Saturday, April 16, 2011

mari tukar skin laptop!

salam..salam...salam...

Hari ni, saya ingin mengajar tutorial kepada awak-awak dan awak semua tentang cara memasang skin laptop
*sambil memegang sudip dan memakai apron.

Kita tengok gambar je la yek.


 ini adalah asal. sila abaikan gelembung dan sticker yang dah tercabut itu.



abaikan juga cursor mouse yang dah macam nak berlubang 
ekoran penggunaan kerap tanpa wired mouse.


ok, pertama : kita tanggalkan skin lama. take it off bak kata omputeh.

tarik perlahan-lahan demi menunjukkan anda andalah seorang yang cermat 
dan sabar menanti klimaks.*eh?

lihat. keseluruhan skin lama sudah hilang.
laa...acer ke selama ni jenama laptop aku?


kemudian, pastikan anda telah membeli skin baru terlebih dahulu.
di belakang skin baru tersebut dinyatakan panduan menampal skin.



 sesuaikan diri dengan persekitaran baru bagi mengelakkan culture shock.
oh, saya melakukan semua ini dalam bilik kolej saya je...
siap leh landing-landing posing-posing zila bakarin lagi tuh...


 seterusnya, ukur dahulu skin dengan keluasan laptop.
keluasan adalah panjang darab lebar.
bagi mereka yang memiliki darah psikik, bolehlah dianggar-anggarkan saja.
dan...potong guna gunting ye.sekian.


 sebelum mencabut kertas sticker di belakang skin baru itu,
saya mengesyorkan untuk tidak mencabut kesemuanya.
cukuplah sekadar gunting di pepenjuru sahaja. sila lihat.



gunting juga di sepanjang garisan horizontal atau mengufuk
bagi memberikan cengkaman gam yang lebih kuat.
belakang skin anda akan seolah-olah berbentuk benzene yang pelik tapi tidak carcinogen
(lawak toxicology yang tidak lawak)



 lebihan skin tadi turut digunakan untuk menampal cursor mouse.
dengan ini, kesan lebam seperti didera suami itu tadi dapat diselindungkan.
namun, lukanya masih ada...*eh, tiibeer


 dan taraaa....siap.
saya juga ada membeli wired mouse yang super comel.haha.


kini, hidup saya lebih tenang dan tenteram sejak memiliki skin laptop yang baru.
dari segi belanjawan, i bought these items at the mines, serdang. kedai challenger.
skin = rm20-30, mouse=rm30



sekian dulu dan selamat mencuba.


love,
jefri


p/s : takde keje betul nak update pasal ni kan..nampak sangat takde modal nak ngupdate. da la kisah ni 3minggu lepas..ahahaha. selamat berjuang untuk exam. isnin ni aku exam toxicology : study of harmful effects of the xenobiotics..wish me luck! yes!

4 comments:

Sr. Maryam Fatanah said...

amboih abg jeff...dah pndai wat tutorial pasang skin lptop pulak.mcm2 lah kau ni nyah..anyway thnx sbb bg tips karangan upsr yer..i lab u lah

Jefri said...

hamboi noks...ko pun bukan main lagi kan...*sambil libas2 rambut dengan penuh tak sedar diri...bukan apa, niat kita berkongsi demi keamanan sejagat dan green technology..*tiiber pose rosmah mansor..ko ni nyah2, dah aku lapar nak makan laksa...errr

neway, welcome, smeoga kampusmu dan kampusku dan kampusnya dijauhi....misteri.....

dina said...

lawak la blog ni hahaha....

Jefri said...

haha memang lawak pun..lawak-lah-sangat...:p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...