drama ini menggunakan lagu Liza Hanim Hohoho Horlick sebagai lagu temanya, Merawat Luka Terpendam."



....................



Sekian akidah blogging terpesong nak cerita benda lain, benda lain yang tertulis tapi mesej yang nak disampaikn itu ada. Ala, macam filem Ahmad Idham. *eh tiber kan!*


love,
jefri


p/s 0: Zaman 2004-2005 tu sibuk nak bagi nama anak Irfan kalau laki Natasha kalau perempuan.
p/s 1 : Entri yang betul-betul membincangkan mengenai Ada Apa Pada Nama lain kali la buat ek..Itupun kalau buat la ek....
p/s 2 : Kisah yang nak diceritakan adalah sama cuma tukar nama Irfan jadi nama jefri (T_T), scratch off the kacak, terkenal, dan pintar part, dan respon 'Irfan' terhadap namanya.
p/s 3 : Eh, marilah daftar sebagai ahli kelab Penyayang UKM, di aras 3 Pusanika UKM, bermula Isnin ni hingga Jumaat ni.
p/s 4 : inilah Irfan dalam citer Natasha tuh...


why did i choose this pic ek. eh suka hati la kan..

2 comments:

IQBAL ZARIN said...

choii drama natasha! wakakakaka

Jefri said...

muahahaha...layan tak? time ni, fasha sandha ibarat malaikat dari kayangan, suci betul perangainya dan digemari semua makcik felda dan pprt....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...