Wednesday, October 5, 2011

Pendapat bodoh artis tentang hukum hudud!

Salam...salam...salam..

Pendapat bodoh artis tentang hukum hudud!

Tu diah tajuk! Siap ada tanda seru lagi..Marah sangat ler tuh...
Suka sangat nak guna key word yang hot-hot pastu nak up-kan trafik la tuh!
*calit ekebal*

Ok. Isu yang ingin diketengahkan adalah perlaksanaan hukum hudud.
Sesungguhnya isu ini sudah dipolitikkan, disosialkan dan diekonomikan.
*konsep politik, ekonomi, dan sosial*

Dan sesungguhnya isu ini semakin hangat diperkatakan sejak our beloved muahmuah PM, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak berkata bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan hukum hudud di Malaysia (sila rujuk youtube)

Dan tempat yang paling hangat diperkatakan semestinya di facebook diikuti dengan kedai kopi dan warung-warung pinggiran.
(nota : dalam benci-benci facebook baru pun masih lagi ek melangut kat situ)

Jadi, long story short, memetik daripada petikan akhbar Sinar Harian berkerlipan :



klik lagi untuk lebih kepuasan...
(sesunggunya berdiam itu adalah lebih baik dari berkata-kata kan?)


Dapat baca tak? Kalau tak nampak, rabun la tuh, maka dapatkanlah contact lens korea yang bisa membundarkan bijik mata dan tampil dengan pelbagai warna yang bisa memikat jejaka-jejaka yang gampang dipikati
(baca : laras bahasa Indonesia)

Maka, andai aku menjadi artis atau tak yah nak tunggu masuk audition pastu cakap kat kamera pasal aku nak  jadi artis sebab nak tolong family pastu nyanyi lagu sedih-sedih sambil background tayang gambar keluarga susah yang aku curik kat tv3 bersamamu punya arkib maka aku akan dapat undian dan kalau tersingkir awal pun aku jadi artis gak la, atau kalau wartawan datang masa aku tengah lepak-lepak dalam dewan kuliah sambil menunggu subjek seterusnya masuk,

Sambil membetulkan cermin mata, menutup buku Kimia yang ya amat tebal dan membetulkan tali leher, aku memandang ke luar jendela sebentar (dewan kuliah mana ada jendela la weh!), aku pun berkata dengan nada beralun dan disertai soprano koir dan whistle, 

Hukum hudud adalah hukum Allah dan sebagai umat Islam, saya sangat menyokong perlaksanaan hukum hudud kerana hukum hudud adalah perintah Allah. Siapalah saya yang terlalu banyak dilimpahi nikmat Allah sehingga tak tersyukur olehku, ingin menolak hukum Allah.

Pada pendapat saya, mereka yang menolak hukum hudud adalah mereka yang salah faham. Mereka ingat setiap kesalahan tidak perlu dibalas. Mereka perlu ingat bahawa hukum hudud dapat menjaga umat daripada berbuat kemungkaran sama ada sebelum atau selepas melakukannya. Mereka menganggap bahawa hukum hudud adalah kejam! Mereka mempermain-mainkan hal ini kerana mereka tidak mengambil serius akan hal ini. Dengan lebih tepat lagi, mereka tidak kena pada batang hidung mereka.

Cuba kalau rumah mereka dimasuki pencuri dan kecurian laptop atau handphone atau apa-apa lah, pasti mereka akan cakap," Vavi betul la sape yang curi ni! Kalau aku dapat, aku belasah sampai mati!" 

Padahal dalam hukum hudud, cuma potong tangan jek. Pencuri akan insaf (insyaAllah) dan orang ramai akan berfikir banyak kali sebelum mencuri (insyaAllah). Then, hukuman siapa yang lagi kejam?
Cuba tengok kes peragut yang kantoi. Ada kan yang kena belasah sampai separuh nyawa melayang dan ada yang mati but yet, the statistic is still increasing and still happening.

Dalam kes skandal pulak. Ada isteri yang dapat tahu suami skandal, nak dipotong anunya, atau ada yang menembak mati sendiri suaminya. Memang patut mati pun kan tapi perlaksanaan tanpa hukum hudud akan mengakibatkan si siteri disabitkan bersalah sedangkan memang si suami patut mati melalui sistem hudud-rejam sampai mati sekali gus memberikan pengajaran dan mungkin kestabilan emosi kepada isteri. (hujah longgar)

(nota : skandal dalam konteks ini = zina )

Dan ada banyak lagi contoh lain. Jadi, saya membuat kesimpulan bahawa hukum hudud tidak mahu dilaksanakan di Malaysia kerana masih ramai yang belum puas berbuat dosa dan menganggap bahawa umur akan panjang dan akan ada satu senggang masa pada usia tua untuk beribadah dan beraubat (terpengaruh dengan drama Melayu la tuh) sehingga batu yang disujud menjadi lekuk dan pipi menjadi tirus kerana banyaknya menangis kerana takutkan Allah.

Maka, janganlah risau dengan penganut agama lain kerana selagi rakyat bukan Islam berada di bawah pemerintahan negara Islam, mereka wajib mengikuti peraturan dan hukuman yang disediakan kalau tidak, sila lah pergi ke  negara lain. Bukankah dengan cara ini, semua rakyat (baca : tak mengira bangsa dan agama) akan kurang atau tidak melakukan dosa dan kemungkaran dan negara akan aman kan?

Oleh itu, saya rasa, awak, wartawan perlu blah sekarang sebab lecturer saya dah sampai tu. Beliau garang woo...Nanti dia tanya soalan, awak tak dapat jawab, awak akan ditertawakan seisi dewan kuliah yang tidak mengenal bangsa dan rupa.

..............

Itu je lah kot. Penat la taip. Esok ada kuiz, tak baca apa-apa lagi. Dah la lecturer garang, kan?
(baca : kuiz bukan kuiz yang ada lampu-lampu; buzz..
Saya pilih A. Yeay! Gerak Geri Gasing! Bukan gitu ye!)

...........


love,
jefri

p/s : backstage : ala, jepree! cakap boleh lah! habok pun tarak...
p/s 2 : ehem, siapa tu? Gi men jauh-jauh...~
p/s 3 : Cegahlah kemungkaran dengan kuasa. Jika tak mampu dengan perkataan, Jika tak mampu, dengan hati (tekad)
p/s 4 : Kuasa mengundi juga tergolong dalam kategori cegah kemungkaran dengan kuasa kan?
p/s 5 : Ini adalah pandangan peribadi penulis dan penulis bukanlah terikat dengan mana-mana ahli BADAR (badan dakwah dan rohani), parti politik, mahupun pertubuhan bukan kerajaan. Penulis hanyalah seorang manusia biasa yang tidak glemer di dunia maya tetapi femes di dunia nyata *matila*

2 comments:

IQBAL ZARIN said...

choyyyy carot aku dlm entri nieh!!! bahahaha~

Jefri said...

muahaha..bukan carot..aku julang ko ala2 syura gituh....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...