Hari-hari berada di atas talian..ye, aku akui dan aku mengerti..
Blog ini dah mula bersawang...baiklah. Takde sape yang kisah sebenarnya.
Aku nak eksyen blog follower ribu riban pun tak boleh ke?
*statements ini bernada cengkerik*
Sebenarnya, aku sudah mula HIP atau holiday in peace sejak Rabu lepas secara rasminya.
Makanya, pelbagai tentatif dan agenda diatur di hadapanku yang penuh berliku ini.
Sebenarnya juga nak cakap, masuk hari ni, dah dua hari tangan kiri aku ni sakit.
Kat bahagian antara bahu hingga siku. Apa ek kita panggil?
Kalau siku hingga wrist kita panggil lengan kan..
Untuk meringkaskan keadaan kita panggil anbuku iaitu antara bahu dan siku
Oh ye, aku lemah Anatomi.
Semua yang berlaku ada sebabnya, tak kenal maka tak cinta.
Tak cinta maka tak sayang. Tak cinta maka tak kenal dan seterusnya.
Aku punya anbuku sakit sengal kalau nak lurus rasa macam peritnya mungkin disebabkan beberapa faktor yang dikenalpasti....
Baiklah. Dari Rabu hingga hari ini, hari-hari aku drive. Kereta manual pulak tu.
Tangan kiri paling guna untuk tukar gear selain pegang stereng kan?
Jadi faktor ini boleh diambil kira. Faktor lain boleh diabaikan.
Baiklah, mari belajar kalender :
- Rabu : Pergi Kerayong aka Bera untuk renew roadtax dan insuran
- Khamis : Pergi Bangi untuk ambil barang bawak balik semua di samping itu aku bawak mak ayah atok
nenek anak sedara sepupu sepapat ok itu tipuke jalan TAR, Masjid India, SOGO dan kawan-kawannya - Jumaat : Pergi ambil roadtax dan insurans yang dah siap. Pergi ke fiesta Bera 2011 dan kisahnya malas aku nak citer kat sini
- Sabtu : Sedari pagi hingga petang pergi fiesta Bera. Adik aku nak join pertandingan mewarna ah nantilah aku citer kalau rajin.
- Ahad : Pergi KUIS di Bangi untuk hantar sepupu masuk kolej setelah beliau habis cuti midsem
- Isnin : Balik kampung. Takpe, dekat je. Dalam 15-20 min drive.
Sesungguhnya hal ini sangat membantu mempertajam skil pemanduan aku. Aku sangat tak sangka aku yang selalu kematian dan kemampusan enjin tersengguk-sengguk kereta berundur masa belajar kereta bulan puasa tahun lepas, kini sudah berjaya menempuh pelbagai onak dan dugaan di bukit, lampu isyarat dan jalan bandar.
Sesungguhnya no pain no gain.
Baiklah. Sekian dulu siri janji update blog ini. Haha
Bosan tak baca? Bosan tak? Bosan pun habis baca gak...
Sekian dulu..
love,
jefri
p/s : malas letak gambar kalau setakat gambar gugel je kan...
p/s lagi : fuh tadi juvana best giler! Next week final ek...huaaaa.....
p/s lagi dan lagi : banyak sebenarnya nak tulis pasal yang best tapi malassssssss
5 comments:
next week juvana dah final? wahhhhh
cakap pasal kete, bukit aku xlepas2 lagi
rasanya final kot. 13 episod je kan...best2. xsabar.
huu...angkat clash pelan2 dalam 2saat sambil kaki tahan brek pastu tekan minyak plak bagi support. insyaAllah bukit di mana-mana pun bulih diamalkan...;)
*clutch*
heheh..setiap hari penuh dengan kerja
huhu..nak wat caner..tapi bagus gak, kalau tak, bosan gak duk umah xwat pape..
Post a Comment