Sunday, February 20, 2011

best tahap gabaiiiii!

salam...salam..salam...


ehem..ehem..cerita basi ni. last week.
eksplorasi ke sungai gabai, semenyih kot, selangor.

ingat nak bangun pagi-pagi pas subuh nak masak bagai, tapi dekat pukul 7 gak bangun,
tu diaa..merasa masak sambil berkejar-kejaran nak nyala api bagai (padahal rice cooker belaka) sebab janji nak bertolak kul 9pagi nih.....

tu dia tongkang pecahhhhhh...
then, hasilnya yang 'sedap dan menghiburkan'





tetap feeling nak masak dengan konsep picnic...hahahahihihuu...


dan setelah berpusing-pusing di bandar semenyih (biasa la kalu jepree yang drive..hehehe) dan dihon beberapa kali oleh lori keta yang lain (eleh..blah la lu!) maka sampai la ke sana...
AMARAN : Jalan nak masuk tu berlubang-lubang. Nak parking sikit punya payah. Naik ke puncak sungai gabai tu kena naik tangga batu caves! iye...

maka, berenjoy la kami setelah melalui pelbagai onak dan ranjau..









psst...air die sejuk tahap gaban..ke tahap gabai??


wokeh...sekian dulu..mau perasan sibuk pulak ye...
sekian dulu..c yaa



love,
jefri


p/s : eh, citer pasal anak angkat bila pulak nak masuk? errr..pelan-pelan kayuh please......

Wednesday, February 16, 2011

promosi : filem sini ada hantu.

salam....salam...salam...

hari ni mau promote filem ini lagi.. hihihihi..senyum sampai ke telinga lagi ni...
beberapa hari yang lepas, aku ada hantar review kat beautifulnara pasal citer ni. then disiarkan. yes.


ini yang aku hantar...klik (tekan ctrl dan klik pada mouse) untuk lebih kepuasan

dan di bawah ini adalah komen-komen yang menyokong.





ini plak satu contoh yang tidak menyokong. 
ada banyak lagi kot...


sekian dulu..c yaa..

love,
jefri



p/s : kenapa la aku beria sangat nak promote citer ni ek? hurm..tah la..aku rasa memang patut la citer ni ditonton ramai...daripada ceciter yang lain tu, yang ni lagi ok/best kot. pelakon dia banyak yang tak femes tapi bila berlakon best...ok. sekian dulu.

p/s lagi : excited lebih ni sebab nervous nak mid sem subjek spektroskopi yang fenin.....

Monday, February 14, 2011

barang yang hilang usah dikenang...*gitu

oh dunia ini..penuh kepalsuan...
oh mungkinkah tiada keikhlasan...
apakah ini suatu pembalasan...
ku sedar kebesaranMu Tuhan.....


*pose aishah berakhir.


salam...salam...salam...


salam takziah kepada diri sendiri. Botol air yang selalu kogendong dan selalu jua aku bawa tidur bersama (serius) berisipadu 1liter telah hilang di Mydin...

kisahnya...semalam aku gi sungai gabai...eh jap! citer pasal tu kita postpone ye...perlu usaha lebih untuk mengarang entri sedemikian, kita ringan-ringan (ehem) dulu yaa....ok, semalam petang pergi kajang dengan merempit bersama solehah yang sama kurus (tidak) dengan i itu. sampai kat metro point itu, nak letak barang banyak ni katne? kalau hujan nanti? so, kami menggunakan tempat letak barang mydin sebagai parking barang kami.....

masa amek barang tu, tergesa-gesa la kan....kata terpalit rasa bersalah dalam hati lantaran mempergunakan mydin...jadi, nak cepat jek lah kan tanpa disedari botol air yang selalu kogendong dan selalu jua aku bawa tidur bersama (serius) berisipadu 1liter telah  tertinggal....


huuuuu..........


arakian, malam tadi my mama (mak) telefon la dengan nada suspens nih, cakap rumah kena kopak masuk ikut pintu belakang..pintu kayu (kami miskin, felda plak taknak bagi pinjaman perumahan padahal peneroka felda lain yang kaya dapat jek...terima kasih bebanyak) masa tu seisi rumah pergi pasar malam sebab my sis (adik perempuan umur 8tahun) nak beli kasut ke selipar tah.....

