Saturday, March 3, 2012

Paranoid.

Salam..salam...salam...

Bersua kembali. Terima kasih.

..............

I gather all my strength and I can now write something in this blog. Thanks Allah.

..............

Sebenarnya, lebih kepada luahan rasa jek. Sape yang tengah stress, sila tutup laptop cepat sebab takut bertambah stress.

Baiklah, aku baru nak masuk minggu ketiga semester dua tahun tiga ni. Tapi dugaan dan cabaran dan ujian yang datang ni, boleh sesak nafas jugak lah....Aku rasa kalau dalam graf, aku sedang berada dalam fasa meningkat, fasa eksponential.





Terbeban atau mendapat tugasan atau amanah memang berat. Aku bukan jenis suka ambil ringan sebab benda ni melibatkan amanah. Pernah dengar cerita masa Allah nak lantik khalifah untuk memakmurkan bumi ni. Semua makhluk enggan. Gunung berkata andai amanah sebagai khalifah itu diletakkan kepadanya, nescaya hancur berderailah gunung akibat beratnya amanah itu. Manusia pula dengan yakinnya/bongkaknya menggalas amanah ini.

Aku cuba untuk tak nak salahkan sesiapa tapi aku tahu cara aku motivasikan diri aku adalah memilih alternatif pemikiran iaitu melihat dari sudut berbeza. Baru tenteram sikit.

Apa ujian dan dugaan aku yang sangat aku resahi?

Semua orang ada masalah. Semua orang tak terlepas dari ujian. Aku percaya dan yakin Allah takkan membebani seseorang melepasi daripada tahap yang boleh ditangggung. Aku sedang mencari kekuatan.

Kita doa sama-sama.

..............


Paranoid atau paranoia.

Aku gambarkan perasaan paranoid sebagai rasa takut, terancam, dan gerun dengan sesuatu yang tak pasti. It leads to false accusation. Pemikiran kita memang memainkan peranan penting. Aku percaya kepada kuasa minda. Akal. Iman. Yang paling utama mestilah Iman.

Aku ada masalah nak percayakan orang. Aku bukan perfectionist. Asalkan kerja tu berjalan seperti yang diharapkan sudahlah. Aku percaya kepada tiada akar, rotan pun berguna.
Akhirnya, paranoid yang membawa aku kepada beban tugas kerja yang baru.

Minda pula akan mempersoalkan penerimaan orang luar. Invasion. Serangan, jajahan, penentangan. Siapa yang suka? Adakah aku terikat dengan kuasa kuasa. The power of power?

Adakah aku takut kehilangan kuasa? Apa kuasa aku?

Aku tak takut bersendirian tapi aku tak nak bersendirian untuk jangka masa yang lama.

Aku rasa semangat aku dipatah-patahkan untuk tatapan buat aib.

Aku percaya semua yang berlaku adalah bersebab. One leads to another.

..............


Aku sering mempersoalkan orang lain. Keyakinan aku tidak tergugat-sangat.
Aku perlu menambahkan intensiti kepercayaan bahawa rezeki masing-masing berbeza.
Aku perlu lebih lama menyarung kasut mereka.
Aku percaya mereka juga mahu antara bab kehidupanku dicatat dalam log hidup mereka.

.............

Akhir kata, aku perlu bijak.
Bijak bukan pada akademik semata. Bijak bertoleransi kerana aku hidup dalam spesis berkumpulan,
Bijak merencana kerana di hadapanku banyak tersusun. Bijak mencilok kerana liku-liku sangat kejam.
Bijak itu bijak ini tanpa tergadai maruah diri.


Maruah. Siapa yang masih menggunakan perkataan itu?

..............

Atau aku hanya perlu mengikut rentak mereka. Ini bukan aku. Itu bukan aku.
Aku tidak menjadi aku. Siapa aku?

Aku dulu punya rasa bangga yang tinggi untuk mendabik dada yang aku istimewa tanpa klise.
Aku perlu mengubah paradigma?
Bukan sehari untuk mengubah tamadun.


............

Aku penat. Hati aku letih.
Aku berdoa untuk yang terbaik.

Kita sama-sama berdoa.

............

Amin.


love,
jefri


p/s: My sense of humor is like switch. My feelings are switches. Need to be turned on or off. I decide. By them.

2 comments:

tuan tanah said...

Jef, aku rasa macam ini kali pertama aku baca entry blog ko yg bergenre serius.

dan aku rasa something biler orang yang aku kenal as "giler", tetibe meluahkan perasaan camne. Takut? terkejut? sume2 lar..

aku yakin kau boleh. dan mungkin kau tak memrlukan any motivator. Sabar jelah yek..

hidup ini fun! :)

Jefri said...

amy: thanks. Tapi itulah, aku perlukan masa. Aku tetap manusia. Kengkadang bila luahkan perasaan kat blog ibarat melepaskan satu beban yang digalas, tapi cukup masa untuk menarik nafas, lalu beban itu digalas semula..

gituuuuuuuuuuu


kita doa sama-sama untuk kebaikan kita sama-sama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...