Friday, July 1, 2011

Mari Buat Puding Tolur Berkalori Tinggi

Salam..salam....salam....

Pejam celik..pejam celik..dah masuk bulan Syaaban kan..
Baik. Pembetulan. Akan masuk bulan Syaaban lagi dua tiga hari.

Apakah maksudnya itu?
Ehem..ehem...*tarik key low note Jeslina Hashim (lowest low note seantero alam tuh!)*

Dengarkan...




Yeee....Betui...Lepas Syaaban, Ramadan disusuli Syawal gap kejap Zulkaedah pastuh Zulhijjah.


*bunyi cengkerik*

Hampoon...Raya lah..Raya lah...Aidilfitri (1 Syawal) ngan AidilAdha (10 Zulhijah)
Ehem....

Sabda Rasul S.A.W bermaksud: Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa.

Bacaan lanjut di sini

Mesti korang sexcited kan menantikan Ramadan.....
Baiklah, mari kita cuba resepi ini untuk dibuat juadah berbuka nanti.


Puding Tolur Berkalori Tinggi. (hambek tajuk)

A. Bahan-bahan diperlukan

  1. Telur 7 biji
  2. Susu isian sejat apa-apa brand satu tin (yang buat air tu lah)
  3. Garam dalam sesudu
  4. Esen vanilla bukannya aiseymennnn dalam satu penutup....
  5. Tepung kastard 3sudu
  6. Air secawan 


B. Bahan lain yang diperlukan.
  1. Gula dalam 3 atau 4 sudu


C. Apparatus atau alatan

  1. Periuk kukus beserta air
  2. Sumber api.
  3. Loyang


Prosedur. 

  1. Masakkan dulu air dalam periuk kukus.
  2. Di satu sudut yang lain, masukkan semua bahan-bahan (A) ke dalam blender dan kisar dalam 10 saat. Nota : Telur tu pecahkan la dulu. Jangan plak nanti puding ada kulit telur. Tak senonoh la uols nih
  3. Dah siap blend semua itu? Kemudian sila tapis mereka menggunakan penapis teh pun boleh. Ketepikan sebentar. Rilex. Jangan ghairah lagi.
    Nikmati video ini
     
  4. Ok. Dah siap senamrobik? Kemudian, amek loyang, pastu leburkan bahan (B) iaitu 3 sudu gula. Leburkan je la gula tanpa sebarang banyak bunyik. Sampai semua gula melarut menjadi molten state atau larut lah senang citer.
    Nota : Jangan larutkan sampai hangus plak. Kita bukan nak buat kek gula hangus yek.
    Babab satgi lantaran off topic. gituh.
  5. Tuangkan hasil blend tadi ke dalam loyang yang mengandungi gula larut itu tadi.
  6. Memandang dan mengerling ke arah periuk kukus itu, tatkala dirasakan bahawa air sudah mula mendidih, mulakanlah proses mengukus anda selama mungkin 45 minit atau lebih.
  7. Dah lama kukus, agak-agak dah bosan, cuba jolok cucuk dalam-dalam dengan lidi, jangan guna jari kecuali anda ada bela saka,. kalau kering je takde basah-basah, bolehlah dihentikan proses mengukus itu.
    Nota : Sebelum nak telangkupkan ke atas tray atau troy atau talam atau dulang atau lantai, di sekeliling loyang tu, kita ambil pisau atau pisau kek, kita macam macam mana nak cakap ek, ni nak kasi benda tu senang terlangkup, kita ambil pisau, kita pisahkan antara puding ngan dinding loyang tuh, ala cemana nak cakap ek, kita  kikis tepi dia kot. Ah lantak korang lah. Pastuh, telangkupkan dan potong bentuk slices dan nikmatilah puding tolur berkalori tinggi itu.


Baiklah, sekian dulu, wabillahhitaufikwalhidayah.
Assalamualaikum wbt.

love,
jefri

p/s : Makan time sejuk lagi best. Tapi sejukkan pada suhu bilik dulu baru masukkan dalam peti. Kalau tak, boleh meletup peti ais kalau benda panas masuk dalam. Dah kena pergi courts mammoth, tanpa ansuran 60 hari...
p/s 2 : Kalau tengah puasa, tunggu la masuk waktu berbuka puasa baru makan...gituh.
p/s 3 : Juadah ini sangat manis dan boleh menyebabkan gigi sensitif dan penghidap kencing manis merintih. Risiko kesihatan tanggung sendiri! Sekian.
p/s 4 : Resepi ini diubahsuai dari sini  Terima kasih. *Hat off*



4 comments:

SoLy SoLicious said...

jef,buatkan tuk aku 1 !!! heee

Jefri said...

huaaaaa...buat sendiri! da bagi resepi tuh..pas dah buat, bagi aku sket..haha

Unknown said...

huhu..cepatnyer dah nak raya..hehehe..

sedap tuh!

Jefri said...

oleh itu, cepat2 lah beli baju raya..huu...sedap tapi manis. eh, nape tapi..hurmm..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...