balik-balik, umah dah sepah...tengok-tengok handphone dah hilang..haish. tak best la camni. sim kad dalam tu penting tau...jadi, kepada pencuri/pemecah rumah(mungkin muka pun macam rumah pecah) ada teronline di mana-mana dan terbaca entri ini, sila lah pulangkan simkad itu kerana simkad itu milik abangku yang kini di pulapol dan segala urusan rasmi mungkin akan dihebahkan melalui cara SMS, antara alternatifnya...

tapi kan...kenapa handphone? banyak barang lain yang boleh diambil seperti Al Quran, buku Panduan Agama : Balasan Syurga dan Neraka, Buku cerita Taubat Si Pencuri dan Iklan Jawatan Kosong yang Halal.
(Maaf, buku Kamasutra dan Permata Yang Hilang/Dijumpai sangatlah tiada)


Dilaporkan tiada kemalangan jiwa mahupun kehilangan harta yang lain. Tapi kan, aku rasa mesti beliau si pencuri/pemecah rumah(mungkin muka pun macam rumah pecah) takkan baca entri aku sebab beliau mungkin buta IT atau kekomputeran. Hal ini terbukti apabila (nada karangan SPM) notebook pemberian percuma dari TM kerana melanggan unifi yang lebih laju dara wifi UKM itu tidak bersentuh sedangkan my mom (mak) dah siap bungkus dengan charger segala bagai dah sebab takde sesiapa pun yang ada kat rumah tu nak main...(eh, korang yang baca ni jangan plak nak pecah rumah aku. tak baik tau........)



oleh itu, faham-fahamkanlah apa-apa yang aku cuba sampaikan ini. hihi. tenkiu.


sekian dulu..c yaa..


love,
jefri



p/s : selain botol air, kami bawa buku rujukan atkins : Physical Chemistry, payung, fail-fail dan nota-nota. Nerd kah kami? Sudah tentu!

p/s lagi : Semalam midnite kami pergi tonton Sini Ada Hantu. Giler Syiok. Sape-sape yang nak tengok atau terasa cam  k tengok, tengok jek! Best gilak!

p/s lagi dan lagi : Mencuri itu haram.

Friday, February 11, 2011

so called promosi. terima kasih.

salam...salam...salam...


dear blog,
sesungguhnya amat lah banyak benda yang hendak diceritakan. takpe. kita kayuh pelan-pelan ye.
moleklah sekiranya saya ingin beritahu kepada semua yang seminggu lepas sepanjang raya cina, saya ada mengejoinkan diri dengan opkim @ program anak angkat di dungun.

dan cerita mengenai itu sangatlah berjela dan akan dikarang di sini apabila masa yang comel telah dijumpai.


baiklah, untuk pembuka selera...saya hidangkan...



 dan............


dan alhamdulillah...kenyang......
eh, nak promote ni, domino's pizza dah ada kat kajang...so, sila-sila la membuat panggilan delivery ye....
eh, ini pic lama...aku gi sebelum raya cina tu...tapi sangat menyayat hati tengok tempat dia...makan pun guna polystyrene ataupun orang kampung panggil polistrin.

lokasi : deretan bangunan berdepanan ngan balai polis kajang. tah pape tak strategik langsung. hari tu pun terjumpa secara tak sengaja.

tapi takpelah..yang penting mabeles.

ok lah. dah promote. dah ek...
jap ye, nak tunjuk samting...





alalala..tak nampak plak..aku ada buh eyeshadow ngan pondesyen uols...jangan tak tau dak ni demand mekap nih..padahal aku yang beria gak...bebudak memang suka kan perasan dimekapkan..bagi mengelakkan beliau cuba tacap sendiri...baik aku conteng-conteng sikit muka tu..senonoh la sikit..kan....^^


sekian dulu... c yaa


love,
jefri


p/s : aku belikan maybeline ngan silky girl tuh! hihihi..

p/s lagi : wahai pembaca blogku yang tak femes ini, mari la kita like page ini 
*bagi mereka yang mempunyai akaun facebook sahaja..
ini adalah fan page bagi blog iqbal zarin yang best dibaca itu...=)
*ehemmm...royalti plez!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...