bertemu dalam wadah pengenalan ini, penulis sekadar ingin berkongsi luahan rasa dan pendapat..*ececeh.
*lagu saspen berkumandang*
Seperti rutin kebiasaannya, penulis menelefon ibu di kampung untuk bertanyakan khabar dan lain-lain hal. Belum sempat berbicara mengenai hal lain, ibu penulis terus memebicarakan soal
'Panggilan Santau'.....grrr...
Seram?
Khabarnya, malam tadi ibu saudara penulis mendapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, ibu penulis cuba mengingatinya. 180 kalau tak silap. Untuk menambahkan unsur saspens, nombor itu tertera berwarna merah....MERAH......MERAHHHHH...MEGHAHHHH....!!!!!
Mujur beliau tidak menjawab panggilan itu atau menjawab, "Hello..."
Maka, tidurlah beliau dengan eager nya untuk memberitahu orang-orang kampung sekalian pada esok hari bahawa dia nyaris disantau melalui telefon......
Dan berita ini sampai kepada ibu penulis dan begitulah kitar hidup manusia......
..................
semuanya mungkin disebabkan ini..
“KPD SUME KWN² YG DIKASIHI. JIKALAU ANDA MENDPT PGGILN TELEFON YG BERNOMBOR PANJANG cnth: +62852731520946 DAN NOMBOR ITU BERWARNA MERAH, DIHARAP² SGT JGN DIANGKAT DAN DIJAWAB PANGGILAN ITU. INI KERANA DI INDONESIA SKRG, SEKUMPULAN PENUNTUT ILMU HITAM SDG MENGUJI ILMU MEREKA MELALUI TELEFON. JIKA SESIAPA YANG MENJAWAB PANGGILAN ITU MULUT AKAN BERBUIH DAN MATI SLPS ITU. DI INDONESIA SDH 9 ORG MATI DAN MALAM TADI DIPUCHONG 2 ORG MATI. INI BNR² TERJADI. TOLONG SEBARKAN SMS INI“.
apa komen aku?
arrggghhhh! welcome to 2005! *sambil senyum kelat.
this was ages! this is ancient!
terus teringat tema dinner forensik taun ni, ancient....
Ala...macam korang tak biasa...
- Sila forward kepada 10 orang jika tidak anda akan ditimpa musibah 10 tahun.
- Sila print dan sebarkan kepada 10 orang untuk mendapatkan 10 tahun nasib baik
- Si polan pernah mendapat mesej ini tapi mengabaikannya lalu dia mati serta-merta..*OMAIGOD!
- Si polan yang tengah dintiss (no money) telah forward mesej ini dalam keadaan kredit celcomnya nyawa-nyawa ikan dan voila....dia lah mark zuckerberg! *NGANGA MOLOT.
- Si polan gigih hantar emel kepada semua kenalan fb nya dan voila..beratnya turun sekilo! *EH?
dan sebenarnya...dan sebagainya....
Aku nak ulas benda ni pun rasa malu. Kan ni cerita lama. Ibarat macam kau baru tahu lagu david archuletta lepas tu baru hegeh-hegeh nak beryoutube dan beredtube (jika ada) dengannya....
*eh, sape tu? sambil cuba menidakkan diri sendiri....
Apa-apa hal...kembali lah kepada Alquran dan As sunnah..*pose ashraf muslim
Tak pernah dengar pulak firman Allah atau hadis Nabi Muhammad saw suruh kita melakukan ini.
Daripada korang dok forward haramjadah itu baik korang forward hadis...tapi please, jangan la nak tulis kat hujung tuh suruh forward kat 100 orang lain untuk dapatkan kesempurnaan iman.*pengsan.
Kang tak pasal-pasal, dah la orang tuh kredit tengah kong kang kong kelatak keletuk, poket penuh debu, suruh pulak topap untuk forward atau pergi cc sejam rm2 untuk forward benda-benda itu, tak pasal-pasal berlaku adegan cakar tanah sebab tidak mampu....isk3....
Ok lah...maaf kalau ada yang terasa..
ini pendapat saya..*wink..wink...kling...kling..row row row your boat*
Akhir kata....jumpa lagi panjang umur murah rezeki.
love,
jefri
p/s : nanti kalau aku balik kampung dalam masa terdekat ni, kalau jumpa 'so-called-mangsa' panggilan itu, and dia tanya pendapat aku pasal hello tuh....cepat-cepat aku tunduk bawah....terussssss...
libas rambut, terus pose beyonce nyanyi lagu Hello....
kelas uols..hahaha...kidding.
again, no offense......:)
2 comments:
i slalu je dpt mesej cm ni yunk..bajet i takot lah kununnyer..mnx ampunlah..Allah tu ado yo ha..yg ponting kito ni jgo amal ibadat..sekian karangan upsr tak hbs
kan maryyy..nak wat caner..kengkadang ada virus2 bersembunyi di sebalik emel berantai ni..kalu dari segi sms, memang nak mghabiskan kredit..xpelah..mary baru dajah empat kan..byk lagi masa untuk buat karangan..*tepuk semangat
Post a Comment