Saturday, March 31, 2012

Demi Masa.

Salam...salam...salam...

Hari ini kita bincang isu masa. Aku ada teori yang menyebut: Masa adalah makhluk Allah. Suatu ruang dimensi tertangkup yang menyediakan perantaraan untuk makhluk selain masa berjalan di dalamnya. Itu definisi masa.

Punctuality atau menepati masa. Kenapa manusia sekarang sukar untuk menepati masa?


  1. Pandang remeh/ambil ringan
  2. Perasan artis/mengada-ngada/bajet cun/feeling kpop walhal jawa tegar
  3. Ada urusan lain yang lebih penting/tak penting langsung
  4. Malas/enggan bekerjasama/tanda protes
  5. Terlupa (0.000000000000000001 kebarangkalian)


Implikasi atau kesan tidak menepati masa


  1. Dibenci oleh orang yang menunggu
  2. Disumpah seranah oleh orang yang menunggu
  3. Pendek umur sebab dapat doa buruk-buruk dari orang yang menunggu
  4. Hidup tak aman
  5. Mati dalam ke-malu-an
  6. Pendek kata, imej anda yang tidak menepati masa adalah tercalar.


.............

Aku datang dari latar belakang yang sangat menghargai masa. Aku rasa terhina kalau ko saja-saja jek nak buang masa aku. Kalau sesuatu tu melibatkan kau, tahu pun nak orang lain punctual, kan leha kan....leha oiiiiiii

.............


Sila renungkan, andai hari anda menikah anda, anda pun sengaja la nak lambat-lambat lalu tok kadi fed up sebab ada ramai lagi pasangan pengantin yang punctual hendak dinikahkan, maka tok kadi akan kahwinkan pasangan korang yang punctual dengan pengapit korang yang punctual yang tengah berbalas bbm dengan korang yang still bermalas-malasan dengan kata-kata "U kat mana ni? Cepatlah sikit kiah hoi" dan dibalas 'I memang tak suka punctual. It's in my DNA"


Andai kata lah, tok kadi tu jenis yang boleh bertolak ansur (dengan duit), tunggu korang gak, dan korang pun berkahwin la dengan pasangan korang yang punctual tu dan semasa melayari bahtera perkahwinan yang terhuyung-hayang akibat ketidakpunctualan korang tu, korang bernilai sangat ke untuk disimpan dalam bahtera tu?

Secantik-cantik JLO, Rozita Che Wan dan semua ahli kumpulan Elite tu, semua dah diceraikan, so what makes u feel so secure?

Tahukah anda bahawa individu-individu hebat di dunia semuanya adalah menepati masa.
Sekecil-kecil lebah/semut/bakteria/atom/elekton/proton/neutron sehinggalah ke sebesar-besar angkasa/alam semesta/galaksi/sistem cakerawala ini adalah menepati masa/janji.

So what makes u feel so secure?

Aku tak tahu la pasal hukum menepati masa ni sebab ustaz azhar idrus pun takde lagi video dia cerita pasal ni *ehem*

Tapi kalau dah tak menepati janji dan menyusahkan orang lain...Sila semak balik buku teks agama sekolah menengah keluaran kementerian pendidikan malaysia.

Sekian, terima kasih.


love,
jefri

p/s: hey, pempuan memang la lambat nak bersiap...nanti kalau buruk  cakap perempuan ni tak reti jaga laki la, pengotor la apa!

Heyyy, kalau janji pukul 3, yang kau pergi bersiap pukul 3.05 tu kenapa? Bersiap la sebelum Subuh yang ko tu santekkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat kan?

p/s 2: untuk teladan semua pihak termasuk diri ini. Sekian, terima kasih. Maaf zahir dan batin.

p/s 3: Sebagai selingan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...