oh dunia ini..penuh kepalsuan...
oh mungkinkah tiada keikhlasan...
apakah ini suatu pembalasan...
ku sedar kebesaranMu Tuhan.....
*pose aishah berakhir.
salam...salam...salam...
salam takziah kepada diri sendiri. Botol air yang selalu kogendong dan selalu jua aku bawa tidur bersama (serius) berisipadu 1liter telah hilang di Mydin...
kisahnya...semalam aku gi sungai gabai...eh jap! citer pasal tu kita postpone ye...perlu usaha lebih untuk mengarang entri sedemikian, kita ringan-ringan (ehem) dulu yaa....ok, semalam petang pergi kajang dengan merempit bersama solehah yang sama kurus (tidak) dengan i itu. sampai kat metro point itu, nak letak barang banyak ni katne? kalau hujan nanti? so, kami menggunakan tempat letak barang mydin sebagai parking barang kami.....
masa amek barang tu, tergesa-gesa la kan....kata terpalit rasa bersalah dalam hati lantaran mempergunakan mydin...jadi, nak cepat jek lah kan tanpa disedari botol air yang selalu kogendong dan selalu jua aku bawa tidur bersama (serius) berisipadu 1liter telah tertinggal....
huuuuu..........
arakian, malam tadi my mama (mak) telefon la dengan nada suspens nih, cakap rumah kena kopak masuk ikut pintu belakang..pintu kayu (kami miskin, felda plak taknak bagi pinjaman perumahan padahal peneroka felda lain yang kaya dapat jek...terima kasih bebanyak) masa tu seisi rumah pergi pasar malam sebab my sis (adik perempuan umur 8tahun) nak beli kasut ke selipar tah.....
balik-balik, umah dah sepah...tengok-tengok handphone dah hilang..haish. tak best la camni. sim kad dalam tu penting tau...jadi, kepada pencuri/pemecah rumah(mungkin muka pun macam rumah pecah) ada teronline di mana-mana dan terbaca entri ini, sila lah pulangkan simkad itu kerana simkad itu milik abangku yang kini di pulapol dan segala urusan rasmi mungkin akan dihebahkan melalui cara SMS, antara alternatifnya...
tapi kan...kenapa handphone? banyak barang lain yang boleh diambil seperti Al Quran, buku Panduan Agama : Balasan Syurga dan Neraka, Buku cerita Taubat Si Pencuri dan Iklan Jawatan Kosong yang Halal.
(Maaf, buku Kamasutra dan Permata Yang Hilang/Dijumpai sangatlah tiada)
Dilaporkan tiada kemalangan jiwa mahupun kehilangan harta yang lain. Tapi kan, aku rasa mesti beliau si pencuri/pemecah rumah(mungkin muka pun macam rumah pecah) takkan baca entri aku sebab beliau mungkin buta IT atau kekomputeran. Hal ini terbukti apabila (nada karangan SPM) notebook pemberian percuma dari TM kerana melanggan unifi yang lebih laju dara wifi UKM itu tidak bersentuh sedangkan my mom (mak) dah siap bungkus dengan charger segala bagai dah sebab takde sesiapa pun yang ada kat rumah tu nak main...(eh, korang yang baca ni jangan plak nak pecah rumah aku. tak baik tau........)
oleh itu, faham-fahamkanlah apa-apa yang aku cuba sampaikan ini. hihi. tenkiu.
sekian dulu..c yaa..
love,
jefri
p/s : selain botol air, kami bawa buku rujukan atkins : Physical Chemistry, payung, fail-fail dan nota-nota. Nerd kah kami? Sudah tentu!
p/s lagi : Semalam midnite kami pergi tonton Sini Ada Hantu. Giler Syiok. Sape-sape yang nak tengok atau terasa cam k tengok, tengok jek! Best gilak!
p/s lagi dan lagi : Mencuri itu haram.
No comments:
Post a Comment