Tuesday, July 12, 2011

Paradoks. Paradox. ڤارادوقس

Salam..salam...salam...

Baiklah. Hari ini nak berkongsi sedikit ilmu berkaitan paradoks.
Sebelum ini, kita pernah membicarakan tentang empati dan falasi.

Sebagai pendahuluan, paradoks merupakan salah satu ilmu falsafah.
Paradoks mengikut suka hati aku, aku definisikan sebagai...
Suatu pernyataan yang nampak betul tapi terdapat percanggahan dan melawan konsep logik.

Ilmu paradoks sangat memeningkan kalau dikaji dengan terperinci dan AWAS!
Kalau silap berguru, iman boleh terpesong atau murtad!
*ceh pesanan macam nak ajar ilmu hitam*

Jadi, sebagai langkah keselamatan, kita anggap ini hanyalah sebuah ilmu yang macam stiker motor tu,
Dengar boleh percaya jangan....eh jap, tu tibi3...
Ok tukar, Tengok boleh, pinjam sorry...

Atau dalam konteks ini, Tahu boleh, nak amal jangan....

Pada pendapat aku, mereka yang memperkenalkan ilmu ini seakan ingin memesongkan atau mengubah pemahaman kita supaya kita tersasar dari landasan. Tak paham? Hurm...

Takpelah. Tepuk dada tanya iman.

Baiklah contoh paradoks yang popular. Sila fahamkan :

Ayam dan telur mana wujud dulu?

Pernyataan di bawah adalah betul
Pernyataan di atas adalah salah.

Pening? Ok. Nak bagi contoh lain..

  • Seekor buaya akan memulangkan anak yang diculiknya sekiranya si bapa dapat meneka dengan betul apa yang akan dilakukan oleh sang buaya pada si anak. Bagaimana kalau si bapa meneka bahawa sang buaya tidak akan memulangkan anaknya?
  • Seorang pelajar undang-undang akan membayar pensyarahnya jika dia berjaya memenangi kes pertamanya. Pensyarahnya telah menyaman pelajar tersebut sebelum pelajar tersebut memulakan kes pertamanya lagi.
  • Ali berkata, semua lelaki adalah penipu.
  • Apa akan berlaku apabila Pinocchio cakap,"Hidung saya akan memanjang lagi"
  • Saya sentiasa bercakap benar walaupun ketika saya menipu.
  • Kita telah belajar dari sejarah bahawa kita tidak pernah belajar dari sejarah.
  • Bersederhanalah dalam semua aspek termasuk dalam bersederhana.
  • Saya tahu yang saya tak tahu apa-apa.
  • Dan sebagainya.


Ilmu paradoks ni seronok dan menyakitkan otak.

Kadang-kadang ada kumpulan anti agama yang akan menggunakan konsep paradoks untuk cuba memesongkan kita.

Tepuk dada tanya iman.

Contoh :

Bolehkah Allah mencipta sebuah perisai yang tidak dapat ditembusi oleh apa-apa pun?

DAN

Bolehkah Allah mencipta sebilah pedang yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa termasuklah perisai itu tadi?


Dan sebagainya.

Apa-apahal jawapan terbaik adalah wallahualam. ;)

Sekian dulu


love,
jefri


p/s : Apa-apa hal sila rujuk pakar. Aku cuma nak perkenalkan je apa itu paradoks bagi yang belum tahu atau pernah dengar tapi tak tahu itu adalah paradoks.
p/s : peace no war. Toksah nak perasan unik. Live our life to the fullest. Thank you.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...