ok. hari ni saya ingin mengajar awak..awak...awak dan awak semua...
tentang cara-cara download movie....
semua diminta ambil perhatian! *sambil hempas rotan atas meja guru*
psst : eh, tapi bagi yang dah tahu cara dan merasakan bahawa poyonya jefri ini, sila la main jauh-jauh.
saya ni tak hidup dek puji tak mati dek keji..
*pose eja-seputeh qaseh ramadan*
ok. saya akan cuba untuk ajar dengan semudah yang mungkin.
Pertama sekali, untuk mendownload, kita perlukan pendownload sebagaimana sawah perlukan pembajak.
Saya ingin mengesyorkan gunalah Internet Download Manager (IDM).
Bagi yang sudah ada IDM boleh la skip bahagian ini atau turut serta dalam majlis untuk berkongsi ilmu.
uhuk..uhuk...*batuk kejap. penceramah baru balik dari Nilai ni...
ok. download IDM di sini
PERHATIAN : SILA TEKAN CTRL DAN KLIK UNTUK NEW TAB.
dah download? ok bagus. eh, eloknya, sambil awak baca entri ni, sambil tu awak ikut sekali..ala, macam tengok video senamrobik tuh....ye, awak tu lah..awak....awakkkkk...
(jika berminat la ye...)
ok. dah siap download? buka folder tersebut. kemudian, ikut arahan seperti gambar-gambar di bawah.
PERHATIAN : SILA TEKAN CTRL DAN KLIK UNTUK NEW TAB.
Untuk step 4, mungkin ada yang bermasalah di situ, jangan risau..
saya ada...
Kan dia mintak Enter The Name For Which Licensed Is Required kan,
letak lah :
IDM 5.18.2 LICENSER
ala...ada tertera kat atas box tuh....
Maka dapatlah IDM. Eh, nak gitau yang version ni version yang compatible dengan internet explorer dengan mozilla firefox jek. Yang google chrome tak sangat. Nanti i bagi ye kalau dah jumpa. malas you nak cariiiii..
eh lagi satu nak pesan, kalau ada kuar notis tanya nak upgrade ke ape ke, ignore jek ek. cancel jek.
eh, jap, cuba bukak IDM korang tu jap...klik option, pastu tiru macam saya....
ok. dah? pastu korang kena restart kan...ok..saya tunggu....
................
ok dah...seterusnya, berbekalkan IDM itu, kita kena terjah laman web yang menyediakan moviesssss
saya syorkan syok.org dan teamhana.org dan gblog85 dan malaynet.blogspot.com dan sebagainya
(google jek, kompem jumpa!)
yang syok.org tuh kena daftar sebagai ahli, free..yang gblog85 tu baru-baru ni die dah suh daftar and kena bayar pengeras sikit untuk dapatkan password tapi ceciter lama still leh downlaod..so, sapa yang rasa takmau keluar duit untuk jadi ahli gblog85 tapi nak download citer, boleh jek pegi gblog85 tapi ceciter lama je la tinggal....
eh, pura-pura faham la yek kalau tak pahammmm...
kemudian, saya nak syorkan untuk kalian download link yang mediafire punya sebab apa..?
Sebab apa kau tanya????
Sebabnyaaa...
- Mediafire punya link jarang yang broken
- Lajuuuuu untuk didownload
- Bebas dari virus, kuman dan bakteria
- Kalau tetiba download korang terputus, IDM leh resumekan download itu.
- Dan sebagainya (yang membawa erti aku dah tak tahu..haha)
lagi satu, kalau korang download file movies yang ada banyak part, korang kena join. kena join guna hjsplit atau software lain yang berkenaan. ala, kat websites yang aku bagi tadi ada banyak bagitahu...
ok. paham semua murid-murid?
.............
itu satu cara...cara yang lain, guna torrent.
yang ni aku tulis je la yek..pandai-pandai la faham sendiri..hahahahuhuhuhihihihohoho
Kaedah Torrent.
- Pertama sekali download torrent. google je la k.
- Dah siap download tu, biarkan jek.
- Pastuh, bukak www.torrentz.com
- Pastu tulis la cerita yang dikehendaki seperti Titanic, Glee S02, Vampire Diaries S02, dan sebagainya
- Kemudian keluar result dia, klik verified dan peers. Tekan je lah...
*Verified untuk bebas virus. Peers untuk tengok kuantiti jumlah yang pernah download. Lagi ramai lagi cepat sebab torrent guna konsep seeds yang bermaksud berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Paham kan? - Kemudian pilih la yang mana satu idaman kalbu. Dinasihatkan, pilih yang ada label BRip atau Blu Ray atau DVD Rip, kalau PPVRip pun ok laa...ini untuk kualiti gambar ye.
- Contoh kualiti gambar yang tak cantik adalah seperti R5 dan TS.
- Kemudian dah pilih, akan keluar banyak provider, saya syorkan pilih thepiratebay.org
- Kemudian, klik 'download this torrent'
- Kemudian, ok.
Dan tunggu laaa...torrent ni kalau korang da nak tutup laptop sekalipun, lepastu seminggu kemudian baru nak online, download itu akan automotik download balik. Tapi proses download oleh torrent ni lambat banyak.
Kadang seharian jugak la. Kalau download cerita yang tak ramai orang tahu (peers sedikit maka seeds pun sikit la kan, fikir logik....) maka, berhari-hari la baru siap..itu tak kira kelajuan internet lagi tu.
Kesimpulannya, ada baik, ada buruk, ada kesan sampingan
- Buang masa tengok moviessss
- Stay up untuk download,
- Perasaan riak timbul bila ada banyak movie and latest plak tuh,
- Tension download lambat siap, laptop hang sebab bukak macam-macam
- Space makin kurang
- Dan sebagainya .....
Oleh itu, jika ada apa-apa hal just shout whenever,
and i'll be there..baby..baby...oooooo
just drop your comment ok....
sekian dulu, c yaa
love,
jefri
p/s : aku da tolong korang download movie ni, sebagai balasan doakan la aku excel untuk result final exam aku ni nanti...huhuhu.
p/s 2 :.pastu kalau malas sangat download, mintak jek hardisk kawan...macam tak biasa...:p
p/s 3: eh, blog ni bukan blog teknologi ke blog tutorial ke ape, ni sesaje suka suki suka hati jek nak mencarut ke nak apa kat sini..so, do not expect something from me after u read this entry, ok...
p/s 4: insan yang paling banyak membantu saya mengenali semua ini dan dunia komputer amnya adalah shafiq panicking *ucapan abpbh*
marilah sama-sama pergi ke blog beliau..blog beliau sangat cool. tempat best untuk download bagi penggemar kpop....*iklan tanpa nuffnang. eh, blog aku mana letak benda tuh. haha*
1 comment:
salam sis knp sy punye utorrent xfungsi ye?? blh ajar x cara setting smpai blh download? ini email sy arshad9355@gmail.com ...thanks^
Post a Comment